Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Nota istimewa sempena ulangtahun kelahiran Engku

Cerpen sebelumnya:
Pada Malam Itu, Separuh Daripada Hatiku Telah Mati
Cerpen selanjutnya:
Lovebug(Epilog Cinta)

Nota istimewa sempena ulangtahun kelahiran Engku  – Selamat  menyambut ulangtahun kelahiran ke-48

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Engku,

                Hari ini 5 Jun 2009, genap umur Engku 48 tahun. Juga sudah 22 tahun Engku mendirikan rumah tangga dengan mama. Anak sulung Engku yang seorang ini pula sudah berumur 21 tahun. Harap sms Along pagi-pagi subuh buta tadi sampai pada Engku. Kalau tak sampai, Along nak saman Maxis sebab tak sampaikan sms ucapan tu.

                Selamat hari lahir yang ke-48 tahun kepada Raja Abdullah b. Raja Jaafar. Dalam tiap-tiap kali selepas solat, doa along tidak pernah berubah. Bukan cuma hari ini along melafazkan ayat ini. Semoga Engku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilimpahi kurnia serta kebahagian rumah tangga dan keluarga yang berpanjangan hingga ke akhir hayat oleh Allah S.W.T.

Nota 1 :  Tujuan

                Tujuan Along mencoret nota istimewa ini ikhlas dari along bersempena hari kelahiran Engku. Bersempena hari istimewa molek benar kiranya along mengambil peluang untuk memohon ampun dan maaf segala dosa dan salah silap yang pernah along lakukan bermula saat Engku melaung takbir untuk Along di Hospital Mentakab, Pahang pada 2 Mei 1988 jam 7.15 pagi, bersamaan 15 Ramadhan 1408 hijrah hinggalah ke tarikh ini 5 Jun 2009 bersamaan 11 Jamadil Akhir 1430.

            Bersamaan umur anak sulung Engku yang menulis nota istimewa ini, sudah 22 tahun Engku bergelut membahahagiakan keluarga kita. Walaupun ada ketikanya keadaan menjadi agak tegang, Along masih ingat waktu Along berdiri di depan Engku untuk menghalang Engku dari menampar Syaqinah. Sebenarnya perkara yang terjadi bukanlan salah Syaqinah dan kerana itulah Along berada di pihak Syaqinah. Along tidak lupa peristiwa itu, tetapi Along sudah lupa tarikhnya. Along minta maaf atas peristiwa itu.

Nota 2 : 2000 – Along 13 tahun.

            Pada tahun 2000, tahun akhir Engku di bekerja di Gua Musang, Kelantan. Ketika itu Engku sudah berpindah ke Pahang, atas dasar protes kepada pihak majikan yang menukarkan Engku ke Johor lantas Engku berhenti dari kerja. Dari peristawa itu Along perhatikan Engku adalah seorang yang keras kepala. Oleh itu, seperti kata pepatah lama mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, mana tak gugurnya hujan kalau tidak ke bumi. Terima kasih kerana mewariskan sifat itu kepada kami anak-anak Engku.

            Tapi ketika itu sangat sukar bagi Along. Dalam umur 13 tahun, Along yang selama 12 ini tidak pernah berpisah dengan keluarga terpaksa menerima kenyataan untuk berpisah buat sementara dengan jarak beratus batu jauhnya. Along meneruskan persekolahan untuk menghabiskan tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Dato’ Ismail, Gong Kedak, Pasir Putih. Tentu Engku masih ingat setiap kali Along telefon Engku di Pahang, suara Along tersekat-sekat menahan sebak rindu kepada keluarga yang jauh beratus batu melangkah negeri. Saat Along menulis nota ini, Along tersenyum sendiri mengingatkan peristiwa ketika berumur beberapa tahun lepas yang sungguh naif, ikhlas, dan mudah menangis. Sungguh naif kehidupan di sebuah sekolah agama dalam kampung yang sangat jauh dari bandar dikelilingi kebun tembakau. Ampun dan maaf sekiranya Along pernah menyentuh hati Engku.

Nota 3 : 2002 Along 14 tahun

Pertukaran Along ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh dan tinggal di asrama ketika tingkatan dua telah mengajar Along makna apa yang disebut sebagai dosa, noda serta dunia seorang remaja yang baru meningkat perkiraan umurnya. Pada tahun itulah Along belajar merokok dari Syafiq (seorang sahabat terbaik yang aku sekarang sudah aku anggap saudara aku sendiri pada hari ini. Dari tingkatan sehingga hari ini aku masih sebilik dengan Syafiq.). Namun waktu itu Along masih belum kenal erti sahabat. Ketika di tingkatan dua, disiplin Along masih di tahap terkawal. Along juga faham dengan tahap kefahaman yang tinggi tiap patah ayat dan perkataan yang ditulis sebagai peraturan-peraturan(cuba bayangkan tembok di Palestin) untuk menjadi pelajar “skema” di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh yang telah dicatan di dinding setiap blok bangunan di sekolah itu. Oh ya, tidak termasuk pondok pengawal dan pondok bacaan (masih ada juga tapi tergantung di kayu alang pondok). Along juga masih lagi berjaya dan berusaha (70% tiru dan 30% buat sendiri. Biasanya karangan aku buat sendiri) untuk menyiapkan latihan-latihan, nota-nota serta mengikut arahan tenaga pengajar yang mengajar Along. Satu kesalahan terbesar(bayangkan anda adalah salah seorang pasukan berani mati yang telah menghancurkan WTC dan Pentagon), Along pada umur ini adalah belajar merokok dan hasilnya amatlah memeranjatkan iaitu sehingga kehari ini Along masih merokok dan telah dengan rasminya melantik diri sendiri untuk menduduki kerusi YB perokok tegar. Along pohon ampun dan maaf atas silap besar yang satu ini. Engku doakan Along supaya berhenti dari tabiat merokok mengikut jejak langkah Engku. Seingat Along, Engku mula kurang merokok pada tahun 2000 selepas berpindah ke Lanchang dan berhenti merokok pada tahun 2004. Along minta maaf.

Nota 4: 2003 – Along 15 tahun - PMR

            Tahun 2003, Along akan menduduki satu ujian agak penting (kononnya ketika itu, sekarang baru aku sedar PMR sekadar untuk memilih bidang yang akan diceburi di masa hadapan.), Peperiksaan Menengah Rendah masih lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh yang merupakan sebuah sekolah menengah gred A dalam daerah Temerloh (kononnya!!). Mungkin, diulang mungkin,  atas dasar pentarafan itu, SMKT tidak mempunyai pengetua selama beberapa tahun untuk mencari pengetua yang benar-benar layak untuk menyandang jawatan itu. Sebuah sekolah yang tidak berpengetua ibarat kapal yang tidak mempunyai nakhoda. Ketika itu Along berada dalam kelas rancangan khas yang mempunyai matapelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab Komunikasi. Bermula pembelajaran pada tingkatan ini Along mula belajar untuk menjadi seorang pelajar yang tidak mengikut arahan lagi. Satu demi satu cara dan alasan dicipta untuk mengelak dari menghantar tugasan dari para guru. Minit demi minit tiap masa berdetik, “tanduk” mula tumbuh di kiri dan kanan kepala seorang pelajar yang nama selepas perkataan “bin”nya tertulis Raja Abdullah ini.

            Psikik - Siri Pembacaan Fikiran Engku

Pada tingkatan ini juga Along mula belajar menjadi seorang pelajar yang kononnya mengikut trend. Along mula pandai memilih kasut berjenama Converse All Star berharga RM69.90 walhal sebelum ini Along cuma menyarung kasut berjenama All Amerika berharga sekitar RM20-RM30 yang sama rekabentuknya. Engku, terima kasih. Engku, seorang bapa terbaik yang dianugerahi power super-extreme-memahami dan super-extreme-layan karenah anak-anak sekolah yang berbagai rupa bentuk. Engku sanggup belikan Along kasut sekolah Converse All Star ada line kaler merah dan biru(All America tak ada line). Dalam nota yang cukup istimewa ini Along cuba baca fikiran Engku yang sangat melayan karenah anak-anak. Mungkin tekaan Along tepat, atau sipi-sipi, ataupun lansung tak kena. Ayat pertama yang Along nak taip dalam siri pembacaan fikiran Engku ni adalah, “TERIMA KASIH ENGKU”. Satu hari balik dari asrama Along datang dekat Engku, “Engku, Along nak kasut sekolah Converse.” Engku paling muka pandang Along pun tiba-tiba keluar suara dengan tandatanya di hujung ayat, “Kasut lama mana?” Along cuba bina muka cool yang tersendiri, tapi macam biasa – Makin tua kelapa, makin lemak santannya. Muka yang Along bina pada waktu kalau dari pandangan orang lama-lama sangat super-plastic. Tidak mengapa, Engku bukan pandang muka, Along dengan espresi wajah selama bersama intonasi suara mendatar “Hilang, kena curi kot.” Along cuba-cuba intai air muka Engku. Jalur wajah dia mencorak satu espresi yang mungkin tepat, sipi-sipi atau tak kene lansung dengan tekaan Along. Dari air muka Engku, Along cubat selam sampai dasar lubuk hati Engku(risau juga lemas), dan Along berjaya dengar suara dari dasar lubuk itu bergema dalam halusinasi bunyi yang tercipta pada satu tempat(boleh dikategorikan pancaindera ke-6 rasanya) yang tuan punya badan sendiri tak dapat pastikan, lalu Along rakamkan di sini “Tak trick lansung anak bujang aku ni nak menipu, takkan la ada makhluk hina-dina nak curi kasut All America harga RM30, miskin sangat ke mak bapak dia. Kesian, sedekah ikhlas je la.”

Esoknya Engku bawa Along ke kedai yang jual kasut Converse. Along pilih kasut yang jadi idaman dan nak ikut trend masa tu, tengok harga pada tag RM69.90. Tauke kedai awal-awal lagi tampal manila kad bertulis “tak boleh kurang” saiz ngam-ngam muat tulis ayat tu. Engku ambil kasut tu hulur pada pelayan amoi yang setia menemani kami anak beranak. Amoi tu bawa kasut ke meja kira. Engku keluarkan dompet kulit jenama Crocodle yang sudah usang dimamah usia dari poket seluar belakang belah kanan, yang hanya tebal dengan resit-resit barang runcit termasuk resit pajak gadai rantai emas Mama. Masa Engku hulur not RM50 sekeping + RM10 dua keping pada amoi cashier tu, Along tertengok dan terbaca jalur kerut air muka Engku yang sangat jelas illustrasi bahasa tubuhnya samaada Engku sengaja atau tak mengillustrasikannya, telah mencetak satu gambaran membayangkan betapa harapan super-extreme-tinggi Engku pada Along supaya dengan kasut Converse Along belajar rajin-rajin. Tapi, Along minta ampun dosa yang satu ini pada Engku. Along telah berjaya membuatkan Engku terlakar, atau melakar illustrasi air muka sekali lagi. Tapi bacaan Along kali ini sangat-super-berbeza. Sangat kontra. Macam warna hitam dengan warna putih. Along dapat terjemahkan yang air muka Engku tu melakarkan satu illustrasi yang agak-kecewa dengan keputusan PMR aku. Engku, Along minta maaf lagi sekali.

  Tingkatan ini juga Along sudah mula belajar “fly” untuk “runner rokok” atas arahan abang-abang senior. Melalui cara itu, dengan mudahnya Along berjaya memperoleh ”lesen” dari pihak abang-abang senior. Bermula saat itu, Along mula belajar melakukan “jenayah kecil-kecilan” di asrama dan sekolah. Namun pihak sekolah masih belum sedar akan revolusi budaya serta konflik watak umur yang mula Along jadikan dirinya bahan eksperimen kononnya untuk maju seiring dengan peningkatan umur. Along lakukan itu dengan alasan itu adalah satu budaya remaja dan mencari pengalaman. Satu alasan super-extreme-bangang(kalau fikir balik masa tengah taip ni, dan masa tu “aku la yang paling brilliance pakai ayat ni”) yang Along cipta dan jadikan itu sebagai -Raja Fiqri Fauwaz “life code of ethics”- pada jiwa, pemikiran pra-matang Along ketika itu tahun 2003. Along mula berkenalan dengan perkataan Skin Head, Punk, Black Metal, selain aliran-aliran seni muzik bawah tanah berserta perjuangan-semangat-sangatla yang wataknya dimainkan oleh manusia-manusia yang memperjuangkan seni, perjuangan, dan kehidupan tanpa prejudis kononnya sambil mereka suntikkan idea-idea, fakta-fakta, hujah dan perjuangan dengan perlaksanaan sistem undang-undang ciptaan mereka  pada fikiran seorang remaja yang sering bertanya pada diri sendiri soalan seperti “Siapa aku?” “Aku hidup untuk apa?” “Remaja aku untuk apa?” dan malangnya salah seorang daripada remaja yang bakal disuntik itu adalah Along, jasad pertama yang keluar dari rahim Puan Junaidah Ahmad.

Harap Engku boleh maafkan karenah-karenah bagai Along yang macam anak tak sedar diuntung. Along mintak maaf sangat-sangat kalau permintaan Along yang bagai sangat tu mengguris hati dan perasaan Engku. Engku, Along mintak halal dan redha semua belanja beberapa pasang Converse yang pernah Engku laburkan untuk saham semangat-nak-belajar anak bujang Engku. Tapi sayang, saham Engku rugi. Along minta maaf sangat-sangat sebab khianat dengan pelaburan Engku untuk saham semangat-nak-belajar, dengan duit saham Engku labur tu, Along buka kompani baru, aku-stylo-sarung-converse. Along mintak maaf.

Nota Istimewa – Idea datang tak sengaja

            Hari ini, ketika menggarap nota ini Along terfikir satu idea bahawasanya 15 tahun pada tahun 2003 adalah satu peringkat umur dimana seorang manusia mula mencari siapakah sebenarnya dia? Untuk apa dia dicipta dan menjadi seorang warga bumi? Apa pula yang perlu dia perjuangkan dalam kehidupannya? Nama-nama, watak dan perwatakan manusia durjana penipu besar dicipta dan dilahirkan di media kononnya untuk bahan hiburan namun tanpa mereka sedar atau buat-buat tak sedar watak itu telah menjadi pedoman buat seorang manusia Bangsa Melayu yang akal fikirannya mula terbentuk untuk mencari diri sendiri dan malangnya manusia itu baru sahaja mengenal tanah bumi Malaysia sekadar hanya selama 15 tahun. Kononnya watak dalam media itu gah. Kononnya watak dan perwatakan yang dimainkan mereka itu adalah lurus mengikut hukum alam perjalan hidup seorang manusia maju dan mengikut peredaran zaman yang semakin canggih. Kenapa perlu ada makhluk bodoh yang mencipta watak angkuh kaum hawa berbangsa Melayu beragama Islam yang dengan bangganya menayangkan hemisfera-ada-dua, didatangkan bumper-belakang yang sporty. Along tak pernah kisah kalau tuan punya hemisfera-ada-dua dalam media tu yang kena kelar, atau bumper-belakang-sporty dia yang kena potong buat daging kotak beku. Tapi Along cukup kisahkan adik perempuan Along, Syaqinah, Damia, Sofea yang akan juga mencecah umur 15 tahun kalau diizinkan Yang Maha Esa. Hampir 80% Along yakin, Idea yang Along luahkan diatas tadi akan terjadi pada Syaqinah, Jamilah, Latipah, Maznah dan Engku serta bapak-satu-spesis macam biasa, tetap dengan sikap super-extreme-memahami yang menjadi satu keistimewaan pada Engku. Engku tak pernah marah Syaqinah kaler rambut. Engku tak pernah bising tudung sekolah Syaqinah singkat, kain biru Syaqinah tergantung. Engku sekadar pandang sekali imbas Syaqinah pakai baju promosi hemisfera-ada-dua dengan jeans promosi bumper-sporty. Tapi kalau dah sampai satu tahap, ada juga masanya Mama datang bisik dekat telinga Angah, “tolong marah Syaqinah tu balik lewat-lewat malam, die takut dekat angah”. Tapi kenapa Angah? Sebab Angah boleh dan mampu lempang Syaqinah  depan kawan-kawan dia dan Engku takkan marah Angah kalau tu salah Syaqinah.  Kenapa tak Along? Sebab Along dah agak “America” so dia tak pernah peduli mende tu semua. Dressing code and Ethics dalam hidup Along senang je, kau pandai-pandailah tutup dan cover segala accessori yang boleh buat tuan-punya-adeq-rakus tak duduk diam, suka kaki kau lah nak pakai apa. Jangan sampai Along nampak Syaqinah duduk seat belakang sandar hemisfera-ada-dua dekat dinding-belakang-rider atas seat kenderaan beroda dua sudah. Takkan roda dua je, Roda 4 tak apa? Diskriminasi la Along ni, ala-ala mata duitan pun ada jugak. Along cakap, “roda 4 tunggu umur dia naik lagi, umur ni dia berani roda 2 je”. Komfem ke Along? Along cuma angguk buat muka konfiden 50%. Macam biasa, orang tengok memang percaya.

 

Nota Ideologi Karut - Amaran Keras!!! : 18 pl

Ini adalah ideologi karut yang digenerate secara automatic oleh super-power-processor, salah sebuah teknologi canggih yang tak sempat charge battery.

Masa menaip nota istimewa – idea datang tak sengaja di atas, khas dan tentunya istimewa buat Engku, alarm sistem pemprosesan Along tiba-tiba berbunyi dan mengejutkan satu IDEA(ataupun ini hanyalah sekadar khayalan pelik Along yang tak cukup tidur, jadi jangan pedulikannya nota istimewa ini kalau Engku macam tu). Sekarang ini pada tarikh ini, cuma jarum saat dan teknologi angkuh yang kononnya ciptaan makhluk spesis manusia sahaja yang bergerak secara lurus dan mengikut peraturan yang telah diaturcarakan contohnya NOMBOR yang skrip asasnya adalah 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9, Namun, jenis makhluk canggih berjenama Manusia(ciptaan terbaik Yang Maha ESA) yang telah didatangkan bersama modul-modul percuma dan istimewa berupa(bukan modul third party) :-

  • Fungsinya sebagai khalifah dan makhluk pintar di muka bumi,
  • Sistem pemprosesan super-extreme-baek, super-extreme-canggih, super-extreme-laju, super-power-ranger (dan perkataan-perkataan lain yang menggambarkan maksud sama. Pembaca sila tambah sendiri perkataan anda) yang dijenamakan sebagai akal dan fikiran (copyright)
  • Sistem seni khas yang bahasa pengaturcaraannya super-extreme-sukar didecode dan cukup super-extreme-abstrak untuk diterjemah yang dijenamakan sebagai jiwa dan perasaan (copyright) didatangkan bersama modul-modul sub percuma:
    •  Dijenamakan sebagai cinta, sayang, marah, bengang, sengal (copyright) dan banyak lagi jenama lain yang tidak akan muat mukasurat ini jika Along mahu senaraikan semuanya.

pada ketika ini, zaman ini, yang telah didaftarkan dengan jenama zaman millenium  (copyright) pada saat perkataan INI ditaip jam 11.16 am bertarikh 5 Jun 2009, segala (teknologi canggih) sedang bergerak secara rawak, tidak lagi mengikut peraturan dan segala scipt-script dan coding-coding “if else or dll” telah berjaya dicrack dan dikacaubilaukan arahan asalnya seperti yang telah diaturcarakan. Juga tiada lagi peraturan nombor 0 hingga 9 untuk diikuti. Makhluk terbaik atau teknologi canggih yang dicipta khas dan dilantik sebagai khalifah (perkataan lainya adalah pemimpin) di  muka bumi kini sekadar tahu :

  • Berbalah sesama spesis untuk merebut kuasa memerintah :-
    • Contoh
      • Depan mata. Tengok Negeri Perak.
      • Merebut kelebihan dan pengkhususan yang dicipta oleh Yang Maha ESA untuk spesis lain :-
        • Contoh
          • Penciptaan bom atom, bom nuklear, berbagai kajian bio-teknologi atau mencipta aspirin dari haiwan.
          • Memusnahkan samaada dalam keadaan sedar atau tidak segumpal tanah berjenama Bumi : untuk memudahkan pemahaman Bumi ini umpama sebuah pondok kecil yang disediakan  oleh Pemilik (Maha ESA) untuk hamba hinaNya (manusia) yang berbagai bangsa (skala besarnya adalah spesis-spesis lain) tinggal bersama, berkongsi secara adil dan saksama serta saling bantu membantu diantara satu sama lain. (dalam contoh dibawah penulis gelarkan “manusia” sebagai “teknologi canggih” dan “makhluk lain” sebagai “teknologi”)
            • Contoh :
              • Teknologi canggih ini telah dengan sempurnanya menggunakan sepenuhnya sistem pemprosesannya tetapi malang dan sayang sekali, tiada sedikitpun sistem seni khas digunakan, telah mencipta satu teknologi baru lantas di daftar hakcipta terpelihara milik mereka kononnya, namun sebenarnya teknologi itu hanyalah sekadar ciplakan dan pengubahan  (reverse code engineering a.k.a crack technology) dari pengaturcaraan,  pengkhususan dan kelebihan teknologi lain sebagai teknologi ciplak super- angkuh yang berfungsi sebagai alat bagi merebut sedikit ruang untuk keselesaan kategori mementingkan diri sendiri di dalam ruang sempit pondok kecil pinjaman yang luasnya tak pernah berubah, tetapi penduduk dan penumpang semakin ramai ini.

Nota 5 : Along 16 tahun  - 2004

“Tingkatan empat ramai pelajar yang menggelarnya sebagai “Honeymoon Year”” kata salah seorang penceramah “semangat” yang pernah datang untuk cuba menyuntik ideologi-ideologi asing pada kami, kumpulan pelajar “school-is-playground” cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh. Cuma berpandukan secebis ayat yang sempat “ter”record(record nak buat pasang semula dalam kelas lepas tu kritik-gelak-kutuk) pada ruang memori “N-Gage-cakap-macam-pelik” (itupun mujur sempat kerana teknologi aneh ini sudah memberi amaran berkali-kali “baterry low” pada muka screen) yang secara ikhlasnya di-sponsor oleh pemilik rasmi iaitu Dato’ Mohd Firdaus Abu Bakar – menjawat jawatan sebagai pengkritik tetap hasil seni d’dinding “art gallery - tandas blok gading”. Dari analisa data yang berjaya diperoleh walaupun ada sikit-sikit bercampur suara Dato’ Firdaus menguap, dipercayai beliau (penceremah semangat) adalah salah seorang penyebar utama yang mempunyai dan juga memegang jawatan sebagai orang atasan satu ideologi yang kurang mendapat sambutan tapi mesti ada punya pengikut yang digelar oleh kami, pengikut setia ideologi “sempoism

***

Amaran Kementerian Pelajaran Malaysia – Department Ideologi

Ideologi yang super-pelik-extreme-aneh. Jangan ikut ajaran sesat ini. Bahaya. Namun, jika anda seorang pelajar yang menjadikan buku teks Sejarah sebagai teman berbual, selain menganggap kartun-kartun classic dalam buku teks tersebut tahap coolnya adalah sama dengan UTOPIA, silakan untuk menganut dan mendalami lagi Ideologi pelik ini. Jangan hairan jika dalam masa 4 bulan tebal spek mata anda adalah 3 inci. Terima kasih.

!!!-SKEMASM-!!! ß Jauhi ini jika anda tidak mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas.

***

                Makanya, selepas keputusan PMR keluar atas pesanan dan saranan dari pihak Engku maka Along telah bersetuju sebulat suara untuk memohon jawatan sebagai pelajar di Sekolah Menengah Teknik. Senang sahaja caranya, beli nombor PIN borang pendaftaran permohon SMK(T) di BSN, (mintak maaf lupa harga sebab save dalam temporary disk sahaja. –ngek, otak ko ade temporary disk? Gile canggih). Antara matapelajaran yang jadi pilihan Along ketika otak masih belum berkembang umur 16 tahun adalah, satu subjek yang paling Along ingat – Pengaturcaraan Komputer. Eh.. Along Ingat, hebat gila. Mesti ada some sweet memories kan. Cerita la sikit. Cis. Ok, Aku pelupa. Ok aku cerita. Kenapa Along pilih subjek macam tu? Sebab Along antara ahli dengan jawatan tertinggi Persatuan “fly-pergi-cc” Asrama Putera Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh(tak pasal-pasal)a. Selain itu, Along ingat sangat pun sebab Along berjaya untuk menjadi salah seorang pemegang jawatan – pekerja am.. Eh, pelajar di Sekolah Teknik dan subjek pilihan yang Along berjaya dapat adalah Pengaturcaraan Komputer di Sekolah Menengah (T) Tengku Amfuan Afzan – nama manja sekolah teknik tu “Sementaa”.

                Nota peristiwa bersejarah “Sementaa”

Sekolah Menengah Kebangsaan (T) Tengku Amfuan Afzan

Namun beberapa tahun selepas itu Angah pula berjaya diterima untuk menjawat jawatan sebagai  “Pelajar-Banyak-Langsi” di Sementaa . Angah dengan redhanya telah menerima bidang yang dia..(tak pasti Angah suka ke tak masa tu, tapi sekarang nampak macam suka) bidang Angah dikenali sebagai bidang automotif atau bahasa yang agak kampung, pomen. Tiba-tiba dengan kuasa psikik tahap ke-empat Along yang kadang-kadang “false-positive”  telah mengesan ada sesuatu yang tak kena dengan sekolah tersebut, kerana Sementaa seperti sengaja dan memang mahu atau paksa mahu juga, salah seorang baka keturunan Raja Abdullah menjadi warga yang menjawat jawatan pelajar di institusi pengajian teknik menengah tersebut. Tepat sekali intuisi psikik tahap ke-empat tersebut. Angah berjaya melantik dirinya sendiri secara rasmi untuk menjadi waris pertama yang telah membuatkan Engku menjejak kawasan dalam pagar Balai Polis Bentong. Juga kali pertama Engku dengan  relahati(?) mencemar duli dan terpaksa pecah pantang, untuk menjamin warisnya yang kedua dan sungguh bertuah itu keluar dari Lokap.

Peristiwa Angah masuk lokap pada mulanya tak sampai ke telinga Along. Along pun memang tak sangka perkara macam ni boleh berlaku. Tak mungkin perkara sebegitu berlaku dalam persatuan darah daging Engku, atau mungkin ia sekadar saki baki badi daki Ayahde Sabaruddin yang Penjara Penor itu rumah keduanya. Abaikan cerita Ayahde. Along pulang ke kampung pada satu hari, hari Jumaat(tarikh lupa, maklumlahhhh..). Along masa itu cuti selepas exam midterm kalau tak silap lebih kurang seminggu tempoh citunya(sorry, harddisk lama tak scan). Angah juga ada di kedai. Mungkin asrama balik kampung minggu ini. Psikik Along sekadar “running” pada tahap 0.5 sahaja. Tiada keanehan atau kepelikan. Selain kucing yang baru beranak tiga ekor itu, rasanya tiada apa lagi yang berubah. Tiada apa yang patut aku risaukan. (Woi!! Dah balik kampung enjoy la, pikir ape lagi..)  

Hari berlalu macam biasa, sentiasa macam Pekan Lanchang,

 Sampai hari isnin, angah masih belum pulang.

Masuk hari selasa angah masih terlentang.

Hari rabu melangkah angah ada lagi terbungkang,

Kuasa psikik Along tiba-tiba mengeluarkan respon pelik yang memang ganjil. Tak pernah berlaku sebelum ini. Ada sesuatu yang besar sedang didramakan oleh mereka. Engku, semestinya memegang watak utama. Mama, watak kedua yang mengikut arahan Engku sebagai watak utama. Manakala Angah, watak penting yang membuatkan drama ini terpaksa dilakonkan. Along dengan kuasa Psikik tertinggi mencari jalan penyelesaian terbaik dan terpantas yang penting senang untuk bekerjasama. Sudah tentu Along akan mempergunakan Angah untuk menyelesaikan misteri drama ini kerana dia adalah watak yang telah memaksa Tok Dalang menarikan patung-patungnya dan melagukan dialog-dialog mengikut irama serta suara-suara berlainan mengikut watak yang sedang ditarikan.

Step pertama, Along akan menyelesaikan salah seorang pelakon yang cuma mengikut arah. Berurusan dengan beliau cukup mudah. Peluk sahaja beliau dari belakang, dan cium pipinya. Berkat keikhlasan seorang anak yang melafazkan kata cinta kepada ibunya dengan sedikit espresi laksana siri realiti tv, maka cairlah hati seorang ibu laksana ais cube yang diletak atas tar masa jam 12pm. Dengan lafaz bismillah di dalam hati, Along memulakan misi. “Ma, lapar la,” kelihatan mama mengukir senyum dengan anggota di wajahnya yang dilabel sebagai bibir. “La, makan je la... Makanan banyak tu.” Ayat yang keluar dari bibir mama sudah dapat diagak dengan cuma menggunakan kuasa psikik tahap 0.5 sahaja. Waktu inilah yang paling sesuai untuk Along mempraktikan latihannya selama ini. Setelah latihan bertubi-tubi untuk mengasah bakat melakonkan mimik wajah, inilah waktunya untuk membuat ujian kelayakan. Along cuba mengillustrasikan mimik wajah seorang remaja yang tidak berselera untuk makan. Nampaknya illustrasi mimik wajah itu berjaya membuatkan mama tersenyum. “Ma, angah tak sekolah ke?” Akhirnya. Seorang anak sulung yang berada dalam mode *super-confiuse* ini berjaya juga melafazkan ayat yang sudah lama tersekat di kerongkongnya. “Angah kena gantung, kes rokok.” Akhirnya, perkara yang paling banyak makan ram dan membuatkan otak asyik lag ini berjaya menghabiskan loadingnya. Namun, drama ini masih belum tamat. Along perlu juga kepastian dari tuan punya badan

Macam biasa, dengan sedikit pengalaman “buat-muka-plastic-real” Along memulakan dialog dengan Angah di suatu lokasi terpencil yang Along yakin 100% tiada mata-mata gelap sedang menjalankan misi undercover mengintip pergerakan Along. “Apasal tak balik asrama,” Angah diam mula-mula. Angah diam, diam... Diam dan diam lagi. Sebagai seorang remaja yang sudah tamat zaman persekolah, Along memahami keadaan Angah dan beri dia peluang dan masa untuk melepaskan beban yang kukuh menindih ruang akalnya. Sangkaan Along kali ini telah disangkal dengan jayanya. Sangat... Arh, tak dapat di espresikan rasanya perasaan itu. Ibarat, tikam Mohd Ali, yang mati Mohd Abu. Faham? Sebenarnya Along menjangkakan sesuatu yang agak mencabar dari Angah. Namun, dengan selamba dan sedikit espresi wajah cool, “kena gantung ostel, kantoi urine boh.” Perasaan yang hadir jadi peneman jiwa masa itu satu perasaan yang unik, aneh, seni, cool dan ais krim soda kamu campurkan jadi satu. Entah apa rasanya, namun semua bancuhan itu sudah diketahui adalah kegemaran.  Sesuatu yang sangat berbeza dari sebelum ini. Belum pernah Along merasakan perasaan maha aneh ini. Kamu? Apa perasaan kamu bila ibu kamu menyembunyikan sesuatu dari kamu dan helahnya pecah begitu sahaja. Apa perasaan kamu. 

Along jumpa mama, dan terus terang dengan mama. “Kenapa mama sorok,” Along lafazkan ayat itu dengan wajah ikhlas sepanjang kehidupan Along sebagai manusia berakal yang dirempah dengan campuran perasaan aneh bercampur baur. Mama diam, dan terus berlalu.

Engku, Along minta maaf terhadap apa yang berlaku. Terus-terang Along tak mampu mengawal Angah. Dia adalah jiwa dia, dia dikawal oleh perasaan dia atau perasaan dia yang mengawal dia dan Along dapat rasakan dengan yakin kes Angah ini akan dan sungguh sangat-sangat menyentap naluri, dan mencabar tanggungjawab Engku sebagai seorang bapa. Bagi pihak Angah, Along yang menunaikan tanggungjawab sebagai Abang Sulung,  super-extreme-memohon, super-extreme-meminta(dan lain-lain perkataan perkataan yang menggambarkan maksud yang sama seperti itu) maaf atas kesilapan kelakuan seorang anak lelaki yang telah mengguris perasaan Engku sebagai seorang bapa. Along percaya serta ditambah lagi dengan perkataan yakin, peristiwa ini sangat-sangat mencabar kewibawaan Engku sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab.

                Namun, kuasa Psikik tahap-4 tiba-tiba membina sebuah dinding virtual bersama sebuah signboard led dengan lampu bergerak keluar dari kiri ke sebelah kanan tertulis nota berbunyi(?) ok!!! berilustrasi “SMKT Guru Abadi Kehidupan Raja Fiqri” di pintu pagar besi warna maroon di pintu masuk utama Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh untuk menghalang Along dari keluar dari Sekolah Menangah yang Pn. Junaidah iaitu mama kepada Along juga menghabiskan zaman persekolah di sini. Senang kata, SMKT tak bagi Along keluar dari sekolah ini. Kalau Along keluar banyak benda perlu diubah dan dibina semula untuk kestabilan SMKT.

Antara persatuan yang bakal terjejas teruk  :-

  • Persatuan “fly-pergi-cc”  : kehilangan Presiden serta perancang utama aktiviti kelab.
  • Persatuan “tengok-tv-malam-dalam-bilik-prep” : Hilang undercover terbaik 2002 – 2003
  • Persatuan “curi-line-public-phone” : Hilang perancang utama, Pengguna tetap.

Selain dari ini beberapa lagi persatuan pelajar Asrama SMKT bakal terjejas teruk jika Along berpindah. Kemungkinan juga berlakunya konflik dalaman ketika proses mencari ahli baru.

Intro nota 4 – 2004 di atas Along jadikan alasan dan berjaya membuatkan Engku akur dengan alasan Along itu untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar(pemain). Ok!! Tipu la kalau Along betul-betul alasan kat atas tu. Ni serius àLagipun, satu alasan yang paling kasar Along guna untuk menjadi ahli SMKT, di SMKT Along di Kelas Sains. Ya, Along tak tipu. Along berjaya menjadikan kelas 4 Gamma sebagai medan menguji minda dan tahap daya tahan kepada keMALASan. 4 Gamma adalah nama manja kelas itu. Jika panggilan dari segi subjek yang spesifiknya adalah  4 Sains Fizikal. Along serta ahli kumpulan 4 gamma yang berpaksikan ideologi - sempiosm - telah berjaya menawan kelas tersebut dengan ideologi kami.  Manakan tidak, awal-awal permulaan hari pertama kelas lagi sudah nampak, yang ideologi ini bakal disebarkan dengan jayanya. Raja Fiqri Fauwaz, waris sulung Raja Abdullah dilantik sebagai ketua kelas dengan majoriti undi angkat tangan. Bermula dari kejayaan itu, kami dengan jayanya menyebarkan ideologi kami ini hinggakan beberapa orang dari mereka yang sebelum ini tercari-cari ideologi untuk di jadikan paksi kehidupan dalam melakonkan watak sebagai pelajar di sekolah ini berjaya kami suntik dengan jayanya.

Atas paksi ideologi itu, Along dan beberapa orang barisan pemimpin tertinggi telah menjadikan SMKT sebagai taman permainan. Segala tempat tersorok kami jejak untuk dijadikan tempat ponteng. Penganut tegar ajaran ini semakin berani, sehinggakan suka-kaki-mak-cik dia orang je nak pergi sekolah ke tak nak. Biasanya, tempat strategik yang menjadi tempat ponteng sekolah adalah stor di dalam tandas atau, ahli yang agak “kering” jemput sahaja tidur di dorm A atau bilik sakit. Tapi keselesaan di dorm A dan bilik sakit ada risikonya. Kadang-kadang, sesiapa yang berani melakukan aksi mencabar itu bakal memenangi hadiah “jemputlah kaki Cikgu Duan ke tubuh saya” atau percuma “saya terima nikahnya rotan 2 depa besar jari hantu Cikgu Ariff Rozikin” atau lain-lain hadiah dari mana-mana cikgu yang beliau tiba-tiba terasa instinct untuk memeriksa bilik.

(Oi... Engkau dah lari tajuk, kitorang bukan nak baca kisah Ideologi karut kau, kitorang nak tau lagi apa salah kau dengan Engku kau)

 2004, selaku sebagai pelajar yang agak tinggi umurnya Along dah mula buat hal. Datang sekolah kurang. Masuk kelas pilih Cikgu. Benci cikgu ponteng kelas. Dari pagi sampai petang, orang semat-semat masuk baju dalam seluar, tapi baju kau singkat, tergantung ngam-ngam sampai pusat. Budak belajar lain, baju sekolah warna putih, tapi kau lusuh dah dekat-dekat nak kuning. Kasut ahli sekolah lain semua putih bersih, tapi kau kuning macam lalu lecah lepas hujan. Pelakon lain pakai lencana dekat poket. Kau tampal lencana dekat dahi. (ngek!!)

 Tiap-tiap malam “fly”. Snooker. CC. Dan jadi bilik study. Suka hati. Suka kaki. Belajar? Apa aku peduli. Sampai satu masa Cikgu mula menyampah dengan Along. Persatuan Cikgu barisan penegak keadilan (badan disiplin) mula memandang dan memantau kami, ahli-ahli ideologi sempiosm. Kami boleh dikenali dengan cara pemakaian. Tiada lencana. Baju yang cukup sekadar tergantung di luar. Kasut converse “season aneh”. Ada yang pakai stoken, ada yang tak pakai.  Rambut ada yang kusut, ada yang kemas. Tengok jiwa penganut juga la. Ada yang jiwa bunga. Layan la bunga dia. Tak ada dalam syarat-syarat ahli, tidak boleh hari bunga.

Pergerakan Along cukup lincah. Macam belut. Ada sahaja cara untuk melepaskan diri dari dicekup. Tapi sudah adat dunia, “Pro-pro rempit layan seret, akhirnya makan tar juga”. Tapi itu perumpamaan orang lemah. Along lebih syorkan perumpamaan ini, “Kalau takut lampu biru, jangan berani lepak dataran”.

Satu hari(sorry, tak ingat hari apa yang penting hari sekolah) Along dengan Dato’ Syafiq, lepak kelas lain. Kelas tingkatan tiga kalau tak silap. Malang memang tak pernah berbau. Tapi kalau kentut, tak kan nak mengaku(eh?). Tengah syok melepak-lepak dalam kelas, tiba-tiba seorang ahli SMKT berpangkat guru, bergelar Ahmad Zaki, seorang guru dari Kelantan akhirnya berjaya menahan kami dalam operasi yang dipanggilnya “OPS!! Lepak Kelah Laing”

Atas faktor-faktor lain, berserta kesalahan-kesalahan lama yang dikumpul, maka layaklah Along digantung persekolahan. Tergantunglah Along, dan lepak sahaja seminggu di rumah. Engku tak pernah cakap apa. Cikgu panggil dia datang. Cikgu panggil dia datang dan begitulah seterusnya. Tak Engku yang datang, Mama yang datang.

Orang tua sendiri tak pernah pedulikan apa Along buat. Apa ada dalam hidup Along sehari-sehari. Along makin hilang arah. Tiada lagi yang mahu menegur kelakuannya. Tiada. Hidup dia jadi kosong. Tak ada life. Orang tak pernah nak bagi perhatian sama dia.

Hari-hari akhir Along dalam tingkatan 4 tak ada yang special. Semua jadi perkara biasa. “fly?” Normal. “Balik kampung tiap-tiap minggu?” Normal. “fly petang ronda-ronda town?” Normal. Semua normal sampai Along bosan buat benda sama hari-hari.

Dan...

“Honeymoon Year” Along jadi biasa. Tiada yang “sepesial” sebab semua benda “sepesial” akhirnya jadi normal untuk Along. Mungkin selepas ini Along akan menganut ideologi  skemasm kerana dia ingan mencari sesuatu yang “sepesial”. Siapa tahu? Tiada yang tahu. Tapi Along tahu kamu. Sebab Along ada psikik. Kamu tentu fikir cerpen ini caranya gila, tempo cerita berterabur. Serta apa-apa lagi yang tidak konsisten. Atau tatabahasa yang berkecamuk. Atau kamu tentu fikir mana ucap maaf Along untuk Engku dalam nota 5 ini, selain Nota peristiwa bersejarah “Sementaa” . Selain itu, ligat dalam otak kamu sekarang tentu akan fikir mana nota 6 : SPM.

Nota 6 : 2005 – Tingkatan 5 – SPM

SPM = Saya Penganggur Muda.

Sekian. Tamat.

***

Terima Kasih. Jika anda ikut setiap patah kata dari mula sampai akhir cerpen nota istimewa buat Engku ini,  anda memang seorang pembaca yang sangat super-coooooooll. Anda tak perlu lagi baca note dibawah jika pembaca sampai disini. :D

Tapi. Terima Kasih itu tak layak untuk anda kalau anda trus skip cerpen ni lalu baca ayat yang sedang anda baca sekarang. Naik atas balik dan baca dari mula. Kalau malas, jangan baca lansung. Cerpen ni bukan dibuat untuk dibaca sekerat. CEPAT!!!!! KEATAS!!!!

 

Nota Pengarang :

  1. Tujuan saya menulis nota istimewa ini adalah sempena hari lahir bapa saya yang ke-48. Sengaja saya tidak mahu meneruskan “nota 6 : SPM” . “nota 6 : SPM” adalah penamat cerpen ini.   Terus terang saya katakan, ini antara hasil karya saya yang cukup mencabar minda saya sendiri untuk menulisnya. Saya juga amat puas hati rasanya dapat menghabiskan cerpen sebegini.  Saya perlu jadi gila. Saya perlu jadi normal. Saya perlu jadi apa-apa sahaja, termasuk bakul sampah di belakang pintu kelas 5 Gamma serta papan kenyataan di tepi belah kanan pintu masuk kebilik guru wanita. Saya juga ada menjadi meja kerja Cikgu Zunaidah. :D
Cerpen sebelumnya:
Pada Malam Itu, Separuh Daripada Hatiku Telah Mati
Cerpen selanjutnya:
Lovebug(Epilog Cinta)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.3
4 Penilai

Info penulis

Fiqri Fauwaz

Belajar jadi orang.
Sekopi | Jadikan Sekopi rakan anda | Hantar Mesej kepada Sekopi

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Sekopi
Sepuluh Ringgit | 3703 bacaan
Puisi untuk si cantik yang sering rindukan saya | 3476 bacaan
Cari | 1591 bacaan
PCB#6 : Ramadhan di hati Borhan. | 3303 bacaan
Cerkas : Surat Khabar | 2811 bacaan
PCB#2 : Aku sebuah cerpen | 3232 bacaan
10 Hari Mencari Cinta | 3944 bacaan
Gua, Saiber dan Mistik | 2541 bacaan
Rempit | 5414 bacaan
Ini cerita rakyat - Mat Rempit | 4313 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

4 Komen dalam karya Nota istimewa sempena ulangtahun kelahiran Engku
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik