Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hatiku yang fleksibel

 

Selamat malam. Maaflah kalau warkah elektronik ini menganggu kau dari segi mental mahupun fizikal. Malah, kau mungkin akan lebih terseksa kerana aku bakal membuat banyak kesilapan ejaan kerana aku tidak memakai kaca mata.

  Ah, kenapa ia dipanggil kaca mata? Sedangkan kita tahu yang pengeluar cermin mata sekarang jarang sekali menggunakan kaca untuk menghasilkan alat bantu penglihatan yang satu itu. Kelakar bukan?

  Tahukah kau bahawa pasir adalah komponen utama dalam pembuatan kaca? Sesuatu yang boleh diperolehi di mana-mana, yang sering dipijak dan tidak dipedulikan, itulah yang banyak gunanya. Pasir yang selalunya kau kumpul di tempat Kelabu buang air besar, itulah yang menjadi asas kepada kaca, konkrit, istana pasir, jalan raya malah untuk menapis air. Seperti penapis air yang ada di rumah aku. Oh maaf. Mungkin kau tidak pernah masuk ke rumah aku dan aku jugak tidak pernah menjemput kau berbuat demikian kerana aku khuatir kita akan ditangkap basah.

  Sebelum aku terlupa, kenapa kau panggil kucing kau Kelabu? Padahal warna bulunya hitam legam. Adakah kau cuba untk mengelirukan kucing kau sendiri? Patutlah ia selalu bergaduh dengan Montel. Mesti kerana Montel cuba meyakinkan Kelabu bahawa ia sebenarnya hitam tetapi Kelabu tidak percaya kerana dia lebih percayakan kau. Kau kejam Faezah. Tak baik kau buat kucing kau begitu. Apa perasaan kau kalau keu menjadi kucing bewarna hitam dan tuan kau beri nama kau putih? Apa perasaan kau?

  Aku lupa lagi. Kau tiada perasaan.

  Sekali lagi aku minta maaf kerana melencong jauh dari topik pasir tadi. Faezah, pasir boleh didapati di mana-mana hinggakan kadang-kala, aku bole mengeluarkan pasir daripada kasut aku yang berjenama Bata. Entahlah, aku pun tidak pasti dari mana datangnya pasiir tersebut. Mungkin juga daripada tapak kasut aku yang berlubang.

  Kenapa? Kenapa ia berlubang? Kau sendiri faham Faezah, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, aku lebih suka menyimpan wang di dalam akaun ASB daripada membeli sepasang kasut yang baru. Sudah beberapa bulan juga aku menjadikan megi sebagai makanan ruji aku.

  Ah, aku sudah semakin tua. Kita masih bercerita tentang pasir bukan?

  Tahukah kau bahawa pasir yang kelihatan tidak berguna itu boleh digunakan di medan perang sebagai menjaga keselamatan para askar? Ya, sungguh ajaib bukan? Bila pasir dimasukkan dan dimampatkan ke dalam guni, dengan mudah ia boleh dijadikan sebagai benteng untuk menghalang serangan pihak lawan. Kau tidak percaya, Faezah? Apa, kau tidak pernah tonton filem Sarjan Hassan ataupun Bukit Kepong? Aku tidak percaya sehingga begitu sekali kau tidak sayangkan tanahair kau. Cukuplah kau tidak mendaftar sebagai pengundi, usahlah kau lupa untuk menonton filem patriotik begitu.

  Selain daripada itu, pasir boleh digunakan sebagai bahan campuran untuk menghasilkan tekstur pada cat. Ia kedengaran seperti mustahil tetapi percayalah, Faezah, kerana aku berkata benar. Sumber informasi ini aku dapati daripada Wikipedia sendiri. Kau boleh cuba mencarinya dengan bantuan Google. Tetapi kau mungkin terpaksa menggunakan Bahasa Inggeris kerana jika kau guna Bahasa Melayu, kau akan dibawa ke laman web mengenai Pasir Gudang.

    Kau pasti sering menemani ayah kau bermain golf bukan? Cuba kau perhatikan keadaan sekeliling, perhatikan bagaimanakah ia dihias. Maksud aku, reka bentuk lanskap. Cuba kau imbas kembali. Nah, ia diperbuat daripada pasir. Ingat sekarang? Kehijauan padang golf itu dihiasi dengan pasir-pasir, menghasilkan keseimbangan yang cukup menarik.

  Pernahkah kau cuba untuk menghargainya?  

  Begitulah indahnya ciptaan Tuhan. Pasir yang bertaburan itu boleh dijadikan kaca contohnya pasu bunga. Kemudian, pasu itu boleh dipecahkan untuk menghasilkan sesuatu dalam bentuk kaca pula. Tidak penting samada ianya kaca mata, cermin kereta ataupun beg pasir sekalipun istana pasir. Ouh, istana pasir bukan diperbuat daripada kaca.

  Dan Faezah, aku rasa hati aku juga sama seperti pasir. Boleh kau pecah-ranap-patahkan berkali-kali. Aku tidak sangka hati aku mampu berfungsi sebegini rupa. Tetapi, itulah hakikatnya. Hati aku boleh dipatahkan beberapa kali, kemudian dicampak umpama barang tidak berharga, seperti pasir yang bertaburan di tepi pantai. Kenapa hati aku yang kau pilih untuk patahkan? Bukankah banyak lagi pondok telefon awam, tong sampah, tiang lampu ataupun tiang letrik yang kau boleh patahkan? Kenapa Faezah kenapa?

