Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

LEBARAN YANG BASAH

 

Langit jadi kelabu. Gemawan hitam mula berarak perlahan menghindar dari matahari terus memancar. Hujan tiba-tiba mencurah ganas. Tidak henti-henti bagai sedang melepas amarah dan dendam yang telah berkurun lamanya ia pendam. Tanah jadi basah. Jemuran terus lencun. Udara terus lembap. Angin bertiup sejuknya dingin menggigit. Jalan-jalan menjadi becak dan licin. Air sungai makin deras. Dan hujan, terus melebat tanpa belas.


Tapi, hilai tawa masih tetap jelas kedengaran. Senda gurau pun tidak putus. Seperti hari itu tidak hujan. Ya. Tiada siapa yang boleh untuk tidak mencintai Aidilfitri. Tiada siapa yang bisa menyisih dari Lebaran. Dan, tiada siapa yang cukup kuat untuk menidak dan menolak Syawal. Semuanya menjadi lebih ramah dari biasa pada hari itu. Di wajah tiap seseorang, terterap senyuman, juga di mata, di hati, di jiwa dan di setiap tingkah dan langkah yang diatur.


Ketupat sudah siap digantung di tengah dapur. Kari ayam dan rendang daging dibiarkan saja dalam periuk atas dapur. Senang nanti bila hendak dihangatkan, sudahlah periuknya berat. Tak terlarat nak mengangkat berkali-kali. Sambal goreng juga dibiar dalam kuali tepi dapur. Segalanya sudah siap. Kuih-muih juga sudah cantik tersusun atas meja di ruang tamu dalam bekas kaca yang mahal.


Mokhtar menatap isterinya dengan pandangan bertanya. Sebenarnya, dari subuh tadi dia ingin bercakap dengan isterinya. Tapi, isterinya sentiasa saja menjauhkan diri daripadanya. Tadi, selepas solat subuh, selepas bersalaman, segera isterinya buka telekung dan lipatnya. Terus isterinya berlalu ke dapur.


"Tolong ikatkan samping, boleh?", tegur Mokhtar. Sekadar mencuba tuah.


Tanpa banyak cakap, isterinya segera membantu Mokhtar. Belum pun sempat Mokhtar meluncurkan pertanyaan yang telah menyesak pemikirannya sejak subuh tadi, sampingnya telah cantik digubah oleh isterinya. Kini, dia tiada alasan lagi untuk bercakap dengan isterinya.


"Kenapa diam saja? Ada yang tak kena?", kata Mokhtar.


"Tidak. Semuanya baik-baik saja.", jawab isterinya dengan tanpa menoleh arahnya.


"Benar? Pasti tidak ada apa yang merungsing hati kamu, sayang?"


"Ya."


Suasananya kembali senyap. Membiar bising zink yang ditembak tepat oleh titis hujan mengisi ruang dimensi yang semakin menjurang antara mereka. Mokhtar yang masih tidak puas, berfikir sehabis mungkin, mencari topik buat menarik perhatian isterinya.


"Luahkan saja pada aku. Tidak baik Lebaran disambut dengan kemurungan.", pujuk Mokhtar lembut.


"Tiada apa yang boleh aku luahkan."


"Katakan saja. Pasti, aku boleh usir kegusaranmu itu jauh-jauh dan buat kau bahagia."


Isterinya melontar penglihatannya jauh ke luar tingkap. Laju menembus rintik-rintik ganas hujan tanpa rasa gentar dan seram.


"Minta Tuhan hentikan hujannya..."


"Hah? Kan kamu tahu itu mustahil, sayang."


"Kamu sudah janji!", tiba-tiba isterinya meninggi suara. Bikin Mokhtar terkesiap.


"Sudah kerasukkan apa kamu ini?"


"Lekas! Minta Tuhan hentikan hujannya! Aku mahu ketemu ibu bapaku!"


"Ibu bapamu sudah lama meninggal. Mana mungkin kamu bisa menemui mereka?!"


"Dan kerana itulah aku mahu ketemu mereka. Aku sudah berjanji tidak akan seperti dulu lagi!"


Isterinya kini menangis terlolong-lolong. Seperti anak kecil dirampas permainannya. Mokhtar hanya melihat, mendiamkan diri. Tangannya cepat merangkul isterinya. Terus, dahi isterinya dikucup penuh cinta. Air matanya pun luruh tanpa disangka.


Deritanya! Alangkah deritanya menanggung rasa bersalah yang saban tahun makin memberat. Yang walau dicuci air campuran tujuh puluh tujuh jenis air terjun pun takkan hilang. Apa lagi yang boleh Mokhtar lakukan untuk memusnah tiap basil kedukaan yang sudah semakin sebati dengan roh isterinya? Oh Tuhan, jangan Kau bataskan kekuatan aku! Isteriku ini nyawaku. Berilah aku kegagahan buat melawan tiap kekacauan yang merempuh jiwanya!


"Isteriku, berdamailah dengan diri sendiri."

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sedihnya..
    huhuhuhu..
  • 2) salam cik hulubalang. saya mulakan dengan cerpen yang ini dulu ya.
  • 3) em, kali ini saya datang dengan senyuman dan pergi dengan tanda tanya. maaf, kurang mengerti maksudnya. kekhilafan saya...
  • 4) perenggan terakhir tuh cam kopius jap..ehmm..jp nnt baca blk (:

  • (Penulis)
    5) mizz_aszni - terima kasih.

    ridhrohzai - ok. tiada masalah.

    ridhrohzai - sukarnya si isteri untuk buang rasa bersalahnya dia pada arwah ibu bapanya hingga si suami pun tak boleh nak tolong.

    robot - si suami nak tolong isterinya buang rasa bersalah pada ibu bapanya kerana menderhaka.

Cerpen-cerpen lain nukilan hulubalang

Read all stories by hulubalang