Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cerita Pendek

  • 28
  • Rizzy
  • 15 years ago
  • 10,385
  • FREE

 

Nama aku PENDEK. aku seorang jantan keparat yang suka bikin kecoh sana sini. Tak kiralah apa orang nak kata, aku memang gemar buat kacau di merata-rata. Bukannya aku sengaja nak buat, tapi itu semua memang dh sifat. Sejak kecil dan sejak aku pendek lagi aku memang sudah biasa menyakat-nyakat. Aku tak boleh tengok orang senang, mesti aku nak buat kasi dia berang. Lepas itu aku larilah lintang pukang. Tidak sempat dia nak maki aku atau nak baling parang, aku lebih dulu sudah cepat-cepat hilang.Cerita ini bukan puisi atau pantun, tapi realiti yang tak dapat di bendung.

 

Badan aku sama seperti namaku. PENDEK. Tinggi aku hanya sepanjang 4 hasta setengah kalau diukur dengan tangan mak cik Gayah, mak angkat aku. Mak ayah aku sudah meninggalkan dunia semasa aku baru berusia 978 hari. Pandai-pandailah kira sendiri berapa umur aku masa tu. Bukan tak nak bagitahu, tapi aku memang macam itu. Suka bikin benda sejuk jadi panas. Dari hati orang, sampailah air paip. Semua aku jerang. Sebab mak aku pernah pesan, kalau panas baru boleh bunuh kuman. Nanti baru boleh sembuh semua kudis aku yang dekat kaki dulu tumbuh. Sekali lagi aku cakap,cerita ini bukan pantun atau puisi, tapi realiti yang banyak berisi.

Mak cik gayah berusia 37 tahun semasa aku di 'hand-over' oleh mak aku padanya. Masa itu mak aku sudah betul-betul nazak. Mak angkat aku cakap, sebelum mak aku mengucap dan menghembuskan nafas terakhir, mak aku sempat cakap macam ini;

'Gayah, kau tolonglah tengok-tengokkan anak aku ni ya ..aku dah tak ada masa dah ni..'

Jadi, sebab itulah aku jadi macam ini. nakal, jahat, degil, dan macam-macam lagi. Sebab mak aku cakap dekat mak cik Gayah suruh tengok-tengokkan aku saja. Bukan suruh jaga aku elok-elok. Mak cik gayah adalah seorang yang jujur dan amanah. Maka dia ikutlah cakap mak aku. 'Tengok-tengok' bukan jaga 'elok-elok'.

Sebab itulah aku jadi macam ini. Mak cik gayah tak pernah nak ajar aku berbuat baik atau menghormati orang lain. Dia hanya tolong tengokkan aku saja.Aku ingat lagi masa aku kecil dulu, aku berak, aku kencing, semuanya aku yang cuba basuh sendiri. Dari satu tempat najis berada, sampai penuh tempat najis berada. Dari tangan pergi ke muka, dari muka naik ke kepala. Dari kaki pergi ke jari, dari jari pergi ke gigi. Memanglah semua akan berasa keji, tapi aku memang tak boleh nak nafi, sebab semua ini adalah realiti. Seperti yang aku sudah ulang dua kali.

Ini cerita PENDEK. bukan pantun atau puisi, bukan syair atau gurindam, bukan gamelan ataupun drum, tapi kenyataan yang tak bisa aku pendam..!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Hehehe..
    naiss..
  • 2) hehe
  • 3) waaahhh~~~ memang pendek dan berisi... waaah~~ tak sia2 sy jd kipas-susah-mati rizzy... tp bhgian artwork shj... bhgian cerpen ni.. ehm... selamat menulis.. peace y'll!
  • 4) hahahaha..
    unik la rizzy nih.
  • 5) sempoi.. Ayat ko cantek bro.. wat la yang panjang sket plak.. tak puas hadam karya ko nih..
  • 6) Caha selalu kata.."Semoga akak dapat bersabar dengan kami"..maka akak pun menyanyi kan lagu itu berulang kali...semoga semoga semoga semoga...Shazmiey dah lari awal-awal nampaknya......semoga semoga semoga semoga......selagi masih hafal lagu itu akak masih belum mahu membuka mulut.Tunggu lagu tu hilang dulu...
  • 7) kak maria.. hahaha.. rileks.. teruskan menyanyi... fuh fuh fuh... kasi can dia hadam dulu di kapasitor ni.. heheheh
  • 8) sempoi bro.
    hehe ni kalau ko kembangkan jadi novel pun cun.
    ni kira prolog aa . hehe.
  • 9) aha...bagus! dah lama aku x baca cite2 cmni...
  • 10) gaya penulisan macam lirik lagu.. panjang dan berirama.. gaya lagu apakah yg begitu? lagu rap lah apa lagi.. ada bakat nih rizzy.. asah lagi kasik tajam dan lebih menikam okeh..
  • 11) Ya ada bakat buat lagu rap untuk kapasitor tapi bukan di ruangan cerpen ya sayang.Nanti di ruangan artrworks,kita letak video rap dan di ruangan puisi kita letak novel rap.Di ruangan muzik kita letak cerpen rap..akak pula yang ber rap ni.Tunggu hadam? Ya..ya..masih tunggu.
  • 12) hahahaha
    nama saya pun kena petik kak

    kalau camni lagi sesuai kat puisi eh kak?
    ingat kira cerpen eksperimentasi.
  • 13) Ha ha ha..datin dah nyanyi lagu rap..datin lupa makan ubat darh tinggi ke..sakit perut gelak ni. Sara tahu perasaan kakak tapi..hahaha.
  • 14) p/s: ketepikan sekejap penggunaan bahasa pasar.

    gempak! penggunaan perkataan yg berirama. setuju dengan caha, ni sesuai sbg prolog utk sebuah novel bertajuk Cerita Pendek

    cadangan:
    kalo ko serius utk men-novel-kan cerita ni, aku suggest setiap chapter bermula dengan ini:

    "Ini cerita PENDEK. bukan pantun atau puisi, bukan syair atau gurindam, bukan gamelan ataupun drum, tapi kenyataan yang tak bisa aku pendam..!"

    aku kasi 5 bintang, dan rekomen!!
  • 15) wahh..jojo siap rekomen lagi, macam bot ckp, rizzy ade gaye tersendiri..
  • 16) ... dgn ini sy claim diri sendiri utk rizzy belanja makan dan minum sebab kalo tak sebab saya dan sekopi yg paksa dia repost cerpen ni, dia takkan dapat rekomen dari bigboss... hhuhuhuhu... i told ya! i told ya!
  • 17) boleh tahan la. namun saya kira ianya genre yang baru. saya mahukan meletakkan ianya genre CERDEK. selamat berkarya.
  • 18) tentang cerpen ini, iya kapasitor perlu buat khas satu genre baru untuk Rizzy.Saya angkat tangan..satu tandabaca pun kamu tak mahu betulkan.semoga kamu tulis lebih banyak cerpen untuk kapasitor pada masa akan datang dan bergembiralah di sini. sayonara.
  • 19) hihi fani la yu ni rizzy.
  • 20) Satu kelainan yg tak pernah dilakukan, saya agak je, sbb saya kurang tumpukan pd ruang cerpen sebelum ini. Kamu telah mencipta satu 'Aliran Baru', yg boleh saya sebut RIZZYISME.
    (Sekadar pandangan saja)
  • 21) Saya tergamam. Lidah saya kelu untuk berbicara. Mr_Kajiwa pasti faham maksudnya. Namun, cerita ini sangat menghiburkan.

    Tak apalah Kak Maria, jiwa remaja memang begini. Teruskan menyanyi lagu rap tu kak. Kita ikut rentaknya dulu, kemudian baru digubah apa yang patut. Lagu rap kalau digubah cantik bisa jadi irama padang pasir kak. Hehehe...

  • (Penulis)
    22) seni itu bersifat experimental dan berkembang..jangan suka duduk dalam kotak..sila keluar..tenkiu..heeeeeeeee
  • 23) ... hmm... rizzy, kak maria suh betulkan tanda baca tu... mungkin kerana terlalu masyuk dengan cerita smpi terlupa mau komen tentang tanda baca... huhuhu... juga beberapa kesalahan tatabahasa yg major. tapi bg sy, dr segi penceritaan tiada masalah. sbb dah pon nama kategori cerpen eksperimental.
  • 24) nice....
    macam sedih je cter nye...
  • 25) Sara setuju, marilah kita semua keluar dari kotak segala macam struktur yang mungkin sudah orthodoks, kita bereksperimental sebebasnya tanpa guideline...jom Ridh, jom cikgu..kita lihat kapasitor akan jadi apa.
  • 26) haha..
    ceritanya menarik..
    nice..
    btol2 pendek critenye..
  • 27) alah kesiannya ekau pendek..lampin pun pakai sendiri ek? makcik gayah tengok jee

    hahahaha
  • 28)

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy