Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

MenemuiMu...

 

Sunyi. Kosong dan sepi. Suara unggas yang menghuni di habitat merimbun di belakang rumah yang biasanya sibuk berdendang pada jam sebegitu juga seakan bisu. Desiran dedaun juga tidak kedengaran. Mendongak ke langit, kelam. Tiada bintang apatah lagi bulan.

Icha duduk di balkoni rumah. Memeluk lututnya rapat ke dada. Air mata yang perlahan membasahi pipi dibiarkan begitu saja. Mindanya terbang pergi. Dia seakan hilang pada saat itu. Seakan melayang menjejaki Farish yang entah ke mana perginya.

Rindu. Sungguh dia rindu. Kerinduannya tidak pernah seberat itu. Bagaikan tidak tertanggung di pundaknya rasa rindu itu. Kerinduan pada sang teruna yang sebelum ini saban waktu berada di sisi saat dia kerinduan.

Dia menyesal. Sungguh. Sesal yang bukan dibuat-buat. Sesal yang bukan dipinta hadirnya. Mengenangkan itu, air matanya luruh semula.  Selama ini dia tidak pernah memikirkan tentang agama. Tetapi entah kenapa petang semalam dia terlalu emosional. Merajuk dan menarik muka.

Dia ingatkan Farish akan memujuknya. Seperti selalu lelaki itu mengenepikan egonya dan akan mengaku bersalah sekalipun bukan dia yang bersalah. Tetapi petang itu, dia nampak Farish berlalu pergi begitu saja.

Tanpa kata manis memujuk, tanpa sentuhan lembutnya, Farish memandang kosong sebelum pergi. Dia ingin mengejar. Ingin memohon maaf kepada lelaki kesayangannya itu. Tetapi dia tak mampu. Kakinya seakan dipaku ke lantai. Dia hanya memandang Farish pergi.

Malamnya, dia menanti panggilan Farish. Hampa. Jangankan telefon, mesej pun tak. Air mata Icha tumpah lagi. Dia rindu. Kalaulah semalam boleh diundur, dia tidak akan menyakiti hati Farish. Dia takkan mengeluarkan kata-kata yang boleh melukakan diri Farish.

Selama ini Farish tidak pernah begitu. Kalau dia yang dimarahi Farish, Farish juga yang akan memujuk akhirnya. Kalau dia lambat, Farish tak pernah marah. Kalau dia apa sekalipun, Farish tak pernah tinggikan suara atau memarahinya.

Icha pandang telefon sekali lagi. Masih kosong. Farish masih tidak menghubunginya. Farish masih marah. Sudah sehari Farish tidak menelefonnya. Tidak rindukan dia?

Icha capai telefon. Dia benar-benar sayangkan Farish, dia takkan membiarkan egonya merosakkan hubungan mereka. Gadis itu menekan nombor telefon rumah Farish. Biasanya pada waktu sebegini, Farish lebih suka berada di rumah.

Lama deringan saling bertingkah. Tiada jawapan. Icha kehairanan. Dia menjeling jam yang tergantung di atas pintu biliknya. Melewati angka 11. Ke mana dia agaknya?

Hi! Either he’s not at home or doing something with me that make him too busy to pick up your call, what ever it is, please drop your message, or call him back. Or call his mobile. Thanks!” tooot....

Air mata Icha mengalir lagi. Suaranya. Itu rakamannya kira-kira dua bulan lalu. Waktu itu dia membantu Farish berpindah. Melihat mesin menjawab telefon, dia merakamkan mesej itu. Kemudian menyuruh Farish mendengarnya. Menggeleng kepala lelaki itu dibuatnya.

Rupanya Farish menggunakan rakaman itu di mesin menjawab telefonnya. Farish kata, dia akan menukarnya. Haru kalau keluarga di kampung membuat panggilan, tapi suara perempuan yang menjawab. Lebih haru kalau mereka telefon di tengah malam dan suara itu yang menyambutnya. Orang kampung, mesti mereka akan berfikir yang bukan-bukan.

Rupanya Farish masih menggunakan suaranya. Terbayangkan senyum Farish, terngiang-ngiang gelak Farish, terbau-bau haruman Farish, Icha kerinduan. Gadis suku abad itu bangkit. Mencapai beg tangan dan kunci kereta lalu terus menuruni tangga.

Icha memandu laju. Dia perlu menemui Farish malam ini. Kalau menganuti agama lelaki itu membolehkan mereka bersatu selama-lamanya, dia sanggup.

Di pertengahan jalan menuruni bukit yang menempatkan kawasan perumahan mewahnya, seekor biawak melintas. Icha menekan brek dan sedetik kemudian, keretanya terhenti di tengah jalan yang sunyi sepi itu. Icha merasakan jantungnya merobek isi dada dan melompat keluar. Tiba-tiba dia teringatkan Farish.

“You banggakan sangat kereta you ni. You tau tak yang menciptanya macam mana tau.”

“Even apa pun mereka, Harrier I ni sungguh hebat tau.”

“Tiap benda ada penciptanya, Icha,” suara Farish berubah menjadi serius.

Don’t you start it.”

Farish yang memandu Harriernya itu menoleh. Senyum tipis sebelum kembali menumpukan perhatian kepada pemanduan.

Why you don’t believe in god? Dia yang menciptakan you.”

“Kita tak dicipta. Kita jadi sendiri.”

Why you said so?”

“Kita ada otak. Kita boleh berfikir. Kereta lainlah. Ia benda tak bernyawa. Takde otak dan fikiran. Mestilah kita yang cerdik pandai ni cipta mereka.”

“Binatang macam mana?”

“Binatang pun ada otak.”

“Binatang terjadi sendiri?”

Icha diam. Menoleh dengan muka masam ke arah Farish.

“Binatang benda bernyawa, ada otak. Semua benda bernyawa terjadi sendiri?”

I don’t want to discuss it, Ish.”

“Waktu lahir, you pun sama macam binatang. Hidup berasaskan fitrah. Otak tak berfungsi lagi.”

“You menyamakan I dengan binatang?”

“Tapi kenapa bila membesar, you dikurniakan akal. Boleh berfikir sendiri sedangkan binatang tidak.”

Icha tersentak. Bunyi ungka mengejutkannya dari kenangan beberapa bulan yang lalu. Dia menurunkan cermin kereta dan menjenguk keluar. Mendongak ke langit.

Kat atas sana, ada tuhan ke? Aku ni diciptakan ke? Setahu aku, mummy pun free thinker jugak. Hanya daddy dan tina aje rajin ke church. Aku ni apa? Binatang?

                         ***                            ***                                ***

Farish duduk di kerusi batu yang diletakkan di halaman rumah teres tiga bilik yang dibelinya awal tahun lepas. Rumah lot tepi itu didiami olehnya seorang saja. Nanti kalau keluarga di kampung datang, senanglah. Tak payah nak berkompromi dengan member serumah. Apatah lagi kalau adik-adik perempuannya yang datang.

Tinggal seorang ni senang. Tak payah nak sakit kepala memikirkan hal orang. Tak payah nak risaukan hal orang lain. Jaga tepi kain sendiri aje. Lagipun setakat ini dia tidak pernah menghadapi kesukaran membayar rumah tersebut setiap bulan.

Kawasan perumahan di pinggir bandaraya itu sudah sunyi sepi. Hanya sesekali kedengaran bunyi kereta. Kemudian sepi. Farish masih setia menghuni kerusi yang mengelilingi sebuah meja bulat itu. Jemu di situ, dia beralih pula ke arah buaian yang tergantung di siling porch. Melabuhkan punggung di situ.

Farish menghayun perlahan dan dia akui selesa berayun di buaian itu. Sejak digantungkan di situ, baru beberapa kali dia merasa duduk di atas buaian yang separa bulatan itu. Selalunya, terpaksa berebut dengan Icha. Selalunya juga, Icha yang akan menang.

Wajah Icha menjelma di ruang mata. Farish rindu. Belum pernah dia membiarkan sehari berlalu tanpa menjamu wajah Icha. Biasanya, kalau outstation ke luar daerah sekalipun, Icha akan menghantarnya dengan senyuman. Saban waktu pula dia akan membuat panggilan video kepada gadis itu.

Tapi petang semalam, kemarahannya menyala-nyala. Membua-buak. Mujur saja tangannya tidak melayang ke pipi yang mulus itu. Kalau diikutkan kemarahan hati, ingin saja bibir mungil yang saban waktu dicicipi itu dihadiahkan penumbuk sulungnya. Biar Icha rasa. Biar Icha tahu kata-katanya itu merupakan penghinaan yang maha besar.

Tapi dia tak sanggup. Salah dia juga. Apa yang Icha kata itu ada betulnya. Dia yang silap selama ini. Jika ingin menarik hati Icha, dia sepatutnya menjaga diri dan tingkah laku. Menunjukkan apa yang dianutinya adalah yang terbaik. Farish sesal.

Dia ingat lagi kata-kata terakhir Icha sebelum dia berpaling dan terus pergi meninggalkan gadis kesayangannya itu.

“Kalau Islam tu baik, you akan baik jugak. You kata Islam larang itu, larang ini, tapi you buat jugak. Kalau you akur pada ajaran agama you tu, kenapa you peluk dan cium I? Kenapa you masuk jugak disco? Kat situ kan rumah syaitan. Sama je dengan agama lain.”

Merasakan sesaat saja berada di situ, dia akan meletup, dia terus berlalu. Memandu laju Sorento putihnya ke suatu destinasi. Dia ke masjid. Saat menjejakkan kaki ke dalam masjid Kuala Lumpur, dia merasa sayu. Terasa rindu kepada masjid.

Sudah lama dia tak menjejakkan kaki ke dalam masjid. Kalau ada pun, masjid di kampung. Itupun dua kali setahun iaitu pada hari raya. Kalau babah dengan ummi tahu dia sudah lama tidak bersolat Jumaat, pasti mereka kesal dengannya.

Dia segera mengambil wuduk dan menunaikan fardu Asar yang sudah hampir ke penghujungnya. Dia menangis sewaktu mengangkat tangan memohon keampunan kepada Allah.

Dan saat itu, kekuatannya tiba-tiba menggebu-gebu. Perkara yang selama ini amat ditakutinya, seakan tiada apa. Icha.  Dia reda jika jodohnya dengan Icha tiada. Dia takkan mampu untuk hidup bersama dengan wanita yang menyamakan agama yang dipeluknya sejak dari Loh Mahfuz itu lagi dengan agama lain. Tidak sesekali.

Farish tersentak. Dingin sang bayu menyapa wajahnya membawa bersama tempias hujan. Baru dia perasan rupanya hari hujan. Patutlah cuaca panas sangat. Farish angkat punggung dan menuju ke pintu utama.

Baru saja dia melangkahkan sebelah kaki ke dalam rumah, sebuah kereta berhenti betul-betul di depan rumahnya. Perlahan Farish menoleh. Dia kenal Harrier putih itu. Dia lagi kenal wanita yang keluar dari kereta itu.

Icha tidak menghiraukan hujan yang mula melebat. Dia berdiri di depan pintu pagar setinggi enam kaki itu. Baju satin di badannya mula tewas dengan hujan. Basah dan melekat di tubuh.

“Icha, hujan tu!” kalut Farish masuk ke dalam. Mencapai kunci yang tergantung dan payung di dalam bakul. Dia bergegas keluar.

“Apa you buat kat sini tengah-tengah malam ni?” tanya Farish sambil membuka mangga yang mengunci pintu pagar itu. Namun jarinya terhenti. Icha memegang kemas tangannya. Seakan enggan dilepaskan lagi.

Farish angkat kepala memandang Icha. Payung yang dikepit antara bahu dan dagunya tadi terjatuh ke belakang. Kedinginan titis hujan mula menyapa kulitnya.

“Farish, I’m sorry.”

“Icha.”

“I tak patut cakap yang bukan-bukan. Even I tak tahu, I tak patut menghina. I’m so sorry, sayang. Memang salah I. I wont do it again.”

“Icha, I rasa...”

“Teach me, Ish. Teach me about Islam. I want to know everything about it. Please!”

“You tak boleh suka-suka aje, Icha. You tak boleh malam ni nak belajar, esok tak nak. Benda ni pembelajaran seumur hidup,” kata Farish.

“Kalau you gurunya, I akan belajar sampai bila-bila pun.”

It’s not that easy, Icha. You are a free thinker. You don’t believe in god.”

“I do.”

“Icha, kalau you percayakan tuhan semata-mata kerana I, ia sia-sia.”

“Ish, please! Listen to me, sayang. I want to know god. And I want you to introduce Him to me.”

Farish terdiam. Bersama titis hujan di wajah Icha, dia nampak air matanya menuruni pipi. Farish mengetap bibir menahan kesebakan hati yang seakan menggegar dada. Dia tunduk dan air matanya mula tumpah.

“I betul-betul nak kenal pencipta I. I’m sick for being a person yang mengakui sesuatu itu terjadi dengan sendiri sedangkan setiap masa I mencari sebab dan penyebab sesuatu perkara tu berlaku.”

Farish menahan tangis sehingga bahunya bergetar. Sungguh dia bersyukur. Kalaulah benar Icha mahu mengenal Allah, dia ingin sujud syukur di situ juga.

“I nak belajar, Ish. I nak belajar bukan sebab you. I nak belajar sebab there’s something in my heart, in my soul yang dah lama gersang. Jiwa I ketandusan, kelaparan. I nak bagi makan kat jiwa I. And I want you to be the person yang akan kenalkan I dengan apa yang I nak tahu. Can you do that, sayang?”

Farish angguk. Sungguhpun dia juga jahil, dia tahu dia mempunyai ilmu di dada. Cuma keimanannya saja yang tipis. Cuma nafsunya lebih berkuasa. Dia akan berusaha mengembalikan jati dirinya yang dulu.

Dia anak Haji Kamil dan Hajah Zaleha yang dihormati di kampungnya. Dia akan kembali menjadi Farish yang dulu, tukang azan di kampung. Malah dia juga pengganti imam jika lelaki itu berkeuzuran. Dia akan kembali ke situ. Menjadi lelaki yang sentiasa berpegang teguh kepada kalamullah. Yang sentiasa menjaga diri daripada hasutan syaitan durjana.

Ya Allah, kau bantulah aku!

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) eh?

  • (Penulis)
    2) eh eh.... heheh.... nape milo?? huhuhu... my 1st short story.. tatau la terlalu short or terlalu panjang laks.. x penah menulis cerpen lg... ringan jek cite neh.. sila la baca n say sumting ek.. millions thanks....
  • 3) ops! sowry,
    td tak kuar sume.

    jap2 nak baca
  • 4) nice story.
  • 5) it's a good one..
    i like it..
    hehhe..
    kep it up yah!
  • 6) aina.
    citer kamu bestla.
    okeh je.
    takde ape kot yg nak dikomen dari saya yang masih kosong ni.
    kamu tunggu komen dr yang pakar ye.

    keep it up!

  • (Penulis)
    7) alya n aszni: thank u thank u...
    milo : ckp je apa2...janji leh baiki kelemahan diri neh.. ahaks..
  • 8) best, lain dari yg len (:
  • 9) cahya_aina: wow! ini bukan cerpen ringan nih! bercerita bab agama dan kepercayaan - dah jadik topik berat gak tu woo. nice!

    mungkin ceritanya mcm fast pace. but i like fast pace hehe
  • 10) rere: fast pace memang genre terbaik utk online reading. ha ha

    not bad at all for 1st timer. and isu yang diambil pun agak mencabar dan berat. turning point dia tak cukup dramatik. but you are in the right direction. with guidance and lots of practice ... it wont be long to see you up there

    kudos CA!

  • (Penulis)
    11) rearrange: tatau pon fast pace tuh mende.. heheh...
    caha: turning point tuh menda ha??? hehehe..
    ...: kalau disentuh soal struktur n lain2nye sila sertakan dengan penjelasan panjang ek kerana sy kurang mengerti soal itu..ahaks!!
    thanks ngan semo komen..
    suddenly rs berkobar2 plaks...
  • 12) Salam aina,

    Cerita ini boleh saya kategorikan sebagai lengkap sebagai sebuah cerpen. Menarik juga kalau ianya datang dari seorang yang mengaku baru menulis. Mungkin minta anda membaca novel-novel dan cerpen membantu menghasilkan karya ini.

    Untuk permulaan lupa dulu soal istilah yang mereka perkatakan. karya ini sudah cukup baik. Cuma tema ini memang berat tapi ialah boleh jadi wadah yang sesuai untuk berdakwah terutama kepada yang bukan islam, sekiranya cerita anda ini disertakan fakta-fakta tetang konsep ketuhanan. So kalau nak buat cerita begini, sila buat kajian fakta-faktanya dan selitkan.

    Sebaiknya untuk penulis baru, tulis sesuatu yang hampir dengan diri penulis sendiri.

    Slam kenal dan selamat berkarya.
  • 13)

    fast pace nih ceritanya laju lah jugak. bak kata pak penyu, kalau diselitkan fakta2 lagi.. mmg kelas~
  • 14) woaaa..
    ok je cte ni..
    sumthing new...
    back to HIM..
    da bez way..
    c0ngrats!!!
  • 15) Salam perkenalan Aina.

    Selamat datang ke dalam arena cerita pendek saya ucapkan. Karya pertama yang baik. Walau mesej yang cuba disampaikan agak berat tetapi penceritaannya mengalir dengan lancar.

    Ini adalah karya pertama jadi saya tidak mahu mengulas panjang cuma sokong ulasan Pak Penyu tentang fakta-fakta yang boleh anda selitkan kerana ia boleh memantapkan lagi cerita anda.

    Soal penggunaan bahasa, tatabahasa dan selebihnya, walau ada kesilapan kecil, tetap boleh dibaiki. Bunga-bunga bahasa anda, ada dan menarik.

    Oh ya, seperkara lagi, saya mengesan sedikit kesalahan yang agak ketara:

    Farish tersentak. Dingin sang bayu menyapa wajahnya membawa bersama tempias hujan. Baru dia perasan rupanya hari hujan. Patutlah cuaca "panas sangat". Farish angkat punggung dan menuju ke pintu utama.

    Bila hujan, seharusnya cuaca dingin. Mungkin Aina terlepas pandang...

    Teruskan menulis dan saya tunggu cerpen yang kedua dari anda...

  • (Penulis)
    16) pak penyu n rearrange: thanks ngan komen tuh... mmg niat nk cari fakta, tapi tertangguh.. ahakss...
    lucky: thanks dude..
    ridhrohzai (beberapa kali backspace sbb salah eja nm anda: ahakss... penah x rs bahang siang walau hari dh malam? smpai berpeluh-peluh. n kemudian hujan turun. itulah yg cuba sy sampaikan. apa pun, thanks sbb prihatin dgn benda tuh.
  • 17) Uih, susah ya nak taip nama saya. Maaf ya... Oh, saya faham maksud anda. Terima kasih atas penjelasan itu.
  • 18) nice story~~

    kipidap!

    tatau nak komen ape..hoho

Cerpen-cerpen lain nukilan cahya_aina

Read all stories by cahya_aina
No stories.