Biji mata!

 

Ada dua orang sahabat baik. Seorang bernama Min. Seorang lagi bernama Mon. Ditakdirkan Allah, kedua-duanya buta akibat penyakit yang misterius semasa kecil. Mereka bertemu di hospital semasa menjalani rawatan. Ditakdirkan juga, disebabkan penyakit misterius yang mereka hidapi itu adalah sama, maka rawatan untuk mereka berdua pun samalah juga. Setelah melakukan pelbagai kajian, doktor yang merawat mereka berdua, doktor Gelabahabishov(beliau berasal dari negeri gohead gostan*dekat-dekat negeri setan) akhirnya berjaya menghasilkan satu penemuan. Penemuan itu adalah sebiji mata palsu yang bersifat robotik dan bionik. Dengan biji mata itu, Min dan Mon akhirnya dapat melihat semula. Mereka terpaksa berkongsi biji mata tersebut. Min pernah bertanya kepada doktor Gelabahabishov pada satu petang yang berjerebu,

"tuan doktor, kenapa hanya sebiji saja mata ajaib ini?"

"apa boleh buat, setelah berusaha gigih dan tidak tidur selama 366 hari(tahun lompat), saya hanya mampu mencipta sebiji saja" jawab doktor Gelabah dengan lancar, sedikit pun tak gelabah. Selesai menjawab soalan Min, doktor Gelabah terus terlena dan berdengkur seperti biawak komodo di pulau Galapagos.

 

Semenjak itu, Min dan Mon tinggal serumah. Mereka berkongsi menggunakan mata tersebut secara bergilir-gilir. Mereka berdua kebetulan pula sebatang kara, maka tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat akan hal mereka. Min dan Mon bertekad untuk berdikari. Mereka menyewa sebuah unit rumah di kondominium rakyat marhaien di ibu kota. Nasib tidak menyebelahi mereka. Rumah yang mereka sewa itu terletak di tingkat delapan belas pula.

Min dan Mon menyara hidup dengan menjalankan khidmat mengurut. Mereka jadikan sebuah bilik di rumah mereka, bilik untuk rawatan urut. Seperti tukang-tukang urut yang lain, Min dan Mon mewarisi ilmu mengurut secara turun-temurun. Mungkin telah ditakdirkan, kedua-dua mereka mewarisi ilmu mengurut dari nenek moyang mereka. Disebabkan mereka berkongsi biji mata, mereka akan bekerjasama semasa mengurut pelanggan. Sebagai contoh, jika Mon yang memakai biji mata, Min akan mengurut. Mon akan memerhati dan mengawasi tindak-tanduk pelanggan(takut ada yang mengambil kesempatan) dan urusan pembayaran. Begitulah sebaliknya. Hasil daripada khidmat urutan mereka, Alhamdulillah, dapat juga mereka meneruskan hidup dengan selesa. Dapatlah juga mereka memiliki sebuah TV LCD 42 inci senipis duit syiling lima puluh sen di ruang tamu rumah mereka.

Pada suatu hari yang agak panas di pertengahan bulan Mei, di tengah hari, di hujung minggu, berkatalah Mon kepada Min yang sedang asyik menonton TV.

"Mon, bagi aku pakai mata kejap. Aku nak gi turun beli cendol la..panas sangat ni."

"hish! ko ni, kacau lah..aku tengah layan cerita sedih ni.." jawab Mon dengan pantas.

Min terus meraba-raba di bahagian mata Mon.

"tak ada air mata pun?" kata Min selepas meraba-raba.

"memang la takde, aku tak cepat emosi macam kau..he he" balas Mon dengan bangga.

" boleh la Mon, bagi aku pakai kejap, aku beli la untuk kau sekali.." minta Min lagi sedikit memujuk.

"hmm ye lah! tapi aku tak nak pulut tau!" jelas Mon sambil mengeluarkan biji mata ajaib dan menyerahkan ke tangan Min.

 

Selesai memakai biji mata ajaib tersebut, Min pun terus keluar rumah dengan tujuan membeli cendol. Tinggallah Mon seorang diri mendengar bunyi TV yang sedang memainkan sebuah cerita sedih yang mampu mengeluarkan bergelen-gelen air hingus orang yang sensitif.

"jeton! sampai hati kau cabut bulu hidung aku ya.."

"ahh! padan muka kau! kenapa kau mencuri buah mangga cokanan yang aku simpan di dalam peti es?"

"aku..aku..aku tak sengaja..aku lapar..."

"lapar konon! cis!"

Begitulah bunyi dialog yang di dengari oleh Mon dari rancangan TV yang ditontonnya tadi. Lebih kurang setengah jam berlalu, Min tak muncul-muncul. Satu jam, Min tak balik-balik. Mon rasakan hatinya bagai dilanggar dek lori sampah."Beng!" bertabur sampah-sampah sisa makanan, segala tulang ikan, kulit siput sedut dan sisik ikan kerisi di hati Mon. Mon tak boleh sabar lagi. Dalam teraba-raba, dia bangun dan mencari telefon bimbitnya. Setelah berjaya menekan nombor Min dan mendapatkan nada dering "caller ring tone" lagu Ninja Boy milik Min, Mon tunggu suara Min.

"hello!" bunyi suara Min di hujung talian.

"Min! apasal kau lambat sangat ni? balik la cepat! kata beli cendol!" jerkah Mon.

" Mon! aku mintak maaf, tadi masa balik dari beli cendol..." tiba-tiba suara Min terhenti.

"Min! Min! apasal?" Mon kaget.

"..aku terlanggar seorang nenek tua.." jawab Min lambat.

"habis tu?" tanya Mon.

" mata kita..mata kita terjatuh!"

"hah! mata kita jatuh!"

"ya! mata kita jatuh!"

"jatuh???!!"

" tapi.."

"tapi apa Min?!"

"tapi..cendol kau aku ter'order' pulut!"

"hah?!"

 

............................

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun “Aku Machio el Diablo” :

Himpunan cerpen tulisan Kurusawa yang memuatkan 10 buah cerpen.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hah?

    cerita kurusawa bukan ke mmg byk merapu? hehheehehe...

  • (Penulis)
    2) wah! cepatnya baca!

  • (Penulis)
    3) shazmiey: gue dah padam komen di bawah cerita..ha ha!
  • 4) citer t'gantung gile! spoil mood aku...! hahaha!
  • 5) hehehe...
    cerita kamu mmg bawa kelainan..
    suke!
  • 6) adoi, tak habis-habis buat perut saya pecah... thanks ya kurusawa... hehehe...

  • (Penulis)
    7) *cuplikan dari filem 3 abdul! he he he! (;
  • 8) hahahha
    okeh tengs untuk buat saya ketawa.
  • 9) huhuuuu...
    ade binatang dlm perut ajak bergelak..
    hahah..

  • (Penulis)
    10) ini bukan sekadar cerita komedi. komedi bermakna tau..
  • 11) gelak.gelak.gelak..

    maksud tu disampaikan scr tersirat..

  • (Penulis)
    12) makan cendol ingat kat Min dan Mon...
  • 13) hehe
    tapi kalau ending dia dapat buat yang lebih grand.

    wow.
    sure lagi tiptop

    orang menulis tesis memang begini eh mindanya?
    ada2 je idea.

  • (Penulis)
    14) baru aku sedar! ada satu kesilapan di tengah cerita! dalam paragraf," ..berkatalah Mon kepada Min." Salah! Ampun! yang sebenarnya," ..berkatalah Min kepada Mon.." harap Maaf emua..sila baca biji Mata II. TQ!
  • 15) oke, gi lari jap baca yg no2

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa