helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Cerita Pendek > Klasik
3.7
6 Penilai
SORE TERAKHIR HAMLET DI ELSINORE
Tarikh Dihantar: 16/05/2009 | 13:43:01 PM | 812 Bacaan
Share

SORE TERAKHIR HAMLET DI ELSINORE

Pagi itu bukan pagi biasa. Pagi itu bukan pagi yang rutin. Pagi itu pagi yang luarbiasa pentingnya. Pagi yang mungkin akan melangsai segala kedukaan dalam hati. Pagi yang mungkin bakal menghenti tiap perkabungan. Dan, pagi yang mungkin juga, akan buat roh itu tenang.

Aku sedang leka meneliti persalinan yang sudah siap dijahit. Mana-mana yang ada cacat-cela, sepantas kilat aku memperbetulkannya. Sedikit wangian aku palitkan dilengan dan leher bajunya. Aku mahu persalinan ini sentiasa meringin indah. Aku mahu persalinan ini bisa menenangkan jiwa pemakainya yang sedang galau ketika ini.

"Ophelia, bagaimana dengan persalinan Hamlet?", tanya Horatio lewat jendela kompor basah. Suaranya agak cemas.

"Sudah siap, Horatio. Kamu boleh ambilnya sekarang.", jawabku sambil menghulur persalinan itu.

"Terima kasih. Aku pergi dulu, ya?"

"Horatio, dimanakah pementasan itu akan berlangsung?", suaraku agak tenggelam. Tidak mahu pertanyaanku itu didengari Permaisuri Gertrude.

"Di taman bunga di tengah bandar.", suara Horatio juga direndahkannya. Kepalanya menoleh ke kiri dan kanan penuh awas.

"Oh.. begitu."

"Ophelia, doakan segalanya lancar?"

"Semoga Tuhan memberkati."


***********


Sesampainya aku di taman bunga itu, keliling persekitarannya sudah merasak dengan para panggungan. Yang anak-anak, yang dewasa, yang berumur, semuanya saling bersesak ingin menonton dari bangku yang paling hadapan. Kelihatannya, ada dua orang pemuda sedang saling berbalas sabung, merebutkan ruang duduk bangku yang satu. Teruja, semua penginap di bandar ini terlalu teruja dengan pementasan ini. Pementasan julung kali di mana watak utamanya didukung oleh keturunan diraja. Putera raja lebih tepat lagi. Putera Hamlet.

Dengan sekonyong-konyong, dua anak mataku terpaksi arah barat, ke susunan singgahsana indah warna merah hati. Singgahsana itu ditempatkan pada aras yang paling tinggi, sesuai dengan jasad-jasad yang duduk di situ. Jasad-jasad yang dalamnya mengalir darah berkasta diraja.

Wajah Permaisuri Gertrude tetap saja bongkak. Selama lebih satu windu aku menjadi hamba sahaya di istana itu, tidak sekalipun pernah dilemparkan seukir senyuman padaku. Tidak kiralah senyum simpul, senyum palsu ataupun senyum raja. Tetap juga dia membusung dada, melangit cakap.

Aku larikan mataku ke kanannya. Wajah Raja Claudius pula yang memenuh penglihatan. Dia pula  berbeza dengan Permaisuri Gertrude, sering tersenyum. Apatah lagi, jika berdempak tika dia selesai bersiram. Pasti aku dihadiahi seutas senyum menggelitis yang disertai dengan bahasa badan yang miang jelatang. Sudah acapkali, dia tanpa gagal berusaha mahu meranap kesucianku. Mujur, aku ini sering saja berbintang terang.

"Ophelia!", terdengar ada suara yang memanggil aku. Aku menoleh sekitar. Horatio berlari-lari anak ke arahku.

"Horatio! Bukankah kamu sepatutnya sedang bersiap?", tanyaku kehairanan.

"Ya. Tapi, persalinan Hamlet ada sedikit masalah. Bahagian kakinya rabik, termengkelan di kayu."

"Besarkah rabiknya?"

"Tidak terlalu besar. Tapi, masanya kian suntuk. Harap kamu mahu membantu!"

"Ya! Ayuh!"

Terus, Horatio menggenggam tanganku dan bersilaju melangkah melawan derasnya para panggungan. Sesekali Horatio menoleh ke belakang dan menyuruh aku terus mengepal kuat tangannya. Dia takut aku lesap dalam khalayak.

"Horatio! Kenapa begitu lambat?", jerit Hamlet.

"Maaf. Panggungannya terlalu ramai. Ini Ophelia.", kata Horatio sambil memperkenal aku pada Hamlet.

"Ophelia yang membikin persalinanku? Maaf! Aku telah merosakkan kerja tanganmu!", sungguh diluar anganku untuk ketemu sama Hamlet. Jauh sekali keinginan untuk mendengarnya memohon maaf padaku. Hari ini hari bertuahku!

"Tidak apa. Di mana rabiknya?"

Hamlet menunjuk rabik di bahagian kaki sebelah kiri. Rabiknya agak ganas. Gusar juga aku beberapa saat. Takut-takut tidak mampu dibaiki sebelum pementasan dimulai. Namun, akhirnya berjaya juga aku tutupi segala rabik dan cela pada persalinan itu. Nah, kini, ia sempurna seperti asal!

"Terima kasih, Ophelia! Takkan aku lupai budimu!", Hamlet menenung tepat ke mataku saat kata-kata itu meluncur laju. Benar, dia memaksudkan percakapannya!

"Semoga berjaya pementasannya!", sempat aku membalas kata-katanya sebelum dia beredar muncul ke atas pentas tanda bermulanya pementasan. Dan, aku masih di belakang pentas, berdoa pada Tuhan, semoga pengharapan Hamlet akan termakbul!


**********

Beberapa hari selepas pementasan itu, tersebar ke seluruh bandar suatu berita yang amat mengejutkan. Walaupun begitu, antara percaya dan tidak, aku pilih tidak. Aku pilih untuk menolak kebenaran. Ya, mungkin ini bersamaan dengan menipu diri sendiri tapi, kalau hanyalah itu yang bisa menghalang jiwa aku dari lemah, menahan hati aku dari basah, aku relakannya.

"Ophelia? Kamu ada di rumah?", suara Horatio diluar pintu. Lekas, titis air mataku seka dengan secebis perca.

"Ya, Horatio. Ada apa?", tanyaku seraya membuka pintu.

"Pasti kamu sudah dengarkan?"

"Ya. Apakah benar?"

"Tidak! Segalanya fitnah yang didalang Raja Claudius! Hamlet masih lagi hidup!"

"Jadi, di mana Hamlet sekarang?"

"Di England. Dikawal ketat oleh Rosencrantz dan Guildenstern."

"Syukur dia masih bernafas! Tapi, bagaimana segalanya ini boleh terjadi?"

"Sejak awal, Hamlet cukup maklum Raja Claudius yang meletak racun ditelinga bapanya. Cuma, Hamlet tidka cukup bukti. Maka, sebab itulah pembunuhan itu dipentaskan. Hanya untuk menikam Raja Claudius dengan rasa bersalah!"

"Waktu bilanya Hamlet ditangkap?"

"Sebaik berakhir pementasan. Berita kematian Hamlet disebar dengan tujuan menutup mulut rakyat dari terus bertanya."

Aku terdiam. Tergamam, tidak tahu huruf apa yang harus aku susun untuk dijadikan perkataan buat membalas kata-kata Horatio. Jauh dipelusuk hatiku, berdoa kuat, meminta Tuhan peliharalah Hamlet.

 


 



HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
6 Penilai

Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Perihal Penulis
hulubalang
Hantar Mesejhulubalang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

Lain-lain karya hulubalang
KONTROVERSI KAKI GUNUNG SUMALAYANG
HARI YANG BIASA
TIGA
CUBAAN MEMBUNUH REALITI
SASI
14 MEI
LEBARAN YANG BASAH
KEMBALIKAN CINTA SARA
DUNIA
PADA MUSIM BUNGA INI
Lihat semua

jadual aktiviti bulan julai
Jadual penuh

iklaneka
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari
sponsors
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor
Iklan Tshirt

31 Julai: Borak Foto bersama Shaiful Rizal