  Ah, tidak mengapa Faezah. Aku relakan kau pergi pada Sameon. Aku relakan pemergian kau pada dia sekalipun aku rasa seperti mahu menumbuk tulang belikat kau sebanyak lima kali sebelum mencucuk mata kau dengan pena mata bulat atas perbuatan kau ini.

  Selamat tinggal Faezah. Pergilah. Usah kau kenang daku dalam doamu. Anggap saja aku sudah tiada.

Yang benar,
Hassan

P/S: Pecah kaca, pecah gelas. Sudah baca, harap balas.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) huhu..

    surat yg mengelirukan..

    jauh plak ekspresi dia membentangkan isu pasir..

    besh!
  • 2) saya harap hassan tabah dalam mengahrungi dugaan ini.

    ye pasir seringkali dilihat sangat tidak berguna,padahal dalam kehidupan sehari-hari kite menggunakan barang yang diperbuat dr pasir.hmm.manusia ucu..selalu tak nampak..

    saya harap suatu hari nanti faezah akan sedar dah akan mencari hassan kembali.

    nice ucu.saya sgt suke.

    kalau dari hati mmg akan sampai terus ke hati ucu.
  • 3) wah ucu..
    tiada huruf yg dpt menandingi kekaguman saya..
    hehehe..
    betul2 cte pasal pasir nih!
    nice one!
    sian hassan..
    btw ucu,
    saya prasan ade sedikit typo..
    hehehe..
    mengantuk ke mase tgh taip nih?
  • 4) ucu memang berdiri atas keupayaan sendiri yang tiada tandingan. takda sapa boleh tandingi kehebatan ucu bercerita samada bahasa inggeris ataupun bahasa melayu. ucu memang hebat!
  • 5) maul: kan Faezah ada cakap,dia tak pakai spek.jadi memang akan ada typo

    Hassan,
    Apakah yang cuba kau sampaikan? patutnya kau katakan pada Faezah hati kau seperti getah, begitu fleksibel..boleh ditarik ke sana ke mari, tapi ingatkan pada Faezah, sefleksibel mana pun hati..bila lama2 ditarik, maka ia meregang, memberi..lalu akhirnya ia putus akibat hilangnya keanjalan.

    Hassan,
    Maaf, aku tak sangka begini jadinya. puas kukatakan pada Faezah tapi rupanya hatiku ini ibarat mentega, terkena kuali leper hangat maka mencairlah~ Oh, Faezah sungguh tegar dan aku terperangkap dalam nafas cintanya!

    Yang Benar,
    Sameon a.k.a Meon Hensem
  • 6) hahaha...faezah dpt ilmu ttg pasir lebih drp cerita hati hassan yg porak peranda!
    nice one ucu! teringat cerpen2 sufian abas. lebih kurang sama gayanya.

  • (Penulis)
    7) rizzy: hassan die tak reti ckp stret
    ckin: oke ayat last itu sgt dalam oke
    maul: masa ni dah tak pakai spek dah. tu yg typo tu
    ida: jgn ckp mcm tu ida. tidak, tak hebat langsung. siries ni
    syud: oke jap lagi Hassan bace balik pasal hukum Hooke
    kamalia: iye? mcm mane nak cari cth cerpen2 die?
  • 8) buku dia boleh beli kt mph ada kot -"kasut biru rubina"... experimental + x msk akal + ada msj gak.

    tak pun pegi dkt blog dia: http://sufianabas.blogspot.com/
  • 9) ha ha
    kau pasir pun ko boleh kan buat cerita.
    pasni kau cerita pasal tombol pintu pun aku rasa lelaki dan gadis alike akan terkulai kat kau.

    atau mungkin pokok ketapang?

    hm.
  • 10) ngehngehngeh <--smigel kt belakang ketawa

    lawak la ucu. nais!

    hasan hasan mcmana awek tak tinggalkan lu, panjang lu nak smpikan satu mesej, simpang sana sini..huhu (kt belakang sameon jerit, "loserr!";P
  • 11) haha..serius lawak gler, ucu kalau buat cerita, mesti lain dr yg lain (:
  • 12) wah, ucu, semakin menjadi-jadi nampaknya ya. hehehe...

    bagi saya, pasir terlalu menonjol dari perasaan hati hassan. perumpamaan yang baik cuma secara literal, seolah-olah bercerita tentang pasir. hehehe...

    apa pun, pengolahan ucu tiada masalah. nice story ucu!
  • 13) hahahaha..tergelak sorang2 kat library..comey2..

  • (Penulis)
    14) terime kaseh korang sbb bace
  • 15) oke datang membaca setelah dipaksa oleh ucu. eceh. oke lepas nih belanje aku pau bawah jembatan tu hokeh.

    woiii best lah. aku suka cerita nih. hehe

    keep it up!

  • (Penulis)
    16) oi
    selo selo la
    ish u ni malu la ai
    tapi
    tengkiyu temah
  • 17) tengkiyu gak kat odah
    oke jumaat konpem eh? tipu dose.

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer