Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Surat Balas Buat Drizella

 

Cerpen ini merupakan sambungan dari cerpen saya yang  bertajuk Surat Buat Cinderella. Surat Buat Cinderella merupakan cerpen yang sudah lama saya post di sini. Bila baca semula cerpen tu, rasa macam nak tambah lagi sebab cerpen pertama adalah berupa sepucuk surat yang dihantar kepada Cinderella. Dan ini adalah surat balasnya!

 

 Drizella,

Aku sudah terima suratmu. Terima kasih di atas surat itu. Tidak menyangka sekali bahawa engkau masih ingat akan aku.  Aku di sini lebih tenang dan baik-baik sahaja. Aku dan Si Putera Raja hidup bahagia sama juga sahabat-sahabat puteri yang lain seperti Snow White, Rapunzel, Belle dan beberapa orang lagi yang engkau semestinya sudah hafal dengan kisah-kisah mereka.

 

Aku juga merinduimu. Walaupun engkau hanyalah kakak tiriku tetapi engkau telah kuletakkan setaraf seperti kakak kandungku sendiri. Sudah bertahun-tahun aku hidup bersamamu. Mana mungkin aku melupakanmu, Drizella. Apabila engkau memberitahuku bahawa rumah agam bapa telah dijual, tiba-tiba hatiku menjadi sangat sedih dan terkilan. Rumah itulah rumah yang meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manisku. Rumah itulah rumah yang meninggalkan pelbagai kenangan antara aku dan bapa. Semoga bapa tenang bersemadi di sana. Berkenaan dengan ibu pula, aku tidak tahu menahu langsung bahawa dia telah lama menderita sakit. Jikalau aku tahu lebih awal, aku akan datang segera menjenguknya. Tetapi apakan daya. Dia pergi dahulu sebelum sempat aku mengetahuinya. Semoga ibu juga bersemadi dengan aman di sana. Aku sudah memaafkannya. Aku telah memaafkan kamu semua lama dahulu. Jadi, tidak perlulah diungkit kisah yang silam.

 

Drizella,

Aku gembira kerana engkau bahagia dengan kehidupanmu sekarang. Kalau boleh aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada lelaki istimewa itu. Dia telah berjaya memberikan kakakku kebahagian yang sebenarnya. Aku bersyukur bahawa engkau kini telah faham apa itu erti kehidupan yang sebenar. Harta, pangkat dan rupa hanyalah sementara wahai kakakku. Hati budi dan keikhlasan dalam hidup itulah yang lebih utama. Oh ya, berkenaan dengan Anastasia, kakak kita, aku ada berita mengenainya. Di dalam surat ini akan kukisahkan segalanya tentang dia kepada engkau, Drizella.

 

Selepas aku berkahwin dengan Si Putera Raja, aku berpindah ke istananya. Memang itulah kewajipanku sebagai seorang isteri. Kami hidup aman bahagia sama seperti kisah-kisah dongeng tentang puteri raja yang sering engkau baca itu. Namun begitu, setelah beberapa bulan kami berkahwin, berlaku satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Ianya mengenai Anastasia. Melalui beberapa orang kampung di negeri ini aku dapat menjejaki di mana Anastasia tinggal. Aku berusaha mencari tempat tinggalnya iaitu di sebuah rumah usang di pinggir hutan. Memang menyeramkan kawasan itu tetapi aku gagahkan juga. Aku ingin menemuinya. Aku tahu dia masih marahkan aku atas apa yang berlaku sebelum ini tetapi dia tetap keluarga aku. Dia kakakku.

 

Aku ke sana seorang diri tanpa pengetahuan atau ditemani oleh siapa-siapa pun termasuklah suamiku. Aku merasakan dengan menemuinya secara bersua muka dan berdua, itu sahajalah yang dapat menjernihkan segalanya.  Sesampainya aku di sana, aku melihat dia sebagai seorang wanita yang tidak terurus. Hanpir-hampir aku tidak mengenalinya. Rambutnya dibiarkan panjang kusut tanpa disanggul rapi. Bajunya kotor dan kelihatan kusam. Wajahnya tidak berseri seperti sebelumnya. Aku berasa sedih dengan keadaannya, Drizella. Jika dahulu rambutnyalah yang kusisir dan kusanggul setiap hari. Bajunyalah yang akan kubasuh. Wajahnya sering disolek kemas. Tapi tidak lagi pada saat aku bertemu dengannya pada masa itu.

 

Drizella,

Kau tahukah apa yang dia lakukan semasa dia melihatku berada di hadapannya? Pasti engkau menjangkakan yang dia akan memaki hamunku atau mencaciku dengan pelbagai kata-kata yang kasar. Namun, apa yang mengejutkanku ialah dia tidak berkelakuan langsung seperti itu. Dia sangat sopan terhadapku. Luarannya dia kelihatan seperti seorang wanita kurang siuman malah menetap di kawasan yang tidak berpenghuni menimbulkan perasaan kurang selesaku semasa bertemu dengannya. Sangkaanku ternyata meleset. Anastasia sangat baik kepadaku. Dia senyum kepadaku. Tahukah engkau Drizella, seingat aku itulah senyuman pertama yang dia berikan kepadaku. Dan itulah senyuman paling menawan yang pernah aku dapat daripada seseorang dan yang terbaiknya dia datang dari seorang kakak yang dahulunya membenciku. Aku gembira pada ketika itu. Sangat gembira, Drizella!

 

Kami berbual panjang. Kami berbual tentang pelbagai perkara. Kehidupan masing-masing, hala tuju dan harapan semuanya kami kongsikan. Dia juga seorang penjaja buah-buahan sepertimu juga Drizella. Dia menjaja buah epal di pasar berdekatan. Setelah lama aku berada di sana, aku telah memujuknya untuk tinggal di istana bersama denganku. Dia menolak. Dia mengatakan bahawa dia tidak layak berada di istana. Cukuplah baginya kehidupan yang sederhana ini. Dia mengatakan bahawa dia telah banyak menyusahkanku. Dia mahu berdikari dan mencari jalan hidupnya sendiri. Aku terpaksa mengalah dengan pendiriannya. Fikirku, mungkin ada eloknya juga dia terus dengan hidupnya seperti sekarang. Asalkan dia bahagia, aku juga tumpang senang melihatnya.

 

Drizellaku yang dikasihi,

Sebelum aku pulang ke istana, Anastasia sempat menjamuku dengan hidangan yang lain. Pada mulanya aku menolak kerana hari sudah semakin lewat, tetapi dia tetap berkeras. Aku setuju memandangkan dia mahu menghidangkanku dengan buah-buah epal yang ditanamnya sendiri. Aku juga tidak mahu dia berkecil hati kepadaku kerana ini sahajalah peluangku untuk kembali berbaik semula dengannya.

 

Wahai Drizella mengapakah aku tidak pernah belajar dari pengalaman? Bukan pengalamaku, tetapi pengalaman sahabatku, Si Snow White. Mengapa aku tidak terfikir bahawa epal yang dihidangkan oleh Anastasia itu adalah epal beracun. Dia telah meracuniku dengan hanya sebiji epal. Aku tidak dapat mengawal kesakitanku saat racun di dalam epal yang ku makan itu mula menular ke seluruh badanku. Akhirnya aku mati Drizella. Aku mati. Nyawaku sebagai seorang Cinderella tamat di tangan Anastasia, kakak tiriku.

 

Namun begitu, walaupun nyawaku sudah tiada tetapi tubuhku tetap kekal. Engkau tahukah bahawa kakak kita itu sangat bijak. Dia telah menyihir tubuhku dan telah menukar tubuku dengan tubuhnya. Maka, tubuh yang terkulai mati itu bukan lagi tubuhku tetapi sudah menjadi tubuhnya. Dirinya telah memasuki ke dalam tubuhku. Cinderella telah hidup kembali. Cinderella telah hidup tetapi hanya luarannya sahaja. Di dalamnya segala-galanya adalah diri Anastasia. Anastasia telah berubah menjadi Cinderella. Keesokkan harinya telah heboh satu kampung itu bahawa yang mati itu adalah Anastasia. Bukan Cinderella. Dia dikatakan telah mati membunuh diri dengan memakan racun.

 

Maka, Cinderella yang baru itu pulang ke istana. Pulang di samping Si Putera Raja yang kacak. Apa lagi yang dimahukan oleh puteri raja di dalam cerita dongeng? Tentu sekali kehidupan yang bahagia selama-lamanya. Itulah yang berlaku kepada Cinderella yang baru. Dia hidup bahagia di samping Si Putera Raja dan kemewahan yang dimilikinya. Sehingga ke hari ini Si Putera Raja dan seluruh dunia tidak mengetahui bahawa Cinderella yang sebenar telah mati di tangan Anastasia, kakak tirinya. Hanya engkau sahaja yang tahu kisah ini.

 

Drizellaku,

Pasti engkau tentu tertanya-tanya siapa yang menulis surat ini kepadamu. Siapa lagi kalau bukan aku, Si Anastasia! Tetapi aku bermohon kepadamu anggap sahajalah Anastasia sudah tidak wujud lagi. Yang ada sekarang ini adalah Cinderella yang baru. Cinderella yang masih cantik seperti dulu tetapi tidak sebodoh dan senaif sebelumnya. Drizella, aku harap kita dapat bersua lagi. Aku merinduimu adikku. Mungkin aku boleh menjamumu dengan epal-epal tanamanku.

 

Yang selalu menyayangimu,

Cinderella

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Saya cuba mencari sesuatu yang tersirat, tapi belum ketemu lagi.

    Tak pa saya akan ulang baca sambil cuba mentafsir sesuatu.

    Cerita ini boleh juga diklasifikasikan sebagai karya satira.

  • (Penulis)
    2) Upenyu: saya cuma nk beresperimen dgn cerita Cinderella yg sedia ada
  • 3) Setuju ia lebih kepada eksperimen mengubah dan berfantasi.Saya kagum atas usaha anda, senang sekali membaca cerita ini, tiada mesej yang jelas sekadar cerita yang menarik..ada beberapa orang yang gemar menulis begini. Mungkin Kamalia boleh menulis kisah -kisah yang boleh dijadikan buku bacaan kanak-kanak yang berbeza dari yang sedia ada..
  • 4) yalah pakpenyu.. ini bukan cerita bermesej sarat.. sekadar mengubah sejarah kisah dongeng... kamalia memang kreatif!! mula2 baca mcm.. hmm.. ok.. bila time kemuncaknya...walla!
  • 5) best kamalia, cuma kalau bagi saspens lg, mesti lg best!
  • 6) Lima paragraph terakhir itu diceritakan dalam bentuk "bermakna atau kiasan", kalau dibaca sekadar kisah cinderella, ia akan jadi cerita cinderella, tapi kalau untuk mencari makna, banyak tafsiran yang boleh dibuat, apatah lagi bila ianya sebuah cerita pendek.

    Mungkin Kamalia menulis untuk tujuan eksperimen tanpa merasakan ceritanya itu boleh terkena tempias pada golongan tertentu. Bagaimanpun terpulang kepada tafsiran masing-masing.

    Itulah satira, maksud berselindung di balik kata-katadan perlakuan penuh sindiran. Cth paling mudah sastera satira adalah filem Zombi Kampung Pisang.


  • 7) Saya suka cerita ini, menghiburkan!

  • (Penulis)
    8) ini komen sy utk abg sham dulu ye:

    mmg betul, dlm cerita ni ada unsur2 satira tp kabur. tak jelas sbb tujuan utama sy tulis cerpen ini sebabnya kalau berdasarkn cerita Cinderella asal, kakak2 tirinya (Anastasia & Drizella) tergantung lps Cinderella kahwin. Jd ini adalah versi sy berdasarkn imaginasi sndiri.

    pada mulanya, saya dah tetapkan yg genre cerpen sy, saya mahukan eksperimental. tetapi bila dh siap (cerpen sy selalunya berbeza dgn apa yg dirancang) saya confuse sama ada nk letak ke genre eksperimental, fantasi atau satira. at last, saya pilih genre eksperimental kerana saya ingin bereksperimen dgn cerita Cinderella yg asal.

    pd pendapat saya, seorang penulis tak perlu fikir sangat pasal genre apa yg perlu ditulis. just tulis saja. pembaca yg akan menilai dan meletakkan genre pd karya tersebut. jadi, tiada had utk nilai genre saya. terpulang kpd pembaca kerana setiap org melihat setiap karya tu berbeza-beza

  • (Penulis)
    9) mr_kajiwa: cerita ni kalau diteliti betul2 mmg ada mesej yg tersurat ttp diambil latarnya berasakan kisah Cinderella. so, nmpak kanak2 skit.

    shazmiey: terima kasih ye

    robot: nk saspens mcm mana tu? ini je la yg paling saspens yg sy boleh fikir stakat ni... hahaha!

    ridhrohzai: trima kasih kerana terhibur

  • 10) versi yang lain dpd yg lain..
    saya suka..
    teruskan bereksperimen..
  • 11) cerita yang menarik dan jalan cerita yang unik..
    teruskan lg menghantar karya2 anda..

  • 12) menarik!
    xsangka ending cerita donggeng yg sgt tipikal bley berubah smpi mcm ni

    ^_^
  • 13) cheh..still jahat lg..tp nice story
  • 14) la jahat lg rupanya

  • (Penulis)
    15) ye, dia mmg jahat lagi...hahaha! (gelak jahat)

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia