Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pada Malam Itu, Separuh Daripada Hatiku Telah Mati

 

Malam itu aku buka lagi laman Friendster dia, tapi awal-awal lagi aku sudah setkan profil aku ke tanpa nama (anonymous). Supaya dia tidak mengesyaki bahawa akulah orangnya yang membuka laman Friendsternya 101 kali sehari.

 

Oh, dia tambah lagi seorang kawan baru! Wanita berusia 21 tahun. Semalam ada dua orang kawan baru yang dia tambah. Wanita juga.

 

Aku lihat di sebelah kiri. Mahu lihat siapa kawan-kawan utama dia yang dia senaraikan.

Pertama: wanita

Kedua: wanita

Ketiga: wanita

Keempat: wanita

Kelima: wanita

Keenam: lelaki (adik dia)

 

Di antara kelima-lima orang wanita itu, tak satu pun tersenarai nama aku.

Aku tengok pula status perhubungannya.

In a relationship

Ah, masih lagi!

 

Wahai hati, fahamilah KAU + DIA = MUSTAHIL.

Menyintai kekasih teman baik sendiri adalah mustahil akan terbalas.

 

Di dalam bilik empat segi yang pengap ini, kipas meja masih berpusing ligat. Namun, aku tetap dicengkam bahang.

 

Maka, pada malam itu buat kesekian kalinya aku telah membunuh separuh daripada hatiku dan mencampaknya jauh-jauh.

Aku berdoa, “semoga ia tidak bercantum lagi”.

 

Oh, aku lupa! Kesan parut itu tetap kekal selama-lamanya.

Dan buat kesekian kalinya aku meraung lagi di dalam bilik empat segi yang pengap ini.



2008

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) banyak lagi yg len di luar, cuma tggu kita jer bertindak (:
  • 2) sedihnya..
    sabar ye..
    mungkin jodoh kamu bukan dgn dia..
    berhentilah menyakiti diri sendiri..
  • 3) diari ke?

  • (Penulis)
    4) robot: aha! masalahnya xnk yg kt luar tu. nk kt dpn mata ;P
    misz_azni: oh no! knape kaitkan cite ni dgn saya! hahaha!
    zinggof: bkn diari la, tp 50% pnah berlaku...haih!
  • 5) check profile true frenster...zap..jantungku di tusuk..hehehee
  • 6) wah, jangan jadi psiko sudahlah ya... kumbang masih banyak bertebaran lagi di alam ini...

    nice one!

  • (Penulis)
    7) rain: oops! dh tertusuk ke?
    ridh: kumbang mmg bnyk, tp nk cari yg berkenan tu payah. tq!
  • 8) hurm
    oke mcm selalu buat part yang frenster tu
    huhu
    tp itu 2008
    harapnya dah oke kan, kamalia?

  • (Penulis)
    9) ucu: aha...! cerita ni umum. xde kena mengena dgn sesiapa...(termasuk si penulis ). kalau ada tu kebetulan la..! hahaha!
  • 10) oh penah berada di situ, eh?

    haha..bodo giler bukak profil org tu juta2..bukannya ade pape yg brubah pn (smbil tunjuk tgn looser pada diri sndrik)
  • 11) hehe kadang featured friend tu, kita tak set pun pandai2 je dia bubuh.
    dah la entah2 sape2. eee.
    pastu gf tuduh macam2.

    (pengalaman org lain)
    keh keh

  • (Penulis)
    12) syud: tak bodoh kot, obses skit je
    caha: "(pengalaman org lain)". ye ke??
  • 13) bersifat cerkon, setitik perasaan yang dihurai secukup rasa, tak berlebih, masih tersekat, terbatas. Sangat memuaskan.

  • (Penulis)
    14) kak maria: terima kasih
  • 15) hehe. pernah buat keje gila ni jugak. haha.
    btw kamalia, the time will come. ada tuh nanti jumpa kumbang kacak bergaya.
    no worries, i'll keep my fingers cross for you~

  • (Penulis)
    16) walla: aha...saya tau ramai yg buat keje cmni..hahaha! kumbang kacak bergaya tak nmpak saya lg...hahaha!
  • 17) walaupon pendek tapi menarik.. harap ada sambungannya

  • (Penulis)
    18) kueh: tq. mmg nak smbung tapi kalau sambung mcm tak berguna sbb x ada penyudahnya huhu!
  • 19) seperti biasa, cerita kamu memang mengesankan dan tidak bertele-tele.enak! Cuma, kalau mencintai kekasih sahabat baik tidak bagus, lebih baik kamu mencintai suami orang(asal saja isteri suami orang itu , seorang yang solehah)..hu hu.hu..
  • 20) isteri suami orang? hmmm maksudku, isteri lelaki yang dicintai kamu..heh he

  • (Penulis)
    21) Kurusawa: hahaaha, terjatuh cinta pada salah org nk buat cmne? terima kasih

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia