Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KEMBALIKAN CINTA SARA

 

Timothy menyorot pandangan bertanya ke mata Sara. Redup mata kuyunya itu menuntut penjelasan. Penjelasan yang serasanya mudah untuk dilafazkan, tapi sungguh diluar kefahamannya, kenapa begitu berat lidah Sara untuk meluncurkannya. Perkataan adalah hanya perkataan. Tiap patah perkataan bukan seperti mesingan yang satu peluru kecilnya yang bisa membunuh sebaik saja mendarat pada tubuh.

Timothy makin tidak sabar. Kakinya yang dari tadi dihayun perlahan, kini kelajuannya ditambah tahap turbo. Kerusi panjang yang diduduki mereka bergoyang agak kencang sedikit berbanding tadi. Sara mula tidak selesa.

"Berhenti..", suara Sara tiba-tiba kedengaran. Timothy berhenti. Kakinya kini disilangkan.

"Luahkan saja pada aku. Luahkan semuanya.", pujuk Timothy perlahan.

"Aku pergi dulu..", Sara terus bangun dari bangku panjang itu, meninggalkan Timothy sendirian menikmat suasana matahari terbenam di tengah taman di bandar kecil itu. Timothy rasa mahu menangis. Menangis kerana Sara sekali lagi, untuk kali yang ke dua puluh tiga, menolak untuk mencurahkan segala apa yang tersimpan.


**********


Keluar tingkap, jauh ke helai-helai pohon walnut, Sara melemparkan pandangannya lemah. Samar cahaya bulan buat dia rasa makin letih, hatinya makin basah, jiwanya makin berat. Bintang yang berkerlip indah bak berlian pun tidak bisa menarik dirinya dari terus tenggelam. Kini, dia dihujung nyawa, hanya tunggu untuk mati.

"Awak janji awak akan balik.."


**********


Pagi itu, secara tidak sengaja, Sara telah datang lambat ke sekolah. Sudahlah pagi itu ada mesyuarat kumpulan sorak. Kali ini, hendak pilih ketua yang baru. Ketua yang lama, Heidi, letak jawatan. Alasannya dia mahu tumpukan sepenuh fokus ke peperiksaan akhir. Tapi, ada cakap-cakap belakang yang kata, dia diminta untuk letak jawatan oleh Pengetua kerana ditangkap sedang menghidu kokain di bilik stor.

"Mama, Sara pergi dulu!", jerit Sara. Sandwich berintikan tuna dan ham dimakannya sambil berjalan. Sudah tidak sempat. Pasti dia didenda nanti. Sudahlah dendanya memalukan, dipaksa menari di tengah padang mengikut ritma lagu rasmi sekolah menengahnya. Memang pembunuh kehidupan sosial dan dia punya setahun lagi untuk terus berada di sini.

Sedang laju Sara mengatur langkah, matanya tiba-tiba terarah pada kepulan-kepulan asap hitam yang datang dari belakang kilang buruk di tepi belukar berhampiran rumahnya. Berkira-kira dalam hati, samada mahu melihat punca asap itu atau terus ke sekolah, Sara memilih untuk pergi ke belakang kilang buruk itu. Pada waktu ini, rasanya, menyelamatkan nyawa orang lain adalah lebih penting dari ke sekolah.

Merentas belukar dan semak, Sara tiba di punca asap itu. Alangkah terkejutnya dia, bila mendapati punca asap itu bukanlah datang dari kebakaran rumah, rumput, pondok ataupun kilang buruk itu. Asap itu datang dari kebakaran sebuah kapal. Kapal angkasa (mungkin?). Kapal angkasa warna perak, ada lampu-lampu kecil di sekelilingnya yang majoritinya samada sudah pecah atau sudah tidak mengeluarkan cahaya lagi. Bentuknya agak pelik, terlalu pelik hingga sukar untuk Sara tafsir kombinasi segi apa digabungkan.

"Hello..", pekik Sara. Dia campak beg sekolahnya ke tepi dan cuba untuk mara lebih dekat lagi pada kapal angkasa itu.

"Hello..", jeritnya sekali lagi. Tiba-tiba, dia nampak seperti ada yang bergerak. Pergerakkannya agak perlahan dan Sara masih lagi tidak nampak apa yang sedang bergerak itu.

Sara lekas menolak semua dahan-dahan pokok dan serpihan besar kapal angkasa itu yang telah menimpa sesuatu yang sedang bergerak itu. Oh.. berat sungguh. Sara mengerang kuat kerana tidak dapat menahan beratnya objek-objek yang diangkatnya.

"Oh.."


***********


Seminggu selepas peristiwa kepulan asap di langit itu, Sara berkelakuan agak pelik. Dia sentiasa berkurung dalam bilik. Makan malamnya, dalam minggu ini, cuma dua kali saja dimakan di meja makan bersama mama, papa dan adik lelakinya. Sering, makam malamnya dia angkat masuk ke bilik. Alasannya banyak tugasan sekolah yang perlu dilangsaikan. Sara juga terus pulang ke rumah sebaik saja habis latihan kumpulan sorak. Biasanya dia akan keluar minum-minum dengan temannya di pusat membeli-belah terdekat. Sara berubah jadi pendiam, tidak mahu bersosial dan cemas sentiasa. Mamanya sangka perubahan Sara itu petanda baik. Petanda baik iaitu kad laporan Sara tahun ini tidak akan ada subjek yang dia peroleh F.

Tok! Tok! Tok!

Mamanya mengetuk pintu. Dan, agak lambat Sara membukanya.

"Sara, segalanya baik-baik saja kan?", tanya mamanya dengan mata terus merayap memeriksa sekitar dalaman bilik Sara.

"Ya. Segalanya baik.", jawab Sara yang hanya membuka pintu biliknya separuh.

"Kamu sibuk?"

"Ya. Ada kerja sekolah dan sedikit projek yang perlu disapkan segera. Ia mempengaruhi gred untuk peperiksaan akhir."

"Oh. Ok. Mama hendak masuk tidur. Kamu jangan tidur lambat sangat, ya?", mamanya berlalu ke bilik selepas dikucup dahi Sara. Sara menghela nafas yang 95% dipenuhi kelegaan, 5% lagi adalah cemas.

"Nasib baik..", kata Sara pada Putera Gedge.

"Ya. Jadi, sampai mana kita tadi?", tanya Putera Gedge.

"Sampai kapal kamu tiba-tiba hilang kawalan."

"Oh ya. Kapal saya hilang kawalan. Berputar-putar kemudian terhantuk pada komet-komet di angkasa sebelum terjunam terus ke bumi."

"Sebenarnya kamu hendak ke mana?"

"Saya hendak ke Planet Husk yang letaknya diantara planet Utarid dan Zuhrah."

"Planet Husk? Tidak pernah ada pun dalam ensiklopedia?"

"Memang. Planet itu kecil saja dan hanya makhluk-makhluk dari planet kami saja yang tahu tentang kewujudannya."

"Untuk apa kamu ke situ?"

"Untuk cinta."

"Cinta?"

"Ya. Salah seorang laksamana di planet kami, namanya Laksamana Roth, telah merampas Kaca Cinta yang telah beribu-ribu tahun melindungi planet kami. Kaca Cinta itulah yang buat planet kami aman. Buat kami semua saling menyayangi dan ambil berat antara satu sama lain."

"Oh. Jadi, sekarang, kiranya planet kamu sedang daruratlah, ya?"

"Ya dan ia sangat teruk. Ahli keluarga saling membenci, sahabat saling berbunuhan, kerajaan saling bergaduhan. Langit di planet kami main gelap. Kejahatan makin menyelubungi planet kami. Jika saya gagal untuk bawa Kaca Cinta itu pulang, maka hancurlah planet kami.", cerita panjang Putera Gedge dengan riak yang sangat risau dan sedih. Dia melepas satu keluhan panjang dan berat.

"Jadi, bagaimana sekarang? Kapal kamu masih rosak lagi.", kini, wajah Sara pula terkesan simpati.

"Rasanya, saya boleh baikinya. Tapi, mungkin ia hanya akan bertahan untuk perjalanan satu hala. Saya harus pilih, samada hendak terus ke Planet Husk atau kembali ke planet saya."

"Pilihan yang sukar. Jika kamu ke Planet Husk, mungkin kamu tidak dapat pulang ke planet kamu. Tapi, jika kamu pulang, tanpa Kaca Cinta, planet kamu akan terus darurat. Bagaimana ya?", Sara memikir-mikir. Putera Gedge juga berfikir. Dalam.

"Hmm.. selain Kaca Cinta, apa yang bisa amankan planet kamu?", tanya Sara selepas berfikir hampir sepuluh minit.

"Cinta. Cinta dari hati yang tidak pernah menyintai. Cinta dari hati yang tidak pernah dilukai. Cinta dari hati yang suci."


**********

Dan, hujan terus menggila mencurah di bandar Stars Hollow malam itu. Tanah jadi basah. Angin jadi dingin. Udara jadi lembab. Masing-masing penduduknya sedang lena dibaluti selimut atas tilam empuk. Ada sesetengahnya yang masih lagi menonton televisi tapi, sama juga, membalut diri mereka dengan selimut tebal.

Sara tidak tidur malam itu. Malahan, dia tidak ada di rumah ketika itu. Dia berada di belakang kilang buruk di tepi belukar, tempat di mana segala telah bermula.

"Sara, awak jaga diri. Dan, saya minta mmaf kerana sudah menyusahkan awak.", kata Putera Gedge sambil mengenggam tangan Sara.

"Tidak. Kamu tidak menyusahkan.", jawab Sara. Matanya mula berkilau dengan air mata.

"Saya pasti Raja dan seluruh rakyat planet saya akan mengingati kamu."

"Terima kasih."

"Dan, saya berjanji saya akan memulangkannya sebaik saja Kaca Cinta kami temui.", kali ini, nada suara Putera Gedge sedikit serius, seperti dia sangat bersungguh dan benar-benar memaknakannya.

"Saya akan tunggu.", jawab Sara.

Setelah bertukar lambaian, Putera Gedge beransur masuk ke dalam kapal angkasanya. Lampu-lampu kecil disekeliling kapal itu mula bercahaya satu per satu. Kemudian, satu cahay terang warna putih terpancar terang dari bahagian bawah kapal itu. Kira-kira empat minit selepas itu, kapal angkasa itu naik perlahan-lahan ke langit malam dan terus hilang sekelip mata. Sara tetap terus merenung pekat malam walaupun bayang Putera Gedge dan kapal angkasanya telah lenyap dari penglihatan.


*********


Seperti biasa, sama seperti sepuluh tahun lepas, Sara akan duduk di birai tingkap, melanting lamunannya sesat ke cakerawala yang nampaknya, tiada bintang untuk menemaninya. Makin dia rasa letih, hatinya makin basah, jiwanya jadi makin berat. Dia lelah dnegan dirinya sendiri. Setiap hari tenggelam dengan rasa bersalah dan kekesalan bertindak melulu dulu. Setiap hari dia bangun tidur dan meneruskan kehidupan atas motivasi janji Putera Gedge akan datang semula ke bumi dan memulangkan sesuatu miliknya yang telah dipinjam. Sesuatu yang pada ketika itu dia sangka dia boleh terus bernafas tanpanya. Sesuatu yang ketika itu dia fikir adalah demi kemakmuran penduduk sejagat. Sesuatu yang dia fikir bukanlah perkara terpenting yang bisa bikin hidupnya tunggang-langgang. Sesuatu yang bernama cinta.

"Kamu pasti?", Putera Gedge bertanya untuk kali yang keempat. Minta kepastian.

"Ya.", jawab Sara, tenang tapi yakin.

"Kamu pasti yang setelah aku ambil segala cinta yang ada dalam hati kamu, kamu tidak akan dapat menyintai sesiapa selagi aku belum mengembalikannya pada kamu."

"Ya. Demi kemakmuran planet kamu. Ambillah."

"Aku janji, aku akan segera kembali."

"Aku akan tunggu."

Mata Sara tidak dapat menahan lagi dari mencurahkan air mata. Deras dan disertai esakkan kecil, bunyi tangisannya sangat menyayat hati. Seolah dia melepaskan setiap segala kekesalan dan kepedihan atas apa yang telah terjadi. Lebih binasa lagi apabila ia disertai dengan rasa pengantungannya pada harapan yang semakin memudar. Dirinya makin patah, dan terus ranap dihenyak masa. Hanya tunggu masa saja untuk dicabut nyawanya.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ade sambungan x?

    sian kat Sara..huhu
  • 2) tlmpau baik hti...dh jd cm tu..heheh
  • 3) kenapa saya menangis ni?Hulubalang memang...
  • 4) niat yg luhur begitu tinggi nilainya,
    tp apabila silap utk bertindak,hasilnya mengecewakan.
    cerita ini ada keunikannya..
    nice.
  • 5)

    sangat menyentuh hati...

    forward to next story cepat sebelum manik-manik putih berladung di kolam mata...
  • 6) terlajak perahu boleh diundur,
    terlajak kata buruk padahnya.

    cerita yang bagus hulubalang.
  • 7) wah,ade sambungan ke ni?
    menarik..
  • 8) ader smbgan ker?
  • 9) sian sara...niat baik tp...
    10thun dia wait tp xde ape...
    xmenepati janji langsung..
    i xsuke org cm2 tau...
    heheheh
  • 10) olo sedihnya...

    sob sob sob

  • (Penulis)
    11) robot - tidak ada sambungannya.

    bubble - itulah kan.

    mr_kajiwa - maknanya hati kamu pun penuh dnegan cinta.

    ceq_zue77 - sebab itu orang cakap kalau baik itu mesti bertempat.

    ridhrohzai - terima kasih.

    babymilo - terima kasih.

    miss_aszni - tak ada sambungannya.

    cikaaluk - tak ada sambungannya.

    pinkygul - mungkin ada sesuatu yang menahan si putera.

    nurcahaya - terima kasih.
  • 12) nice..,lain kli jgn bg cinta free2...mintala sejuta 2 juta ke..ehehe grau je

Cerpen-cerpen lain nukilan hulubalang

Read all stories by hulubalang