Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Di Suatu Hari Kuala Lumpur

 

Di Suatu Hari  Kuala Lumpur

oleh Teratakerapung

Aku masih tidak percaya apa yang sedang berlaku pada waktu ini, adakah khayal aku semata-mata, ya, aku sedar sememang aku berangan-angan bila aku tersedar dari lamunan bila dikejutkan riuh-rendah orang ramai dan titisan hujan yang merimbun mengena atap-atap rumah.Sudah beberapa minggu ini hujan tidak merebahkan airnya untuk membasahi kota metropolitan ini yang bernama Kuala Lumpur yang menyusurinya barangkali sudah di kenali seluruh dunia.

 

 

 

Desir angin menderu, berbisik-bisik radio, kabar berita oleh dee jay radio beberapa kawasan di kuala lumpur mula digenangi air lumpur, barangkali banjir kilat. Musibah banjir seringkali menimba kota kuala lumpur, banyak kenderaan dan harta benda mengalami kerosakan.

 

 

 

Dalam kebinggungan ini, aku terus beredar dari katil emput menuju ke ruang tamu membuka TV. Seraya hati aku bertanya

 

 

 

'mengapa kuala lumpur sering melanda musibah ini, siapa yang bersalah dalam hal ini, adakah salah pemerintahnya atau yang diperintah¡¨?

 

 

 

Persoalan ini ditujukan didengari di mana-mana, paling banyak aku mendengar di kedai-kedai mamak.

 

 

 

Perlahan-lahan aku merembatkan kaki kiri dan kanan ke dapur mencapai segelas air masak bila terasa keringan di anak tekak ini, hujan mulai reda menuruni menyembah bumi, baru lah pelapor-pelapor berita mulai datang membuat liputan. Tiba-tiba menarik perhatian aku, seorang jurukamera membuat 'shot' pada kereta aku. Amat melewati orang ramai menyibuk keriuhan yang kebisingan yang berlaku kenderaan dan harta benda mereka yang amat teruk di baham air bah.

 

 

 

Kesedihan pada raut wajah mereka amat ketara, ada sesetengah air mata bergenang dan menuruni membasahi pipi terutamanya bagi wanita, selalunya amat mudah mengeluarkan air mata. Air mulai surut, orang ramai berkerumum dan berpusu-pusu keramaian terhadap harta mereka dan mula menyucikan kotoran lumpur yang masih melekat di badan harta mereka. Masing-masing mengumpulkan semua harta mereka yang sebelum terapung di mana-mana di dalam rumah.

 

 

 

Seorang ustaz tiba-tiba bersuara yang berkumpul antara yang ada di situ,

 

 

 

katanya ¡§kita berdoa agar selepas ini tidak ada musibah datang lari dan di hindari dari penyakit-penyakit akibat musibah ini dan selamat hendaknya¡¨.

 

 

 

Dia mula mengambil posisinya, kedua-dua belah tangannya mula berdakapan antara satu sama lain, dan mula berdoa memohon, suaranya penuh pengharapan yang tinggi memohon kepada tuhan. Tergetar-hgetar suaranya berdoa agar diselamatkan kami daripada segala musibah penyakit dan kedamaian.

 

¡§Ya Allah, tolong kami¡¨ satu potong ayat yang dinaikan oleh ustaz.

 

 

 

Cahaya kekuningan matahari mulai menyinari di kala sore ini, udara sudah sudah mulai berbisik kuat dan berdesir sembur. Namun, aku masih khuatir, jika musibah sebegini datang melanda lagi kerana fikiran aku sentiasa kekeliruan tentang ujian Tuhan ini. Jika sesekali lagi musibah ini kembali melanda dalam masa terdekat ini, apakah yang akan terjadi pada kota kuala lumpur ini. dugaan-dugaan mulai bergenang difikiran aku, degup jantung aku semakin pantas, aku amat risau jikalau hujan turun membasahi kota kuala lumpur ini dalam masa terdakat ini, bila cahaya kekuningan matahari mula hilang, awam kelabu,satu desir angin yang kuat.

 

 

 

Hati berbisik ¡§mungkin ini lah fenomena biasa, tiada apa-apa berlaku?¡¨

 

 

 

Di satu sudut, suasananya ramai orang yang berkumpul dan bergabung antara satu sama lain yang berantaian manusia yang bergotong-royong mencuci harta benda mereka masing-masing yang dipenuhi lumpur-lumpur yang kekuningan tapi bagi aku hanya bisa hanya memandang. Terpaku pada si anak kecil yang hanya mampu menangis. Tangisan membuat aku kesedih mengenangnya.

 

 

 

Dalam hati aku hanya mampu berdoa kepada tuhan dana mengharapkan sesuatu yang bermakna daripada tuhan, kiranya tuhan yang maha adil ini di harapkan tuhan memberi perlindungan kepada hambanya dan dihindari segala musibah yang amat menyusahkan, aku amat mensyukuri tuhan tidak kerana apa adalah hujan sudah reda, itu sudah bagus. Cahaya matahari sekali lagi mulai kembang meresap di dada bumi dan mulai terbit dibibir bumi dari ketimuran.

 

Angin mula berbisik hairan dan indah sedikit berhempus tenang setenangnya yang barangkali gerimis yang tidak diundang.

 

 

 

Kederingan berbunyi lagu telefon bimbit yang kelewatan bertanya khabar mungkin, nama Botak tertera di skrin telefon bimbit itu yang berjenama nokia. Sesekali jarang si Botak menghubungi aku, mungkin sesuatu yang hendak di sampaikan, suaranya agak sedih bila memberitahu aku sudah 3 orang terkorban setelah ditelan air bah yang musibah ini. Aku bertanya pada diri sendiri,

 

"apa sebenarnya terjadi"

 

Kuala lumpur ini masih lagi menerima air bah yang sebegini besar walaupun sudah banyak peruntukan yang besar di salurkan kepada yang berkenaan, pusing-pusing kepala jika memikir musibah ini sampai bila-bila pun tidak akan selesai dek birokrasi yang semakin teruja.

 

 

 

Hujan tidak lagi menyusur pada sore ini, setitis pun tidak ada yang ada hanya sesegar angin yang semakin terasa indah menderu udara yang berbisik merdu seperti diharapkan bagi memulihkan kekacauan terlalu 'chaos' ini. Fikiran aku tidak mendamaikan selagi tidak merasa tenang di jiwa yang kesedihan pada ujian yang diturunkan oleh-Nya, namun kesedihan tidak ada gunanya, aku patut bersyukur pada-Nya.

 

 

 

Fikiran aku yang selama ini selalunya tidak pasti kepastianya bersama kekaburan yang tidak pasti tapi yang pati fikiran aku amat kekeliruan. Memang selalu ada pada fikiran aku adalah ketidakpastian.

 

 

 

Namun yang pasti hanyalah mampu berdoa dan menundukkan dan sujud kepada-Nya yang MahaEsa agar selalu berpihak kepada aku agar di segarkan kehidupan ini yang akhir zaman barangkali, dan aku tidak pasti, apakah yang berlaku yang akan mendatang. Aku hanya mengharapkan sesuatu yang indah dari Tuhan yang Maha Adil satu intipati yang hebat ke arah keimanan yang kuat dan pengharapan.

 

 

 

Pada sore ini, di hati aku ada sedikit kemarahan entah kepada siapa yang mampu aku lepaskan kemarahan ini, dalam diri aku yang tidak tahu mengapa diri ini boleh berkata sedemikian rupa yang sebenarnya amat buntu fikiran kini yang selama ini berikrar untuk sukses gagasan hati ini yang amar megah sekali terhadap apa yang di hajati. Suasana di perkarangan rumah aku ini yang hening-begar yang bisa disipkan oleh tangis, yang luka lara bila dijamhkan oleh hujan memanjang dan air bah namun ada riang di sebalik duka air bah ini.

 

 

 

Fikiran aku selalu bertanya ¡§ mengapa kami yang naif ini selalu di landa musibah-musibah seperti ini yang seringkali kehidupan susah-susah sebegini, sedangkan orang yang mewah-mewah tidak pula terkena lontaran musibah ini¡¨?, pada aku orang mewah-mewah dan pemerintah ini tidak terus memperjuangkan apa yang diperjuangkan barangkali, dan menjadi mangsanya adalah orang susah-susuh inilah yang harus berjuang bermatian-matian atas nama keadilan.

 

 

 

Keadilan tentang kehidupan seringkali bermain di fikiran aku yang menghampakan pertanyaan ini amat memungkinkan menghinggapi orang-orang yang susah-susah,

 

 

 

Memang terlalu ghaib, terlalu luar biasa, terlalu baik? Pertanyaan ini amat susah dan bisa untuk di fikirkan dengan akal yang terlalu sempit untk diterjemahkan, tetapi mereka berkuasa amat kedunguan yang selalu membuat kesilapan dan dosa yang hanya pandai menyalak di dinding mereka atas dasar politikus mereka. Suara-suara mereka hanya tidak berbicara tentang nasib kami yang susah-susah ini dan saling salah menyalahi antara satu sama lain.

 

 

 

Namun apa masih percaya dan berani, penguasa yang dungu ini yang pandai bermain kata-kata dengan indah di kalangan khalayaknya sahaja dan boleh di katakan ¡§Cakap tak serupa bikin¡¨. Inilah yang selalu terjadi pada penguasa yang amat dungu ini. Barangkali inilah Tuhan amat marah lalu diperturunkan ujian kepada hambanya yang amat kejam perilakunya terhadap alam.

 

 

 

¡§Betapa hina aku yang berfikiran sebegini?¡¨.

 

 

 

Betapa salahnya aku aku beranggapan sebegini. Namun yang pasti, manusia-manusia di limpahi dengan lumpur-lumpur dosa yang mengkhianati terhadap-NYa. Mungkin air bah ini adalah satu ujiannya, bila aku melaluinya terasa keimanan yang ada pada diri aku ini semakin teguh rasanya. Namun pada walnya, air bah adalah amat mengecewakan dan amat mendukcitakan dan terasa derita bila harta benda telah dirosakkan oleh air bah. Fikiran aku memandang musibah ini telah menigkatkan ketekunan aku terhadapTuhan dan aku semakin dewasa terhadap ujian dari Tuhan.

 

 

Ak fikir-fikir secara normal, Tuhan memang adil, yang Maha Adil, jika musibah ini melanda mungkin kami sendiri yang bersalah terhadap-Nya yang selalunya banyak membawa masalah kepada alamnya. Tapi aku tahu, Tuhan amat marah dengan mengubah segala penghidupan yang berakhir tragedi. Selama ini Tuhan sudah melimpahi rezeki yang merimbun dan limpah kasih-Nya, namun kita amat lupa kepada-Nya dan hati tetap berkata ¡§Tuhan tetap adil¡¨ santun hatiki selamanya aku terus menurut perintahnya dan meninggalkan apa di larang-NYa. Aku masih percaya, jika aku tidak keimanan yang teguh dan tidak tahu bersyukur, seraya aku akan marah dengan membuat demokrasi itu.

 

 

 

Dan hatiku lagi berkata ¡Walaupun sesulit mana pun aku tetap setia, sujud padaMu¨.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Nice!
  • 2) setuju dgn aszni,
    nice story...
  • 3) penuh hikmah!

  • (Penulis)
    4) terima kasih mizz_aszni dan ceq_zue77 kerna sudi membaca luahan rasa ini yang serba tidak menjadi saya kira. saya tidak bisa untuk mencatatkan cerpen yang baik. ianya sekadar luahan dalam diri.
  • 5) datang membaca tuan teratak.
  • 6) nice
  • 7) hm copy paste dr blog sendirikah?
    macam ada coding2 asing yang terikut sama.

    hm
    nice
  • 8) insaf..
  • 9) nice!

Cerpen-cerpen lain nukilan Teratak

Read all stories by Teratak