Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KE MANA DICARI CINTA (Skestra 1)

 

Dimana kucari cinta

Apakah pada sesosok ibu?

 Ibu mengandungkan aku dengan raga yang terpaksa. Dia tak rela menyemai benih yang tumbuh lewat rahimnya. Dia tidak pasrah pada takdir untuk harus memikul kantongan jalin selama sembilan bulan. Dia juga tak menyangka harus kecundang pada gelar kehamilan yang membuatnya jera. Jera kerana harus memikul beban berat baginya. Beban berat itu adalah aku! Bayi itu aku!

 Batin ibu mengelojak resah mengandungkan aku. Dia cuba melemparkan salahnya ke mana-mana. Mencuba menghumbankan silapnya serata yang mungkin. Mencari latar-latar yang membuat dia kecundang hamil. Latar dirinya pada saat asmara sedang mengebu di dada. Alur pesona nafsu yang mengelubungi cepu kepala. Membuat dia khayal. Bikin dia melayang ke arakan awan swargaloka. Terapung-apung kenikmatan syorga adam hawa. Sehingga dia terleka. Dia lupa!

 Adakah aku menelan pil-pil berona warna itu, mengincar hamil?

 Adakah aku memaksa sang jejaka menyalut getah berona warna juga, mengelak petaka?

 Adakah sang jejaka memancurkan mani suburnya ke sudut selain pintu rahimku?

 Ah! Dia terlewat untuk sesal!

 Kalbu ibu semarak amarah pada aku. Dia amok kehadiranku mencarik rutin hidupnya. Membuat tubuhnya merubah berlipat ganda. Melebar pinggang kerengganya. Memboyot kulit perutnya bagai belon yang ditiup-tiup. Merekah kulit mulusnya persis arca cermin yang retak. Menukar tubuh si gadis melonjak persis tubuh ibu si gadis pula. Tampak diri dipempan pikun. Tidak cantik. Tidak jelita. Tidak lagi menjadi pujaan! Akibatnya dia tak boleh bekerja. Tak mampu lincah menari di pentas joget itu lagi. Tak mampu bercanda dengan para jejaka gersang yang sering melempar wang padanya. Tak mampu meneguk air kuning penghibur itu gara-gara mual. Tak mampu juga bermain asmara lewat jejaka yang dahagakan tubuhnya. Dia putus wang. Putus rezeki. Putus madu dunia. Gara-gara aku!

 Ibu sering mencarut-marut. Memaki hamun. Menyumpah seranah. Melontar kata-kata yang tak harus diungkap lewat alur jiwa keibuan. Menyemat kesumat kebencian lewat hadirku yang tak diundang. Benci itu membuah dendam. Dendam menghambur riak memusuhi. Dan musuh harus dihapus. Dia telan pelbagai buah-sayur, nenas, semangka, pisang raja; yang mana dikata orang mampu membunuhku. Dia teguk pelbagai rona rasa jamu, godoq, malah akar kayu; yang mana dibilang orang mampu menggugurku. Dia merokok. Menghidu ganja. Menghirup heroin. Melakukan segala yang dia tahu dan mampu. Agar dapat menghindar jasadku dari rongga tubuhnya.

 “Kandungan puan sudah masuk ke empat bulan, puan. Agak merbahaya untuk melakukan adopsi”

 “Kenapa harus digugur. Bayi ini sehat. Perkembangannya normal. Tiada masalah!”

 “Adakah suami puan tahu, yang puan mahu melakukan adopsi?”

 “Ini menyalahi undang-undang, puan. Seperti pembunuh!”

 Kata-kata doktor muda itu seperti menghentam tulang cepu kepalanya dengan sebatang belantan yang keras. Mengiang-giang ke halwa telinganya membuat sesak. Dia bosan. Dia jemu. Ah!

 Tidak dapat aku lupa, tika saat ibu melahirkan tubuh bayi mongelku. Bibirnya mencibir. Matanya penuh meluat. Wajahnya keruh seribu. Dia tak ingin aku dihampirkan pada tubuhnya. Tak ingin mendukung apatah mendakap. Tak ingin memberi susu apatah mengucup. Dia berpaling dari harus menatap tubuh comelku. Aku berisak, dia tak perduli. Aku menghambur tangis, dia buat tak reti. Malah diusirnya jururawat yang mengendongku agar pergi jauh.

 “Bawa dia pergi jauh!Pergi!”

 Jururawat terpinga-pinga mendengarkan usiran itu. Lebih kaget melihat wajah dia berpaling benci. Kaget melihat dia menyulut rokok lewat bibirnya lalu selamba menikmatinya dalam dalam. Puas kerana terpisah tubuh dengan aku barangkali. Dia ketawa-ketawa. Mengekikik bagai kuda berahi sambil bercanda di telefon. Berbisik gersang penuh goda. Seperti perempuan jalang.

 Haruskah ada cinta?

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehe, banyak perkataan baru yg saya belajar hari ni.

    hm,
    ibu.
    penulis.
    seperti seswatu.

  • 2) jalin ke janin? sketstra tu ape? sketsa ke? hehe..aah byk perkataan baru.

    adopsi tu mengambil anak angkat kan? gugur bukan aborasi ke? hehe..saya pun pening nih..

    anyway, cara penulisan cantik, gaya bahasa yg best, latar pun manarik. keep it up!
  • 3) wah,banyak menambah kosa kata..
    walaupun masih kabur dgn maksud sesetengah perkataan..
    teruskan!
  • 4) Tak mengapa Puan Adreena, mereka mungkin belum membiasakan diri dengan hasil karya anda. bagi yang sudah biasa, bagus seperti selalunya.Adakah cerpen-cerpen ini pernah tersiar di majalah seperti yang lain-lainnya?
  • 5) setuju dengan roslynaDZ. bagi yang belum biasa dengan karya kak adreena, memang begini mulanya. lama-kelamaan nanti, mereka akan dapat terima juga...

    nantikan karya kak adreena yang seterusnya...

  • (Penulis)
    6) salam teman-teman...

    thanks untuk komen membina...

    untuk dik roslina & ridh, terima kasih untuk sokongan....

    kalau nak ceritakan, memang lucu juga...
    cerpen KEMANA DICARI CINTA INI ada enam babak yang melengkapkan jalan ceritanya, pernah hampir disiarkan di majalah, tapi mereka tarik balik, kerna lucah katanya... hehehe... dan kata editor majalah, cerita ibu pelacur tak boleh siar kat media malaysia... undang-undang penyiaran...

    jadi akak cuba nasib siarkan satu babaknya di sini dulu, nak tengok kena reject dengan cahatomix tak... rupa2nya boleh siar

    tahniah kepada kapasitor kerana beri kebebasan pada penulisan.. babak lain akan menyusul nanti...

    thanks teman-teman
  • 7) best la ayat yang kak adreena guna

Cerpen-cerpen lain nukilan adreena

Read all stories by adreena