Jatuh Bangun Cinta

 

+ awak macam mana hari ni?

- sihat je. busy sikit. ni ada apa hal call saya ni?

+ ala...macam tak semangat je. kenapa ni?

- takder apa-apa.

bisu mengisi waktu. terus terdiam di hujung talian. Nina kelu.

- oklah awak, saya busy la. later k.

+ eh kejap, kejap...saya...

- lah..apa lagi? dah, dah..cepat cakap.

+ hrm..takder apa-apa la. awak macam tak sudi jer nak bercakap.

- la...cakap jer la. kalau ada apa-apa yang penting, boleh kita selesaikan terus.

- takper la...awak pun busy. (nada merajuk)

- aih..tolong la faham sikit. saya takder masa nak layan awak merajuk-rajuk camni. susah la kalau sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak merajuk. tolong la mature sikit.

+ oklah. awak buatlah kerja tu. love ya. bye.

- bye.

Terkedu Nina. takper la...wan busy la tu. aku ni pun, sikit-sikit nak merajuk. wat malu je. monolog Nina memujuk dirinya. wahai hati, sabarlah hati. ala..percaya jer setiap yang terjadi ni pasti ada hikmahnya. Hati Nina terus bermonolog. Meminjam rasa positif terhadap minda supaya terus bersabar dan bersangka baik.

Nina sudah lama bersama dengan Wan. Dari zaman berkapcai sampai ke zaman berkereta, Nina tetap dengan Wan. Dari status anak dara ke status isteri orang, Nina tetap dengan Wan. Dari status eksekutif ke status surirumah sepenuh masa, Nina tetap dengan Wan. Dalam 10 tahun perkahwinan mereka, bukan sedikit yang tercalar, bukan sedikit yang terbakar tapi Nina gagahi juga. Hati perempuannya terus-terusan berkata positif. Ah...lemahnya aku. Ah...lemahnya insan berjantina wanita ini. Ah...lemah benar hati ini. Kadang-kala datang syaitan menabur prasangka buruk dan hampir saja Nina meminta perpisahan dari Wan, tapi Wan tetap Wan. Keras kepala, degil nya lebih keras dari intan permata. Akhirnya, Nina saja yang beralah. Wan seolah-olah tidak pernah peduli pada nya.

Mungkin antara Nina dengan Wan, cinta tidak lagi wujud. Yang tinggal dari sisa-sisa manisnya cinta adalah tanggungjawab yang memeritkan saban hari. 10 tahun menatap wajah yang sama setiap hari, muak sudah pasti naik ke kepala. Aish..janganlah bersangka buruk wahai hati. Wan busy kerja, cari duit untuk family ni. Cepat-cepat Nina melemparkan prasangkanya. Tetapi hati kecil Nina tetap merasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Entah kenapa, hatinya tidak tenang kebelakangan ini.

=====================================================

Wan mengeluh kecil. Aduh..kenapa akhir-akhir ni aku semakin dingin dengan Nina? Aku kesian jugak dengan Nina tapi entah kenapa cepat benar rasa rimas ni berkunjung. Wan mengeluh lagi. Semenjak usia perkahwinan mereka mencecah 8 tahun, Wan semakin sibuk dengan bebanan kerja yang menimbun di pejabat. Karenah kakitangan yang memeningkan kepala, situati pejabat yang penuh ketegangan, boss yang sibuk mengejar pencapaian semata, segala tenaga dicurahkan kepada kerja. Wan bukanlah seorang yang workholic tetapi demi mengelakkan dipecat kerana pencapaian tidak memuaskan. Sudah ramai teman-teman seangkatannya berangkat meninggalkan syarikat kerana prestasi kerja yang turun mendadak. Politik pejabat dan juga tekanan dirumah menambah sesak di kepala. Ditambah kenaikan segala macam barangan keperluan dari petrol, susu anak, lampin, beras, minyak masak dan gula benar-benar menuntut lebih pendapatan diraih.  Demi menaikkan pendapatan yang tidak seberapa, Wan bekerja keras untuk mendapat kenaikan pangkat dan juga gaji. Komitmennya terhadap rumah tangga semakin luntur.

Tapi kenapalah Nina ni macam tak pernah nak faham apa yang aku buat ni untuk dia juga. Itulah perempuan. banyak benar yang diburuk sangkanya. Pemikiran buruk datang menyerang. Wan seolah-olah menyalahkan takdir. Beberapa keluhan kecil keluar lagi buat sekian kalinya. Wan semakin bosan untuk balik ke rumah kerana di rumah tiada apa yang menarik menunggu selain leteran dan rajukan Nina yang tak berkesudahan.

Wan meneruskan kerja yang minta diuruskan. Nyata dia tidak tenang. Rasa bersalah menghantui dirinya tetapi pemikiran negatif semakin banyak menyerang mindanya. Ah...lantaklah. If she want to leave, let her be. Leceh betul.  

==========================================================

 

Nina masih lagi lena diulit mimpi ketika Wan pulang. Ya Allah...tertidur aku rupanya. Alamak...terlupa nak masak untuk Wan. ish...camne ni? Dengan pantas Nina membuka pintu.

- Awak baru bangun?

+ A ah. Tertidur tadi.

- So, tak masak lagi la ni? 

+ Tak lagi. letih la hari ni wak. Kita makan kat luar je la ek?

- Makan luar? Awak ingat saya ni berak duit ke? Sikit-sikit nak makan kat luar. Tauke balak pun boleh bankrap dengan awak ni.

+ You no need to be that harsh ok. Saya letih la..betul-betul tak larat nak masak hari ni.

- Fine. Saya pun tak sudi nak makan apa yang awak masak.

Hati Nina benar-benar terguris. Bukanlah besar benar apa yang digaduhkan hari ini tetapi luka kalau disimbah asid setiap hari, lama-lama tiada apa yang tinggal. Nina sudah muak dengan segala macam alasan Wan untuk mencari kesalahan Nina. Nina sudah muak dengan muka masam Wan bila balik ke rumah. Nina sudah muak hidup dengan Wan.

+ Fine. Let me go.

- Apa? You want me to let you go? Owh lady, with all my pleasure..please don't leave any single thing of yours in this house. Get your fat ass out of my house, NOW!!

Kali ini, Nina nekad. Biarlah apa juga yang terjadi, Nina mahu keluar dari rumah neraka ini. Sungguh dia percaya Wan tiada lagi sekelumit sayang pada dirinya. Nina pantas mengemaskan barang-barangnya sambil ditemani hujan airmata yang membawa bah melanggar rumah tangganya bersama Wan. Wan hanyut bersama amarah. Wan hanyut bersama keras kepalanya.

Nina pantas keluar tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Wan. Benar hancur luluh hatinya apabila Wan menghalaunya. Cukuplah sekadar ini penderitaannya.

==============================================

Beberapa hari kemudian.....

Wan benar-benar terasa kehilangan Nina. Hidupnya semakin kucar-kacir tanpa Nina. Makan minumnya tidak teratur, bajunya tidak bergosok. Dan ketika ini, terasa benar hatinya rindukan Nina. Tetapi ego lelakinya menghalang dia dari mencari Nina. Ah...persetankan perempuan tu. Dia yang minta keluar, ko cuma bagi apa yang dia nak. Bukan salah kau. Wan benar-benar dipersimpangan dilema. 

 

Ketika Wan melangkah keluar ke keretanya, sebiji kereta Proton Waja pantas menuju kearahnya. Dalam sekelip mata, Wan berada diawangan. Terasa panas benar hari ini namun angin masih lagi menyentuh sejuk kulit Wan.  Oh..begini rasanya melayang diudara. Getus hati kecil Wan. Basah kepalanya panas dipancar bahang mentari dan panas darah keluar yang membuak-buak dari kepala Wan. Disaat-saat akhir hidupnya, kotak memori kembali memutarkan kisah silam.

- Nina, you look damn cute today. *grin*

+ Eh..mulut tu, jangan guna kata-kata yang kasar leh tak. Sopan sikit ok. Ni apa tersengih macam kerang busuk ni?

- Ala..damn jer pun. takder la kasar pun. By the way, you look cute today. Yang tu taknak komen ke?

+ Mula dah mode jiwang karat dia ni. 

- Lah..orang puji pun tak suka ke?

+ Oklah, saya buat-buat la flattered. Owh..terima kasih la puji saya, blushing I. Hahaha.

- Nice, lady. Cynical and sassy. 

Owh Tuhan, kenapa ku tak pernah menghargai dia. Kenapa ku anggap dia sebagai hambaku? Sedangkan, dialah anugerah MU yang terindah buatku.

Owh Tuhan, ampunkan ku kerana munafik. Kerana mensia-siakan amanahmu, kerana mungkir janji dengan Nina. 

- Wan, you're the first man who really make me feel like a real woman.

+ What that suppose to do with me?

- Yer la..you never push me to be someone else. Understanding, caring. Cuma degil sikit je.

+ I take degil tu as compliment. Btw, should i flattered?

- Ish..dia ni kan, suka ngusik orang tau. Menchy...

+ Oklah, if i'm that understanding, will you marry me?

Mata mereka bertemu, saat Wan melamar Nina kembali berputar dimemori Wan. Darah semakin banyak membuak. Dalam kabur pandangan Wan, jelas kelihatan memori lama itu menhantui Wan. Kekesalan semakin menebal. Wan sudah hilang segala sifat kasih nya. Yang tinggal hanya rungutan tidak berulang.

Tuhan, ampunkan ku Tuhan. Berikan ku peluang. Tolong la Tuhan. Aku benar-benar sayanginya.

Malangnya, Tuhan hanya mengabulkan permintaan Wan cuma sekali. 

If she want to leave, let her be. Leceh betul. 

Wan pergi tanpa sempat memberitahu Nina bahawa dia kesal atas segala kesalahannya, dia kesal atas segala dosanya. Wan masih sayang Nina. 

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-

Mungkin saja Wan tidak faham kenapa cinta semakin luntur. Mungkin saja Nina yang keras kepala, tidak matang.

Mungkin saja, kita perlu berhati-hati terhadap apa yang kita hajatkan. Mungkin saja dimasa kita hajatkannya, Tuhan mengabulkan permintaan yang satu itu.

Mungkin saja, cinta bukanlah sesuatu untuk mereka berdua.

Mungkin saja, mereka itu tidak fahami soal hati.

Mungkin saja, mereka itu tidak benar-benar mengotakan janji-janji mereka.

 

Jatuh cinta itu mudah, Bangun dari jatuh, mendaki puncak cinta dan kekal di atas puncak cinta itu benar-benar mahukan kematangan. 

 

Mungkin saja mereka tiada apa yang diperlukan untuk menyintai dan dicintai selamanya.

 

.o.f.f.f.r.o.m.k.e.y.b.o.a.r.d.

mangifera-23/05/07 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) er . last tu wan tu mati ke? tak berapa jelas.

  • (Penulis)
    2)

    rasanya Wan mati tak? i think i give quite a clear hint there. :)

  • 3) eh er . ak ah. dah baca sekali lagi baru pasan :p . sorry morry. hehehehe
  • 4) the story biasa. tapi conclusion at the end speaks something.

  • (Penulis)
    5)

    caha: takder hal. ramai yang miss out the ending part. i just want to keep it subtle actually.

    blur12: hidup kita biasa je kan? saya bukan anak dato', anak tan sri so i can't picture to write it in lavish aura. what i have just deep understanding of my feeling and thank GOD, the gift of expressing it into words. :) 

  • 6)

    urmm... nampak simple... mcm citer2 biasa.. tp isi die sangat dalam... wan kene langgar dgn waja tuh kan? urmm

     Jatuh cinta itu mudah, Bangun dari jatuh, mendaki puncak cinta dan kekal di atas puncak cinta itu benar-benar mahukan kematangan. <--- benarkan aku menyimpan kata2 ni... untuk peransang diri dan org lain... Wink

  • 7)

    Mangifera, ada sesuatu yang tersorok di sebalik penulisan ini. Ada beberapa lubang kecil yang harus diperbaiki. Mungkin kamu tak cukup masa untuk menulis atau terlalu letih utk menggarap cerita ini dengan lebih smooth.

    Ada bakat yg tersorok. Atau sekurang-kurangnya.. belum terdedah lagi. Hehe 

     


  • (Penulis)
    8)

    mr kay:silakan lah. kata2 tu pun saya pinjam dan garapkan sedikit dgn idea saya. :)

     

    jojo: actually, saya memang tak berapa reti nak menulis cerpen.saya rasa citer ni moving too fast and less dramatic. saya letih dan cam takder idea nak pikirkan nak put conflict tu jadi lebih "ganas". so, nampak cam lack sikit sebab conflict tu very small. i think i should put some flashback on the previous tragedies. mungkin sya patut tulis puisi jer, sebab senang nak tumpukan perhatian, tak macam cerpen yang kena develop character and such.  

  • 9)

    dalam penulisan panjang (cerpen atau novel misalnya), deskripsi karekter dan persekitaran memang sangat penting. Misalnya, dalam novel Aku Budak Setan: Nazihah (maaf, saya kurang pasti dengan cara penulis yg lain) saya mendeskripsikan karekter Jo sebagai "berambut megi" dan ayat ini sering saya ulang dan ulang hampir di setiap siri. Ini penting kerana saya mahu pembaca faham bahawa karekter Jo yang saya tampilkan adalah watak utama dan watak utama harus ditonjolkan lebih berbanding watak2 sampingan. Selain itu, ini dapat memberikan visualization yg lebih baik kepada karekter Jo.

    Untuk perenggan ini:

    Ketika Wan melangkah keluar ke keretanya, sebiji kereta...

    Pada pendapat saya, elok jika perenggan sebelumnya menceritakan tentang lebih dalam tentang perasaan Wan yg berkecamuk di dalam kereta. (molek juga jika dipanjangkan kepada 2-3 perenggan. Perenggan yang panjang ini sgt penting kerana apabila pembaca membaca perenggan ini, pembaca akan mengikut flow penceritaan anda dengan lebih dalam)  Kedatangan kereta Waja yg melanggar Wan boleh saya katakan klimaks dlm cerita ini. Oleh itu, penulis perlu sensitif bagaimana mahu membuatkan pembaca "terperanjat" dengan kedatangan kereta Waja ini.

    hanya sekadar pendapat. saya budak baru belajar 

     

  • 10)

    cite simple~ tapi benda yg ingin ditonjolkan tu ade..cuma xberapa menonjol..hehehe...

    maybe kene cite lebey psl perasaan..mcm en.jojo ckp.. huahuahuahuaaa...

    mangifera: wat artikel best kot..pasal hati! owhh hati~ 

     

  • 11) first reading from me... check!
    nice flashback walau simple... okeh... mau tgk perkembangan cerpen lain plak

Cerpen-cerpen lain nukilan mangifera

Read all stories by mangifera