Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Kerana Secebis Kentang

Cerpen sebelumnya:
2 Alasan...
Cerpen selanjutnya:
3 HATI

"Komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi.”

Aku memanggilnya KKK. Bukan Ku Klux Klan maksudku; tapi ianya hanyalah versi dan mainan perkataan aku sendiri. Komplikasi, komunikasi, konfrontasi. Frasa itu selalu menjadi siulan mulutku sendiri setiap kali aku berasa marah. Sudah menjadi tabiat aku untuk mengawal rasa marah. Perasaan yang sengaja kutekan. Mungkin juga lebih kepada keganasan yang disimpan, bak harimau terkurung di zoo.

Aku selalunya kelihatan seperti seorang yang pendiam. Aku selalunya kelihatan seperti seorang yang gembira; “happy-go-lucky”. Sengih, walau selalunya tiada perkataan yang keluar. Senyum, walau tiada komen yang diberi. Gelak, tapi tidak kutambah kutukan punca gelak yang keluar. Kenalan aku memanggilku “cool”, “slumber”, “lepak”, “gerek”. Tenang, bahasa formalnya.

Tapi masih ada fakta yang tidak menjadi pengetahuan umum. Aku seorang yang pemendam. Mungkin ianya kena dengan sifat pendiam aku. Aku selalu pendamkan apa yang aku rasa. Marah, aku senyap. Geram, aku diam. Sedih, aku pura pura letih. Tidak akan ada riak yang timbul. Tidak akan ada kerutan dahi yang membuka rahsia aku. Paling tidak, hanya mulutku berkumat kamit membisikkan frasa kata ajaibku. Atau sekurang kurangnya tiga perkataan ajaib itu.

Cuma bisikan tiga perkataan ajaib itu yang mampu menenangkan aku. Mengingatkan aku betapa pentingnya untuk tidak menimbulkan konfrontasi. Mengingatkan aku betapa bahayanya jika aku gagal menahan gelodak amarah.

“Mus.. komplikasi.. dalam komunikasi.. jadi konfrontasi..” bisikku lagi kepada diriku sendiri. Nafas kutarik sedalam - dalam yang boleh. Percubaan yang entah kali ke berapa untuk aku mengosongkan mindaku. Aku melepaskan nafas perlahan lahan.

Tidak berjaya. Magik ini sudah tidak berjaya lagi. Aku tetap tidak merasa tenang. Aku geleng-gelengkan kepalaku. Bukan. Bukan ini apa yang ku harapkan. Bukan perasaan ini yang ku minta mintakan. Bukan perkataan ini yang selalunya diberikan oleh kenalan.

Sedih? Dalam keadaan begini?

Aku sedih? Pada saat ini? Pada masa ini?

Amarahku membara kembali. Aku tidak menjangkakan aku boleh sedih dalam keadaan begini. Aku menghenyakkan punggungku ke sofa kulit empuk di ruang tamu itu. Aku merenung ke siling; ke lantai di hadapanku; silih berganti. Tanganku berteleku menongkat daguku.

Tiada perasaan puas. Ada perasaan sedih. Jangkaan aku salah. Lari – melencong harapan aku. Sial. Keji sungguh kau, hati.

Mataku melirik ke jam tangan yang terikat di pergelangan kiriku. Permukaan jam itu menonjolkan nombor digital untuk menentukan masa, dan ia lengkap berserta tarikh untuk hari ini..

04:24 pm, 8/4/2009.

*******************************************************************************

6 Februari 2009, Nasi Lemak Antarabangsa, Kg. Baru..

“Faz, camne kau dengan Mus sekarang?” tanya Amir yang masih mengunyah nasi lemak sebagai santapan makan malam.

Faz tersedak. Teh yang dihirupnya tersembur sedikit. Diambilnya tisu dan dia mengelap bibir mongelnya yang berjujuran dengan teh yang tak sempat ditelan. Tangannya membetulkan sedikit cermin mata yang dipakainya. Amir tergelak melihat telatah Faz yang terkejut dengan soalannya itu.

“Sorry. Erm, aku macam tu jugaklah dengan Mus. Dia okay je, cukup la kasih sayang dia bagi kat aku” seloroh Faz. Matanya redup seperti menyembunyikan sesuatu walaupun mulutnya masih mengukir senyuman. Faizal yang duduk di hadapannya sedar akan riak wajah Faz.

“Tak ada tapi?” ujar Faizal.

“Tapi?”

“Iyalah, dia okay.. tapi?”

Muka Faz berubah. Jelas yang dia tidak mampu menyembunyikan lagi perkara sebenar yang tersimpan rapi dalam hatinya. Namun untuk menuturkan apa yang dia sendiri tidak puas hati, atau seperti apa yang dikatakan Faizal, “tapi”; dia sendiri tidak tahu dan tidak pasti apa yang kurangnya Mus. Faz berpura-pura membetulkan tudungnya yang tidak senget. Dia mengeluh.

“Tapi dia lagi muda dari aku. Bukan setahun dua, tapi empat!” kata Faz separuh menjerit.

“Hey relaxlah. Kitorg tanya je” tegur Nasir yang senyap sejak dari mula mereka sampai.

“Then kenapa kau terima dia on the first place?” tanya Faizal lagi.

“Entahlah. He’s okay, perfect. Perhatian untuk aku cukup dia bagi. Sekarang ni pun dia dah mula kumpul duit walaupun tengah study lagi. Tang tu memang nampak la dia bersungguh – sungguh nakkan aku.”

“Tapi?”

“Tapi entahlah. Mungkin aku je terlalu fikirkan faktor umur tu kot sekarang. Lagi satu, dia macam kurang suka aku lepak dengan korang. Mungkin perasaan aku je la kot yang tu, pasal dia tak pernah cakap lagi dia tak suka aku keluar dengan korang.”

“Kau rasa dia terlalu mengongkong?”

“Lebih kuranglah. Dia tu ada baran sendiri gak walaupun nampak macam pendiam. Pernah sekali dia marah aku pasal aku asyik cerita pasal korang kat dia”.

“Time korang dating? Salah kau gak tuh!” tempelak Nasir.

“Kenapa salah aku pulak?”

“Iyelah, korang dah lah jarang berjumpa. Bila jumpa kau bukak cerita pasal orang lain yang takde kena mengena dengan dia. Kalau dia jumpa kau tapi dia duk bercerita pasal perempuan lain agak agak kau bengang tak?”

Faz terdiam.

“Tapi, aku bukan cerita apa pun. Cerita aku lepak lepak dengan korang je. Takkan itu pun tak boleh? Memang la aku bengang kalau dia bercerita pasal perempuan lain, tapi aku dengan korang bukan ada apa-apa pun.” terang Faz panjang lebar, cuba menegakkan benang yang basah.

Nasir cuma menggeleng-gelengkan kepala. Faizal dan Amir cuma mampu tersenyum penuh makna.

“Jadi kau nak mintak break dengan dia?” tanya Amir.

“Entah. Aku takde sebab yang kuat untuk buat camtu lagi.”

“Oh. Kalau kau dah break nanti bagitau kat aku.”

“Kenapa?”

“Boleh lah aku pulak masuk line. Aku lagi tua dari kau, jadi lepas la syarat kan?” seloroh Amir.

Gelak ketawa mereka panjang membelah malam. Ketawa Amir yang paling kuat. Dalam hilai ketawa mereka itu, mata Amir masih melirik manja ke arah Faz, yang kelihatan comel dan manis bila dia ketawa.

*******************************************************************************

6 April 2009, di pejabat Faz..

Telefon bimbit Sony Ericsson yang dalam mode silent milik Faz tiba tiba bergetar di atas meja. Faz cepat cepat mengambilnya. Satu SMS yang tiba.

“Sayang, boleh tolong belikan I McD tak? I terlambat sikit masuk ofis hari ni, tak sempat nak lunch. Tolong ye? Love you.” SMS dari Mus.

Mus kini telah menamatkan pelajarannya dan kini kembali ke pejabat Faz bekerja sebagai seorang pekerja baru. Dahulunya, pejabat ini merupakan tempat Mus melakukan latihan praktikalnya. Semasa latihan praktikalnya itulah mereka berkenalan, dan dari situlah bibit – bibit cinta mula berputik antara mereka.

Mus sepatutnya bertugas dalam shift petang hari ini, tapi nampaknya dia terlambat buat kali kedua dalam minggu ini. Faz mengeluh pendek. Tidak dapatlah dia untuk makan tengahari bersama – sama Mus hari ini. Faz terus bangun dan melangkah keluar untuk makan seorang diri seperti semalam. Selesai makan, Faz membelikan sebungkus McDonalds seperti apa yang diminta. Dia meletakkan bungkusan itu di atas meja Mus yang masih kosong dan kembali ke kubikelnya sendiri.

Setengah jam kemudian, tiba tiba Yahoo Messengernya berkelip kelip menandakan ada orang yang cuba menghubunginya. Terdetik dalam hati Faz, “mesti Mus baru sampai ni.”

Mus: Hi yang, thanks for the McD. Sorry eh tak dapat temankan you lunch hari ni.

Faz: It’s okay. Dah makan belum McD tu?

Mus: Tengah. Baru makan kentang je ni.

Faz: Hey, makanlah kat pantry tu. Nanti kang ada boss bising pasal makan kat dalam opis.

Mus: Eh, nape lak?

Faz: Kan bau. Sampai sini I bau tau.

Mus: Alah, bukan bau busuk macam durian ke. Takde pelah.

Panas hati Faz bila Mus cakap begitu. “Susah sangatkah hendak keluar ke pantry untuk makan?” bentak Faz. Terus ditutupnya program Yahoo Messenger. Terus dia berpura-pura untuk sibuk membuat kerja.

Masa berlalu pantas; sedar-sedar hari sudah petang dan masa bekerja sudah tamat untuk Faz. Dia mengemas barang barangnya dan terus melangkah keluar dari pejabat. Dalam perjalanannya untuk ke kereta, dia nekad menghantar satu SMS kepada Mus.

“I want to breakup with you.”

Selepas SMS dihantar, Faz terus menutup telefonnya dan mengorak langkah masuk ke kereta Kelisa birunya untuk pulang ke rumah.

*******************************************************************************

8 April 2009, 02:00 pm.

Sudah dua hari aku tidak berjumpa dengan Faz. Sudah dua hari aku tidak mendengar sebarang khabar berita dari Faz. Dia tidak langsung mengaktifkan telefon bimbitnya. Sudah dua hari juga dia tidak datang kerja. Sudah berhentikah dia?

Aku amat tertanya-tanya mengapa dia buat begini pada aku. Tanpa penutupan yang sempurna, dia terus menghilangkan diri. Minta putuskan hubungan. Apakah salah aku? Makan kentang goreng di masa kerja?

Amat tidak logik. Amat tidak munasabah. Amat tidak memuaskan hati. Sungguh celaka.

Aku resah dan gelisah. Makan tidak kenyang, tidur tidak lena. Jiwaku langsung tidak tenteram. Marah. Keliru. Hal – hal lain langsung aku tidak pedulikan lagi. Aku terus berjumpa dengan pengurusku dan terus meminta cuti, mengatakan aku kurang sihat untuk bekerja hari ini.

Aku mesti mendapatkan jawapan sebenar. Aku terus ke keretaku dan memecut laju ke rumah Faz. Malam sebelumnya, aku sudah pergi ke rumahnya tapi tiada balasan apabila aku ketuk pintu rumahnya. Keji, bukan?

Aku memberhentikan keretaku di kawasan parkir selang tiga blok yang jauh sedikit dari rumahnya. Aku bercadang untuk berjalan kaki ke rumahnya. Dengan tiadanya bunyi enjin keretaku, dia tidak akan tahu aku yang tiba. Elemen kejutan amat kuperlukan sekarang.

Pintu rumahnya kuketuk.

Dia membuka pintu dan terkejut melihat aku. Sebelum dia sempat menutup kembali pintu rumahnya, aku menahan dengan tanganku dan menolak pintu itu supaya terkangkang luas. Faz kelihatan terkejut dengan tindakan berani aku. Aku terus masuk ke rumahnya, dan meletakkan bagasi aku ke atas sofa kulit empuk miliknya.

“Faz, why are you doing this to me? Kenapa? Apa sebabnya tetiba you nak mintak breakup? You ada orang lain? I ada buat salah?” soalku bertalu talu.

Faz mengambil tempat duduk di hadapanku. Kakinya disilangkan. Rambutnya nampak cantik mengurai, lembut merangka wajah putihnya.

“Apa yang you nak sebenarnya, Mus?” Faz bertanya aku kembali. Bunyi soalan itu amat menyindir. Perasaan amarahku membuak buak secara tiba-tiba.

Dan aku berbisik perlahan terhadap diriku sendiri. Tanganku menggapai bagasi hitam yang terletak disebelahku.

“Faz, I need a closure. Not a sudden thing like this. Bukan ini caranya. You sepatutnya dah faham I. Selagi I tidak puas hati, I takkan berganjak”.

“I don’t have anything to explain to you, Mus. I dah nekad. I nak putus dengan you. I tak rasa kita serasi lagi.”

Aku cuba menahan marah dan masih bersabar. Dadaku berombak kecil menahan marah. Aku tetap berbisik dengan diri sendiri. Nafasku perlahan. Tanganku menggengam bagasi hitam disebelahku, genggamanku kuat membuatkan kepalan tanganku berubah putih.

“Marah? You don’t have the rights, Mus. This is my house. You better leave now. Or you nak I telefon polis?” sindir Faz lagi.

Cukup.

Amarahku membuak-buak.

Aku tidak tahan lagi.

Aku tidak dapat berfikir rasional lagi.

Kosong.

Mindaku kosong.

Aku tidak kenal siapa perempuan didepanku ini.

Dan itu membuatkan naluri haiwan aku terlepas dari sangkar. Aku terus menjerit kuat dan menerkam ke arah Faz. Tangan kananku yang tadinya kosong menggenggam bagasi kini terhunus pisau kecil – pisau pembuka surat yang tersisip di tepi bagasiku. Entah bila tanganku dapat menggapai pisau itu, aku sendiri pun tidak tahu.

Satu libasan yang terkena leher; dan arteri Faz memancutkan darah merah membuak-buak. Tanganku merah. Tompok tompok merah terkena mukaku. Terasa panas darah Faz.

*******************************************************************************

Jam berdenting. Satu, dua, tiga, empat, lima kali.

Aku tersedar dari lamunanku. Sudah pukul lima. Diam tak diam setengah jam masaku terbuang. Melayan perasaan hatiku sendiri. Hanyut, dalam kesedihan yang tidak sepatutnya hadir. Aku sepatutnya berasa puas. Bukan sedih.

Tapi kini sudah pukul lima. Aku tidak banyak masa.

Aku bangun dan pergi mencari sinki. Jumpa. Ada sabun sekali. Aku membasuh tanganku yang merah bergelimpangan dengan darah keji perempuan kutuk itu. Aku basuh sekali senjata pembunuhanku. Penuh berhati – hati. Aku tidak mahu meninggalkan kesan jari.

Pisau yang kini bersih ku sisipkan kembali ke dalam bagasi hitamku. Aku mengambil sehelai tuala kecil dan mengelap segala permukaan yang mungkin aku sentuh. Aku selerakkan ruang tamu yang tersusun kemas itu. Aku kembuh laci laci yang rapat dan menjatuhkannya ke lantai.

Puas. Harap tiada jejak aku yang tertinggal. Aku mengambil bagasiku dan mula menuju ke pintu. Aku pandang ke atas siling. Ada kesan darah. Ku toleh ke arah mayat yang terbujur kaku dengan mata terbeliak. Ada sekelompok darah.

Faz mati. Aku yang membunuhnya.

Senyuman jahat terukir di wajahku. Terlintas satu frasa baru yang bersesuaian dengan keadaan ini. Tiada lagi KKK. Frasa itu tidak berguna lagi. Hanya frasa ini yang menerangkan perasaanku sekarang..

“Akhirnya, kau tetap ku yang punya...”

 

Penafian: Cerita ini hanyalah fantasi dan khayalan nakal penulis di hujung minggu. Tiada yang hidup atau yang mati terlibat dalam penceritaan cerpen ini. Jika ada yang terlibat, ianya hanyalah kebetulan semata-mata.

Cerpen sebelumnya:
2 Alasan...
Cerpen selanjutnya:
3 HATI

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
8 Penilai

Info penulis

[re-arrange]

Easily triggered, hot - headed, stands by what I believe is right and logic man with a pride and ego. Have stands and my own principles. Logic before emotion. Emotionally cold and ignorant.Can be romantic at times (to the one whos dear for him), love to try everything new. Love to think, and take challenges as much fun. Ironic things cracks a laugh in me. Thoughtful is my forte. Follow my Twitter at @rearrange.
rearrange | Jadikan rearrange rakan anda | Hantar Mesej kepada rearrange

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya rearrange
Hilang | 2837 bacaan
Refleksi Diri | 2506 bacaan
Beruang Itu Tak Bersalah! | 2030 bacaan
Annoyingly Angry | 1742 bacaan
PCB#3: Saat Ginjalku Terhenti | 2378 bacaan
The Standing Ovation | 2732 bacaan
Fantasi Mental Gila | 1593 bacaan
Toyol Gendut Tali Kecapi | 2896 bacaan
Mata Hati Jiwaku | 3457 bacaan
Mahu Lekas Maju | 1971 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

34 Komen dalam karya Kerana Secebis Kentang
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Teori Pavlov Si Syaitan

Teori Pavlov Si Syaitan adalah ebook koleksi cerpen tulisan Aishah Aziz atau dengan nama Kapasitornya ...
Price: RM 5


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik