Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Kopi Cinta Andalusia

Cerpen sebelumnya:
Malu
Cerpen selanjutnya:
Jangan curi buku ini

Setiap detik yang berlalu bagaikan terlalu pantas mengubah pusingan saat jarum jam kepada minit langsung berganti jam demi jam.Kemudian, bersilih ganti hari, bulan dan tahun. Tapi, masih, dia masih belum sedar. Tak hairanlah mengapa dia tetap lagi disini.

Disini;ya,dia masih disini,seperti selalu. Seperti rutinnya. Menghirup udara segar ditemani secawan coffee of the day . Penuh rasa kesegaran, penuh dengan nilai luxury. Mewah,semewah status seorang wanita berkerjaya professional dengan pendapatan bulanan 6 angka. Seorang yang berkemahiran,namun dihambat kesunyian,kekosongan,keseorangan.

Selama hidup, dia tidak pernah tahu makna cinta. Dia benci dengan perkataan ‘C-I-N-T-A’. Yang dia tahu, berpegang pada teori. Katakan saja, teori  Nietzsche, Plato mahupun teori Socrates,  semuanya tersimpan kedap dalam mobile storagec dimana tak tertanding capacity RAMnya.

Semuanya sempurna,terlalu sempurna. Dalam usia yang muda,dia telah miliki doctorate. Dia pemegang saham terbesar sebuah company GLC. Katakan saja, apa saja jenis kereta,semuanya pernah dimiliki. Dari sebuah Perdana ekslusif kepada Harrier, kemudian BMW 6 series 645i  seterusnya Jaguar XFR. Kini,hatinya masih kekal dengan audi R8 yang dibelinya ketika conference perniagaan yang dihadirinya di Berlin tahun lalu. Mungkin untuk sementara,dia masih selesa dengan lengkapan kereta mewah itu. Dia masih belum jemu,barangkali.

Sebut sahaja namanya, siapa yang tidak kenal wanita korporat ini. Ikon wanita berkerjaya masa kini. Wajahnya terpampang di muka akhbar. Menjadi siulan media massa. Dia bangga. Dia bangga bila orang bercerita tentang kejayaan dia. Tapi dia tidak pernah lupa,biarpun penat dia cuba untuk melupakan ia. Semuanya hitam. Permulaannya hitam.

Zaman kecilnya pilu. Dia tidak segembira seperti anak-anak yang lain. Dia dibesarkan dengan kedaifan. Kemiskinan itu bagaikan sumpahan padanya. Dia anak yang sulung, tapi dia tidak pernah rasa senang. Tidak pernah rasa keistimewaan sebagai anak sulung. Tamat sessi persekolahan,dia perlu bantu ibu di kebun. Kemudian,urusan rumahtangga juga dia perlu selesaikan. Ayah telah lama mati. Mati dalam hidup dia bila ayahnya itu meninggalkan ibu kerana ingin mengahwini wanita lain. Padanya,ayah kejam. Anak berderet-deret, kerja tidak ada,tapi masih berhajat berbini muda. Dan wanita yang dikahwini ayahnya itu seorang perempuan pendatang tanpa izin yang tidak sedar diuntung. Sudahlah merempat negara orang mencari sesuap nasi,masih lagi mahu merampas suami orang.

Itu menjadi pendorong dia berusaha sehabis kudrat. Dia tidak pernah merungut,dia tidak menyesal bila dia terpaksa berkorban demi kehidupan mewah itu. Dia tidak pernah meminta pada orang. Dia tidak menjadi perempuan simpanan dato-dato atau menteri-menteri miang di negara ini. Dia berusaha dengan tulang empat-keratnya.Dia tidak pernah menyesal. Oh ya..barangkali ada. Ya,dia menyesal. Menyesal terhadap sesuatu yang mengubah hati kerasnya. Yang meruntuhkan perspektif dan tembok keegoannya suatu ketika dulu.Mujur, tidak terus roboh benteng asset utamanya itu.

Ketika itu dia masih muda remaja, masih cantik dan bergetah. Saat itu,dia masih belajar di Oxford. Buat pertama kalinya,dia terlupa bumi yang dipijak. Dia jatuh cinta. Jatuh cinta pada seorang lelaki yang dipandang pada kali pertama. Cinta pandang pertama untuk seorang gadis yang baru pertama kali mengenal cinta. Sepertinya ada rama-rama berterbangan dalam perut. Kesian,dia masih naïf kala itu. Lalu diserahkan seluruh hati,jiwa dan raga. Dia tulus mencintai lelaki itu hinggakan apa yang dijaga turut diberikan. Cinta itu membutakan dia yang masih buta. Cinta menjadikan dia bukan lagi gadis. Dia kini wanita!

Tapi akhirannya, dia dicampak ke tepi jalan oleh lelaki yang dicintai sepenuh hatinya. Alasannya mudah, “kita tidak sekufu!” Dia jatuh bagaikan terlalu sukar untuk dia terus bernafas Nyawanya bagaikan diragut. Dia tewas,lalu dengan linangan air mata dia membawa diri yang dipenuhi debu kotor kota inggeris bersama-sama kucing kurap dijalanan.

Mujur, saat dia tewas, laungan azan dari sudut kota London itu bagaikan meniup sumpahan dan kebencian pada lelaki.

Hatinya penuh kebencian. Kotor,hitam dengan dendam dan kebencian kepada lelaki.

Dia bangun kembali. Kini,sudah 10 tahun berlalu. Dia sudah berjaya dalam kehidupannya. Tapi di masih sunyi.Sepi dan kosong. Dia tidak rasa bahagia.

Minggu lalu,disini,ketika menikmati kopi mewah penuh kesegaran seperti kebiasaannya, dia bertemu kembali lelaki yang telah mencampaknya kehinaan dan membuatkan dia benci pada kaum yang bernama lelaki. Lelaki itu berpegangan tangan dengan sepasang kanak-kanak perempuan comel berblous pink dan bersepatu juga pink. Rambut panjang mereka ditocangkan satu ekor kuda. Comel dan persis lelaki itu. Barangkali kanak-kanak itu kembar,kata hatinya.

Panggilan ‘daddy’ yang keluar dari bibir mungil anak-anak comel itu membuatkan dia kepingin. Dia ingin mencintai dan dicintai. Dia perlukan peneman masa tua. Dia mahukan zuriatnya untuk mewarisi segala harta kekayannya. Dia juga mahukan seseorang yang mendoakan dia di alam barzakh bila dia sudah tiada kelak.

Semalam,ibu telefon dari kampung. Seperti biasa soalannya sama sejak bertahun dulu. Dia buntu. Dia kepingin. Dia mahu tapi malu. Namun, masihkah ada peluang untuknya dalam kelewatan senja usianya.

40 tahun hanyalah angka...

Dia berkira-kira. Dia yakin, dia masih ada peluang.

Dia tersenyum menghirup kopi yang telah sejuk terbentang dihadapan matanya. Hatinya bernyanyi riang.

“Oh Mama..aku mahu kawin…”

Cerpen sebelumnya:
Malu
Cerpen selanjutnya:
Jangan curi buku ini

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
2.9
8 Penilai

Info penulis

Putri AlyA

unpredictable...antagonist, emo, psychosis, blurrrr!
putri_alya | Jadikan putri_alya rakan anda | Hantar Mesej kepada putri_alya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya putri_alya
NUR III | 2330 bacaan
Sunyi | 3535 bacaan
Tetamu Senja | 8532 bacaan
Biar Jiwa | 2875 bacaan
Kepulangan Yang Dinanti | 1953 bacaan
3 HATI | 2691 bacaan
Demi Cinta | 4173 bacaan
Bila Rasaku Rasamu... | 2534 bacaan
Mahkamah Dewata Raja-raja | 3642 bacaan
Aku yang tak mengerti... | 4116 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

17 Komen dalam karya Kopi Cinta Andalusia
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik