Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Selamat Ulang Tahun, Fatihah!

 



Hari ini hari ulang tahun Fatihah. Hari ulang tahunnya yang ke-13.

 

“Selamat ulang tahun, Fatihah!”

 

Ibu dan bapanya adalah orang pertama yang memberi ucapan ulang tahun kepadanya.

 

“Terima kasih!”, balas Fatihah.

 

Pejam celik, pejam celik sudah menginjak remaja rupa-rupanya Fatihah. Ibu dan ayahnya telah merancang untuk mengadakan satu majlis ulang tahun buat Fatihah. Banyak yang perlu disediakan. Ramai yang perlu dijemput.

Jam sudah pukul 8.30 malam. Majlis untuk Fatihah akan bermula sebentar lagi. Kek sudah terletak cantik di atas meja. Mari semua kita nyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun buat Fatihah.

 

Selamat ulang tahun

Selamat ulang tahun

Selamat ulang tahun, Fatihah

Selamat ulang tahun...

 

“Fatihah, tiup lilin tu. Buat hajat sekali”

“Hajat apa ya?”, bisik Fatihah dalam hati

 

Fatihah meniup kesemua 13 lilin di atas keknya. Semua yang hadir bertepuk tangan.

 

“Hajatkan apa Fatihah?”

“Rahsia!”

 

Ramai orang datang ke majlis Fatihah. Ada kawan-kawanya. Ada sahabat handai ibu bapanya. Semua datang dengan  (mungkin) satu tujuan. Meraikan hari ulang tahunnya.

 

Itu Cik Anita., yang duduk di hujung ruang tamu. Dia merupakan setiausaha kepada ayah. Berambut perang dan tinggi lampai orangnya. Malam ini dia memakai gaun hijau berbelang coklat. Nampak dari jauh seperti pelakon telenovela Mexico. Kalau dari dekat, nampak jelas bekas jerawat yang penuh kena tempek dengan bedak muka. Fatihah asyik lihat Cik Anita termenung jauh. Kadang-kadang dia nampak Cik Anita mengeluh kasar.  Fatihah musykil. Dia ingin tahu apa yang berlaku kepada Cik Anita.

 

“Kenapa Cik Anita? Ada masalah?”

“Tak ada apa-apa”

“Betul?”

 

Cik Anita memandang tepat ke mata Fatihah. Tiba-tiba Fatihah lihat ada air mata jatuh dari kedua-dua bola mata Cik Anita.

 

“Teman lelaki saya sudah tinggalkan saya!”

“Oh”

“Saya minta maaf Fatihah. Saya tidak patut datang ke majlis ini dan merosakkan mood awak”

“Tidak apa. Saya harap saya boleh faham perasaan awak. Minta maaf juga kerana buat awak bersedih”

 

Fatihah berlalu meninggalkan Cik Anita. Dia melihat sudah semakin ramai orang yang datang ke majlisnya. Tiba-tiba dia ternampak seseorang.

 

Ya, dia nampak itu Madam Kat. Madam Kat malam ini memakai gaun jingga terang yang sekaligus menampakkan separuh dari dadanya.  


“Cantik”, bisik Fatihah dalam hati.

 

Malam ini Madam Kat bersolek tebal daripada biasa. Malam ini Madam Kat ada bawa seorang teman baru. Namanya Joe Lee. Orangnya pendek sedikit daripada Madam Kat, tetapi muka boleh tahan. Orang kata muka jambu. Joe Lee memaut pinggang Madam Kat. Nampak seperti Madam Kat seronok disamping Joe Lee. Tapi Fatihah nampak lain. Dia nampak Madam Kat lebih berasa bangga. Fatihah tertanya-tanya juga siapa Joe Lee itu.

 

”Ini Joe Lee, teman saya”, Madam Kat memperkenalkan Joe Lee kepada Fatihah.

“Jangan percaya sangat”, kata satu suara di majlis itu kepada Fatihah.

 

Fatihah dengar-dengar juga dari beberapa mulut orang di majlis itu terutama dari Puan Arina yang Joe Lee itu anak ikan Madam Kat.

 

Anak ikan?!

 

Yang berborak dengan ibu itu ialah Puan Arina. Nampaknya Puan Arina menang dalam sesi bergaya pada majlis hari ini. Rambutnya yang berwarna perak berkilat itu disanggul rapi. Nampak cantik walau sudah melepasi umur 60 tahun. Kata orang, Puan Arina cucuk botox. Orang yang mengata itu Madam Katlah. Tapi Puan Arina sangkal. Dia cakap kalau mahu cantik dan muda macam dia kena sentiasa senyum dan berhati ikhlas.

 

“Oh begitu. Mungkin itu caranya Puan Arina menaikkan tulang pipinya, memancungkan hidungnya dan memanjangkan dagunya. Mesti naik penat mulut Puan Arina kena senyum. Mesti hati Puan Arina tersangat bersih, suci dan ikhlas. Aku kena cuba ni!”, kata Fatihah sendirian.

 

Eh, itu dia Encik Ken baru tiba! Encik Ken adalah kenalan ayah yang paling Fatihah gemari. Dia sering kelihatan gembira seolah-olah tiada masalah.

 

 Kata Encik Ken, “Fatihah, masalah itu perlu untuk manusia teruskan hidup”.

 

Rambut Encik Ken sentiasa kemas. Entah berapa tan gel rambut yang tersalut di kepalanya. Hari ini Encik Ken datang dengan memakai kaca mata baru dan berkemeja jingga terang sama warna dengan gaun Madam Kat. Mungkin kebetulan.

 

Dari jauh Fatihah nmpak Encik Ken menjeling-jeling ke arah Madam Kat dan Joe Lee. 

 

Rindu? Cemburu? Marah? Entahlah.

 

Oh ya, Fatihah lupa mahu beritahu bahawa Madam Kat merupakan bekas isteri Encik Ken selama 45 tahun. Ah, jodoh orang tidak dapat diramal!

 

Adakah lagi peluang Encik Ken kembali bersama dengan Madam Kat semula? Atau hanya sekadar kenang-kenangan. Fatihah tahu Encik Ken hampir separuh nyawa menyintai Madam Kat. Cuma Fatihah tidak tahu bagaimana rasanya menyintai orang dengan separuh nyawa. Kasihan Encik Ken.

 

Aha, itu pun Pak Cik Lah! Pak Cik Lah merupakan jiran kami. Fatihah suka lihat kepalanya yang licin berkilat di tengah. Kata Pak Cik Lah, lelaki botak macam dia terutama yang kepala berkilat banyak ilmu di dada. Entah ya, entah tidak.

 

Pak Cik Lah selalu borak-borak dengan ayah. Kalau berborak dia mesti berbisik-bisik dengan ayah. Kemudian gelak berdekah-dekah. Entah apa yang rahsia sangat. Entah apa yang lucu Fatihah pun tak tahu. Tapi, masa di majlis Fatihah, Fatihah asyik tengok Pak Cik Lah pandang-pandang Cik Anita semacam. Semacam mahu terkam!

 

Janganlah peristiwa lama berulang lagi. Pak Cik Lah pernah dituduh cuba mencabul kehormatan pekerjanya, tetapi kes itu senyap selepas pekerjanya itu hilang tanpa jejak.

 

Itu Zeti. Zeti kawan sekelas Fatihah. Zeti kata pada Fatihah yang Fatihah ini kawan baiknya. Fatihah mengiyakannya saja. Dia sendiri pun tak pasti betulkah kawan baik kena berperangai macam Zeti. Zeti cakap kawan baik selalu berkongsi apa saja. Dari duit ke buku kemudian anak patung hinggalah ke baju-bajunya semuanya Fatihah kongsikan dengan Zeti. Zeti pula cuma pernah berkongsi sekeping biskut coklat kacang dengan Fatihah, tapi dengan satu muka tak puas hati.


Tiba-tiba Zeti datang ke arah Fatihah.

 

“Hadiah coklat tu jangan lupa kongsi dengan saya nanti”



Fatihah nak buat muka tak puas hati, tapi dia tak pandai.

 

Yang sedang menjamu ayam percik itu Khalid. Khalid pun kawan sekelas Fatihah juga. Dia anak bongsu Pak Cik Lah. Hari ini dia memakai baju kemeja warna merah hati. Ah, macam tahu-tahu saja itu warna kegemaran Fatihah! Tapi, Khalid buat-buat tak tahu saja bila Fatihah cakap Fatihah suka sama Khalid.

 

“Ah, jangan bohonglah Khalid. Siapa yang selalu letak surat-surat cinta bawah meja aku kalau bukan kau!”, bisik Fatihah dalam hati.

 

Tapi, yang buat Fatihah susah hati sekarang ini bukan fiil Khalid yang jual mahal itu. Ada sebab lain. Sebab perangai Zeti yang beriya-iya nak tahu. Zeti nak sangat tahu apa hubungannya dengan Khalid. Fatihah berat mulut mahu bagi tahu sebab takut-takut Zeti nak tumpang kongsi Khalid dengan dia.

 

Mana boleh! Yang lain Fatihah boleh tahan lagi, tapi kalau fasal Khalid, boleh jalan!

 

Hari ini hari ulang tahun Fatihah. Hari ulang tahunnya yang ke-13. Fatihah lihat sekelilingnya. Macam-macam orang yang Fatihah jumpa. Cuma yang Fatihah musykil adakah mereka datang ke majlis ini memang bersungguh-sungguh hendak menyambut hari ulang tahun Fatihah atau ada agenda lain.

 

Fatihah harap dia dapat menyambut lagi hari ulang tahunnya pada tahun hadapan. Itulah hajat ulang tahunnya pada tahun ini.

 

Terima kasih Fatihah kerana memperkenalkan kami dengan tetamu-tetamu Fatihah.

 

Sekali lagi semua orang jerit ramai-ramai, “Selamat Ulang Tahun Fatihah!”

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) akhirnya berjaya juga dpt no. 1 pada pukul 2.35 pagi. Happy Birthday Fatihah.
  • 2) hehehe abang penyu nih..
    potong saye ye?


    cerita yg ringkas,
    selfish btul si zeti tu ek?
    btw adik saya pon nama fatehah..
    rindu sama dia..
  • 3) hahaha
    selamat ulang tahun fatihah!
  • 4) kena minta bantuan orang yang lebih berpengetahuan sebab saya tak faham, cerita ni cerita satira. tentu ada maksud lain kan selain sola besday party tu?terasa tak layak membacanya.
  • 5) Selamat ulang tahun Fatihah! Tapi fatihah baru 13 tahun, jangan kawan dengan orang2 tua yang berperangai tak senonoh itu. Lagi2 Madam Kat tu tau! Terus terang, saya sangat berasa lega membaca cerita ini! (;
  • 6) umpama satu babak dlm filem, paling kurang 1O minit dgn voice over si fatihah ni.
  • 7) saya suka membaca karya satira anda. kali ini, pelbagai watak yang punya karakter yang berbeza senada dengan kehidupan realiti. Memuaskan...

  • (Penulis)
    8) terima kasih semuanya..
  • 9) comel la fatihah nie
  • 10) oooo...ternganga ni..jgn pk bkn2 ek..

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia