Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

3 HATI

Cerpen sebelumnya:
Kerana Secebis Kentang
Cerpen selanjutnya:
Flarus

  i.    Aya

 Aku kecewa. Sangat kecewa! Selama ini,dia yang tersalah membuat percaturan. Selama ini, kau cuma menggangap aku sebagai kawan baik kau sahaja... Desis hati Aya sambil merenung  potret kenangan yang terbingkai kemas di frame kayu berukir cantik. Gambar dia bersama kawan baiknya. Bermula dengan berkawan,lama-kelaman hatinya semakin terpaut dengan ketulusan hati lelaki itu. Sudah hampir 5 tahun mereka berkawan sejak menjadi penghuni di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Lelaki itu yang mula-mula menegurnya ketika pertama kali memasuki praktikum(2), kuliah Kimia Prof Roy. Dari teman biasa, mereka tak ubah seperti kembar biological. Tarikh lahir lelaki yang bertakhta dihatinya itu pada 19 September, manakala tarikh lahir Aya 25 September. Cuma beberapa hari sahaja yang membezakan mereka. Mereka bukan sahaja akrab,tapi sangat rapat. Kedua-dua keluarga juga sedia maklum tentang keakraban persahabatan mereka.

Semuanya berubah. Berubah bila mana kau memilih Wizie sebagai teman yang akan menemanimu kemudian hari. Saat itu, kau mula berubah. Segalanya berubah selepas kau menghubungi aku malam itu.Aya bermonolog sendirian.

"Aya, aku nak tanya ko something arrr," ceria sekali suaranya seperti biasa dia menghubungi Aya. Boleh dikatakan, hampir setiap hari lelaki itu menghubungi Aya.

Aya ketawa, " tanya aje lah. Malu-malu pula. Aku lempang karang!"

"Kalau aku ada girlfriend kau marah tak?" Soalan lelaki yang amat disayanginya itu membuatkan Aya terdiam seketika.

"Baguslah Falah, kalau kau ada girlfriend. Tak payah la aku susah-susah jaga ko lagi,"berubah sedikit nada Aya. Walaupun sedih, namun Aya tidak mahu Falah mengetahui apa yang tersirat di hatinya.

"Thanks Aya. Kau memang kawan aku yang paling best. Aku harap ko restui hubungan aku dengan Wizie,"

W-I-Z-I-E?? hati Aya menjerit. Tidak pernah selama ini dia menyangka Falah akan memilih Wizie. Siapa yang tidak kenal Falah. Pemuda campuran cina dan melayu yang berasal dari Cheras,Kuala Lumpur ini. Kacak,penyayang, kuat beribadat, sekaligus meletakkan dia sebagai rebutan dikalangan perempuan-perempuan di matrikulasi. Dan sikap melayan dia adakalanya tak ubah seperti seorang playboy versi baik.Banyak sangat wanita yang dilayannya hinggakan Aya tak pernah terfikir dia akan memilih Wizie. Barangkali juga kerana sikap Falah yang tidak pernah mengabaikan Aya selama ini. Biar sibuk dengan pelajaran dan melayani perempun-perempuan skandalnya tu, dia sentiasa di sisi Aya. Setiap kali Aya kelaparan, Falah belikan Aya makanan dan menghantarkan sehingga ke rumah dan saat Aya kebosanan,dia akan menemani Aya menonton wayang serta berlibur mengubati kebosanan Aya. Bila Aya dimasukkan ke hospital, Falah lah yang bersusah payah yang menghantar dan menemani Aya di hospital sehingga Aya sedar dan dibenarkan keluar wad.

Ketika Aya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di rahim, dia juga menemani Aya hingga ke dewan pembedahan. Saat bius dan suntikan diberikan,Aya yang terlalu kesakitan menjerit sambil menggengam tangan Falah,  Aya lihat Falah juga menitiskan air mata. Tapi segera dikesat Falah. Dia perlu kuat supaya Aya juga kuat.

Falah..Falah....Aya mengesat air mata sambil hatinya tak henti-henti berbisik. Potret ditangannya dimasukan ke dalam luggage box. Biarlah gambar itu dibawa sebagai tanda kenangannya. Bukti yang dia tidak pernah melupakan Falah,teman baiknya itu.

Malam itu, jam 9 , Aya akan bertolak ke States untuk menyambung pengajiannya. Pemerginnya itu tidak dikhabarkan pada Falah yang sedang bergembira bersama kekasih hatinya. Sejak Falah mula serius dengan Wizie, dia terasa semakin jauh dengan Falah. Falah tidak lagi menemaninya  menonton wayang walaupun sebulan sekali. Tiada lagi panggilan untuk berbual setiap malam. Bila dihubungi Falah, susah benar panggilannya itu dijawab. Sendainya dia jawab pun, pelbagai alasan diberikan. Dan alasan dia sedang bersama Wizie, memang melukakan hati Aya.

Apabila perasaan yang semakin merobek itu kini ibarat menjadi barah dihati Aya, dia mengambil keputusan untuk mempercepatkan kepemergiannya ke States. Umi dan walid juga tidak mengatakan apa-apa dengan keputusannya.Setelah permohonan mempercepatkan kemasukkan Aya diterima, Aya menghubungi Falah. Namun,seperti biasa, hampa.

"Lah,engkau kat mana?" Aya bertanya di talian ketika menghubungi Falah.

"Kat umah. Pesal?" dia bertanya kembali kepada Aya.

" Jom temankan aku makan. Aku ada benda nak bagitau kau," kata Aya.Sayu.

"erm...tak dapat la wei. Kul 6ptg, aku dah janji nak main futsal," jawapan Falah selamba.Seolah-olah Aya tidak akan terluka.

"Sekarang baru 4.45 petang la. Ala..teman jap aku g SR.  Kul 5.30,ko gerak la gi futsal," aku masih memujuk Falah. Dah lama benar aku tak jumpa dia dan aku perlu berjumpa dengannya. Mungkin juga buat kali terakhir.

" Banyaklah ko. Aku nak main futsal la. Kalau aku makan,semputlah aku nanti,"dia masih berdalih.

"Ko takyah makan la.minum je. Oklah....kalau takleh petang ni, malam dinner ngan aku?"

"Sorrylah wei...malam ni aku dinner ngan Wizie la. Esok-esok je la.OK? jawaapan Falah benar-benar menguris hati Aya.

"tak apa lah. Esok-esok aku busy!" Aya terus matikan telefon. Itu kali terakhir dia menghubungi Falah. Sejak itu dia mendelete nombor telefon Falah dari phone book telefon bimbitnya. Dia cuba membiasakan dirinya tanpa Falah dan kenangan bersama Falah. Dia cuba bertahan sehinggalah hari ini,dia akan bertolak ke States.

Air mata yang berjuraian itu,dikesatnya perlahan. Sebelah tangan lagi ligat mengemas barang-barang yang ingin dibawa pergi.

Aya akan pergi malam ini. Pergi jauh membawa hatinya yang sendu pada malam yang sangat bermakna padanya. Barangkali sudah tidak bermakna lagi kini tanpa Falah.

Hati? Ya, hati Aya sangat sedih. Sedih kerana cintanya terpendam jauh dan persahabatannya disisihkan.

 

ii.   Wizie

 Wizie kegeraman bila beberapa hari ini, Falah tidak menghiraukannya. Kebiasaannya,sejak mereka berpasangan, saban malam Falah akan makan malam dengannya. Kemudian mereka akan duduk berbual hingga ke lewat tengah malam. Dan keesokkan paginya, mereka akan bertemu di kelas. Kerana mereka sekelas lah yang membuka ruang untuk dia mendekati Falah, lelaki yang menjadi rebutan perempuan-perempuan di fakultinya.

Wizie tahu, Falah sangat rapat dengan Aya sejak di matrikulasi lagi. Sememangnya Wizie tak suka dengan kenyataan itu lalu setiap kali Aya menghubungi Falah ketika mereka bersama, Wizie pasti merajuk. Wizie suka bila Falah memujuknya dan berjanji  akan menjauhkan diri dari Aya.

Aya cantik, bijak dan sopan-santun orangnya. Pelajar jurusan perubatan di universiti yang sama dengan dia dan Falah. Cuma dia dan Falah di Fakulti Farmasi. Memang diakui,Aya juga seperti Falah,menjadi rebutan lelaki-lelaki di situ. Tapi, Aya tidak pernah melayan mana-mana lelaki yang menghampirinya selain Falah.Falah kawan baik Aya. Hakikat yang paling benci untuk Wizie terima!

Beberapa hari lalu, dia keluar makan malam seperti biasa dengan Falah. Ketika beratur menanti giliran untuk membuat pesanan di restoran makanan segera itu, dia lihat Falah menegur sepasang kekasih dan seorang lelaki. Bila ditanyakan, Falah kata, itu kawannya ketika di matrikulasi. Tapi,ada bungkusan hadiah berbalut cantik ditangan Falah. Wizie tertanda-tanya hadiah siapakah itu dan apakah isi kandungan hadiah itu. Namun yang jelas, bermula malam itu, Falah seakan berubah. Makan malam pada malam itu juga berlangsung sekejap sahaja. Selalunya, selepas makan, Falah akan berbual di halaman rumah sewanya sampai lewat malam. Tapi malam itu,Falah kata dia sakit kepala dan ingin segera pulang. Wizie tahu,Falah sememangnya menghidap asthma dan migrain dan dia tidak mahu kekasihnya itu apa-apa. Dia sayangkan Falah sepenuh hatinya. Sudah lama dia ingin memiliki kekasih sesempurna itu. Terlalu sempurna berbanding kekasih-kekasihnya yang terdahulu.

Wizie betul-betul rindukan Falah. Dibelek-beleknya pesanan-pesanan ringkas yang dihantar Falah sebelum-sebelum ini. Kata madah sayang dan cinta membuatkan dia tersenyum. Namun senyumannya segera mati. Sudah beberapa hari Falah tidak menghubunginya. Tiada sms mahupun panggilan telefon. Bila dihubungi, panggilannya tidak disambut.

Hati Wizie mula ditumbuh dengan perasaan kurang senang dan cemburu yang meluap-luap. Nampaknya,Syaitan laknat telah berjaya membenihkan perasaan syak wasangka dalam hati Wizie. Pasti falah berjumpa dengan perempuan tak sedar diri tu. Kurang ajar punya betina, Falah tu milik aku!desis hati Wizie.

"Malam nanti,aku akan hubungi Falah. Aku akan merajuk puas-puas dengan Falah. Nanti dia mesti dia pujuk aku sebab dia kan sayangkan aku sepenuh hati, " Hati Wizie nekad!

 

iii.    Falah

Dia leka menatap album gambar ditanganya. Satu demi satu diselaknya perlahan. Adakalanya dia tersenyum,dan adakalanya dia bagaikan tenggelam dalam khayalan. Dia tersenyum melihat gambar ketika orientasi di matrikulasi dahulu. Aya dan dia diletakkan di dalam satu kumpulan yang sama. Muka Aya kelihatan comot bila bergelumang dalam tanah selut ketika bermain permainan berhalangan. Comel! Saat mereka bersama di matrikulasi sangat menggembirakan. Lebih mengembirakan lagi, bila Aya dan dia juga mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di university yang sama.

Tangan Falah terhenti pada satu kepingan gambar yang  membuatkan hatinya sayu. Kelihatan Aya yang sedang dibawah paras kesedaran setelah mejalani pembedahan membuang ketumbuhan di rahimnya beberapa tahun yang lalu. Ketika itu, dia tidak pernah lekang disisi Aya. Gambar itu di curinya amik dengan menggunakan kamera telefon bimbitnya. Dia sangat sebak melihat Aya menangis ketika disuntik ubat bius dan ubat utk membersihkan hatinya. Penting untuk seorang pesakit asthma seperti Aya untuk bersihkan hatinya sebelum pembedahan untuk mengelakkan sebarang komplikasi ketika pembedahan berjalan.

Aya..sampai hati kau pergi tanpa beritahu aku, Falah bermonolog sendirian.

Falah sedar, dia telah banyak melukakan hati Aya sejak dia bersama Wizie. Tapi demi kebahagian dia dan Wizie, Aya pendamkan segalanya. Berbulan-bulan dan akhirnya Aya tidak mampu lagi bertahan. Lalu Aya pun mempercepatkan pemergiannya ke States. Maafkan aku Aya,desis hati Falah menyesali.

Sejak bersama Wizie,dia sering mengabaikan Aya. Tiada lagi masa yang diluangkan bersama Aya. Tambah pula, Wizie tak suka Falah berhubungan dengan Aya. Cemburu Wizie keterlaluan. Sampaikan, adakalanya Falah berasa rimas dengan sikap cemburu Wizie. Buta dek cinta, Falah mengikut sahaja kemahuan Wizie, biarpun jauh disudut hatinya dia berasa kekosongan. Kehilangan senyuman dan tangisan Aya.

Dia masih ingat lagi kata-kata Aya padanya.

"Walaupun apa yang terjadi...dengan siapa kau atau aku bersama...kita tetap saudara sampai bila-bila. Aku sayang kau sampai mati dan aku sayang kau melebihi sayang aku pada nyawa aku sendiri!"

Dia kesat air mata yang mula bertakung di kelopak matanya.

Dia benar-benar menyesal. Selama ini dia buta. Permata digenggaman, di biarkan hilang, kaca pula dikejarnya.

Pertemuan tak disengaja dengan kawan satu matrikulasinya,  Mijie, Nasril dan Sal ketika kuar makan malam beberapa hari lepas membuka mata dia. Mijie dan Sal baru sahaja bertunang. Lalu,dia menghampiri mereka untuk mengucapkan tahniah,namun sebaliknya dia mendapat sambutan yang dingin dari mereka. Mijie mendiamkan diri. Sal pula sangat marah dengan Falah hinggakan tak mahu memandang muka Falah,berlalu dari situ. Nasril menceritakan segalanya pada Falah.

"Sejak kau ada awek, Aya rasa tersisih. Nasib baiklah kami ada. Dia selalu lepak dengan kami. Mula-mula cam peliklah juga pesal kau dah tak join sekali dia lepak ngan we all, lama-lama Sal korek...korek, barulah kami tahu engkau dah ada makwe dan dah takde masa untuk untuk dia. Mana tak sedih dia," kata-kata Nasril bagaikan mengguris hati Falah.

"Kot ye pun kau ada makwe,Falah..takkan la sampai tak boleh berkawan. Aku ni dengan Sal, dari zaman matriks sampai uni sampai skrang dah keje..dah bertunang pun, tak pernah kami abaikan kawan-kawan kami. Dan kerana kau..demi kebahagian engkau, Aya percepatkan kepemergian dia ke US,"sampuk Mijie pula.

"Aya pergi US??? Buat apa??" Falah hampir menjerit.

"Eh...kau tak tahu ke? Bukan ritu...Aya kata dia nak bagitau ko ke? " Nasril sedikit terkejut dengan pertanyaan Falah.

"Ala..orang sibuk berkepit,mana nak ingat kengkawan nih!" Sal yang sudah berada di situ sambil memegang satu kotak hadiah sederhana besar,sinis memerli Falah. "Rini harijadi kau kan??kebetulan sungguh terjumpa kau kat sini. Aku ingat esok-esok bila aku dah ‘sejuk' baru nak cari kau. Alang-alang, nah..amik ni! Hadiah dari bekas kembar kesayangan kau. Walaupun dia dah nak g US, dia tak pernah lupakan kawan-kawan. Tetambah plak yang dikatakan kembar dia. Apa punya manusialah ko ni Falah. Aku ingat kau pandai..tapi rupanya kau buta. Budak tu  separuh mati suka kat kau..last..last kau pilih perempuan lain. Yang paling best, kau pilih perempuan cam Wizie tu. Aku pun tak tahu, kau ni lelaki nombor berapa si Wizie tu. Ke seratus kot," tajam sekali apa yang Sal luahkan. Falah terdiam. Mati akal,risau,panik dan sebagainya.

Aya akan ke US? Hanya itu yang bermain di fikirannya.

Sal,Nasril dan Mijie tak jadi makan disitu berlalu meninggalkan Falah yang dicengkam rasa bersalah.

Falah cuba merayu Mijie untuk beritahu bila Aya bertolak ke US,namun jawapan yang falah terima hampa, "For us to know is for you to find out,kawan. Aku dah janji ngan Aya takkan bagitau apa-apa kat ko!"

Dia mati akal. Dia mati nafsu untuk melayan karenah Wizie malam itu. Dia ada misi yang perlu dilaksanakan. Dia perlu hubungi Aya, lalu selepas makan malam pada hari lahirnya itu, dia ajak Wizie pulang dengan alasan dia kena migraine. Lagipun, Wizie sendiri tak ingat hari itu hari jadinya. Puas ditunggu ucapan hari lahir, namun hampa.

Falah cuba menghubungi Aya, namun panggilannya tidak dipedulikan.

Falah teringat Fairuz. Ye..Fairuz mungkin boleh membantunya. Fairuz juga salah seorang kawan baik Aya selain Falah. Acapkali juga Falah cemburukan kemesraan Fairuz dan Aya. Falah tak suka Fairuz rapat dengan Aya. Falah tak sanggup kehilangan seorang kawan baik seperti Aya. Aya segalanya bagi Falah. Tapi itu sebelum kehadiran Wizie.

Falah nekad,demi Aya,demi persahabatan mereka dan demi perasaan yang kian bertunas dihatinya, Falah tidak mahu mengalah. Dia kuatkan diri mendail nombor telefon Fairuz.

"Assalamualaikum...Fairuz ada?"

"Waalaikumsalam, ye saya! " suara dihujung talian sayup dan lembut sekali kedengaran.

"Fairuz, aku ni...erm..aku ni Falah," Falah memperkenalkan diri.

"hahahha....what a dream!  Apa mimpi nih telefon aku? " Fairuz ketawa. Barangkali cuba menutup perasaan hatinya yang kepelikkan.

"erm..kau sihat? ," Falah masih cuba bermadah, menyembunyikan gugup hati.

"Sihat..sihat. Alhamdullilah..cam gini la, "senang sekali Fairuz menjawab.

"Fairuz, actually aku nak tanya something..."

Seakan bagai boleh menggagak apa yang ingin ditanya,Fairuz bersuara lagi, "Pasal Aya?" Falah mengganguk sambil menjawab pertanyaan Fairuz.

"Ak ah. Kau tahu Aya nak ke US?" Falah bertanya lagi.

"Tahu.."

"kau tahu bila dia nak bertolak?"

Fairuz ketawa,sinis dipendengaran Falah. "Jadi kau telefon aku ni sebab nak tahu bila Aya nak bertolak? Untuk apa, Lah?! Untuk kau berterusan sakitkan hati dia?" Falah terdiam. " Aku tahu apa yang terjadi. Sal dah ceritakan segalanya pada aku. Untuk apa yang kau dah lakukan pada Aya,atas nama persahabatan memang aku tak rasa dapat dimaafkan."

"Aku minta maaf,Fairuz. Aku buta dengan perasaan aku. Tolonglah..sekali ni je aku minta tolong," Falah hampir menitis air mata merayu pada Fairuz. Sebak hatinya bukan kepalang. Fairuz diam. Seakan menimbang baik buruk sebelum beliau bertindak.

" Baiklah. Tapi kau kena janji, tolong jangan sakitkan hati dia lagi!"

" Aku janji!" Falah berjanji pada Fairuz.

"Aya bertolak pada malam hari lahir dia. Tapi..dia dah pesan. Dia tak mahu jumpa ko. Aku harap kau hormati perasaan dan permintaan dia," kata-kata akhir Fairuz membuatkan Falah terdiam. Terduduk hinggakan tidak menyedari bila masakah talian telefon  terputus.

Sejak malam itu, dia tidak lagi memperdulikan panggilan dari Wizie. Makan pakainya juga diabaikan. Falah banyak termenung sambil menghitung minit dan waktu yang berlalu.

Malam ini ialah malam hari lahir Aya...adalah malam yang sama Aya ingin pergi jauh dari hidupnya.

Falah membelek dua kotak hadiah di atas mejanya. Satu dari Aya sempena hari jadinya manakala satu lagi dari dirinya untuk Aya.

Kotak hadiah yang Aya berikan padanya dicapai.

Sebuah pen keemasan berjenama Parker yang terukir kemas namanya diatas pena tersebut. Sekeping kad bertulis tangan terselit bersama di dalam kad tersebut.

                         Bawalah ia kemana saja kau pergi sebagai pengganti diri yang kejauhan.
                                    Selamat Hari Lahir. Dan Semoga bahagia selalu....
                                                                                                    Salam Sayang,
                                                                                               -Afira Yuhanis Aziz -


 

Falah menutup kad itu. Air mata mengalir lagi. Dia bangun mengambil wuduk. Pada Allah, dia ingin berceritakan dukanya. Pada Allah, dia panjatkan doa dan harapan.  Dia kesepian dan kehilangan cinta seorang sahabat dan seorang kekasih yang tidak pernah disedarinya selama ini.

Hatinya cedera. Cedera yang dia sendiri lakukan.

Malam itu, dia akan berjuang. Untuk hatinya terus berdetik gembira kembali. Untuk melenyapkan segala keresahan hati. Dia ingin betulkan segalanya.

Hatinya berdebar kencang.

*******************************************************************************************************************************************

Penerbangan Aya malam itu tepat jam 11 malam. Namun dia perlu check-in lebih awal. Umi dan walid menghantarnya ke airport. Angah pula akan terus dari pejabat ke KLIA. Aya tidak berasa risau kerana sebaik sahaja dia tiba di US, alongnya yang kini bekerja di sana sebagai pegawai tadbir dan diplomatik akan menjemputnya di airport sana.

 Sepanjang perjalanan, Aya Cuma berdiam diri. Fikirannya berkecamuk dengan panggilan yang diterima ketika ingin melangkah keluar dari bilik ke kereta sebelum bertolak ke airport.

"Aya ada?" tanya si pemanggil sebaik sahaja Aya menjawab panggilan. Salam pun tidak dijawab pemanggil wanita tersebut.

"Ya,saya. Siapa ni? " Aya sedikit kepelikkan. Apatah lagi nada yang digunakan juga agak keras.

" Tak perlu kau tahu siapa aku, tapi  aku minta,demi kebahagian Falah, aku harap kau jauhkan diri kau dari dia. Lupakanlah Falah," suara wanita itu lembut. Sayu sekali meminta dia menjauhi Falah. Suatu perkara yang ingin dilakukannya biarpun agak mustahil.

Aya terpaku seketika. Wiziekah  yang menghubungi dia seketika tadi?. Hatinya tertanda tanya. Ingin saja dia mendail nombor telefon Falah saat itu, tapi dia kuatkan hati untuk tidak menghubungi Falah.  Biarpun telah didelete nombor Falah, namun nombor itu telah tersemadi di kepala otaknya. Namun, Aya hanya matikan telefon dan terus berlalu.

Sementara itu, Falah pula sedang bertungkus-lumus cuba mendapatkan Aya. Panggilan yang dibuat gagal disambungkan kerana telefon bimbit Aya ditutup. Kelibat Aya masih tidak kelihatan di sekitar lapangan terbang biarpun jam menunjukkan hampir 9.00malam.  Jarak antara rumah Aya dengan KLIA tidaklah sejauh mana, namun dia masih belum dapat melihat bayang Aya mahupun keluarganya biarpun telah dijelajah seluruh kawasan disitu.

Dia mesti pujuk Aya. Dia tidak mahu Aya pergi. Dia mahu sama-sama memakai jubah konvokesyen pada hujung tahun ini. Dia mahu bergambar bersama Aya. Dia mahu Aya. Hanya Aya. Bukankah Aya telah katakan, Aya menyayangi dia melebihi segalanya di dunia ini...melebihi nyawa Aya sendiri. Aya..Aya! Hati Falah menjerit.

Wizie semakin panas hati. Sejak dari tadi dia cuba menghubungi Falah, namun talian Falah asyik sibuk. Lalu, dia menghubungi Aya. Dia tak mahu Aya mendekati Falah lagi. Dia boleh sahaja memaki hamun perempuan bernama Aya itu, tapi itu akan menyebabkan dia akan dibenci Falah. Lalu, dia menggunakan cara lembut walaupun terpaksa merayu Aya agar menjauhi  hak miliknya. 

Wizie cuba lagi menghubungi Falah dan kali ini panggilannya di sambut.

"Bie, you dekat mana ni?" Wizie bertanya.

"I kat KLIA," singkat je jawapan Falah.

"Buat apa?" Wizie masih tidak puas hati.

"I tunggu Aya. Tonite she's off to US," jawapan yang acuh tak acuh diberi Falah. Wizie kegeraman. Balik,balik perempuan tu,desis hati Wizie benci.

"Bie, you dah janjikan dengan I nak stay away from her!" Wizie mula meninggikan suara.

"Cut it off Wizie! Aya tu bestfriend I.  I tak boleh hidup tanpa dia Kalau you tak boleh terima kawan I, you boleh blah dari hidup I," tempik Falah terus mematikan panggilan.

Wizie terkejut terus terduduk. Air mata mengalir deras.

Hatinya semakin luka. Bencinya memakan dirinya sendiri. Akhirnya, dia kehilangan apa yang cuba dipertahankan.

Dia ditinggalkan oleh seorang lelaki buat pertama kalinya,setelah begitu banyak hati lelaki dia telah kecewakan.

Hati Wizie menangis.

Di suatu muka bumi yang dikenali sebagai KLIA, Falah masih lagi mencari-cari kelibat Aya. Panggilan yang disangka dari Aya rupanya dari Wizie. Dia benci mendengar suara Wizie merengek bukan-bukan dikala dia sedang berperang dengan perasaannya terhadap Aya. Lalu, terhamburlah kata putus dari mulutnya dan sedikit pun dia tidak menyesal. Dia yakin,cintanya untuk Aya. Hanya Aya,sahabat baiknya. Dia akan pertahankan perasaan itu,sekalipun Aya tetap pergi meninggalkannya malam ini. Dia nekad!

Setelah puas dia mencari, Falah terduduk di kerusi berdekatan esclator menuju ke balai pelepasan. Baru sesaat dia melabuhkan punggung di atas kerusi besi itu, dia terpandang kelibat Aya bersama keluarganya. Aya sedang tersenyum. Manis. Semanis ketika pertama kali Aya senyum kepadanya di dalam kuliah kimia Prof. Roy, lima tahun lalu.

Falah memegang erat hadiah di tangannya. Hadiah itu untuk Aya. Malam ini malam hari jadi Aya. Aya sedang bersalaman dengan rakan-rakan kuliahnya. Mijie tercenggang bila ternampak kelibat Falah. Barangkali mereka tidak terjangka melihatnya. Angah, kakak Aya yang paling rapat dengannya hanya tersenyum. Begitu juga ibu dan bapa Aya. Sememangnya Falah rapat dengan keluarga Aya juga. Sesudah Aya bersalam dengan rakan-rakannya, dia menghampiri Falah.

" Terima kasih sebab sudi datang," kata Aya sambil menghulurkan tangan bersalam.

Falah hanya merenung seraut wajah yang sentiasa menyinarkan cahaya dihatinya. Salam dari Aya tidak disambutnya kerana leka merenung wajah Aya. Saat Aya ingin berlalu lantaran kekakuannya, Falah menarik Aya ke dalam pelukannya. Sesaat, dia dapat rasakan kebahagiaan biarpun pelukannya tidak dibalas. Sekejap cuma bahagia itu, bila Aya leraikan dan berlalu pergi.

Setelah bersalam dengan kedua ibubapanya, Aya pun berlalu menuju ke balai pelepas. Apabila Falah menyedari hadiah masih ditangannya, lalu dikejar Aya. Aya tergamam bila dia menarik tangan Aya. Lalu hadiah itu dihulurkan.

Aya sambut berserta ucapan terima kasih dan terus berlalu.

Air mata Falah merembes. Dia gagal menahan Aya pergi, tapi hatinya yakin. Yakin Aya akan paham perasaannya. Juga,dia yakin Aya juga akan menantinya.

Dia tahu Aya sangat menyintainya.

Hatinya sangat yakin.

Jam ditangan menunjukkaan pukul 11.30malam. terlalu pantas masa berlalu tanpa disedarinya. Sejak dia duduk ditempatnya di dalam kapal terbang yang akan membawa dirinya ke tempat baru, dia tenggelam dalam lamunan. Cuma, apabila pramugari yang bertugas datang bertanyakan apa-apa yang dapat dibantu, Aya terjaga dari lamunan yang panjang itu. Kapal terbang telah tinggi membelah awan malam. Kelam pemandangan diluar. Tidak ramai penumpang malam itu dan rata-ratanya telah pun dibuai mimpi.

Aya tanggalkan tali pinggang lalu bangun mengambil bungkusan hadiah yang diberikan Falah. Sememangnya dia tergamam apabila dia terlihat kelibat Falah. Sedaya upaya dia merahsiakan pemergiannya. Lebih mengejutkan lagi, bila Falah memeluknya dan membisikkan sesuatu di telinganya.

"Aya jangan pergi. Aku perlukan kau dalam hidup aku"

Hatinya sakit. Hatinya pedih. Dia kuatkan juga hatinya. Demi kebahagiaan Falah, aku perlu pergi jauh! Desis hatinya, lalu diuraikan pelukan itu,

Perlahan-lahan, kotak hadiah itu dibukanya. Kelihatan sebuah i-pod touch yang diidamkan selama ini. Dia teringat janji Falah pada hari lahirnya tahun lepas.

"Ala....teddy bear je? Wei,aku dah besarlah!!" Aya merungut bila Falah hadiahkannya teddy bear sederhana besar berwarna putih gebu.

"Eh..kira baguslah aku bagi tau. Kalau aku tak bagi~~" Falah ketawa.

"Kedekut!!" Aya menarik muka. "tahun depan, aku nak i-pod touch ok?" sambung Aya lagi.Hilang sudah rajuknya.

" Takde maknanya! " kata Falah sambil tersenyum sambil berlalu meninggalkan Aya. Aya pula terpaksa berlari mengejar Falah bila menyedari dirinya ditinggalkan.

Air mata menitis perlahan ke pipi Aya bila dia teringatkan kenangan tersebut. Terlalu banyak kenangan yang telah tercipta bersama Falah tanpa disedari.

Aya pasangkan earphone ke telinganya bila dia terlihat ada satu lagu yang diletakkan dalam list  i-pod touchnya.

Bila mendengarkan lagu tersebut, Aya tidak mampu lagi menahan air mata dari terus mengalir. Tangisan halus Aya,bertukar menjadi esakkan kecil.

Maafkan aku. Aku tak mungkin kembali lagi. Aku doakan dari kejauhan agar kau sentiasa bahagia.

Sepanjang perjalanan sehingga dia terlelap keletihan,Aya ditemani lagu yang sama berulang-ulang.

Dan setiap kali itu juga, air matanya  menitis.

 

~ Selamat Ulang Tahun,Sayang~

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



** SR= Secret Recipe

   Bie = shortform from Hubby

  

Cerpen sebelumnya:
Kerana Secebis Kentang
Cerpen selanjutnya:
Flarus

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
7 Penilai

Info penulis

Putri AlyA

unpredictable...antagonist, emo, psychosis, blurrrr!
putri_alya | Jadikan putri_alya rakan anda | Hantar Mesej kepada putri_alya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya putri_alya
NUR III | 2330 bacaan
Sunyi | 3535 bacaan
Tetamu Senja | 8532 bacaan
Biar Jiwa | 2874 bacaan
Kepulangan Yang Dinanti | 1953 bacaan
Kopi Cinta Andalusia | 2868 bacaan
Demi Cinta | 4173 bacaan
Bila Rasaku Rasamu... | 2534 bacaan
Mahkamah Dewata Raja-raja | 3641 bacaan
Aku yang tak mengerti... | 4116 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

15 Komen dalam karya 3 HATI
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik