Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

14 MEI

 

Hari ini dia berkemeja gelap bergaris halus dan berseluar rona krim. Dan, bila dia melangkah masuk ke kantor, dengan wajahnya bercahaya gembira, dimatanya dan disenyumannya, betapa dadaku disarangi kegirangan terlihatkan dia sebegitu.


Dan, oh Tuhan, betapa aku menggantung harapan tinggi melangit bahawa kegembiraan itu berpuncakan dari aku.


Hari ini, hari lahirnya.
Hari ini, hari ulangtahunnya.
Hari ulangtahun si Kia Spectra Biru Laut.


Kau tahu apa yang aku angankan sepanjang hari ini?


Aku angankan, aku bawa dia ke Port Dickson.
Melangkah tanpa kasut menuju jeti di belakang Royal Yatch Club.
Berpegangan tangan, memijak pasir-pasir putih. Bersama, mengelak semalu nakal.


Lalu, kami duduk di bangku di atas jeti itu. Melihat manusia-manusia lain yang sedang leka mengawal joran. Sesekali, dia tertawa kuat dengan tingkah manusia-manusia itu. Aku pun ikut tertawa. Tertawa bahagia kerna diberi kesempatan untuk berada di sebelahnya.


Sang mentari pun mula meleret pergi. Membenarkan tabir pekat malam berlabuh, mengizinkan sang bulan meminjam keindahannya. Saat langit mula jingga, dia menoleh arahku. Tersenyum.


"Hadiah tak ada kah?", tanyanya perlahan. Sungguh, dia buat jantungku luruh, jatuh ke dalam laut!


"Ini tak cukup kah?", jawabku, mengawal sedikit suaraku. Takut dia terkesankan cemas pada diriku.


"Tak.", katanya sambil menggeleng. Aduh! Comel benar dia ini!


"Jadi, kamu mahu apa?"


"Kamu."


"Aku?"


"Ya. Kamu. Aku mahu kamu menyintaiku secara nyata. Aku lebih dari bersedia untuk menjadi milikmu sepenuhnya!"


Ya!


Itulah yang aku angankan waktu sedang menghadap lembaran kerja Excel. Itulah yang aku angankan waktu sedang menekan-nekan bebutang di mesin fotokopi. Dan, itulah yang aku angankan waktu melintas depan biliknya.


Tuhan, benarkan aku menyintainya secara nyata! Tolong Tuhan, izinkan aku menikmat cintanya walau cuma sekelip mata!


Kalau dia bukan jodohnya aku, kenapa Kau tapakkan cintanya dalam diriku?
Kenapa Kau torehkan namanya begitu dalam hingga darahnya mengalir tanpa henti?
Kenapa Kau siksa aku dengan pengharapan untuk memilikinya?

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ini ade kaitan dgn cerpen Kia Spektra Biru Laut ke?
    hehehehe..
  • 2) menarik ceritanya. kalau dia ke port dickson nanti, singgah ke rumah saya. dekat sahaja dengan royal yatch club itu. hehehe...

    agaknya mizz_aszni, cerita ini berlaku sebelum kejadian penculikan dalam kia spektra biru laut tu. agaknyalah. hehehe...

  • (Penulis)
    3) mizz_aszni - bukan sambungan tapi ada kaitan. masih si kia spectra biru laut. cuma 14 mei itu adalah hari lahirnya.

    ridhrohzai - ye ke? dulu, aku pernah tinggal di port dickson. hampir setahun juga.
  • 4) iya? tinggal di area mana?

  • (Penulis)
    5) ridhrohzai - betul-betul depan hospital port dickson. di condo PD Perdana.
  • 6) >nice n sweet

Cerpen-cerpen lain nukilan hulubalang

Read all stories by hulubalang