Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Jenaka

RINA VETERINAR!

Cerpen sebelumnya:
Monologku Seorang AA (Rewrite - Versi Sopan)
Cerpen selanjutnya:
Selamat Hari Guru Mama

(Ini adalah skrip sketsa yang saya buat 3 tahun yang lalu untuk sebuah sekolah di Selangor, untuk pertandingan antara sekolah. Enjoy! hu hu!)

“Rina, Veterinar!”

Watak-watak

 

  1. Dr. Rina

      2.  Harimau

        3.  Zirafah

      4.  Ikan Mas

      5.  Hamster

      6.  Ayam

 

Mula!

 

Dr. Rina

Kalau orang sakit, jumpa doktor.

Tapi kamu binatang!

Kamu binatang!

Syoh! Syoh! Syoh!

Binatang!

 

Kamu jumpa siapa? Haaaaaaaaaaah?

 

Jumpa saya! saya, Rina! Rina veterinar!

 

Hari-hari jumpa binatang, tapi saya tidak naik berang!

Saya suka, sangat suka, sangat gembira merawat binatang..!

Hari ini, hari ini, hari.........mau?!?

 

(Masuk seekor harimau.)

 

Harimau

Tolong tuan doktor...tolong...

Sudah semalaman saya tak dapat tidur...nyut-nyut-nyut!

Gigi saya berdenyut! Gigi geraham, susah nak membaham!

 

Dr. Rina

Tak mengapa jangan runsing, mari sini berbaring. Bukak mulut.

Luas-luas biar nampak jelas! (memeriksa gigi harimau).

Hmmm....kamu ni dari mana? Kenapa boleh jadi macam ni..?

 

Harimau

Haya hi hahu halik hari hukan hukfha hi hehah!

 

Dr. Rina

Apa dia?(sambil mencabut gigi harimau)

 

Harimau

Arrghh addoi Sukma!!!!!!!!!!

 

Dr. Rina

Ooo....Sukan Malaysia. Mai ke Kedah! Mai makan laksa Kedah! Ha haha!!!

Dah siap!

 

Harimau

Terima kasih doktor. Boleh tak saya nak tanya sikit? Macamana doktor boleh jadi doktor haiwan ni? Tak susah ke masa belajar?

 

Dr. Rina

Kamu nak tahu? Untuk masuk...

 

(masuk Zirafah)

Dr. Rina

Eh! Kenapa kamu tiba-tiba masuk ni?

 

Zirafah

Tadi saya dengar doktor cakap,....... masuk!

 

Dr. Rina

Ye ke....hmm...baiklah! mari duduk sini. Awak (kepada harimau) kalau nak tahu tentang kerja saya, duduk di sebelah sana.

 

(Harimau bangun dan duduk di belakang)

 

Zirafah

Dr....., tengkuk saya sakit...

 

Dr. Rina

Hmmmm..(memeriksa tengkuk zirafah), kamu tahu tak...leher...

 

Zirafah

Saya tahu! Zirafah mempunyai bilangan tulang leher yang sama seperti leher manusia! betul tak? Adduih!

 

Dr. Rina

Eh! Macam mana kamu tahu apa yang saya nak cakap? Anyway, kenapa boleh jadi macam ni?

 

Zirafah

Saya...saya lapar sangat semalam. Saya cari pokok yang tinggi paras leher saya, semua dah takde. Semua dah habis kena tebang! Yang tinggal Cuma pokok renek yang paras lutut saya. Habis, asyik menunduk je 24 jam...sakit la...

 

Dr. Rina

Baiklah....(bercakap kepada harimau). Untuk masuk ke program veterinar kamu perlu mempunyai kelayakan yang tertentu. Secara akademiknya, kamu perlu ambil matapelajaran biologi dan perlu lulus cemerlang subjek sains ....

Kalau dapat 9 .....

 

(masuk Ikan Mas)

 

Ikan Mas

Saya dah sampai!

 

Dr. Rina

Alamak! Siapa awak ni? Kenapa tiba-tiba masuk?

 

 

Ikan Mas

Tadi saya dengar Dr. Cakap 9! .giliran saya nombor sembilan...

 

Dr. Rina

Baiklah (kepada zirafah), tahan sikit ye,, hmmm...(membetulkan tulang tengkuk zirafah)  dah o.k. pergi ambik ubat ye..

 

Zirafah

Arrrghhhaaduiii!  Wah ! dah lega! Err.. Dr., saya pun berminat nak tahu apa harimau nak tahu..boleh tak saya tunggu? Please......

 

Ikan Mas

Boleh....kamu duduk sana..

 

Dr. Rina

Ewah-ewah, saya doktor ke kamu doktor? Ya! Kamu sakit kat mana?

 

Ikan Mas

Eh! Saya buat apa kat sini? Kamu siapa? Bila saya sampai sini? Oh! Aduh! Mulut saya sakit! Tolong! Tolong!

 

Dr. Rina, Harimau, Zirafah

Kalau sakit mulut, jangan cakap banyak! Tutup mulut!

 

Ikan Mas

o.k...(menutup mulut dengan siripnya)

 

Dr. Rina

Biar saya tengok..(memeriksa mulut ikan Mas)

Macam mana boleh jadi macam ni? Isy! Isy!

 

Ikan Mas

Tak ingat la doktor...

 

Dr. Rina

Memang sah ingatan kamu ni singkat sangat. ( merawat mulut ikan Mas)

 

Ikan Mas

Saya teringin sangat nak makan pisang Mas. Sebab nama nya sama dengan nama saya. Awak tahu tak, emas 916, sekilo berapa harganya sekarang? Mahal tak? Eh! Apasal ada harimau dan zirafah kat belakang tu.

 

(harimau mengasah kukunya, zirafah menumbuk-numbuk telapak kukunya)

 

Ikan Mas

o.k saya diam.

 

Dr. Rina

(kepada harimau dan zirafah) Lepas kamu dah lepas SPM, kamu mohon masuk ke program veterinar di mana-mana universiti, samada tempatan atau luar negara. Kursus veterinar ni macam kursus Doktor perubatan untuk manusia juga. Tapi kursus ni ikut sistem semester..

(masuk Hamster)

 

Hamster

Dah giliran saya ke?

 

Dr. Rina

Belum! Kenapa masuk?

 

Hamster

Tadi saya dengar .....ster! hamster la kan? Heheh! Takpe, saya boleh tunggu. (terus duduk di lantai)

 

Zirafah

Berapa tahun kena belajar di universiti?

 

Harimau

Kena belajar matematik tak?

 

Ikan Mas

Kalau gagal periksa tahun pertama, mak bapak marah tak?

 

Dr. Rina

Diam laa...Hah! Mulut kamu dah saya rawat. Pergi luar ambik ubat. Lepas tu balik rumah berehat!

 

Ikan Mas

o.k... tapi saya tak ingat rumah saya kat mana...saya tinggal dalam akuarium ke dalam igloo? Ataupun, saya ni dari masyarakat nomad?  Kamu tahu tak?

 

Dr. Rina

Huisy! Takpe la!, awak boleh duduk sebelah zirafah tu sementara ni.

 

(Ikan Mas duduk di sebelah zirafah)

 

Hamster

Dr., saya selalu sakit perut. Selalu gatal-gatal. Selalu cirit –birit. Badan saya jadi lemah. Nak lari-lari pun dah tak larat. Biasa saya boleh lari dalam roda, 200 pusingan seminit. Sekarang ...

 

Dr. Rina

Baiklah. Biar saya periksa. Hmm....kamu ni,  kecacingan ni...

(terus merawat Hamster)

Tadi saya cakap apa? ........oh! ye! Secara mentalnya pula, kamu mesti ada perasaan sukakan binatang!

 

Harimau, Zirafah, Hamster

Cakap baik sikit! Haiwan! Bukan binatang!

 

Ikan Mas

Mak saya kata saya ni ikan....

 

Dr. Rina

Oh! Maafkan saya..Haiwan...Hmmm apa lagi ye...

Hah! Kur...ehhmm (sakit tekak)...Kur...

 

(masuk ayam)

 

Ayam

Saya .....hah...hah...hachummm!!!!

 

Dr. Rina

Apasal kamu masuk? Bersin pulak tu?!

 

Ayam

Saya dengar Dr. Panggil, Kur...Kur...Kur

Saya masuk la...

 

Dr. Rina

Saya nak cakap kursus!

 

Hamster

Hei...tengok tu...paruh dia ada hingus....

 

Harimau

Pengotor la awak ni...

 

Zirafah

Kalau dah bersin tu cakaplah excuse me ke, ucap syukur ke...apa la..

 

Ikan Mas

Nah! Tisu! Kesat hingus tu...ambik la....

eh! apasal saya nak bagi awak tisu ni? Eh! Takpe la ambik la...

 

Ayam

Terima kasih...(mengesat hingus)

 

Harimau, Zirafah, Hamster, Dr. Rina

Kamu ada Flu!!!! (takut)

 

Ikan Mas

Flu tu seruling kan? Oooo awak pandai tiup flu ya...pandai main seruling?

Boleh main lagu Khidmat Negara tak? Ataupun lagu Menuju Puncak? Gemilang?

 

Dr. Rina

Semua ambik face mask dan pakai sekarang!

 

(Kesemua kecuali Ayam memakai face mask)

Semua senyap seketika.

 

Ikan Mas

Eh! Apasal awak tak pakai topeng ni?(kepada Ayam) Yang lain semua pakai! Nah ! ambik ni pakai!

 

Dr. Rina

Mas! Jangan bagi! Awak pakai sendiri!

 

Ikan Mas

Eh! Nama saya bukan Mas..saya kena pakai ke? takpe ke?

 

Hamster

Kalau awak pakai, awak akan nampak lebih jelita....

 

Ikan Mas

Iye? Baiklah.(memakai mask)

 

Ayam

Apa semua ni? Tolong la doktor...saya dah seminggu selsema.  Tak semestinya semua selsema adalah selsema burung..tolong la rawat saya..saya nak masuk ujibakat program realiti ni! Saya nak jadi penyanyi!...

 

Harimau

Sedap ke suara tuuu.....bersin pun lari pitching...

 

Zirafah

Huish! Tak baik cakap macam tu tau...!

 

Dr. Rina

Hei! Hei! Apa ni? Apa ni? Kita tengah dalam situasi yang cemas ni! Awak semua faham tak ? selsema pada haiwan dari keluarga burung amat merbahaya!

 

Ayam

Jadi macam mana ni doktor? Nak tolong saya ke tak mau?! (mula nak menangis)....Hachumm!!!!

 

Ikan Mas

Kot iye pun doktor, bagi la dia satu topeng muka ke, periksa keadaan dia dulu ke...

 

Dr. Rina

Baiklah. Kamu yang lain duduk di sana( menyuruh haiwan selain ayam ke satu sudut). Kamu (kepada ayam), mari sini.

 

Ayam menghampiri doktor. Ia mengeluarkan sesuatu dari bawah ketiaknya.

 

 

 

Harimau

Dr.! Hati-hati!!!!!!!!!! ( melompat dan menangkap Dr. Rina dan menyebabkan mereka berdua tertiarap di lantai)

 

Dr. Rina

Adduh!!! Sakitnya pinggulku...huih! iskh! !!! adduh! Apa kena kamu ni Mak belang? Dah rosak ke pemikiran kamu?

 

Ayam

Apa pasal pulak ni!!!! Ha! Ha! Hassyuum!

 

Harimau

Dia(kepada ayam) keluarkan sesuatu dari badannya! Jangan-jangan senjata yang berbahaya! Mungkin senjata api!

 

Ayam

Ini?(menunjuk ke barang yang dikeluarkan) ini kan minyak cap kapak! Apa la awak ni..bikin saya sakit jantung saje...

 

Dr. Rina

Dah! Rimau! Kamu pegi duduk sana dengan yang lain. Addui!!

 

Dr. Rina mula memeriksa keadaan sang Ayam. Dr. Rina akhirnya mengambil sampel hingus dan darah sang Ayam dan di masukkan ke dalam mesin diagnostik  yang canggih.

 

Dr. Rina

Baiklah. Sampel dari en. Ayam, telah saya masukkan ke dalam mesin diagnostik berkomputer tadi. Kita akan dapat tahu keputusannya nanti. Sementara ni, anggaplah yang kita semua telah mendapat virus selsema dari si ayam...jangan panik! Bukan semua virus selsema burung boleh membawa maut! Hanya virus H5N1 yang paling merbahaya!

 

Hamster

Jadi doktor, kami semua ni dah terjangkitlah ye! Makkk!!!! Saya belum nak mati lagi! Maakkkk! Ampunkan dosa saya! ( hendak berlari keluar)

 

Harimau dan zirafah menahan Hamster. Mereka membawa hamster kembali ke tempat duduknya.

 

Dr. Rina

Jangan panik, jangan takut, setahu saya, virus H5N1 hanya bahaya kepada manusia. Tapi itu tak bermakna, haiwan lain macam kamu semua terkecuali dari mendapat kesannya...

 

Zirafah

Doktor nak menakut-nakutkan kami ke? saya dah nak terkencing ni...

 

 

 

Dr. Rina

Toilet ada di sana. Pergi cepat. Saya sudah pun memaklumkan situasi kita kepada pihak kementerian kesihatan dan yang berwajib. Dan...klinik ini telah pun dikepung dan telah dikuarantin daripada orang ramai. Tak percaya tengoklah kat tingkap.

 

Semua menuju ke tingkap dan meninjau. Zirafah terus ke toilet.

 

Ikan Mas

Wah! Ramainya kat luar tu...

 

Ayam

Eh! Apasal mereka semua pakai baju tutup penuh dari hujung kepala sampai ke hujung kaki?

 

Harimau

Apa salahnya....kan baik macam tu, dari pakai baju ketat sana, sendat sini, singkat atas, belah bawah...

 

Dr. Rina

Itu adalah untuk memastikan agar mereka tidak dijangkiti virus flu ni.

 

Ayam

Lambat lagi ke, keputusan nak keluar?

 

Dr. Rina

Sabar..lagi 5 minit je....

 

Hamster

Hacchum!

 

Harimau

Hassyium!

 

Dr. Rina

Hacchi!

 

Ikan Mas

Hiittchiu!

 

Zirafah baru keluar dari toilet juga bersin.

 

Zirafah

Huussyiu!

 

Seterusnya ..Semua bersin serentak!

 

Semua kecuali Ikan Mas dan Dr. Rina

Habislah kita!!!!!

 

Ikan Mas

Apa yang habis?? Makanan ikan ke?? ataupun bihun sup?

 

Dr. Rina berpaling ke arah mesin diagnostik. Keputusan ujian telah diperolehi.

 

Ayam

Macam mana doktor?!!

 

Dr. Rina

Hah! Keputusan ujian ni ....

 

Tiba-tiba, sang Hamster jatuh dan tidak sedarkan diri.

 

Ayam

Doktor! Apasal dia tuuu!?

 

Tiba-tiba Zirafah pula jatuh dan tidak sedarkan diri

 

Ikan Mas

Aik! Si leher panjang pun pengsan?

 

Tiba-tiba juga Harimau pula jatuh dan tidak sedarkan diri

 

Dr. Rina

Hai! Harimau pun pengsan?!!

 

Tiba-tiba ikan Mas pulak jatuh dan tak sedarkan diri

 

Ayam

Alamak! Apa dah jadi ni?

 

Ayam dan Dr. Rina cuba mengejutkan kembali haiwan-haiwan yang pengsan.

 

Mula-mula, mereka berjaya mengejutkan Hamster

 

Hamster

(menguap). Ye ?ada apa? Kenapa awak berdua kejutkan saya?

 

Dr. Rina

Kamu tak apa-apa ke?

 

Hamster

Saya memang macam ni. Kalau dah ngantuk, mana-mana pun boleh tidur..

 

Dr. Rina

Hish!! Tidur pulak dia...!!

 

Dr. Rina dan Ayam berjaya mengejutkan Harimau pula

 

Harimau

Adduh!!!

Dr. Rina dan Ayam

Hah! Kenapa??

 

Harimau

Sakitnya perut saya...lapar nyaa!!!!

 

Dr. Rina

Lapar?!!

 

Harimau

Saya kalau terlalu lapar, saya akan tidur, nak bagi hilang senak perut!

 

Dr. Rina dan Ayam

Huh!

 

Mereka berjaya mengejutkan Zirafah pula.

 

Zirafah

Terima kasih!

 

Dr.Rina, Hamster, Harimau dan Ayam

Apasal pengsan?!!!

 

Zirafah

Ni haaa!!(menunjukkan sesuatu di bawah tapak kakinya)

 

Dr.Rina

Kulit pisang???

 

Zirafah

Ye la!!! Saya terpijak tadi, tergelincir, jatuh kepala terhantuk! Pengsan la kejap!

 

Semua

Oooo!!!!

Jadi, Ikan Mas! Kamu pengsan betul-betul ke olok-olok???!!!!

 

Ikan Mas bangun sambil terpinga-pinga.

 

Ikan Mas

Saya tak pengsan. Saya tengok yang lain baring, saya pun baring lah! Ingatkan kena baring...sori...he..he..he..

 

 

 

 

 

Dr. Rina

Sudah! Dengar sini semua! (membaca keputusan ujian sampel hingus dan darah Ayam di kertas)

Negatif untuk selsema burung! Atau bird flu! Maknanya kita semua o.k tak apa-apa!!! Ayam Cuma salah makan je....alahan saja...allergik! (mengucap syukur)

 

 

Semua yang lain

Yeaaahhhh!!! Syukur!!!! Yahoooo!!! Hip-hip horreeeiii!!!!

 

Ikan Mas

Jangan-jangan terlalu suka, suka-suka akibatnya duka...

 

Harimau

Mari kita bersamalah –sama...

 

Zirafah

Membaca amalan yang mulia!

 

Hamster

Adik-adik dan kawan-kawan!

 

Ayam

Membacalah buku pelajaran!

 

Dr. Rina

Suratkhabar dan buku cerita..

 

Semua

Untuk faedah kita semua! Membaca amalan yang mulia!!!

 

Dr. Rina

Jadi ingat semua...belajrlah rajin-rajin, dengan ilmu, kita dapat membantu menjadikan negara kita bertambah maju dan jaya!

 

Semua yang lain

Betull tu!!!

 

Ikan Mas

Saya nak balik mana ni???

 

 


 

TAMAT.                                                                                                                                                                      

 

Cerpen sebelumnya:
Monologku Seorang AA (Rewrite - Versi Sopan)
Cerpen selanjutnya:
Selamat Hari Guru Mama

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
12 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3119 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3004 bacaan
Min patah hati. | 2507 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9379 bacaan
Misi penting | 8740 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9346 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2335 bacaan
Mak! dah bulat! | 2774 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4337 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2700 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

19 Komen dalam karya RINA VETERINAR!
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik