Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Spesimen Alfa

 

Adik senyap dan sunyi di bangku itu. Rembang merah mentari menjengah. Panas. Pijar. Rimas. Tekak kekeringan.

"Hoi, ais krim jom."

Adik masih kaku. Matanya dipejamkan rapat, sesekali dadanya berombak kecil. Pijar mentari singgah ke mukanya sedikit pun tidak mengganggu.

Masih hidup rupanya. Ingatkan dah mati. Monolog dia sendiri.

"Hoi, ais krim jom." Ajak suara itu lagi.

"Ah...aku give up." Suara itu akhirnya mengalah. Dia memandang Adik yang terbaring di atas bangku simen itu.
Malas dia melayan Adik yang tak habis-habis duduk berehat sepanjang hari di atas bangku simen itu. Dia ingat Malaysia ni macam negara empat musim ke yang best nak berjemur tengah panas macam tu? Maunya mati kepanasan. Monolong hatinya sendiri.

Dia berjalan meninggalkan Adik sendiri. Dia mahu ke kantin, menikmati ais krim.

Dari belakang dewan yang terletak bersebelahan kolam ikan itu terdapat sebuah kerusi simen yang agak tersorok dek rimbunan pokok puding yang ditanam pekebun di tepi kolam. Kolam yang dikatakan "keras" kerana beberapa pelajar ternampak bayangan putih semasa kelas malam tidak sedikit pun menakutkan dia dan Adik untuk melepak di situ. Kebanyakkan masa mereka dihabiskan dengan berborak kosong, hisap rokok dan berbaring-baring.

Adik adalah pelajar baru yang melaporkan diri di sekolah itu seminggu lalu dan dia mendapati mudah baginya untuk bercakap dengan Adik. Dia adalah orang pertama yang ditegur oleh Adik selepas guru kelas memperkenalkan Adik di hadapan kelas. Adik disuruh mengambil tempat disebelah dia oleh guru kelas.

Selama 7 tahun persekolahan dari darjah satu sehingga tingkatan satu sekarang, dia tidak mempunyai seorang pun kawan yang benar-benar rapat dengannya kerana sikapnya yang panas baran dan melakukan pelbagai kesalahan. Dia juga tidak mempunyai rekod yang baik di dalam bidang akademik dan sering terlibat dalam pergaduhan. Pelbagai kes kecurian di sekolah pasti akan melibatkan dia sebagai suspek. Dia telah muak dengan tohmahan yang dilemparkan dan menjadi semakin ganas sehingga rakan-rakannya menjauhkan diri darinya. Setelah tamat peperiksaan UPSR, semua kawan-kawannya berpindah ke sekolah di bandar sementara dia masih lagi di Kuala Kecubung.

---------------------------------------------------------------

"Kau cuma perlukan cincin yang terakhir." Mulut pak Man yang berbau sirih itu terkumat kamit membaca mentera. Pak Man terkenal di serata negeri Kecubung dengan kepakaran perbomohannya. Telah ramai yang berjaya disembuhkan oleh Pak Man.

"Baiklah. Dimana aku boleh dapatkan cincin itu?"

Pak Man cuma tersenyum. Kerja ini bukan kerja mudah, perlukan banyak kesabaran.

"Tasik Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kecubung."

---------------------------------------------------------------

Dia kembali ke tasik itu. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Sejak dari masa rehat tadi sehingga sekarang, Adik masih lagi terbaring di bangku simen itu. Kelas petang yang berakhir pada pukul 4.30 petang menjadikan kawasan tasik berkenaan jauh dari jangkauan manusia kerana semua pelajar telah pulang ke asrama. Dia pantas menggoyangkan badan Adik untuk mengejutkannya. Sesi latihan sukan akan bermula sekitar pukul 5.30 petang.

"Hoi, bangun. Kejap lagi nak mula sukan." Dia menggoyangkan badan Adik ke kiri dan ke kanan. Tiada respon. Dia menggoyangkan lagi. Juga tiada respon. Mak aih, tidur mati ke budak ni? Monolog dia sambil tangannya terus menggoyangkan badan Adik ke kiri dan ke kanan. Sebuah objek berkilau terkeluar dari poket Adik. Matanya tertancap pantas pada objek berkilau itu.

Dia menundukkan badannya dan mengutip objek berkilau itu. eh, cincin? Objek itu adalah sebentuk cincin bertatahkan batu kristal bewarna hitam. Kristal hitam itu berkilau seolah-olah dahagakan cahaya matahari petang yang menyinar indah. Sedang dia mengamati cincin itu, satu objek tajam menusuk masuk di belakangnya. Ya Allah, sakitnya! Sakitnya bukan kepalang. Dia terus berpaling. Dia kaget! 

Adik memegang sebilah pisau bergerigi tajam berlumuran darah. Dia amat pasti yang darah itu adalah darahnya. Sedang dia cuba memahami apa yang terjadi, Adik menerkam ke arahnya seperti singa kelaparan dan sedarnya dua tikaman singgah ke jantung dan paru-parunya. Darah panas beroksigen membuak-buak, paru-parunya semakin mengempis, nafasnya semakin sempit. Perkara terakhir yang dilihatnya adalah Adik mengutip cincin hitam itu sambil tersenyum.

----------------------------------------------

"Kau perlukan melakukan korban untuk cincin yang terakhir." Terang Pak Man sambil memerhatikan Adik yang bersungguh-sungguh mendengar penjelasan Pak Man.

"Korban mudah saja, kali ni ayam selasih hitam lagi ke Pak Man?"

"Bukan. Korban kali ini paling istimewa."

"Apa yang istimewanya Pak Man?" Tanya Adik lagi semakin tidak sabar.

"Manusia."

Adik kelu. Tidak berkelip, tidak percaya.

Pak Man masih tersenyum.

-----------------------------------------------

Adik menarik dia yang sudah tidak bernyawa ke pinggir kolam. Menurut amalan Pak Man, sesudah mencampakkan korban manusia yang dibunuh ke dalam kolam itu, cincin itu akan muncul di dalam bunga teratai yang berkembang penuh ketika bulan mengambang. Malam ini bulan mengambang penuh dan dia akan mengutip cincin itu ditengah kolam. Kelihatan sekuntum putik bunga teratai cuba meloloskan diri dan mengikut perkiraan Adik, bunga teratai itu bakal berkembang malam ini. Adik cuma tersenyum menantikan kekayaan yang bakal dinikmatinya hasil 3 bentuk cincin yang dikumpulkannya.

-----------------------------------------------

Tempat: Di suatu penempatan terpencil berdekatan sempadan Kecubung & Marmar

Pak Man melangkah masuk ke dalam sebuah makmal. Makmal berkenaan dilengkapi peralatan dan skrin-skrin mengesan titik-titik merah. Titik-titik merah itu adalah titik pengesan lokasi "pemangsa".

"Bagaimana dengan spesimen alfa, agen sigma?" Tanya Encik P, ketua operasi makmal berkenaan.

"Berjaya dengan cemerlang. Spesimen alfa memberikan tindak balas terhadap stimulus cincin dan berkenaan pulangan kewangan untuk membunuh. Bilangan "sampah" terhapus bagi spesimen alfa adalah seorang." Terang agen sigma.

"Bagus, dunia ini tidak akan merindui "sampah-sampah" itu. Teruskan operasi berskala lebih besar menggunakan spesimen beta dan spesimen gama."

"Baiklah, Tuan."

"Akulah Tuhan Keadilan yang kau tunggu-tunggu wahai manusia! Hahahaha."

Ketawa mengisi ruang. Darah bakal tumpah dan tiada hentinya lagi. Dunia tidak akan merindu mereka.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ya dunia tidak merindui malah tidak simpati...
  • 2) idea:
    agak kool. memang pandai berimaginasi dan berani explore + kembangkan idea

    penceritaan:
    menjurus ke arah shiro. hehe. tempo pun sesuai. detail tentang suasana sekolah elok ditambahkan lagi. terlalu kasual tang situ.

    konflik:
    unik dan imejinatif. tahap dramatik sederhana.


  • 3) wah,
    kebelakangan ni byk btul cerpen yang di luar kebiasaan ya?
    teruskan!

  • (Penulis)
    4) kajiwa: betul betul betul!

    caha: noted. sebetulnya agak dangkal nak mengembangkan suasana sekolah tu takut terlari jauh dari penceritaan utama. sebab kepakaran mengarut terlampau2 tu ada banyak. . dramatik tu memang kena tambah tapi bila nak close citer ni, macam nak rush sikit sebab dah ngantuk so pasal tu a bit bodoh sikit ending dia.

    mizz_aszni: ehehehhe. tiada yang luar biasa pun dengan cerpen ni, imaginasinya mungkin la sedikit liar tapi corak bahasa dan penceritaan masih boleh diperbaiki.
  • 5) mangi, awal aku baca tu... aku terbayang citer lord of the ring. ooo curik cincin aku yer.. aku bunuh kau!

    tp last2 tuh... terasa mcm tgk austin power lak. ada titik2 merah, masuk dalam lab, sebbek tadek minnie me

    kesimpulannya, kau keji. Penggabungan idea dua movie memang best!
  • 6) Salam dan selamat sejahtera.

    Em, maaf ya mangifera kerana saya kurang faham jalan cerita ini. (mungkin kerana sedang membaca sambil dikacau oleh sepupu-sepupu yang kecil)

    Saya akan membacanya sekali lagi nanti. Walau apa pun, konsep cerita yang menarik. Saya suka baca cerita sains fiksyen begini. Mungkin kalau dijelaskan sedikit lagi tentang perwatakan Adik atau Pak Man, ia akan menjadi lebih baik.

    Sekian...
  • 7) oh.mula2 tak faham sgt.
    lambat sikit nak hadam.
    tapi jap lg dah faham dah.


    *iye2 je aku paham neh *
  • 8) saya kembali semula dengan niat untuk memahami dan saya telah pun faham. hai, kadang-kadang otak ni lambat pick-up juga. (banyak sangat baca kisah cinta, tulah sebabnya...)

    cerita yang baik dan boleh dikemaskan lagi...

    teruskan berkarya...
  • 9) ini adalah cool
    menggabungkan elemen tradisional bomoh dan elemen futuristik makmal
    macam sangat 'customize' untuk cerita cerita nusantara

  • (Penulis)
    10) rearrange: yeah. percubaan yang so-so sebab aku macam tiada idea sangat dah nak detailkan lagi macam komen caha tu.

    ridhrohzai: hehehe. thanks. sengaja tinggalkan watak tidak berkembang sebab jalan citer ni is the main point instead of character. storyline-driven story instead of character-driven story. but point taken, will develop more on character development.

    babymilo: hehehehe. takpe, baca lagi dan fahamkan lagi.

    valium: customize yang macam mana tu? thanks.

Cerpen-cerpen lain nukilan mangifera

Read all stories by mangifera