Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PADA MUSIM BUNGA INI

 

Musim bunga ini akan aku habiskan di taman. Melihat tepat-tepat tiap kudup yang baru hendak menyegar dan memperagakan warnanya dengan penuh bongkak dan puas. Aku akan duduk di bangku kayu menghadap tulip, lili dan ros dengan latte di tangan kiri.

Musim bunga ini aku harapkan segalanya berubah, setelah bertahun-tahun ia datang dan pergi diluar sedar. Aku harap musim bunga ini, aku harap musim bunga ini, sama seperti yang aku angankan saban tahun.

Aku bukan pementing diri. Aku juga bukan si khilaf yang dengan mudah membuang segalanya demi memenuhi nafsu hati yang dirasuk syaitan iblis. Aku mahu jadi adil, seadil yang mampu dicapai oleh manusia biasa. Sebab itulah aku bentangkan segala kebenaran dan kenyataan sebelum apa yang aku dan dia miliki ini berlangsung lebih jauh lagi.

Agama. Kepercayaan. Kami tidak pernah anggap ia sebagai tembok batu yang menyisih satu perasaan kecil tapi indah yang semakin hari semakin menyesakkan kerana dipendam. Budaya. Bahasa. Jauh sekali hendak kami peduli pada perbedaan yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Kami hanya berpandangan, berbual dan bersama atas tiap satu persamaan yang kami ada.

Saat dia berlutut, melamar aku dikhalayak keluarganya ketika dijemput ke parti ulangtahun perkahwinan ibu bapanya, aku tercengang. Lidahku kelu, tidak bisa mengulumnya menjadi perkataan. Selang beberapa minit, dia bangun. Meletakkan dua tangannya dibahu aku dan tersenyum. Lalu, dengan sopan, minta izin untuk berlalu ke tandas.

Mungkin kerana kimia kami terlalu kuat atau mungkin kerana aku habiskan banyak masa, lebih dari sepatutnya, memikirkan tentang dia, aku jadi mengerti tingkahnya. Bukan memang dia mahu ke tandas. Bukan memang dia tersenyum kerana bahagia. Bukan memang dia mahu menyentuh bahuku penuh cinta.

"Katanya hendak ke tandas?", dia berdiri di taman. Sendirian. Aku tegur dia.

"Tidak jadi..", jawabnya.

"Kamu pergi sebelum soalannya ku jawab."

"Kerna aku sudah cukup tahu apa jawapannya."

"Kamu yakin?"

"Ya. Sangat."

Diam. Sunyi. Tolong Tuhan, berikan aku kegagahan buat memperjelas segala yang kabur!

"Kenapa? Kurangkah apa yang kita ada?", tanya dia, penuh kesungguhan, penuh pengharapan.

"Persoalannya bukan itu.", jawab aku dengan mata terus-terusan menunduk. Tidak sanggup menentang matanya.

"Jadi?"

"Aku mahu kamu terima aku seadanya."

"Memang aku terima kamu seadanya. Setiap segalanya. Setiap inci."

"Termasuk agama, budaya dan bahasa aku?"

Renungannya yang dari tadinya tidak lekang menatap susun atur wajahku, dialihkan ke arah pekat malam. Seperti dia cuba sehabis tenaga mungkin, menyelongkar bintang dan bulan, mencari jawapan.

"Aku akan tunggu, berapa pun masa yang kau perlu..", kata aku sebelum bangun, meninggalkan dia sendirian di taman itu.

Dan, itulah kali terakhir aku ketemu dia. Selepas itu, selepas keluar dari pagar rumah keluarganya, terus aku tahan teksi dan minta pemandunya ke lapangan terbang. Dalam teksi itu, aku menangis semahunya. Menangis kerana sejak dari awal lagi aku tahu, pengakhiran kama ini adalah air mata. Aku tahu hati aku dan dia akan sama terhempas berkecai. Aku tahu yang akhirnya, aku dan dia, kekal menjadi orang asing. Tapi, kerana kasihnya yang luarbiasa mengasyikkan, kata-katanya yang begitu penuh pengertian dan sikapnya yang sentiasa budiman, buat aku halau jauh-jauh segala kenyataan yang aku tahu suatu hari nanti bakal menimpa aku.

Dan, untuk lima musim bunga berturut-turut, aku habiskannya dengan duduk bersidai di tepi tingkap dengan latte di tangan kanan dalam pijama. Melontar tiap penglihatan dan pemikiran jauh ke jalanraya yang akhirnya ditabrak lori, kereta dan teksi, lalu, diseret tanpa belas, laju, hingga lenyap dari ekor mataku.

Jadi, sebab itulah, aku harap musim bunga tahun ini, segalanya akan berubah. Segalanya akan berjalan seperti yang aku harapkan. Dia datang ke apartmenku dengan "Assalammualaikum" sebagai pembuka majlis. Dan kemudian, sekali lagi dia akan lamar aku yang sepantas kilat, tanpa ragu, tanpa menoleh belakang, tanpa berfikir, akan aku kata "Ya!".

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehe..sweet (:
  • 2) huhuhuhu..
  • 3) bagi saya ia indah.Hulubalang nak bercuti ke? upload sampai 3 cerpen berderet ni...
  • 4) so nice...
    sy sukakanya..
  • 5) ringkas dan padat!!

    saya baca yang ini dulu sebagai pembuka selera untuk 4 cerpen yang diupload.
  • 6) wah,menarik..
    hehe..
  • 7) best2.
  • 8) bestnyer

  • (Penulis)
    9) robot - terima kasih.

    safina17 - terima kasih.

    mr_kajiwa - aku sibuk belakangan ini. hendak mengatur hidup semula selepas berhijrah besar.

    ceq_zue77 - terima kasih.

    ridhrohzai - terima kasih.

    mizz_aszni - terima kasih.

    babymilo - terima kasih.

    cikaaluk - terima kasih.

Cerpen-cerpen lain nukilan hulubalang

Read all stories by hulubalang