Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

cerita pendek no.3

  • 6
  • Rizzy
  • 15 years ago
  • 4,407
  • FREE

 

PENDEK..!!! budak paling celaka pernah aku kenal seumur hidup aku. Dah la pendek, menumpang, botak..! satu hari kalau tak kacau hidup orang tak senang. Ada saja yang dia nak bikin panas. Aku memang dendam dengan dia dah lama. Sejak mula-mula dia aku jumpa sampai sekarang tiap-tiap hari aku nampak. Mahu tidak, si Gayah tu jiran sebelah kiri aku. Memang sebelah betul. Bukan ada selang-selang rumah. Tiga , empat langkah saja. Aku baru jeling sikit tak payah nak toleh kepala, dah nampak. si Pendek bangsat!

Nasib baik dia macam terencat, kalau tidak dah lama aku sebat-sebat. Melampau sangat. Mana boleh tak hangat. Ada ke patut dia bunuh binatang peliharaan aku si Asmat. Binatang punya budak. Kalau dia normal, dah lama aku ikat dia dekat bangsal. Nak saja aku hempaskan peti ais atas kepala dia. Biar pecah. Biar berdarah. Biar bersepah. Aku memang tak kesah.

Sudahlah datang kedai runcit aku dia bagi pecah semua botol-botol kicap, lepas tu  boleh pula dia baling kepala aku dengan sebungkus air sirap . Masa itu kalau tak sebab dia lari menyorok, memang leher dia dah lama bengkok. Nak saja aku cucuk mata dia dengan pensel 2B, Ba**..! ‘Jangan la kau datang dekat Pendek. Memang pendek nyawa kau..!’

 Kesian dekat Asmat. Penat aku bela dia dari kecil. Aku ingat lagi aku kutip dia dekat tepi bengkel.Sebelah pasar ikan. Enam tahun setengah aku bagi dia makan.Dari dia kecil tapak tangan sampai jadi besar dekat-dekat sama dengan anak aku yang bongsu si Norbizan.Asmat itulah tempat aku nak bermanja pun. Setelah isteri aku lari kahwin dengan jantan Indon.Asmatlah temanku di ranjang, tiap-tiap malam aku peluk aku pegang.Bukan main lagi aku dia sayang.Pagi-pagi dia yang kejut aku bangun sembahyang.Mana nak dapat kucing yang macam itu punya solehah? Asmat minta izin aku dulu kalau dia nak keluar rumah.

Tiba-tiba hari itu aku tunggu dia tak balik-balik. Lepas maghrib aku pergi rumah Haji Malik. Tanya dia kalau –kalau dia ada nampak. Manalah tahu Asmat sembunyi bawah dia punya ketiak. Jenuh aku pusing satu kampong, tanya Senah ,tanya Dollah, tanya Milah, tanya  lebai Lah. Semua orang kata ‘Tak tahulah’. Malam itu, seorang diri aku tidur. Sampai ke subuh aku tak dapat nak berdengkur.  Asyik fikir pasal Asmat. Entah ke manalah dia dah tersesat.

Esok pagi, pintu rumah aku ada orang ketuk. Bila aku buka tengok, si Gayah terus terpa masuk. Disentapnya hujung lengan baju aku. Menggelabah dia bawa aku turun jalan laju-laju. Dia heret aku sampai aku tak sempat-sempat nak langkah. Selipar aku dah terlucut sebelah masa lalu dekat depan rumah  si Senah. Sampai dekat tengah jalan, dia tunding jari dekat satu arah.Aku tengok Asmat punya badan dah pecah-pecah. Berdarah-darah…

 

‘kau ingat Pendek, selagi orang panggil aku Meon bin Mahat, selagi tu aku akan simpan kesumat..ini bukan pasal terencat atau tak cukup sifat, bukan pasal pangkat ataupun tempat, tapi pasal leher kau yang pasti akan aku kerat-kerat..!’

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) haih...sedih pulak aku baca cite ni
  • 2) huih... kesumat betul dendam pak meon ni
  • 3) wah,sungguh garang pak meon nih..
    hehehe..
  • 4) saya boleh faham perasaan pak meon,kalau berdepan dgn budak se"nakal" pendek tu...saya akan pindah jauh.Perbuatannya melampau sangat.
  • 5) si pendek tu terencat ke?
    kejam gila dia.
    baling org ngan air sirap.
    pecahkan botol kicap lah.
    kejam2.

    kalau aku jd pak meon pon aku marah. tak dpt bayangkan kalau chombi aku kena bunuh sebegitu rupa.oh tidakkk!!
  • 6) hoho

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy