Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Cerita Pendek

Cerpen sebelumnya:
Monologku Seorang A.A Bangsa Melayu
Cerpen selanjutnya:
SELSEMA KU DI CURI

Nama aku PENDEK. aku seorang jantan keparat yang suka bikin kecoh sana sini. Tak kiralah apa orang nak kata, aku memang gemar buat kacau di merata-rata. Bukannya aku sengaja nak buat, tapi itu semua memang dh sifat. Sejak kecil dan sejak aku pendek lagi aku memang sudah biasa menyakat-nyakat. Aku tak boleh tengok orang senang, mesti aku nak buat kasi dia berang. Lepas itu aku larilah lintang pukang. Tidak sempat dia nak maki aku atau nak baling parang, aku lebih dulu sudah cepat-cepat hilang.Cerita ini bukan puisi atau pantun, tapi realiti yang tak dapat di bendung.

 

Badan aku sama seperti namaku. PENDEK. Tinggi aku hanya sepanjang 4 hasta setengah kalau diukur dengan tangan mak cik Gayah, mak angkat aku. Mak ayah aku sudah meninggalkan dunia semasa aku baru berusia 978 hari. Pandai-pandailah kira sendiri berapa umur aku masa tu. Bukan tak nak bagitahu, tapi aku memang macam itu. Suka bikin benda sejuk jadi panas. Dari hati orang, sampailah air paip. Semua aku jerang. Sebab mak aku pernah pesan, kalau panas baru boleh bunuh kuman. Nanti baru boleh sembuh semua kudis aku yang dekat kaki dulu tumbuh. Sekali lagi aku cakap,cerita ini bukan pantun atau puisi, tapi realiti yang banyak berisi.

Mak cik gayah berusia 37 tahun semasa aku di 'hand-over' oleh mak aku padanya. Masa itu mak aku sudah betul-betul nazak. Mak angkat aku cakap, sebelum mak aku mengucap dan menghembuskan nafas terakhir, mak aku sempat cakap macam ini;

'Gayah, kau tolonglah tengok-tengokkan anak aku ni ya ..aku dah tak ada masa dah ni..'

Jadi, sebab itulah aku jadi macam ini. nakal, jahat, degil, dan macam-macam lagi. Sebab mak aku cakap dekat mak cik Gayah suruh tengok-tengokkan aku saja. Bukan suruh jaga aku elok-elok. Mak cik gayah adalah seorang yang jujur dan amanah. Maka dia ikutlah cakap mak aku. 'Tengok-tengok' bukan jaga 'elok-elok'.

Sebab itulah aku jadi macam ini. Mak cik gayah tak pernah nak ajar aku berbuat baik atau menghormati orang lain. Dia hanya tolong tengokkan aku saja.Aku ingat lagi masa aku kecil dulu, aku berak, aku kencing, semuanya aku yang cuba basuh sendiri. Dari satu tempat najis berada, sampai penuh tempat najis berada. Dari tangan pergi ke muka, dari muka naik ke kepala. Dari kaki pergi ke jari, dari jari pergi ke gigi. Memanglah semua akan berasa keji, tapi aku memang tak boleh nak nafi, sebab semua ini adalah realiti. Seperti yang aku sudah ulang dua kali.

Ini cerita PENDEK. bukan pantun atau puisi, bukan syair atau gurindam, bukan gamelan ataupun drum, tapi kenyataan yang tak bisa aku pendam..!

Cerpen sebelumnya:
Monologku Seorang A.A Bangsa Melayu
Cerpen selanjutnya:
SELSEMA KU DI CURI

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.3
9 Penilai

Info penulis

Rizzy

kurap yang mujarab. 
Rizzy | Jadikan Rizzy rakan anda | Hantar Mesej kepada Rizzy

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Rizzy
"Kasim"hannya Beliau | 227 bacaan
Kiting Ke Kedai | 811 bacaan
Soalan Gudun | 1400 bacaan
Denganmu Kutenang | 1120 bacaan
Kepala Monitor Alpetoh | 836 bacaan
PCB#2 : Monolog Niraq | 841 bacaan
Kau Suka the Cerpen (feat. Paktam) | 1496 bacaan
Tangisan Dodo | 1008 bacaan
Gadis Kebaya Biru | 2547 bacaan
Bamu & Taro | 799 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

28 Komen dalam karya Cerita Pendek
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Teori Pavlov Si Syaitan

Teori Pavlov Si Syaitan adalah ebook koleksi cerpen tulisan Aishah Aziz atau dengan nama Kapasitornya ...
Price: RM 5


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik