Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Maya

 

Maya menjilat lagi. Apa yang dijilatnya itu di ketemukan pada dinding yang berpalitan. Berpalit dengan segala macam sisa dan keindahan. Bagi Maya, apa yang hodoh dan kotor pada orang, adalah indah dan menyelerakan.

Maya terus merangkak dan merangkak. Dia muntah pula. Segala isi perutnya yang sudah sehari, di ratakan di atas palitan sisa indah di dinding itu. "Slurrrp!!" "Sslliirpp" dengan dua kali hirup, semua "keindahan" dan sisa-sisa di dinding itu masuk ke rongga mulut Maya. Di telannya terus. "Buang masa saja mengunyah" gumam Maya di dalam hatinya yang tersangat halus. Kata orang, hati yang halus itu hati yang seni. Mungkin benar kata orang. Tapi Maya tak pernah peduli. hati seni atau hati rapuh atau hati setan sekalipun! "aku peduli apa?"

Selesai menelan segumpal "keindahan" yang kedua, Maya meludah di atas kedua tapak tangannya yang halus tetapi berbulu dan berduri. "biarlah apa pun pandangan orang, yang penting, aku sempat!"

Maya mesti meneruskan hidup. Biarpun perlu berebut-rebut. Biarpun perlu pergi jauh! Maya akan lakukan! "Baik! di hujung sana!"

Dengan sekali henjut, Maya terbang!

Hampir sepuluh minit Maya terbang. Akhirnya dia sampai di sebuah kantin yang baru saja ditinggalkan oleh ramai orang. Di atas meja kantin masih banyak pinggan dan cawan yang berisi sisa makanan dan minuman.

Di atas sebuah meja di sebelah kanan Maya, tergolek beberapa sosok tubuh yang kurus dan tirus. Kesemuanya terlentang dan ternganga. Maya menghampiri mereka dengan segera. Dari sembilan sosok tubuh yang tergeletak di meja itu, ada satu tubuhyang masih kelihatan bergerak. Kepala. Ya! Kepalanya masih bergerak! Cepat-cepat Maya pergi ke arahnya dan terus memangku lehernya yang jinjang.

"Apa yang mereka sajikan?!" "Jawab!" soal Maya dengan cemas dan risau.

"err..huk! huik! uhuk!..aku.....aku...keluarga aku.." keluar dari tekak si mangsa yang di pangku Maya.

"Apa yang mereka hidangkan!" tanya Maya lagi seolah tidak puas.

"Maafkan aku nak...errghh!" si mangsa jatuh terkulai. Kepalanya menoleh ke kanan bahunya. Untuk seketika Maya terkenangkan mitos orang tua-tua, "Kalau mati kepala toleh kanan, ada peluang syurga!"

Maya tergelak sendirian mengingatkan mitos yang tak masuk akal itu. Serentak dengan tawanya itu, Maya melepaskan tubuh yang sudah tidak bergerak itu ke meja semula. "Puak Ephemer memang pendek umur!" getus Maya di dalam hati.

Belum sempat dia berjalan ke hujung meja tersebut, Maya di kejutkan oleh satu suara.

"woi! hoi! hei! Cilaka! Tak guna! @#$%^*()!! Kenapa kau bunuh mak aku! "

Suara itu di sambung dengan tangisan dan esakan. Maya menghampiri si kecil yang sedang berdiri di sebelahnya. Si kecil itu sedang menarik tangan dan kaki ibunya yang sudah tidak lagi bergerak. "Kuat sungguh anak kecil ini" fikir Maya. Maya kagum dengan ketabahan dan kekuatan anak kecil itu. Anak kecil itu kini betul-betul di hadapannya. Sambil mengheret mayat ibunya, dia menangis menahan sedu.

"sabar nak, orang-orang itu memang kejam" Ujar Maya menenangkan si kecil yang baru kehilangan ibunya.

"Mak kakak dah mati juga?" tanya si kecil sambil mengesat hingus di lengan kanannya. Tangan kirinya tak lekang dari memegang mayat ibunya.

"Tak. Kakak tak pernah kenal mak kakak" jawab Maya tenang.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) O.k. Ini saja post Maya. Tiada sambung2 lagi. cerita ini hanya saya tulis sepanjang ini saja. maaf ya kalau menyusahkan. (;
  • 2) wah tiba2 bersambung!
  • 3)
  • 4) hoi! jgn la stop sini! sambung la smpai abes.

    Ephemer tu puak apa? aku dok cari cam tak jumpe makna. ke mmg sengaja gune perkataan tu?

  • (Penulis)
    5) Jojo: Ephemer? hu hu!
    miss-aszni : (;
  • 6) ni karya yang kena fikir banyak kali ke? ha ha ha.
  • 7) hish..sila sambung yer..saya xpaham lg setakat ini
  • 8) saya tak taulah apa yang saya paham ni adalah apa yang sebarnya.
    harap saya betul.
  • 9) hait....tiba2 terberenti le pulak.......maya, maya,.....

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa