Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

DUNIA

 

Apa yang tinggal cumalah abu-abu rokok yang dengan sengaja dia jentikkan ke tapak tangan. Waima panas, waima pedih, dia masih lagi tersenyum. Tersenyum bahagia seperti dia baru saja menang loteri atau seperti baru saja naik pangkat. Ahh.. mana mungkin naik pangkat, dia tidak pun punya pekerjaan.

"Kau tahu..", kata-katanya ditujukan pada seekor ikan laga warna biru yang tadinya berenang ke sana ke mari, kini berhenti, merenung dia.

"Kau tahu betapa setiap hari, aku bangun pagi, aku harap Tuhan sumpahkan aku jadi seperti kau. Kau tahu kenapa aku mahu jadi kau? Sebab kau tak perlu layari dunia korup dan kejam ini.."

Entah setelah berapa jam, dia tertidur di atas kerusi di depan ikan laga itu dengan abu-abu rokok hampir separuhnya sudah dihembus angin malam, terbang entah ke mana, meninggalkan dia bermimpi-mimpi sendirian.

Dengan sekonyong-konyong, matanya terbuka disebabkan oleh cahaya sang matahari pagi yang menyawakan kembali tubuh-tubuh yang ketiduran. Rasanya seperti baru sepuluh minit dia lelapkan mata.

Dia kekeliruan. Kenapa dia bukan dalam posisi yang semalam? Posisi duduk di atas kerusi, tepat tegak merenung ikan laga itu? Dia menoleh ke kiri. Ada seekor ikan laga sednag menenungnya tajam. Penuh dendam, penuh marah!

"Bukan dunia kau saja yang korup dan kejam. Dunia aku juga!"

Dua ekor ikan laga tidak sepatutnya diletakkan dalam satu bekas. Dua ekor ikan laga tidak sepatutnya direnangkan dalam lingkungan yang sama. Maka akan matilah salah satunya.

Yang kuat akan terus bertahan. Yang berkuasa akan sentiasa menang. Yang berwang kekal selamat. Itu hukum dunia sekarang samada dia suka atau tidak.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehehe..pendek, tapi menarik.
  • 2) Itu baru dua...sekarang ditambah dua...seekor berdiam diri.seekor masih bertahan.dua makin agresif...apalah ikan-ikan emas ni...itu baru ikan emas.
  • 3) teringat ikan laga yang lama dipelihara dulu...

    cerpen yang sarat dengan mesej. saya suka membaca cerita tulisan hulubalang kerana mesej yang disampaikan tersirat dalam jalan cerita namun dapat difahami. bagus!
  • 4) cerpen yg penuh makna..
  • 5) uh,pendek dan padat.
    bagus2.
  • 6) memberi inspirasi!

  • (Penulis)
    7) robot - terima kasih.

    mr_kajiwa - ikan ini walaupun gayanya lembut tapi sebenarnya mereka sangat ganas.

    ridhrohzai - terima kasih. saya pun enjoy baca blog kamu.

    miss_aszni - terima kasih.

    babymilo - terima kasih.

    kurusawa - terima kasih.





Cerpen-cerpen lain nukilan hulubalang

Read all stories by hulubalang