Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Satu hari di hari raya~

 

 

‘Assalamualaikum...Pak, ooo Pak?'

Zil menjengah ke luar. Yanto pekerja di kebun sayur ayahnya sedang tercegat di luar rumah.

 ‘Oo.. Yanto... ada apa?' Soal Zil. Mata anak jawa Indonesia itu direnung. Sedikit pon Yanto tidak berkalih. Ada gelung hitam dibawah matanya.

 ‘Saya mahu jumpa Pak cik' Jawabnya tenang sambil menggosok-gosok belakang tengkuknya.

 ‘Ayah saya sedang makan' Zil manjawab sambil tangannya mencapai kotak rokok di atas meja . ‘Kamu sudah makan?' sambungnya apabila terlihat Yanto seakan terkulat kulat di ambang pintu.

 ‘Sudah, ibu kamu sudah mengirim lauk sama Din' Jawab Yanto sambil tersengih. Teringatkan lauk rendang ayam dan sup tulang yang dibawa balik oleh Din, teman sepondoknya di kebun Pak Berahim . Dalam hati Yanto memanjat kesyukuran. Di berikan majikan yang bertimbang rasa. Sudah hampir setahun dia bekerja di kebun Pak Berahim. Sepanjang tempoh itu juga, Pak Berahim serta Isterinya, Ibu Fatimah, sering saja melayan mereka dengan baik. Makanan sering saja dibekalkan dan tempat tinggal walaupon tidak seselasa mana, tetap di jaga oleh mereka suami isteri. Dia bersyukur di atas kesenangannya jika dibandingkan dengan rakan-rakan senegara yang nasib mereka tidak sebaik dirinya. Tentu saja merempat di bawah jambatan atau ladang ladang getah.

 ‘Lauk banyak lebih, biasalah... hari raya, mak saya selalu masak banyak makanan. Mahu menjamu tetamu' Perlahan Zil menghembus asap rokok. Baru sebentar tadi sanak saudara sebelah bapanya beransur pulang. Tak menang tangan dia melayan tetamu, adiknya Saleha, tak kering tangan dek ashik membasuh pinggan di dapur. Masakan tidak, ‘diserang' dengan 7 buah kereta sekaligus. Aidilfitri baru menjengah hari kedua, memang begitu lah selalunya resmi di kediaman Pak Berahim.

 ‘Alhamdullillah, saya tumpang sekaki' Yanto membalas sambil menepuk nepuk perut sendiri.Zil tersengih sambil kembali menghembus asap keluar dari mulutnya.

 ‘Ada apa kamu mahu jumpa Pak Cik, mahu pinjam duit?' Soal Zil sambil menyandar di kerusi rotan. 

 ‘Tidak Mas!' Cepat dia menjawab, sambil tersengih dia menggosok gosok belakang lehernya lagi. ‘Saya mahu mohon cuti' sambungnya.

 ‘Ha Yanto... kamu sakit ker?' Pak Berahim tiba tiba muncul sambil mengelap tangannya dengan sehelai tisu. Tanpa menunggu jawapan Yanto, terus saja lelaki berumur 63 tahun itu duduk di kerusi rotan. Dia tersandar kekenyangan menampakkan alur perut yang sedikit membukit.

 ‘Tidak Pak, saya mahu pergi berurut, badan saya bisa bisa Pak' Tangannya lantas memicit paha dan lengannya sendiri.Barangkali mahu meyakinkan Pak Berahim.

 ‘Kamu buat apa sampai sakit sakit badan macam nih?' Zil bertanya dengan nada sedikit hairan. Yanto tidak segera memberi jawapan, matanya terarah ke anak perempuan Pak Berahim yang tatkala itu datang membawa sepiring tembikai lalu di letakkan di depan ayahnya. Melihat kan Saleha yang duduk di sebelah abangnya, Yanto tersengih sendiri.

 ‘Malam tadi saya didatangin Pak, bilangnya mahu tumpang bermalam di pondok.' Yanto berkata tenang. Pak Berahim hanya mendiam diri. Tembikai merah dijamah perlahan.

 ‘Lalu saya bilang, Pak Cik tidak benarkan... saya halau saja dia keluar' Sambung Yanto lagi.

 ‘Siapa datang?' Soal Zil.

 ‘ Diaaa... yang duduk di sebrang sungai itu.' Mata Yanto bertentang dengan mata Pak Berahim.

 ‘Seberang sungai? Dekat mana?' Soal Zil lagi sambil menenyeh batang rokok di bekasnya. Walaupun Zil hanya pulang sebulan dua kali, namun perihal kebun ayahnya sering diberi perhatian. Seboleh bolehnya dia mahu melihat hasil dari kebun ayahnya itu. Kedatangan warga asing tidak berpermit yang menumpang secara haram di kebun dan ladang sekitar kampung sering menggusarkan hatinya. Bulan Ramadhan dulu, selalu saja berita kecurian menggempar kampung. Langsung tidak menghormati Ramadhan!

 ‘Katanya rumahnya di pokok enau, belakang belukar sana' Sambil tangannya menuding kehadapan.

 ‘Ramai ke diorang duk sana Yanto?' Saleha yang hanya berdiam diri sejak tadi tiba tiba bersuara sambil tangannya meraih balang berisi kuih raya.

 ‘Tidak pasti saya, tapi katanya mahu tumpang semalam saja , aduhh mana mungkin Pak. Baunya saja sudah bikin saya pusing Pak! Saya bilang saya bisa dimarahin sama Pak Cik. Tapi dia berkeras juga, udahnya saya bilang pulang saja, tapi katanya dia tak pandai menyeberang sungai' Terang Yanto lagi.

 ‘Laaaaa.. camna plak dia sampai kat pondok kamu? tau datang, tau la balik!' Zil bersuara agak marah.

 ‘Habis, kamu buat apa?' Pak Berahim pula bertanya. Dagunya yang tidak berjanggut di usap perlahan lahan . Pak Berahim berfikir panjang.

 ‘Mau apa lagi Pak, dipujuk ngak mahu, di halau ngak mahu, saya kendong saja dia nyebrang sungai Pak. Ngak mahu saya bermalam sama dia. Waduhh.. Bisa bisa badan saya Pak. Berat bangat' Sekali lagi Yanto memicit micit paha dan lengannya. Terpancar sedikit keletihan dari wajahnya.

 ‘Laaaaaa...yang kamu baik sangat kendong dia kenapa?' Zil bersuara marah dan sedikit menyindir.Buah tembikai dikunyah kasar.Pada fikirannya, memanglah boleh berbuat baik, tapi tak usahlah menjadi bodoh. Seolah olah mendukung biawak hidup pula.

 ‘Katanya dia tidak boleh nyebrang sungai, katanya dia jatuh di pondok saya itu' Terang Yanto lagi.

 ‘Habis, kamu kendong la?' Saleha bertanya lagi walaupon sudah dijelaskan pemuda jawa berumur 27 tahun itu .Yanto memandang wajah Saleha dengan riak muka bersungguh

 ‘Iya!' Jawabnya sepatah.

 ‘Baik sangat la kamu nih Yanto!' Sedikikit nada marah dalam pujian itu . Yanto hanya tersengih. Kembang hatinya dipuji Saleha.

 Zil memandang ayahnya yang sedang berkerut dahi.'Tak boleh jadi ni Yah, sukahati jer diaorang datang sana, kang dia curik buah buah buah kat kebun tu kang' Zil Menyuarakan kerisauannya.

 ‘Sape tuan diorang Yanto?' Saleha bersuara. Yanto hanya mendiam diri. Matanya terarah kepada Pak Berahim namun Pak Berahim seolah olah tenggelam dalam lautan fikirannya sendiri. Perlahan lahan dia menjawab. ‘Mereka tidak bertuan Pak, saya ngak tahu'

 ‘Ishh, kene repot jabatan imigresen nih!' Ulas Zil lagi. Serentak itu Yanto menepuk dahinya sendiri.

 ‘Mana bisa di lapor sama imigresen Pak!' Yanto bersuara agak tinggi namun seperti ada nada mahu tergelak

 ‘Kenapa pulak?' Serentak Saleha dan Zil bersuara

 ‘Mereka bukan manusia Pak!'

 ‘Haaaa!' Terkesima sebentar anak anak Pak Berahim. Buat seketika tiada seorang pun bersuara. Bulu roma tiba tiba sahaja berdiri tegak . Bagaikan didatangi makhluk itu sendiri. Bagai menekan butang ‘rewind'. Segala butir butir perbualan Yanto diulang semula di kotak fikirang Saleha dan Zil.

 ‘...saya didatangin Pak...

...rumahnya di pokok enau sana...

...baunya saja sudah bikin saya pusing...

...katanya dia jatuh di pondok saya itu...

...Mereka tidak bertuan Pak....'

 ‘kenapa kamu tak cakap awal awal?' Zil bersuara marah. Pada fikirannya Yanto bercakapkan tentang pendatang asing yang semakin ramai merempat di kampungnya.

 ‘Loh.. saya pikirkan kok tahu...' Balas Yanto

 ‘Apa yang kamu kendong Yanto?' Saleha bertanya perlahan. ‘Berani betul anak jawa nih' Desis hatinya.

 ‘Saya rasa, Hantu Raya Pak. Badannya sama saja seperti manusia, Cuma wajahnya hodoh bangat Pak' Yanto menjawab.

 
Mereka tiga beranak terdiam. Hantu Raya di hari raya.

‘Ya? Bagaimana pak? Saya mohon cuti ya!'

 

 

 

 

 

************************

Nota Penulis: Penulis berpendapat, Hantu Raya datang singgah rumah yanto sebab nak makan lemang ngan rendang MakCik Fatimah. 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) sajer terai...
  • 2) Selamat mencuba
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
  • 3) yanto neh ngencing aa weh..

    nk cuti cakap je la nk cuti...

  • (Penulis)
    4) pakpenyu: time kasih baca .. eden torai...
    nardy: tu la.. tah betul tah tidak..
  • 5) hantar cerpen yang kedua, pak penyu nak buat review
  • 6) pandai saf buat saspen ni.. hehehehe...

    tp bila dia sebut didatangin mahu menumpang tu.. sy dah bleh agak dah, bukan manusia biasa ni.. hehehehe...

  • (Penulis)
    7) pak penyu: cerpen kedua.. lambat lagi menyusul kot..
    ida: saf tak pandai sangat buat citer citer saspen ni.. ni saje nak uji diri sendiri.. diri ini kene belajar lagi.. (da lama benar rase tak menulis.. rase berkarat)
  • 8) Bila dah hantar cerpen pertama, jangan ambik masa lama untuk cerpen kedua, nanti keinginan tu lari kalau tangguh lama-lama. Push your self for second cerpen. mana yg tak betul atau tak sesuai, kita betulkan.
  • 9) hehehe..
    klakar la cite nih..
  • 10) karya pertama yang baik... menghiburkan dan mencuit hati. teruskan berkarya...

  • (Penulis)
    11) pak penyu: masa dan kebizian menjadi penghalang saya..
    maul: tengs for reading
    ridh: hehehhe.. time kasih bangat!
  • 12) waduh waduh..
    kok boleh dikendong hantu raya tu kok?

  • 13) samada yanto ni kencing or sama spesis gn hantu raya tu sebab hanya yang 'lebih besar' akan dapat menggendong 'yang lebih kecil'..erm tak faham tak apa. Teruskan lagi.
  • 14) a ahla kan.. hantu raya kan besar... hohohoho ~~ seram~~~~
  • 15) ha ha
    ekau ni sap. komain yo. antu pun ekau buat cito.

    wah sap. hari tu puisi
    ni cerpen
    huh. antu rayo datang rayo pun jadikk.
  • 16) tenet bodo sejak dh berhari2..sap, antu tu bijak pemaleh. dtg pandai plak xberjemput. blk nk kene pikul
  • 17) best..bleh wat alasan nk mintak cuti nih..idea..idea....

  • (Penulis)
    18) nurcahaya,mr kajiwa & ida: nampaknya saf da kene tipu..
    caha: ahahhaa.. eden toraiiii...
    syud: tu la dia.. ngada2 betul
    cactus: ahahaha.. cuba la kalau dapat

    btw: tengs for reading...
  • 19) Ada cerita yang baik dalam cerita ni. Kalau digarap semula dengan betul boleh menarik peminat cerita seram. Masukkan unsur seram (kena gunakan ayat-ayat seram dan suspen).

    Buat sedikit rangka cerita dulu.

    1. Kena ceritakan juga keistimewaan yanto boleh melihat alam, ghaib.
    2. Tunjukan kehebatan Pak cik
    3. Tuniukan bagaimana hantu-hantu mula menimbulkan masalah
    4. Bagaiman Pak Cik "bertempur dengan hantu-hantu"

    Inilah yang pembaca nak baca.

    Tapi kalau ini karya SATIRA masukkan unsur lawak (misalnya hantu-hantu asyik berdangdut, ada kelab dangdut dah dibuka dalam hutan). Kaitkan isu-isu pendatang asing yang biasa kita dengar.

    Selamat berkarya.
  • 20) hahaahhahaha...kelakar2..
  • 21) lawak juga...
  • 22) Saf, nia komen sikit yer... dialog yanto tu mungkin saf perlu meng'indonesia'kan nya lagi. sebabnye kadang2 mcm org malaysia pulak cakapnyer. so dah jadi kurang real di situ. pastu yanto tu mungkin dari awal saf patut mention dia lelaki. sbbnye nia ingat dia pempuan. bile dah hampir half-way baru saf ada mention dia lelaki. heheh. pastu ada a bit typo here and there. contoh:

    walaupon tidak seselasa mana --> selesa kan?
    tak kering tangan dek ashik membasuh pinggan --> asyik kot?

    overall, jalan cerita dah bagus.. cuma tu la.. bak kata pak penyu elemen saspen tu kene lebihkan sikit kot. elaborate sikit. tinggal nak polish the small details tu jer. other than that, syabbas betttyy!!

Cerpen-cerpen lain nukilan safina17

Read all stories by safina17
No stories.