Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Segala Yang Kau Mahu

 

Somewhere there's speaking
It’s already coming in
And it's rising at the back of your mind
You never could get it
Unless you were fed it
Now you're here and you don't know why..


Marina menekan punat radio keretanya dan menutup enjin keretanya. Senyap. Dia mengeluh dan menarik nafas dalam; namun percubaan untuk menenangkan diri sendiri tidak berjaya. Tergeleng kepala sendiri mengenangkan apa yang akan cuba diperkatakan. Dia sendiri tidak pasti; dan soalan soalan itu tetap bermain di dalam otaknya tanpa henti.

“Apakah betul keputusan yang ku ambil ini?” terucap kata-kata yang tersimpan, namun tiada siapa yang mampu mendengar keluhan itu.

“Gila aku ini. Sampai bercakap keseorangan” getus hati Marina.

Tingkap kereta diturunkan. Angin sepoi – sepoi bahasa menampar wajah, segar terasa kesejukan bayu laut yang berlalu tenang. Rambut panjang mengurai menutup muka apabila ditiup angin. Bosan. Penungguan memang satu penyeksaan.

Marina turun dari keretanya dan duduk di bangku yang disediakan di tepi pantai.

Terimbas kembali saat-saat dia mula mengenali Arman. Orangnya memang misteri. Pendiam, tapi mempunyai senyuman yang paling manis. Susah untuk dengar dia berkata, tapi tenung matanya membawa seribu makna. Tidak pernah dapat Marina rungkaikan apa yang bermain dalam kotak fikiran Arman, walaupun setelah berpasangan dengannya.

Mungkin itulah apa yang menarik Marina untuk menerima Arman, selepas sebulan mereka berkenalan.

Lamunan Marina tersentak apabila tiba tiba mendengar bunyi menyanyi-nyanyi. Dia menoleh ke sebelah kiri dan ternampak sekumpulan keluarga yang berkelah.

“Cis. Bunyi radio rupanya. Terkejut aku.” seranah Marina dalam hatinya.

You're waiting for someone, to put you together
You're waiting for someone to push you away
There's always another; wound to discover
There's always something more you wish he'd say


Marina tersenyum sendirian. Bait bait lagu di radio itu seolah – olah kena dengan apa yang dilamunkan sebentar tadi. Arman memang seseorang yang telah lama dinanti-nantikan. Semasa Arman mengucapkan kata cinta buat pertama kali padanya, dia rasa di awang-awangan. Itulah apa yang ditunggu selama ini. Itulah apa yang dia mahukan Arman katakan padanya.

Dan kenangan itulah yang membuatkan Marina sugul. Termenung. Tenggelam dalam dunia sendiri sementara menantikan si dia yang tak kunjung tiba.

“Mungkin dia takkan muncul..” terdetik hati Marina apabila penungguannya masih tidak berbuah meruntuhkan hasil.

Muka Marina kelihatan sedih. Hilang senyumannya seketika lalu. Sedih berbaur takut. Muka ayu Marina kelihatan tak semenggah lagi, walaupun masih tiada air mata yang jatuh. Cuma bergenang air yang terkumpul di anak matanya.

You never did notice
But you still hide away
The anger of angels who won't return..


Riak muka Marina masih tidak berubah. Dan bait-bait lagu masih terus dinyanyikan tanpa diminta. Jauh pandangan Marina, tapi tiada apa yang difokuskan.

“Hai. Lama tunggu?” Arman menegur dari belakang Marina.

Terukir senyuman tawar di muka Marina. Pertanyaan Arman tidak dijawab, hanya kepala digeleng-gelengkan. Arman mengambil tempat duduk di sebelah Marina. Matanya dilirik ke wajah Marina, cuba menginterpretasi apa yang riak wajahnya cuba perkatakan.

Marina mengeluh lagi.

“Arman, saya ada hal nak bagitau awak, and I really hope you won’t mad at me..

Arman cuma menganggukkan kepala.

“Saya rasa.. saya nak putuskan hubungan kita. Saya rasa saya tidak sesuai dengan awak. Awak baik, tapi, saya rasa saya perlukan kebebasan. Awak terlalu pendiam, dan kadang – kadang saya jadi takut..”

“Takut?” kening Arman berkerut, cuba untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Marina.

“Takut. Mungkin kerana saya tak dapat memahami awak. Apa yang awak fikirkan, saya tak dapat tafsirkan. Maybe we just don’t have the chemistry..

Marina bangun. Setapak ke arah keretanya, dan dia berpaling menghadap Arman.

I’m sorry.

Arman masih terpinga pinga kala Marina melabuhkan punggung ke dalam keretanya. Dan Marina terus meluncur laju, tanpa berpaling melihat buat kali kedua. Nekad hatinya memberikan kata putus kali ini.

Di dalam kereta, Marina menekan punat radionya...

I am everything you want
I am everything you need
I am everything inside of you that you wish you could be
I say all the right things, at exactly the right time
But I mean nothing to you and I don't know why..


Marina tersentak.

“Celaka kau radio! Perli aku ye?” jerit Marina.

 

Pengiktirafan: Lirik lagu yang terdapat dalam cerita pendek ini diambil dari lagu "Everything You Want" - Vertical Horizon.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ERm..kenapa tak ada orang komen ni? Tolak akak ke depan ke..korang ni lah.
    Rearrange..selamat datang ke dunia kapasitor .
    Ini cerpen anda yang pertama di sini, jadi biarlah anda selesa dahulu kan. salam perkenalan dari kami semua..silalah berkarya lagi dan cuba ubah tempat pertemuan yang asyik di tepi pantai tu ..sila baca karya lain di sini dan we grow together di sini.

  • (Penulis)
    2) mr_kajiwa: mekasih2. lama tak menulis..so kene start slow2. sile la komen kalau ada yg boleh diperbaiki. will do post more later on
  • 3) Nak komen ke atau tak nak komen?

    Bila saya baca cerita ini rasa macam mandi tapi tak basah.

    Welcome and teruskan berkarya.

  • (Penulis)
    4) huish. mandi tp tak basah. camne tu? terlalu dalam maksudnya hehehe. care to explain?
  • 5) emm ni betul2 cerita pendek ni

  • 6) hehe
    welcome rearrange!

    karya pengenalan yang baik.
    simple story yang digodek dengan cara sendiri.

    oh aha, kalau berkelapangan jemputlah poskan satu entri blog.
    10 perkara mengenai diri sendiri

    biar ahli-ahli di sini dapat mengenali sedikit sebanyak


  • (Penulis)
    7) @nurcahaya: hehe.. cerita pendek takleh la panjang2 takde limit bape pendek / bape panjang kan untuk short story? ke ada and aku tak aware?

    @cahatomic: tq2! nnt ada masa akan wat entry blog di sini. tak janji yer, pasal blog sendiri pn tak berupdate2. HAHA.
  • 8) kalau pak penyu mandi tak basah, sy pula makan tak kenyang. hehehe... (pepandai je)

    rearrange,
    selamat datang saya dan warga kapasitor yang lain ucapkan. selamat mewarnai dan merancakkan lagi ruangan penulisan ini.

    teruskan menulis dan sama-sama kita berusaha!!
  • 9) Salam kenal rearrange.

    Saya tak terdaya menahan diri saya dari komen cerita orang. Kalau anda menahan saya samalah seperti anda menyuruh seorang pemesin rumput berhenti dari memesin rumput di laman rumah anda. Oleh kerana tugas saya sebagai pemesin rumput, saya akan tetap memesin rumput di rumah anda, walau pun anda tak suka. Anda boleh marah saya kerana saya akan telan semua.

    So, back to bussiness.

    Dari segi tatabahsa dan cara penceritaan, bagi saya anda tiada masalah. Cara anda bercerita menarik. Jadi kita fokus sikit tentang cerita anda.

    Cerita anda yang ini bagi saya adalah satu bab dari satu cerita yang panjang. Ianya kisah cinta Marina dengan Amran yang dah sampai penghujung. Cerita anda hanya fokus kepada babak Marina nak putus cinta. Tapi bagai saya cerita boleh dipanjangkan lagi dengan memasukkan kisah 1) Bagaimana Marina boleh jatuh cinta dengan Amran (satu bab) 2)awal percintaan mereka (Satu bab) 3)Konflik cinta bermula, satu demi satu tingkah laku Amran yang tak disenangi Marina (satu bab) 4) Konflik dalaman Marina tentang perangaai Amran (satu bab).

    Cerita yang anda post sekarang menggunakan teknik penyelesaian di bahagian permulaan dan teknik flash back (pengubahsuaian yang sedikit iaitu cara bagaiman Marina dan Amran berkenalan). Anda juga boleh memilih untuk meletak babak ini di belakang sekiranya tidak mahu menggunakan teknik flashback (tapi cerita perlu diubai suaikan).

    Untuk menegembangkan plot, kat sini saya rasa ridhrohzai is the best person.

    Wah! Saya rasa saya dah melampau sangat kat sini. Sebelum anda halau saya keluar. elok saya pergi masuk tidur dulu. Embun jantan pun dah menitik kat luar ruah.

    Selamat berkarya.






  • (Penulis)
    10) @ridhrozai: hehe, makan tak kenyang yer? maaflah budak baru belajar - masak masih belum sedap silalah ajar2kan resipi mengembangkan plot (bak kata Upenyu). mekasih atas penghargaan dan selamat datang!

    @Upenyu: lek2, komen yg menarik tuh, takkan dihalau punye~ tentang cerita yer? erm erm. mekasih atas komen2 tentang kelemahan sy. tq tq. sbnrnya time tulis cerita ni, tak terpk sgt psl jalan cerita. itu salah satu sebabnya jadik babak hujung2 nih. hehe.

    cerita ni sbnrnya inspired from the song itself. masa buat kerja, dengar2 mp3, tetiba dtg mood nak menulis - jadiklah cerita ni. Terasa nk mengimplement ironic element dalam short story dgn amek jalan cerita dari lirik lagu sahaja, jadiklah cerita yg tadek pangkal ade hujung shj. hehehe.

    sbnrnya inilah yg sy cuba smpikan.. tp nmpk gayanya tak berapa smpi pasal tiada pangkalnya...

    (segala yang kau mahu == everything you want?)
    (part lirik lagu #1 == fikiran marina akibat dengar2 cakap orang yg dia kurang sesuai dgn Arman?)
    (part lirik lagu #2 == memori perkenalan marina-arman?)
    (part lirik lagu #3 == marina takut arman marah dgn keputusannya?)
    (part lirik lagu #4 == kata2 arman pada marina?)

    yeah mari belajar dr kesilapan dan menyusun lagi jalan cerita! thanks Upenyu!
  • 11) Anda telah mempunyai kerangka sebuah cerita yang komplit. Jadikan kerangka anda ini sebagai cerita, kembangkan plot dan watak. Mulalah berimiginasi tentang Marina dan Amran. Listkan perkara yang Amran telah lakukan hingga menyakitkan hati Marina. Bayangkan dalam minda anda apa yang sedang berlaku.
  • 12) Em, akhirnya Pak Penyu meluahkan juga. Itulah resah juga saya mulanya bila komen Pak Penyu ringkas begitu. Perasaan hati usah ditahan-tahan. Hehehe...

    rearrange,
    berdasarkan kenyataan awak, awak sudah punya kronologi yang baik tetapi cerita awak terlalu cepat melompat pada konklusi menyebabkan saya agak terpinga-pinga bila sampai ke penamat cerita ini. Biar benar dah habis?

    Banyak plot boleh dikembangkan, seperti bibit-bibit perkenalan antara Amran dan Marina. Awak menyatakan "Terimbas kembali saat-saat dia mula mengenali Arman" Bagaimana?

    Kemudian boleh juga diceritakan perihal Arman yg pendiam, sikapnya yang bagaimana membuatkan Marina tidak selesa.

    Em, lirik lagu yang baik dan menyentuh hati, sesuai dengan cerita dan awak seharusnya menggunakan lirik lagu itu sepenuhnya untuk lebih bercerita. cuba lihat contoh cerpen namakusara - "Cinta Seputih Gaun Pengantin"

    (part lirik lagu #3 == marina takut arman marah dgn keputusannya?)

    mungkin anda boleh menyatakan begini, "Marina diulit gelisah. Dari semalam tidurnya tidak lena. Ada ragu-ragu yang menjengah hati. Perlukah dikhabarkan pada Arman tentang hasrat hatinya? Bimbang jika lelaki itu tidak dapat menerima. Namun, bebanan yang melanda tidak mampu lagi ditanggung. Dia lemas bergelumang dengan resah yang menyesakkan dada ini..."

    Ah, saya berbicara panjang lagi. Maaf andai kurang selesa dengan komen ini. Saya juga masih banyak yang perlu dipelajari. Sama-sama kita belajar ya. Teruskan menulis...

    akhir kata, yang baik kita jadikan teladan, yang buruk sama-sama kita teladani dan perbaiki bersama-sama.

    dari yang masih 'hijau',
    ridhrohzai
  • 13) x maw koment pasal penulisan.....sbb x taw cam maner nak tulis cerpen kan....
    just nak share....citernie happend in my life....
    tapi x da la kat tepi pantai kan.....hehehe....
  • 14) nak tahu apa yang saya fikir pada kali pertama saya membaca cerpen ini? Anda berumur di antara 24-30 tahun. bahasa anda hampir matang, sudah enak dikunyah. saya tidak fikir anda tidak tahu menulis cerpen, ini bukan karya anda yang pertama walau mungkin ya yang pertama saya baca. Ayuh keluarkan simpanan mu..
  • 15) hehe saya tak penah melalui babak sebegini. sbb dulu saya tak bercinta seperti orang lain. ha ha

    sekarang lagi la. langsung tidak.

    terima kasih upenyu, ridh dan lain2 untuk ilmunya

  • (Penulis)
    16) @Upenyu: mengembangkan plot dan watak. cabaran tuh lemah sket bab nak mengembangkan plot. watak boleh dibayangkan.. cmne yer teknik2 mengembangkan watak?

    @ridhrohzai: sy tidak kisah dgn komen yg panjang2. lagi panjang lg bagus - lg byk bole sy belajar. will search for the Cinta Seputih Gaun Pengantin. sy suka dgn contoh anda menambah plot.. wargh susah rupenye wat plot nih!

    @knew_rule: err happened in life eh? kene wat disclaimer ni - cerita ini tiada kaitan dgn yg masih hidup atau yg telah mati. Jika ada persamaan, itu hanya kebetulan semata2.

    p/s - kat mana lokasi yg terjadi dlm idop awk?

    @mr_kajiwa: wah, hampir tepat tekaan anda. Skang ni baru 23.. tp tahun ni bakal masuk 24. Tapi ini mmg karya pertama. Last menulis adalah masa form 1? (tulis blog tak kirelah kan? blog lebih senang ditulis kerana tak perlukan plot selalunya).

    @cahatomic: wah, jd bagaimana anda bercinta? ini mesti unik punya cerita neh!
  • 17) Encik Ridh,cerpen tu (CSGP)tak layak dijadikan contoh pun oleh sesapa, ia tidak didasarkan oleh lagu iris semata2 tetapi dr satu impian yg mungkin tdk akan jd kenytaan..
  • 18) namakusara: Saya faham maksud Sara. Saya tahu cerpen itu bukanlah berdasarkan lagu semata-mata tetapi saya jadikannya sebagai contoh kerana saya rasa Sara menggunakan lagu itu sebagai penguat jalan cerita dengan baik dan ini yang saya mahu tonjolkan. Maaf kalau saya buat Sara kurang selesa. Saya hanya mahu berkongsi sesuatu yang baik.

    Oh ya, seperkara lagi, tidak perlu ber'encik' dengan saya. Nampak seperti saya ni sudah tua pula. Hehehe... umur saya lebih muda dari rearrange ni tau. Hehehe...

Cerpen-cerpen lain nukilan rearrange

Read all stories by rearrange