Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Malu

Cerpen sebelumnya:
Maya
Cerpen selanjutnya:
Kopi Cinta Andalusia

( Ini certot(cerita kontot) bukan cerpen. Saja untuk suka-suka je tulis(2004).)

 

Sebenarnya, aku sedang bersembunyi(menyorok tanpa mengeluarkan bunyi; kentut pun kena yang tak berbunyi). Bersembunyi dari orang ramai. Bersembunyi dari mata-mata yang keranjang dan yang tidak. Bersembunyi daripada segala makhluk dan lembaga(termasuk lembaga tabung haji dan lembaga kemajuan ikan dan sotong) .  Aku bersembunyi bukan sebab aku takut, ataupun sebab aku buat jenayah. Tak! Aku tak pernah buat semua tu! Aku tak pernah merompak! Aku tak pernah merogol! Aku tak pernah membunuh!(nyamuk pun aku tak pernah tampar; aku spray je dengan Baigon). Aku bersembunyi sebab aku malu.. Aku malu dengan orang ramai. Aku malu dengan kau. Aku malu dengan kambing, dengan kura-kura yang dibela oleh encik Ismail, aku malu dengan rama-rama yang dibela oleh Ramasamy a/l Kupusamy yang membela kupu-kupu. Aku malu dengan Pushpauti Ramoloo. Aku maloo!!!. Sekarang aku sedang memegang kedua-dua pipi dengan kedua-dua tapak tangan yang sejuk. Ini menyebabkan bibirku termuncung seperti haiwan pemakan semut. Ya! Aku juga malu dengan pemakan semut itu!

Kenapa aku malu? Betul, malu memang sebahagian dari iman. Itu aku tahu. Namun begitu ada kejadian yang menyebabkan ‘ke-maluanku’ itu menjadi bertambah kecil. Isy! Malu aku nak bagitau! Maloo! Nak mengingatkan kejadian itu pun aku malu. Apatah lagi nak menceritakannya. Tapi, kalau aku terus memendamkannya, aku boleh jadi gila! Boleh jadi Schizoprenia!

Ceritanya macam ni. Pada penghujung tahun lepas, ketika orang sedang sibuk terperanjat dan sedih menghadapi bencana Tsunami, aku sedang ketawa menonton sebuah filem komidi. Aku tak boleh bagitau tajuk cerita tu, tapi ceritanya memang kelakar(DVD9 cetak rompak- 6 ringgit sekeping). Aku ketawa sampai keluar hingus. Lepas aku makan panadol soluble, aku pun keluar dari rumah. Masa tu jam baru je pukul   satu setengah tengah hari. Masa tu jugak, aku terdengar esofagus aku berkata, “ ..laparpo..laparpo..laparpo..” dan perut aku pulak menyanyi, “ ...kalau rasa lapar buat apa? Treng! Teng! Teng!, kalau rasa lapar buat apa?..Treng! teng! Teng!. Pankreas aku pulak berpuisi macam ni, “..keluarkan enzim hazamkan makanan, keluarkan hormon seimbangkan gula!”. Tahulah aku, bahawasanya, aku perlu segera ke kedai makan untuk memuaskan hati esofagus, perut dan pankreas. Kalau tak layan, merajuk pulak nanti. Aku pun berjalan laju(brisk walking) menuju ke kedai makan yang berhampiran. “MatJenal, Kedai Burger yang Enak Gitu!, Buka 23jam” itulah nama kedai yang ada di hadapan ku ketika itu. Aku pun segera melangkah ke dalam kedai makan tersebut. Tanpa memilih, aku terus duduk di meja yang paling hampir dengan pintu keluar. Belum sempat aku berkata Hello!, seorang pelayan wanita datang menghampiriku. Mak ai, cun gila! Sekali pandang macam Arwen Undomiel(rujuk Lord of the Rings), dua kali pandang macam...ah! aku pun terus mencapai sikat yang sentiasa terselit di poket belakang seluar. Aku angkat sikat dan terus menyikat rambut. Tiba-tiba wanita tersebut membuka mulutnya. Tangan aku yang memegang sikat, terhenti di pertengahan pusaran kepala. “..er..bang, tak gi sembahyang Jumaat ke?.” Tiba-tiba juga, aku terdengar, “ ..haiya a’lal falah!...”.

Cerpen sebelumnya:
Maya
Cerpen selanjutnya:
Kopi Cinta Andalusia

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
2.8
6 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3246 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3135 bacaan
Min patah hati. | 2615 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9679 bacaan
Misi penting | 9037 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9681 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2470 bacaan
Mak! dah bulat! | 2945 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4559 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2839 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

23 Komen dalam karya Malu
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik