Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kisah benar seorang guru

 

Ampun dan maaf:: Cerpen ini adalah cerpen ekspres ketika saya betul-betul sedang kebosanan. jadi kalau ada unsur-unsur kebosanan dalam cerpen ini itulah adalah kerana saya bosan tapi mahu juga menulis akibat terlalu bosan.Eh, bosan betullah! Btw, inilah kebenaran tentang seorang guru yang kebosanan. Enjoy! :D

****

Satu-persatu wajah di hadapannya dipandang. Sesekali matanya akan menjengil seakan memberi amaran. Maka wajah-wajah yang ditenungnya itu akan tunduk menikus. 

Lajunya kipas yang berputar disertakan dengan angin yang bertiup dari daerah pergunungan itu membuatkan jiwanya tenang dan nyaman. Juga mengakibatkan matanya berkelip mahu terkatup. Namun, dia menahan kelopak matanya dengan memegang sebatang pen di jari. Dipusing-pusing pen biru berkenaan. Dalam masa yang sama, matanya berseli merenung setiap wajah di hadapannya. Sehelai kertas kosong terhampar lalu dilakar-lakar beberapa perkataan sebelum digaris dengan kasar.

Dia termenung lagi. Direnung lagi setiap inci wajah yang tertunduk memandang kertas masing-masing. Beberapa ketika, dia bangkit berdiri. Perlahan-lahan langkah diatur. Setapak demi setapak dia melangkah sambil tangannya disilang ke belakang. Dari satu meja ke satu meja dia memerhati. Mereka bagaikan kusyuk dan tekun. Sesekali ada yang bergaris tiga melintang di dahi. Ada yang merenung jauh ke luar jendela. 

Habis satu pusingan, dia kembali ke tempat asalnya. Diputar-putar lagi pen di jari. Diketuk-ketuk hujung pen ke dahi. Kertas kosong tadi yang kini tidak lagi bersih dilakar-lakar lagi dengan pelbagai tulisan. Diconteng lagi. Akhirnya dia juga memandang jauh ke luar jendela. Merenung mereka di bawah sana yang sibuk dengan urusan dan tugasan masing-masing. 

Dua orang budak dalam lingkungan 3-4 tahun menarik perhatian matanya. Saling berkejaran di belakang bangunan yang hampir siap itu. Walau gelak tawa mereka tidak kedengaran namun dia tahu mereka gembira. Gembira dengan alam kanak-kanak yang tidak mengerti kesusahan ibu bapa yang sanggup berpindah randah demi sesuap nasi. 

Dia pandang pula mereka yang sedang berteleku di meja. Tiba-tiba hatinya sayu dan berkata-kata sendiri. Satu keluhan dilepaskan. 

Kalaulah kamu boleh rasa kesusahan pekerja binaan yang tidak punya rumah sendiri, tentu kamu hargai ilmu yang kamu miliki sekarang ini.

Bunyi bising diluar seakan mengganggu dirinya. Lantas dia bingkas dan berjalan laju menuju ke pintu terus ke balkoni. Dia menjengah ke bawah. Beberapa pelajar sesi petang sedang berkumpul di bawa.

"Diam." Suaranya perlahan namun tegas. Serta-merta mereka mendongak ke atas dan terus senyap. Dia berpaling dan melangkah masuk ke dalam.

Cuma beberapa langkah dari balkoni, dia terdengar soseh-soseh di belakang kelas. Diperhati satu-persatu. Tatkala mata terpandang seorang sedang tersenyum dan seorang yang agak mencurigakan gerak lakunya, dia tenung mereka lama-lama. Mereka menyedari tingkah sedang diperhatikan memandangnya dengan sebuah senyuman. Senyum malu sebenarnya. Dia bertanya dengan ekspresi raut wajah. Kening diangkat, tanda menyoal. Mereka sekadar menggeleng sambil sengih menunduk. 

Sekali lagi dia berpusing-pusing, berlegar-legar di samping mereka yang sedan tekun, kusyuk, asyik, tertekan, keliru, kecewa... tertidur. Langkahnya umpama mencari seekor helang yang mencari masa dan mangsa yang sesuai untuk disambar. Langkahnya terhenti di suatu sudut. Diketuk meja salah seorang daripada mereka. 

"Masa masih ada lebih kurang 1 jam setengah. Jangan bazirkan masa kamu," ujarnya separuh berbisik sebaik sahaja pelajar berkenaan mengangkat kepalanya. Dia berjalan lagi. Berlegar-legar mencari sebab untuk dia tidak bosan. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Sekali lagi keluhan dilepaskan.

Penat 'berkawad' dengan kasut hitam setinggi 2 1/2 inci bertumit runcing, dia kembali ke meja yang terletak di hadapan. Namun, sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan. Matanya mula terasa berat. Lantas, diurut betis kaki beberapa kali sebelum dia kembali meneruskan 'kawad kaki'.  

Dia tumpang membaca setiap ayat yang ditulis oleh mereka yang sedang berperang dengan akal masing-masing, cuba mengeluarkan kembali apa yang telah dipelajari. Kadang-kadang dia tersenyum sinis, kadang-kadang dia senyum ikhlas dan menunjukkan tanda  bagus. 

"Hah? Salah kah?" tanya seorang daripada mereka yang dihadiahkan senyum sinis. 

Dia senyum saja sambil mengenyitkan mata. Dia berlalu ke belakang. Diperhati salah seorang dari atas ke bawah lalu menggeleng-gelengkan kepala. Pantas dia berjalan ke depan dan mencari sesuatu di dalam tas tangannya. Tindak tanduknya menjadi perhatian semua yang terkejut dengan langkah lajunya. Dia kembali ke belakang lalu dihulurkan pengetip kuku kepada pelajar berkenaan.

"Sekarang," itu satu arahan dan arahan itu wajib dipatuhi meskipun mereka sedang kebingungan menjawab soalan yang sebenarnya telah disoal di dalam kelas. 

Sementara itu, dia berjalan lagi. Terpandang dia seseorang yang sedang memandangnya. Tidak semena-mena tangannya menyentuh tangan pelajar lelaki yang sedang asyik memandangnya itu. Dia tersenyum sinis lagi. Dilurut segelung gelang hitam dari pergelangan tangan pelajar itu. 

"Alah cikgu..."

"Apa 'alah-alah'? Siapa suruh kamu pakai gelang ke sekolah. Diam dan jawab."

Beberapa orang pelajar berpaling ke arah mereka berdua dan tersenyum. Malah ada yang ketawa mengejek. 

Dia meneruskan 'pencariannya'. Diintai satu-persatu kesalahan yang dilakukan. Apabila ternampak, perlahan-lahan dia mendekati mangsanya. Dia berdiri menghadap mangsa seterusnya. Dia cuba berlagak seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Dengan tenang dan separuh berbisik, dia mengeluarkan satu lagi arahan.

"Buka rantai kamu sekarang."

"Mana ada."

"Jangan ingat saya tidak nampak. Sekarang."

"Saya mahu jawab soalan ni, cikgu," pelajar itu cuba berdalih.

"Kalau begitu, kamu beri kerjasama maka saya tidak akan bazirkan masa kamu."

Tanpa sengih malu, atau senyum setuju, masam saja raut wajahnya, rantai besi di leher ditanggalkan lalu diserahkan tanpa banyak cakap. Pelajar berkenaan terus tekun memandang kertas bertaip di hadapannya. Dia meneruskan lagi rondaannya. Dipandang satu-persatu. Setiap kali dia melintas, pasti ada yang memandang samada sambil tersenyum atau tanpa perasaan. 

"Kenapa?" Soalnya dan hanya gelengan diberikan sebagai jawapan. Beberapa pelajar yang lain kelihatan sugul dan kebosanan. 

"Kalau conform dapat A, boleh hantar sekarang." 

"Adadadaa..cikgu!" berserabut bunyi gema dari bilik yang tadinya hanya diselang seli bunyi tapak kasutnya dan kipas yang berpusing laju. Dia tersenyum lagi.

"Diam! Ada saya suruh bercakap?"

Bosanlah! Kamu apa tahu.Ingat best ke menjaga peperiksaan ni?

Dan rutinnya berulang sehinggalah masa 2 jam itu tamat. Dan berulang juga selama dua minggu sepanjang minggu peperiksaan. Cuma mangsa yang berlainan dan cara yang samada sedikit keji seperti menarik sendiri subang atau gelang dari telinga atau lengan pelajar, atau dengan cara yang sedikit halus seperti memperli mereka.

"Cantik boxer. Berapa ratus kamu beli sampai mahu tayang pada semua?"

Begitulah kehidupan dia seorang guru yang kebosanan... Huh!





Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sori eh ida
    ingatkan bes je jage exam
    oo tak rupenye

    besar sungguh cabaran guru ni
    kene sabar sentiasa
    byk btol aksesori die kan?
  • 2) Kisah benar yg benar-benar eh..

    Apapun shaz, saya cukup faham kebosanan shaz d Keningau tu...huhuhu...
    okey...1 minggu lg boleh balik kg bah sigu, jgn bosan2
  • 3) -Senyum-
    Teja pun tgh busan ni...
    Ok lah tu...

  • (Penulis)
    4) hehehe... laju dikomennya.. thanks semua..

    ucu: kebosanan yang melampau... ok, sila bayangkan situasi begini: anda berada di kaki bukit atau gunung dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. tiada lain yg didengar kecuali bunyi angin dan unggas... sunyi.. sepi... apa rasa? mengantuk? itulah yang saya rasa.. huuhu.. sy tak suka kelas yg sunyi sbb tu sy lebih rela mengajar bdk2 nakal dr yg baik nih..

    lagisatu, budak2 ni sukasuki pakai aksesori ke sekolah... yg bercutex hitam pon ada.. tu belum dikira yg sengaja simpan kuku panjang... tp sy ok je.. at least ada alasan nk cekau anak orang di kala kebosanan...kehkehkehkeh...


    kak mas: ya bah. sa nda sabar ni mo balik kg. huhuhu...

    teja: marilah kita kebosanan bersama2... eh? teja tak jadi nk jadi cikgu kan? huhu.. tp best..
  • 5) hehehe..
    teringat mse sy tgh exam dulu,
    terkantoi pki gelang g skolah..
    tau sebab ape kantoi?
    abis jwb paper,g bantai tdo sbb ngantuk sgt..
    tgn yg pki gelang tu boleh plak terlunjur kt atas meja..
    hahhaha...
  • 6) wah! itulah, sapa suruh pakai kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi dicipta oleh orang barat untuk membuat wanita berjalan tergelek-gelek. Memang sengaja dibuat begitu untuk merendah2kan wanita(sebagai objek nafsu). Lagi satu, memakai kasut tumit tinggi akan merosakkan tulang belakang. Aku tak pernah, dan tak mungkin pakai kasut tumit tinggi!(walaupun ianya agak "tempting" (;
  • 7) Masa jaga periksa memang tak best, time dapat elaun, mesti best kot?
  • 8) gua juga pernah jaga exam kelas budak2 yang nakal. Bukan saja nakal, malah tercorot pula kelasnya. Time exam, diorang selamba borak2, gaduh2, bising2 dan tarik2 rambut. Sekali gua hentak meja dengan kayu beluti, senyap sekejap. Lepas tu bising balik. Budak yang duduk paling depan pulak jawab exam pakai dadu. aduuhh! macam dalam cerita kartun pulak aku rasa masa tu. hu hu!
  • 9) jaga exam memang tak besh, tp 1000x tak besh jawab exam
    huhuhu

    walaupun da lambat, tp saya tetap nak wish camat hari guru!
  • 10) kesian cikgu kena berkawat..sabarlah ye cikgu

  • (Penulis)
    11) kurusawa: pakai kasut tumit tinggi dlm kelas adalah menarik untuk menggerunkan budak2... lgpun akan lebih yakin utk jd garang, lebih2 lagi kalau kasut tu hitam berkilat... hehehe..*tp sy nyesal pakai kasut tumit tinggi time jaga exam*

    pakpenyu: cikgu mana ada elaun jaga exam... tu mmg da wajib dah...uhuhu

    nur: bila dah jadi cikgu nk jaga exam, rasa cam nk join dorang jawab exam je.. dlm hati ni cam "alaaaa.. takkan yg tu pun tak tau... kalo aku jwb kompem A"..hehehehe
    thanks for the wish

    syud: sabar sabar
  • 12) hahahaha
    okehlah tu.mesti seronok jaga budak exam.
    dapat marah2,rampas itu dan ini.
    mcm saya dulu kena rampas cincin!
  • 13) sy ske time exam...
    ble jatuhkan barang ade owg amikkn..
    lg2 yg amik 2 adalah sgt macho..
    hahahaha..
  • 14) ssh yek jaga budak exam?
    hoho..
    sy pun rs malas nak jwb exam gak..
  • 15)

    sungguh tipikal! dan sy paham sgt perasaan itu.
    sat lagi nk pi jge exam lg.
    tp sy akan smbg bace Brida aje.
    maleh nk jln pusing2 dgn heels 4 inchi.
    muahaha...

    *mgkn patot buat citer pasal betapa boringnye tande kertas exam.
  • 16) hehehe
    lilin seorang guru.

    okeh pasni eme buat citer pasal tanda paper lak. dan dingorat oleh cikgu lelaki tua.

    selambah!
  • 17) jaga peperiksaan memang tersangat bosan. pengalaman yang menghiburkan untuk dikongsi...
  • 18) Cikgu kat skolah aku suke check seluar, rambut kad matriks, dengan tie. Bdk laki biase kene. Kalo bdk pompuan paki gelang, dye bagi amaran je, kalo lelaki dye amik terus. Kalo rambut, dye teros potong.
  • 19) cikgu itu keja mulia

Cerpen-cerpen lain nukilan shazmiey

Read all stories by shazmiey