Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

CUBAAN MEMBUNUH REALITI

Cerpen sebelumnya:
SASI
Cerpen selanjutnya:
HARGA SERELUNG KESABARAN

Aku menulis di depan televisi yang sedang cabuh membicarakan virus selesema babi dengan seekor lalat durjana berterbangan bebas dan ria bahagia, mengusik pandangan mata empat aku dari terus tunduk tegak 90 darjah ke skrin komputer riba.


Aku benci lalat.
Aku benci bunyinya.
Aku benci matanya.
Aku benci kakinya.
Aku benci dua sayap kepunyaannya.


Aku benci dia bisa terbang melayang ke mana saja.
Ke lumpur penuh kumbahan, ke sisa makanan di bawah kerusi, ke bisul bernanah di kaki anjing, atau ke sirlion steak panas lengkap dengan cendawan butang dan sos lada hitam.


Tangan kanan aku rayapkan ke belakang badan aku. Aku letakkannya di atas kepak yang menghubungkan tangan dan badan aku, yang semakin hari semakin nyata bentuk dan kerasnya disebabkan berat badan yang semakin menghilang.


Aku pejamkan mata.
Doa kuat-kuat dalam hati.


"Oh Tuhan! aku mahu sayap. Dan aku tidak kisah sayap itu Kau beri dalam saiz apa-apa pun. Tapi jika Kau tidak keberatan, aku mahu saiz M. Saiz S mungkin tidak mampu menanggung timbangan badan aku yang rasanya pemberatnya hanyalah tulang-belulang dan sembiluan perih yang aku minum tiap hari."


Aku buka mata.
Toleh ke belakang.
Masih, sayap itu tidak tumbuh.


Sekali lagi, aku pejam mata. Rapat dan tegang.
Doa kuat-kuat dalam hati.
Doa yang sama.


Kemudian, aku buka mata, toleh ke belakang.
Masih, masih, sayap itu tidak tumbuh.


Sekali, sekali lagi dan untuk kesepuluh kali berikutnya, aku pejamkan mata, doa kuat-kuat dalam hati. Baris, bait, patah, doa yang sama. Dengan idgham, izhar halqi dan iqlab yang sama.


Lalu, aku buka mata, toleh ke belakang.


Oh Tuhan, kenapa aku rasa kecewa?
Oh Tuhan, akankah Kau laknat aku kerna mempertikai hasil ajaib invensi Kau?

Cerpen sebelumnya:
SASI
Cerpen selanjutnya:
HARGA SERELUNG KESABARAN

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.3
4 Penilai

Info penulis

Hulubalang Istana

Perempuan gila yang sibuk gila
hulubalang | Jadikan hulubalang rakan anda | Hantar Mesej kepada hulubalang

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya hulubalang
KONTROVERSI KAKI GUNUNG SUMALAYANG | 3206 bacaan
HARI YANG BIASA | 2586 bacaan
TIGA | 2338 bacaan
SASI | 1989 bacaan
14 MEI | 2070 bacaan
LEBARAN YANG BASAH | 2477 bacaan
KEMBALIKAN CINTA SARA | 2348 bacaan
DUNIA | 2128 bacaan
PADA MUSIM BUNGA INI | 2175 bacaan
SORE TERAKHIR HAMLET DI ELSINORE | 2812 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

7 Komen dalam karya CUBAAN MEMBUNUH REALITI
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik