Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kerana Ringgit

 

Kerana Ringgit

Oleh : Teratakerapung

 

“Engkau sudah jatuh cinta”

“Ya jatuh cinta”

“Jatuh cinta pada materialistik”

“Jatuh cinta pada wang”

“Jatuh cinta pada rasuah”

“Jatuh cinta pada undang-undang rimba dan riba”

Suara-suara yang entah dari mana datangnya adakah dari langit atasnya, dari bumi bawahnya, dari sungai mengalirnya, dari laut ombak geloranya. Engkau terkesima dari lena tidur menjelma gundah. Seluruh wajah yang berseri bermuka engkau diluruhi anak-anak peluh yang tidak pernah di undang olehnya. Kali ini engkau menghela nafas yang panjang.

“astaga” engkau berdegus sambil engkau mencapai tisu yang ditempatkan di atas meja bulat yang diperbuat kayu jati.

 “Engkau begitu bebal, engkau begitu jahil, engkau telah dituba” suara-suara itu datang lagi bertalu-talu suara itu masih nyaring di telinga engkau.

Engkau memerhatikan sesekeliling ruang bilik bacaan, pun tiada apa-apa kelibat. Engkau masih bergelut-gelut dengan suara-suara yang engkau didengari sebentar tadi.

“Apakah sebenarnya berlaku” bisik hati engkau sambil mengosok-gosok dada yang tadinya engkau terkehairanan tentang datangnya suara-suara itu.

Engkau amat terganggu oleh kotak fikiran engkau yang sejak akhir-akhir ini selalu mengganggu diri engkau yang semakin hari melewati jurang-jurang yang sangat sempit itu. Engkau merasakan bilah-bilah hari semakin jauh dari kamus perjuangan engkau selama ini yang seakan tidak berupaya mencari identiti yang sebenar untuk diterjermahkan.

Jam besar di dinding berdetik menunjukkan pukul tiga pagi, jam itu telah di sumbangkan oleh seorang kontraktor tidak lama dulunya katanya jam itu di belikan di Milan, Italy pada 10 tahun yang lepas, walaupun satu dekad sudahnya, jam itu masih bersinar-sinar menempatkan di bilik bacaan engkau.

Adapun jam itu di sumbangkan, namun engkau sebenarnya yang memintanya sebagai syaratnya meluluskan projek yang engkau kendalikan ketika itu engkau menjawat jawatan ketua setiausaha jabatan  pengurusan pengangkutan local.

Mulutnya ternganga dengan luas yang sederhananya penghawa dingin, kala ini barangkali siaran di televisyen pasti sudah tiada, pelbagai buku berselerakkan, di sebelah meja bacaan ada sebuah pasu yang di hadiah oleh seseorang yang datangnya dari kontraktor juga, namun engkau tidak berapa mengenal dan mengingat dari projek mana yang kendalikan pada masa dulunya.

Termenung engkau  terasa bebal, engkau masih teringat bagaimana engkau terjebat dalam kancah amalan keji ini.

Kring…kring…kring, handphone engkau berbunyi beberapa kali, kelihatan 012 2420493  di dada telefon. Engkau menjawab panggilan itu.

“Hello” suara garau engkau menjawabnya

“Hallo, dato hussin” terdengar suara pelak cina

“Ya, saya, siapa ni” engkau membalasnya

“Ada terima pasu dato” suara itu bertanya lagi

“Ada, siapa ni ? engkau membalasnya

“ Saya, Ah Chong maa” suara dari telefon bimbit itu menyatakan namanya

“Ah chong mana?” engkau berasa kebinggungan kerana dah tengah malam masih ada lagi manusia yang sudi menelefon engkau.

“Alah, Dato, Tarak kenal ka”

“Ah Chong Transport ma”

“Ok lah Ah Chog, terima kasih, sudah lewat saya mahu tidur, kalau ada apa-apa kita jumpa kat shanghai hotel” engkau menyatakan mahu menamatkan perbualan tersebut.

 

 

 

 

Engkau bukan siapa-siapa pun, engkau hanya seorang pesara pegawai awam yang dulunya sangat gah dengan “title” engkau sebagai ketua setiausaha yang barangkali menjadi kebanggaan di kalangan orang kampung, keluarga, kakitangan awam yang menjadi tanggungjawab engkau untuk menjaganya dan kebanggaan Negara yang terus-menerus mewar-warkan membenteraskan isu-isu kronisme, nipotisme, korupsi seperti di perjelaskan oleh badan-badan penguasa yang diketuai pihak penguasa politikus sering kali mengamalkan konsep sebegitu. Dulunya, masyarakat pernah mengagumi dan menghormati diri engkau siapa sebagai seseorang yang hebat dan berwibawa menangani isu-isu berkaitan dengan sistem penyampaian kerajaan kepada masyarakat.

Ya, engkau hanya bermonolog bersendiri di bilik itu yang sejak akhir-akhir ini  engkau bercakap-cakap keseorangan.

“Kita perlu mencipta sebuah perubahan demi membela nasib bangsa melayu yang malang di Negara sendiri” engkau membahaskan dalam sebuah seminar yang di kendalikan oleh jabatan yang engkau bertugas dulu.

“Bak kata pepatah orang-orang dulu-dulu, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”

“Begitu lah boleh ditafsirkan nasib orang melayu” engkau memberikan semangat kepada peserta-peserta seminar.

  Engkau masih di atas kerusi lagi, terasa amat lemah sekali untuk membangunkan diri untuk ke bilik air untuk menyejukkan sebahagian tubuh-tubuh dengan air wuduk bagi mengerjakan solat tahajjud. Sudah 5 tahun  engkau tidak melakukan kerja-kerja duniawi. Engkau memahatkan diri di rumah untuk mengerakkan aktiviti-aktiviti untuk mengenal diri sebagai hamba Allah. Kotak fikiran engkau tidak terfikir rasanya bagaimanakah engkau menjadi seorang yang suka menjalar pada titik penghidupan duniawi yang selalu engkau tahu jika engkau mementingkan material dunia yang menyenang-lenang kaum kerabat engkau untuk mengisi badut engkau itu. Engkau juga tahu sebenarnya seorang yang pelupa, orang yang mudah lupa tentang dunia ketuhanan, lupa diri, lupa maha pencipta, tentang lupanya kebesaran-Nya yang mencipta engkau sendiri. Engkau adalah jahil, jahil tentang ilmu-ilmu keagamaan. Engkau adalah pelupa, pelupa kepada maha pencipta dan jahil pada agama yang diperturunkan kepada Nabi Muhamad S.A.W.

Engkau masih ingat bagaimana pesanan arwah ayah engkau ketika engkau memulakan langkah kaki untuk meningglkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke University of Newcastle ketika 40 tahun yang lampau, engkau orang melayu pertama di negeri langksa suka yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

“Sin, bila engkau sampai di Negara orang, engkau jangan lah lupa tikar sejadah,” pesan Ayah engkau bersama Emak engkau menghulurkan segulung tikar sejadah dan Al-Quran.

“Insyallah, Ayah, saya akan ingat pesanan Ayah” hussin membalasnya dengan mengesat air mata yang masih menelusuri pipinya sambil mencium kedua-dua tangan Ayah dan Emaknya.

“Satu lagi sin, engkau jangan jadi lupa asal-usul engkau” Ayahnya memberikan lagi pesanan

“Ya, Ayah” membalasnya Hussin dengan perasaaan yang sangat sebak - sadis. Maklumlah engkau tidak pernah meninggalkan keluarganya sejak 18 tahun yang lalu, engkau tidak berenggang dengan sesiapa pun, tidak pernah meninggalkan kampung, kalau meninggalkan kampung pun kerana rombongan sekolah ke Langkawi seingat engkau barangkali.

Suasana di rumah Hussin penuh dengan sanak – saudara, sahabat handai dan penduduk kampung yang mengucapkan tahniah kepadanya.

 

 

 

Engkau masih ingat lagi ceramah oleh Ustaz Fathil Daud Al Kataki Di dalam  Al-Quran sendiri perihal rezeki halal ada ditegaskan perkara rasuah atau riba yang mana dalam surah al-Maidah ayat ke lapan puluh lapan:

“ Makanlah yang halal dan yang baik daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu; dan patuhlah kepada Allah yang kepada-Nya kamu telah beriman” bersyarah lagi Ustaz Fathil Daud Al Kataki sambil mengosok-gosok kitab itu.

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan islam apa yang bukan daripadanya, maka ianya harus di tolak” ujar Ustaz Fathil Daud Al Kataki sambil mengurutkan janggutnya yang panjang  sedikit-dikit itu.

“ seperti yang disebutkan oleh Hamka”

“keteguhan akhlak tidak sesukar mana pun, asalkan sahaja manusia insaf akan kemanusiaannya saran jiwa terlebih dahulu daripada mengejar harta benda duniawi juga ingat bahawa di samping haknya ada pula kewajipannya serta ingat benar tentang usia riwayatnya sesudah mati atau meninggal lebih lama daripada usia badan ketika masih hidup” Ustaz Fathil Daud Al Kataki menegaskan lagi tentang ajaran-ajaran yang dipelajari ketika menekuni bidang fikah di Universitas Al Ulum Albab Pasir Panjang, Medan, Indonesia.

Tegasnya “ jika  seseorang umat manusia yang jelasnya menganut agama islam malahan tuntutan penganut-penganut agama lain juga melarang pengamalan dan kegiatan korupsi atau rasuah ini, dan juga jika dapat menghayati hakikat hidup yang berlandaskan agama islam maka masalah korupsi atau rasuah ini tidak akan timbul malahan kehadirannya akan di pandang hina dan jijik oleh masyarakat dan seterusnya gejala rasuah ini dapat di hapuskan ke akar umbinya”

“Namun dalam konteks penguasa politikus yang dungu, mereka menggelarkan kepada pertubuhan mereka sendiri sebagai “politik wang”.  Engkau terkenang-kenang usaha-usaha Ustaz Fathil Daud Al Kataki dalam membenteraskan amalan keji dan berunsur keribaan itu melalui aktiviti ceramahnya. Dia adalah seorang yang hebat melalui ceramahnya.

 

Beberapa pakar-pakar ekonomi juga memberikan pendapat dan menganalisanya secara dapatan, sebenarnya korupsi dan rasuah ini adalah berpunca daripada tekanan ekonomi yang melampau yang ketika ini mampu mengetengahkan kegiatan kerasuahan berlaku secara berluas-luasa akibat daripada pembangunan yang pesat. Biasanya kegiatan kerasuahan banyak berlaku kepada negera-negara yang sedang membangun atau pun Negara-negara dunia ke 3. Akibat rencat kehidupan menjadi semakin kompleks dan mencabar maka cabaran adalah kegiatan kerasuahan semakin kuat dengan masyarakat kini hari ini, manakala setiap gerak kehidupan memerlukan materialistic yang menggunakan alat perantaraan melalui wang sedangkan tidak semua individu dapat mengikut sama dalam arus perkembangan pembangunan urbanisasi dan perbandaran yang sangat teratur ekonominya. Jelasnya disini, kegiatan kerasuahan adalah akibat factor wang yang melahirkan masyarakat individualistik yang mengamalkan sistem kapitalisme yang mana menjadikan materialism sebagai matlamat hidup sedangkan peradapan sebenar masyarakat hendaklah berasakan kehidupan yang logic barangkali malahan di tambahkan oleh ilmu pengetahuan, morality dan agama bukan hanya mementingkan aktiviti pembangunan peradapan material sahaja. Begitu lah sedikit petikan dari makalah yang engkau sendiri cipta pada pembentangan seminar “ perkhidmatan awam : sejauh mana penglibatan kakitangan awam dalam kegiatan kerasuahan” yang engkau menjadi panelis sedangkan engkau sendiri mengamalkan kegiatan korupsi ini.

“ Ratanya-ratanya masyarakat kita tidak ambil endah dan peduli mengenai rasuah, ada sesetengah masyarakat kita hari ini seolah-olah menerima kegiatan kerasuahan ini sebagai hal praktisme biasa dalam kehidupan seharian mereka” engkau membentangkan makalah

“Kakitangan perkhidmatan awam juga tidak berkecuali dalam hal ini, ini kerana istilah “duit kopi” semakin popular di kalangan kakitangan awam terutamanya yang melibatkan penjagaan tender atau penguatkuasaan” engkau tegas menjelaskan.

“Perkara ini amat mendukacita bagi pihak pengurusan tertinggi Negara yang mengharapkan kakitangan awam menjalankan kewajipan secara jujur untuk membantu pihak pemerintah Negara daalam menekankan sistem penyampaian, jika kegiatan kerasuahan terus berlaku sewenang-wenangnya, maka sistem pemerintahan Negara mengalami kegagalan” dengan nada yang agak keras engkau menegaskan sambil tangan-tangan engkau bergerak-gerak. “Pembangunan adalah wang mengikut perkiraan sesetengah pengelodak-pengelodak dunia yang mementing kebendaan” engkau memberi semangat kepada peserta seminar itu.

 

 

Engkau di dakwa di Mahkamah Tinggi di Bandar Sakuntala kerana menyeleweng kewangan kerajaan melibatkan sebuah agensi dibawah pentadbiran engkau yang menguruskan sistem perbankan. Namun engkau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

“Mengikut pertuduhan yang telah dibacakan sebentar tadi yakni kesalahan mengikut akta pencegahan rasuah 1954 (pindaan 2007) , adakah kamu Hussin mengaku bersalah” seorang hakim menyoal engkau.

“Saya mengaku tidak bersalah Yang Arif” engkau memberikan jawapan kepada hakim, mata engkau memerhatikan  Hakim Al Ghazali dengan tajam.

“Sidang mahkamah di tangguh sehingga di beritahu kelak” kata Hakim Al Ghazal sambil mengetuk penukulnya.

Kelihatan di kamar mahkamah kelihatan wartawan, pihak media berpusu-pusu keluar dari kamaar mahkamah, juga kelihatan timbalan pendakwaraya dan penguambela engkau juga keluar bersama engkau. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini engkau hanya turun naik mahkamah, engkau telah di gantung tugas sebagai ketua setiausaha oleh kerajaan sehingga kes di dengari, didakwa di mahkamah sehinggalah mahkamah menjatuhkan hukuman yang telah mengikut pertuduhan yang telah dikemukan itu.

 

 

Terasa peritnya engkau bila dada media arus perdana, kes engkau menjadi tajuk utama.

BEKAS KETUA SETIAUSAHA MENYELEWENG WANG NEGARA

“Setelah memerhatikan beberapa fakta dan keterangan yang kukuh, mahkamah dengan ini hussin bin ahmadi di dapati bersalah mengikut akta pencegahan rasuah 1954(pindaan 2007) dengan ini menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan denda 100 ribu ringgit malaysia serta harta benda atas nama Hussin bin Ahmadi di sita” tuan hakim mengetuk di meja hakim. Engkau tergaman, seluruh tubuh engkau mengeletar, engkau merasakan darah-darah telah menyirap ke seluruh tubuh engkau yang agak gemuk itu. Pandangan merasakan kabur, kabur bukan apa pun tapi kabur kerana di linangan air mata yang bertakung penuh di kornea  mata engkau. Perlahan-lahan engaku mengesat air mata dengan lengan tangan yang berkedut-kedut yang usia sudaah menjangkau 60 tahun usia.

Mata engkau menikam ayat yang di tuturkan olah hakim itu, terkedut engkau mendengarnya, salahnya aku, Fikiran aku menjadi buntu, buntu tanpa kebuntuan yang amat dashyat setelah dibelasahkan tingkah laku aku sendiri. Tidak dapat, tidak dapat engkau mencari akal untuk membebaskan diri engkau, argh! Sungguh aneh dunia ini

Terkedut engkau setelah mendengar hukuman yang telah di jatuhkan hukuman tersebut, engkau terduduk di gelanggang pesalah.

‘Ya Allah, berikan aku tenangan dalam menghadapi ujian” engkau berbisik sendirian

“ya Allah teguhkan imam aku ini”

Dalam fikiran pelbagai ragam rasa bertakung, beribu-ribu persoalan menghantui fikiran engkanau, rasa menyesal tidak terkata oleh engkau, malu akibat sifat tamak haloba yang engkau sendiri ciptakan. Namun apakah daya nasi sudah menjadi bubur.

“Mengapa”

“mengapa”

“mengapa ketika aku berkuasa”

“mengapa aku berkuasa dulu, aku tidak terfikir tentang hal begini dan kesan kepada diri aku” engkau bertanya-tanya.

“Apakah ini satu ujian yang menimpa aku, mengapa tidak ujian ini diberikan kepada orang lain”

“ataupun ini adalah satu pembalasan dari Allah, dimanakah diri aku sebenarnya” engaku masih bersendiri di gelangang pesalah.

Engkau tidak membayangkan bagaimana untuk bersemuka dengan masyarakat di luar sana, pastinya masyarakat tidak menerima engkau, engkau merasakan jika engkau pergi selama-lamanya adakah keluarga masih mahu meratapi engkau lagi, pedihnya umpama kalbu ditusuki sembilu. Apakah jasa-jasa engkau selama ini hanyalah sia-sia, tiada kenang untuk dijadikan budi. Engkau telah merosakkan segalanya, engkau sendiri telah memperkosakan diri engkau sendiri, engkau sendiri memainkan diri engkau sendiri, merosakkan jasa-jasa engkau, menodai segala kebaikan nama engkau untuk di sanjung.

 

 

 Bebenar terasa sunyi diri engkau sejak isteri engkau menemui tuhan sejak engkau di dapati bersalah beberapa tahun lalu, anak-anak engkau entah kemana hilangnya, mereka berhak untuk menjengukkan engkau kerana telah memalukan diri engkau sendiri, mereka tidak dapat menerima engkau seorang banduan. Engkau keseorangan di Villa itu, kiranya engkau bernasib baik, villa itu engkau namakan atas nama pembant engkau bernasib baik, villa itu engkau namakan atas nama pemandu engkau, jika tidak engkau hilang segala-galanya.

Engkau mengagahi kaki yang sudah berusia ini menujui bilik solat dengan menggunakan sebatang tongkat yang diperbuat daripada rotan yang hampir – hampir reput untuk bertemu dengan Allah yang Maha Esa pada kedinginan pagi.

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) salam ziarah cik teratak.

    saya faham mesej yang anda sampaikan, jelas cuma saya mengalami sedikit masalah dengan penggunaan sudut pandangan anda. ia betul cuma mungkin kekhilafan saya, kurang merasainya.

    apa pun, saya suka baca setiap cerita kamu kerana penuh hikmah. selamat berkarya...

  • (Penulis)
    2) terima kasih sdr ridhrohzai kerna sudi membaca dan menitehkan komen. mungkin ini boleh membantu saya dalam penulisan cerpen pada masa akan datang.
  • 3) pertama: Rasanya encik lah bukan cik (Ridh)
    kedua : Tidak ada masalah sangat dari sudut penceritaan, sarat, mesej jelas sebab dan akibat.
    ketiga :untuk siaran di sini, boleh sahaja. namun untuk siaran di tempat lain, sila ambil perhatian tentang ejaan (banyak sangat salah), huruf besar kecil.dll yang mencacatkan keindahan cerpen ini.
    keempat: Minta maaf sebab tegur.

  • (Penulis)
    4) hahah. saya terima seadanya sdr mr_kajiwa kerana saya masih baru dalam penceritaan cerita pendek ini.
  • 5) Dari mana datangnya gula,
    jika tidak dari tebu nya,
    Dari mana datangnya lama,
    jika tidak dari baru nya.

    *saya pun orang baru..

  • (Penulis)
    6) saya setuju dengan mr_kajiwa.

Cerpen-cerpen lain nukilan Teratak

Read all stories by Teratak