Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Sidang Binatang Yang Memang Tiga Suku

Cerpen sebelumnya:
MAAF BUAT AYAH
Cerpen selanjutnya:
Penyata Perasan Saya

Sidang Binatang Yang Memang Tiga Suku

Oleh : Teratakerapung

 

Sang Kambing Gurun, telinga mengembang perlahan-lahan, janggut yang jarang-jarang nipis itu masih menampakkan kulit, bulu di badan lebat itu menutupi luka-luka setelah di hayunkan oleh pemburu yang jahat, ekornya sedikit kontot bergerak-geri menandakan dia memikir sesuatu yang tidak elok berlaku pada akan datang, satu tanduknya agak sedikit bengkok dan satu lagi tanduknya patah khabarnya diratapkan oleh manusia yang sangat suka berburu di alam kehidupan rimba, dia perlahan-lahan melangkah demi langkah kaki yang sedikit tempang diwar-warkan ditembak senapang patah yang peluru kapur oleh manusia yang gila-gila akan kuasa dan kekuatan pada manusia itu pada akhir senja melewati waktu maghrib beberapa purnama dulu khabarnya sempena hari ‘April fool’ melewati lorong – lorong ke tempat-tempat yang telah diduduki oleh ahli-ahli persidangan, ya, ada ahli-ahli persidangan tersengih-sengih, tersenyum-senyum, menunduk hormat-malu, diam seribu bahasa yang sengaja buat begitu barangkali, ada juga yang bersorak-sorak, berbual-bual entah apa yang dibualkannya,  memang tersusun-susun mengikut urutan setelah dikerjakan dan direka-reka khas oleh bentara-bentara sekumpulan organisasi binatang  itu diberikan ketanggungjawaban oleh penguasa organisaisi binatang itu, cahaya-cahaya lampu memancar seluruh ruang legar persidangan itu menerangi setiap ahli-ahli persidangan seakan ada sinar akan menjelma pada persidangan kali ini.

Ya,  boleh begitu juga Sang Kambing Gurun mengheret-heret kakinya hingga begitu ringan untuk menjengak ke tujuan utamanya sebagai pengerusi persidangan, sampai di tempat duduknya yang tertulis Pengerusi (Sang Kambing Gurun) lalu Sang Kambing Gurun mencapai mikrofon yang telah disediakan oleh bentara-bentara persidangan, Sang Kambing Gurun pun mengetuk-ngetuk mikrofon untuk mencubanya adakah mikrofon berfungsi barangkali? , tabiat sebegitu selalu dia amalkan bila menjadi pengerusi sesuatu persidangan organisasi binatang, ataupun mesyuarat yang besar melibatkan binatang dan juga dia membelek-belek beberapa helai kertas yang tertulis pada kulit kertas itu ‘TATACARA DAN PERATURAN PERSIDANGAN ORGANISASI BINATANG’  dan MINIT PERSIDANGAN BINATANG KALI KE 5.

Sekali lagi Sang Kambing Gurun mencuba-cuba dengan mengetul-ngetuk dengan tangannya pada  mikrofon tersebut, dengan lantas Sang Kambing Gurun membuka mulut  dan bersuara

 “Testing”

“Cubaan”

“Cubaan”

“One”

“Two”

“Three”

Ahli-ahli persidangan sorak-sorek dengan tingkah laku dia

“Buhhhhhhh” berteriakan, melaungkan kebisingan semua ahli persidangan yang masing-masing mempunyai tanda nama di tempat duduk masing.

 

“Kepada ahli-ahli persidangan, harap bersabar dan minta tolong diam, jika tidak saya tidak akan memulakan persidangan ini”

 

tegas Sang Kambing Gurun yang bertindak sebagai pengerusi persidangan, memang itulah tanggungjawabnya untuk menenangkan ahli-ahli persidangan. Di dewan persidangan terus lenggang, sunyi sepi seperti ada sesuatu yang melintasi di dalam dewan persidangan itu bila di beri amaran oleh Sang kambing Gurun.

Sang Kambing Gurun menambah lagi

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli-ahli persidangan yang telah memberi kerjasama kepada saya untuk memulakan persidangan sangat penting dalam menuju hidup mati, masa depan organisasi  kita ini yang tercinta ini dam sekaligus dapat memperjuangkan dakyah-dahyah yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kita sebelum ini, sebenarnya saya cukup bangga dengan semangat ahli-ahli yang sanggup berkorban masa dan wang tanpa mengira kedudukan dan kumpulan masing-masing.  Seperti yang kita maklum organisasi binatang kita ini telah menghadapi masalah dan situasi yang genting pada sejak beberapa purnama  yang lepas bila kuasa organisasi kita dirampas secara paksaan. Namun begitu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli persidangan semua!”

“Puak-puak yang merancang konspirasi untuk merampas kuasa yang diberikan oleh Raja Sang Singa dan binatang jelata  secara fizikal harus berasa malu, Kekasaran telah digunakan dalam strategi rampasan kuasa yang berlaku pada kali ini di kalangan organisasi kita. Mula-mula kuasa eksekutif dirampas kemudian kuasa legislatif juga dirampas. Pihak ini yang tidak bertanggungjawab ini akan mendapat balasan yang sewajarnya. Saya percaya yang benar akan tetap menang tidak lama lagi yang akan memihak kepada organisasi kita. Saya tahu Tuhan sedang memerhatikan segala-galanya apa yang sedang berlaku di organisasi binatang kita ini. Yang bersalah akan tetap dihakimi dalam Mahkamah Tuhan. Yang zalim akan tetap akan menghadapi padahnya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang besama-sama dengan kami”

Panjang lebar Sang Kambing Gurun memulakan ucapan mukadimah, ahli-ahli persidangan bersorak-seria, ada juga ahli persidangan bertepuk tangan, menepuk meja persidangan dengan tangan, ada juga ahli persidangan bersorak

 “buuuuh”

Sang Kambing Gurun menyambung lagi ucapannya sambil minum air yang telah disediakan,

“Setiap perkara yang harus dilakukan ketika membuat sesuatu keputusan terhadap perlembagaan organisasi harus mengikut diperuntukkan di dalam organisasi ini mengikut lunas-lunas yang dipersetujui bersama oleh pemimpin-pemimpin terdahulu”

tercungap-cungap Sang Kambing Gurun berucap pada persidangan kali ini, 

“Perlembagaan organisasi ini menyatakan Raja Sang Singa tidak boleh memecat ataupun mempunyai hak dalam menentukan Ketua, Timbalan Ketua dan Ahli Jawatankuasa kerana kecuali hanya melalui kekosongan seseorang ahli persidangan hanya terluput melalui meletakan jawatan dan undian ahli-ahli organisasi” tegas sang Kambing Gurun.

 

“Jelasnya di sini, Raja Sang Singa hanya boleh melantik Ketua, Timbalan Ketua dan Ahli Jawatankuasa sendiri tetapi tidak boleh memecat kecuali ada usul oleh ahli-ahlinya ketidakkepercayaan terhadap Ketua, Timbalan Ketua dan Ahli Jawatankuasa” tegas Sang Kambing Gurun sambil membelek-belek buku tatacara dan peraturan perlembagaan organisasi Binatang dan mengosok tanduknya yang sememang sudah bengkok. Sunyi sepi, lenggang keadaan di dalam dewan persidangan bila mendengar ucapan Sang Kambing Gurun.

Tiba-tiba Sang Arnab Badak bangun dan mencelah lalu berkata sambil membetulkan sumbu yang sengit itu,

“ Pengerusi Sang Kambing Gurun, izin kan saya mencelah sebentar, memang betul yang diperuntukkan dalam perlembagaan organisasi binatang, namun pemecatan tersebut melanggari hak-hak kebinatangan yang diwartakan oleh majlis Raja-Raja Binatang pada tahun lepas”

 

Di luar dewan persidangan yakni di ruang lobi beratus-ratus gerompolan binatang-binatang membawa panji-panji yang tertera “kami mahu demokrasi, menatang”, ada sesetengah gerempolan binatang-binatang itu memakai lilitan kuning di kepala yang berhimpun seperti sang semut yang kelaparan gula barangkali bersama-sama penguasa-penguasa persidangan yang membuat halangan bagi menghalang orang ramai memasuki dewan persidangan binatang. Perkara  ini memang sengaja di lakukan dan dicipta  dan sengaja menampakkan ianya dicipta untuk menyusahkan binatang-binatang jelata yang ingin mengetahui apakah yang berlaku di dewan persidangan melalui CCTV?.

 

Beberapa tempat awam seperti di pondok istirehat binatang-binatang, pokok-pokok yang memang merimbun, sengaja diletakkan atau ditampalkan notis-notis awam sekitar diluar kawasan dewan persidangan yang mana kata penguasa-penguasa persidangan yang  dungu itu adalah merupakan arahan yang dibuat oleh Ketua/Pengerusi lembaga displin organisasi binatang, Sang Selandang yang melarang binatang-binatang mendekati 100 meter kawasan persidangan berlangsung.

Deretan kenderaan-kenderaan binatang yang tiada kaitan dengan persidangan organisasi binatang itu disita setelah tidak mengendahkan amaran dan arahan  Ketua/Pengerusi lembaga displin organisasi binatang dungu itu.

Sang Kambing Gurun mengarahkan penasihat peribadinya keluar dewan persidangan setelah di dapati penasihat peribadinya telah belot dengan Sang Kambing Hitam sebagai pengerusi persidangan kerana penasihat peribadinya cuba mempersoalkan pemecatan ahli persidangan yang berkenaan. Sang Kambing Gurun juga mengarahkan kepada Ahli Jawatankuasa yang telah dipecatkan diarahkan keluar dewan persidangan kerana ini boleh menganggu persidangan untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tetap Organisasi yang baru. Sang Kambing Gurun menegaskan dengan suara yang kuat

“Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan persidangan ini kerana saya ada senarai nama ahli-ahli persidangan yang telah dijemput untuk menghadiri persidangan ini”

Sambungnya lagi dengan mukanya yang merah-merah umpama udang dibakar-bakar.

 

“Saya tidak mahu ahli-ahli exco yang telah dipecat berada di dalam dewan persidangan binatang ini ini kerana mereka telah dipecat  mengikut lunas-lunas perlembagaan organisasi bukannya saya”

 

“Saya mahu yang disebut tadi termasuk penasihat peribadi saya juga keluar dewan persidangan” kata Sang Kambing Gurun lagi yang menunjukkan kertas-kertas yang tertulis peraturan-peraturan organisasi yanga mana perintah tetap 11 adalah sah dan itu kuasa dia sebagai pengerusi dewan persidangan dan sekali lagi mengulangi arahan mereka-mereka keluar dewan,

 

“Kepada mereka yang tersebut supaya keluar dewan”

dengan nada yang marah dan geram sambil mengetuk meja dengan pengetuk kayu yang telah diperuntukkan sebagai pengerusi dewan.

Seorang ahli dewan persidangan, Sang Badak bangun dan  mencelah mengusulkan

“Pengerusi, kenapa perlu mereka ini dikeluarkan dari persidangan, sedangkan mereka ini adalah ahli persidangan binatang juga. Mengikut peruntukan di dalam Perlembagaan Persidangan Organisasi Artikel 7, pengerusi tidak layak mengarahkan ahli keluar dari dewan persidangan ini, pengeruuuu…..”kata Sang Badak

Dengan pantas Sang Kambing Gurun terus mencantas usul yang dibawa oleh Sang Bdak itu.

“Saya sebagai pengerusi tidak mengizinkan usul tersebut” tegas Sang Kambing Gurun sebagai pengerusi.

 

Keadaan menjadi tegang, suasana sangat kecoh, suara-suara melaung-laung, tempat-tempat duduk menjadi porak-peranda, mikrofon yang ada di tempat Sang Kambing Gurun sekejap berfungsi, sekejapnya tidak berfungsi, lampu-lampu sekejap menyala, sekejap kelam, apakah ini satu sabaotaj?, memang hebat persidangan yang luar biasa ini, semua ahli-ahli persidangan bangun bersorak-sorak sambil menunjukkan telunjukkan kepada pengerusi Sang Kambing Gurun.

Tiba-tiba Sang Kancil bangun lalu mencelah dengan membawa usul yang tidak pernah terjadi dalam sejarah kebinatangan iaitu satu pemecatan Sang Kambing Gurun sebagai pengerusi persidangan binatang.

“Saya mengusulkan pemecatan Sang Kambing Gurun sebagai pengerusi persidangan binatang ” tegas Sang Kancil sambil menggaru kepalanya.

Sang Kerbau  dengan pantas bangun dan mencelah menyokong usul tersebut 

“Saya menyokong usul pemecatan Sang Kambing Gurun sebagai  pengerusi persidangan binatang” selepas menyokong usul tersebut Sang Kerbau ketawa terbahak-bahak hingga air mata mengalir dari kelopak matanya.

 

Namun usul yang bawa oleh Sang Kancil dan disokong oleh Sang Kerbau itu telah diumumkan oleh  pengerusi Sang Kambing Gurun bahawa usul itu telah ditolak mentah-mentah.

“Saya sebagai pengerusi persidangan binatang menolak usul pemecatan pengerusi persidangan di atas kapasiti saya sebagai pengerusi persidangan mengikut Perintah 12 Perlembagaan Organisasi” dengan tegas Sang Kambing Gurun menolak usul tersebut.

Sebilangan ahli-ahli persidangan cuba mengerumuni pengerusi Sang Kambing Gurun  memohon supaya setiausaha organisasi Sang Semut jangan mencampuri urusan persidangan kerana Sang semut hanya menguruskan pentadbiran organisasi sahaja bukannya persidangan ini kerana Sang Semut cuba mengumumkan sesuatu melalui pembesar suara namun belum sempat Sang Semut mengeluarkan kata-kata.

Dengan pantas Sang Ayam Jantan pula mencelah

“Kami, ahli-ahli sebulat suara memohon kepada pengerusi persidangan Sang Kambing Gurun agar setiausaha organisasi agar jangan memasuki campuran dalam persidangan dan mohon dikeluarkan dari dewan persidangan yang mulia ini” kata Sang Ayam Jantan mula meragui kredibiti Sang Semut sebagai setiausaha organisasi mereka.

Sebilangan ahli-ahli persidangan yang telah dipecat masih belum keluar dewan, pengerusi Sang Kambing Gurun memaklumkan kepada dewan persidangan selagi ahli yang telah dipecat belum keluar dewan beliau tidak akan memulakan pemilihan Jawatan Kuasa Tetap persidangan binatang

“Saya tidak memulakan pemilihan Jawatan Kuasa Tetap persidangan selagi ahli-ahli persidangan yang dipecat belum kelaur dewan, ini kerana ianya akan menganggu dewan persidangan”

tegas pengerusi Sang Kambing Gurun.

 

Keadaan kecoh semakin berlarutan. Sang Kancil masih lagi berdiri, matanya yang merah terbungkam tajam ke arah pengerusi Sang Kambing Gurun dan sekali lagi mengusulkan usul pemecatan pengerusi Sang Kambing Gurun dalam keadaan semakin kecoh. Usulnya.

“Saya, Sang Kancil sekali lagi mengusulkan pemecatan Sang Kambing Gurun sebagai pengerusi persidangan”

 

Namun, Pengerusi Sang Kambing Gurun tidak mengendahkan usul tersebut dan memberikan amaran yang keras denagan mengarahkan ahli-ahli persidangan yang dipecatkan keluar dewan persidangan.

 

“Kepada ahli yang telah dipecat supaya keluar dewan termasuk 3 ekor katak yang telah meletak jawatan”

nada Sang Kambing Gurun yang sangat marah dan geram.

 

Arahan oleh pengerusi Sang Kambing Gurun masih belum dituruti oleh ahli-ahli yang telah dipecat. Pemilihan Jawatan Kuasa Tetap Persidangan belum dimulai lagi. Raja Sang Singa masih di kamarnya lagi menunggu suasana dewan persidangan binatang yang kecoh tenang kembali. Sementara itu pengerusi Sang Kambing Gurun masih lagi berulang kali menyatakan pemecatan ahli-ahli persidangan dibuat oleh Lembaga Displin Persidangan bukan oleh pengerusi persidangan.

Kata Sang Kambing Gurun sambil mengibar-ngibar kertas ke mukanya sendiri yang kepanasan umpama dia dihalakan sepuntung anggun api

“Pemecatan ahli-ahli persidangan dibuat oleh Lembaga Displin Persidangan  bukannya  saya yang bertindak sebagai pengerusi persidangan” kata Sang Kambing Gurun   

 

Cubaan beberapa kali ahli-ahli persidangan yang telah dipecat mengusulkan usul pemecatan pengerusi Sang Kambing Gurun dan perlantikan baru pengerusi Sang Selandang telah diterima oleh ahli-ahli persidangan yang lain namun ianya telah ditolak oleh Sang Kambing Gurun sebagai pengerusi persidangan. Katanya dengan tegas

“Pembawa usul, Sang Kancil dan penyokong usul, Sang Kerbau telah dipecat oleh Lembaga Displin Persidangan, maka dengan ini usul tersebut terbatal dengan sendirinya mengikut peraturan yang terkandung dalam Tatacara Persidangan Binatang mengikut Perkara 3”

 

Tiba-tiba Bekas Timbalan Pengerusi Persidangan yang sebelum ini meletak jawatan, Sang Katak Betina yang berwarna merah jambu, kakinya patah setelah dibelasah oleh Sang Katak Jantan beberapa minggu yang sudah terbangun setelah di pujukrayu oleh Sang Kancil dan Sang Kerbau dan cuba mengambilalihkan tugas Pengerusi Sang Kambing Gurun yang berjanggut nipis itu dengan mahu mengumumkan pemecatan pengerusi Sang Kambing Gurun dan perlantikan baru pengerusi Sang Lembu namun ianya telah dihalang oleh ahli – ahli persidangan yang menyokong Sang Kambing Gurun, berlaku pergelutan di antara ahli-ahli persidangan yang menyokong Sang Kambing Gurun dengan ahli-ahli persidangan yang menyokong Sang Lembu. Dengan bantuan Sang Badak dan Sang Kerbau serta Sang Kancil yang amat licik kelibat yang terkenal berputar belitnya dapat juga Timbalan Pengerusi Sang Katak Betina yang sememang tergagap-gagap itu untuk mengumumkan perlantikan pengerusi baru persidangan. Ada di antara ahli-ahli persidangan yang cuba melakukan diluar batasan termasuk mahu menggunakan kekerasan, masih lagi berlaku kekecohan dalam dewan persidangan.

Timblan Pengerusi Sang Katak Betina mengumumkan perlantikan tersebut
"Sassssssayaaaaaaaaaaaaaaa…

Saaaaaaaaayaaaaaaaaaa…

Saaaaaayyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaa…

Dennnnn….gaaaaaan meeeeelan…lantikkkk… sanggg sang lemmmmmbuuuu seeeebagai pengeeeeeeeerusi persiiiidanggggggan yaaaaaaaang baruuuuu, perlannnnntikan ini adaaaaaaaaalah muk muk…mukta……ta….ta….mad” katanya dengan tergagap-gagap, muka Sang Katak Betina merah padam.

Sesetengah ahli persidangan tergelak-gelak dengan tingkah laku Sang Katak Betina.

Sang Lembu terus mengangkat sumpah sebagai pengerusi baru  persidangan binatang di tempat duduk Tmbalan Pengerusi Sang Katak Betina. Keadaan semakin tegang hingga berlanjutan  beberapa jam sudah. Beberapa ekor ahli persidangan melaungkan suara yang lantang untuk memecah kesunyian dewan persidnagan itu yang barangkali tiga suku dan menenggelamkan suara pengerusi baru,  Sang Lembu yang dilantik, suara Sang Lembu kedengaran kejauhan, sekejap ada dengar, sekejap tidak kedengaran.

“Haram!!!”

“Haram!!!”

“Haram!!!”

 

Pengerusi baru Sang Lembu meluluskan usul perlantikan Jawatan Kuasa Tetap persidangan dewan setelah diusulkan oleh Sang Kerbau dan Sang Kancil serta Sang Selandang.

Sang kancil yang dari tadi berdiri mengusulkan persidangan dewan di tangguhkan selama sejam dan pengerusi baru Sang Lembu telah menerima usul tersebut

“Saya memohon kepada pengerusi persidanga Sang Lembu agar persidangan binatang ini ditangguhkan sejam memandang keadaan semakin kecoh ini boleh mengundang pelbagai masalah sekaligus memalukan dunia kebinatangan” kata Sang Kancil.

Sepantas kilat pengerusi baru Sang Lembu

“Usul menangguhkan persidangan diterima “

kata pengerusi Sang Lembuyang baru dilantik itu sambil mengetuk meja dengan menggunakan pengetuk kayu.

 

Dewan persidangan binatang tiba-tiba menjadi senyap, lampu-lampu di dalam dewan persidangan menjadi berkedip-kedip, bila pengerusi baru Sang Lembu mengumumkan persidangan binatang di tangguhkan, walaupun persidangan binatang ditangguhkan selama sejam tetapi masih ada sesetengah ahli-ahli yang dipecat belum keluar dewan persidangan.

 

Pengerusi Sang Kambing Gurun itu dari tadi masih lagi mengumumkan segala usul yang di usulkan oleh ahli-ahli persidangan yang telah dipecat tidak diterima kerana menyalahi peraturan dewan persidangan.

Kata Sang Kambing Gurun

“Segala usul tadi tidak diterima oleh saya sebagai pengerusi persidangan binatang kerana menyalahi perkara 12 Peraturan persidangan organisasi” dengan tegas Sang Kambing Gurun mengetuk meja dengan sekuat hati dalam hatinya berbisik mereka ini telah menyonsong arus tidak berkiblatkan ketuanan kebinatangan, perkara sebegini boleh menjejaskan semangat perpaduan yang selama diperjuangkan oleh pemimpin binatang terdahulu.

 

“Silap jampi ni, bomoh Sang Anjing tak jadi, bomoh Sang Anjing air sejuk, jampi mentera serapahnya memang laku, sememang aku jumpa bomoh Sang Anjing semalam tak menjadi, bukan makin lemah tapi makin kuat”

“Nanti kau, bomoh Sang Anjing”

“Kau tipu aku”

“Tak apa”

Bisik Sang Semut yang memang gemar bermain-main dengan makhlus halus.

 

Di luar dewan persidangan, ramai kaum-kaum binatang di tangkap kerana mendekati dewan persidangan yang melebihi 100 meter setelah tidak mempedulikan arahan yang telah dikeluarkan oleh Penguasa/Ketua/Pengerusi Lembaga Displin Organisasi.

 

Keadaan kembali tenang di dalam dewan persidangan binatang, sekarang ini ada 2 pengerusi persidangan, ada 2 persidangan yang ajaib.

 

Baru beberapa minit persidangan menjadi tenang, persidangan kembali kecoh, pertikaman lidah berlaku antara ahli-ahli yang menyokong pengerusi Sang Kambing Gurun dan pengerusi Sang Lembu, kembali kecoh persidangan dan menjadi tidak menentu. Pengerusi Sang Kambing Gurun masih di kerusinya. Pengerusi Sang Lembu mengarahkan pengerusi Sang Kambing Gurun supaya keluar dari persidangan.

“Sang Lembu keluar dari dewan, anda tidak ada kaitan dengan persidangan binatang ini dan tidak lagi menjadi ahli persidangan” kata pengerusi dengan marah kepada Sang Lembumeletak jawatan sebagai ahli persidangan pada persidangan yang lepas.

Kedengaran-kedengaran suara sumbang terus berlaku, melaung-laung oleh sesetengah ahli persidangan binatang itu.

 

 

“Buuh!

“Buuuuuuuuuuuuuhr”

“BUuuuuuhhhhhhh”

“Buuuuuuuuuuuh”

 

Pengerusi Sang Lembu mengendali lagi persidangan kali kedua, Sang Lembu gagal mengendali persidangan binatang dan di ganggu oleh ahli-ahli persidangan penyokong pengerusi Sang Kambing Gurun.

Ahli-ahli penyokong pengerusi Sang Kambing Gurun lagi melaung-laungkan suara dengan lantang

“Lembu haram”

“Lembu haram”

 

Persidangan binatang kecoh kembali…

 

Tiba-tiba….Sang Harimau mengaum….

“Aummmm”

“Aummmm”

“Aummmm”

 

Sekumpulan Sang Harimau Bintang yang tidak pernah menjadi ahli persidangan kerana sebelum ini menjadi pemerhati persidanga kebinatangan terus menerobos dewan persidangan, menujui kepada tempat pengerusi Sang Kambing Gurun itu, bergelut dengan pengerusi Sang Kambing Gurun, dengan rakusnya sekumpulan Sang Harimau Bintang menarik tangan pengerusi Sang Kambing Gurun, keadaan semakin kecoh, pengerusi Sang Kambing Gurun telah diseretkan dari tempat duduknya, dari kerusinya, dari mejanya, kertas-kertas berterbangan, pengetuk kayu jatuh ke bawah dari tempat duduknya dan dibawa keluar dari persidangan. Entah kemana di bawa Sang Kambing Gurun, barangkali tempat yang tidak diketahui oleh sang-sang binatang semua. Hilang dari pandangan mata ahli-ahli persidangan, ahli-ahli persidangan hanya memandang sahaja dengan sekuyup padi yang layu kerana kerakusan Sang Harimau Bintang. Tiada keberanian yang patut dilakukan oleh semua ahli persidangan kerana Sang Harimau Bintang adalah penguasa mentadbir organisasi kebinatangan.

 

Sejarah telah tercatat dalam ‘book of record’ dalam dunia binatang bila seorang pengerusi yang sah telah dihalau keluar dari dewan persidangan dengan kejam oleh sekumpulan sanh harimau bintang dan membantu pengerusi sang ular merampas kerusi pengerusi lama itu.

 

Persidangan binatang kembali semakin tenang setelah Raja Sang Singa masuk ke dalam dewan persidangan untuk merasmikan persidangan yang amat bersejarah ini, Raja Sang Singa terus memberikan ucapan

“Sebagai raja segala binatang di dalam hutan rimba Lipanuada, dengan ini saya menyeru kepada ahli-ahli persidangan organisasi binatang-binatang semua agar memulihkan ekonomi rumah tangga(ERT) masing-masing, ini kerana ekonomi rumah tangga(ERT) boleh menjanakan pendapatan organisasi kita untuk menghadapi globalisasi pada masa akan datang”

 

“Selain daripada itu, perpaduan amat perlu dalam organisasi binatang yang sangat besar ini untuk mengeratkan silaturahim antara binatang-binatang semua agar  organisasi kita terus maju jika sebalik organisasi binatang ini akan akan jatuh”

Raja Sang Singa masih lagi berucap

“Jangan jadi seperti organsasi binatang di hutan Langsuir yang terdahulu”

“Kerana menang sorak, organisasi kita tergadai” kata Raja Sang Singa dalam ucapannya. Kata Raja Sang Singa lagi sambil membelek-belek kertas ucapannya terus memberikan ucapannya.

 

“Selain dari pada itu, saya sebagai Raja Segala binatang di Hutan Lipanuada suka nyatakan bahawa terlalu ramai ahli-ahli persidangan seperti gegendang yang tersumbat bila saya berucap semua ahli binatang buat-buat tidak tahu atau tidak mempedulikan sahaja terutamanya dalam mengawal perasaan hasad dengki atau berdendam antara ahli-ahli organisasi”

 

“Jadi sini amat mendukacita bagi saya sebagai raja segala binatang di dalam hutan Lipanuada, jika kita lihat pada hari ini perasaan dengki sering berlaku dalam organisasi kita  secara tidak sedar”

 

“Namun oleh kerana kejahilan sesetengah ahli-ahli organisasi dan tidak ada undang-undang hutan rimba yang betul ini membolehkan menghukum ahli-ahli persidangan organisasi, perasaan  itu terus berlaku sekaligus merosakkan perpaduan antara ahli-ahli persidangan organisasi”

“Sebenarnya perasaan ini  amat perlu dalam menyaingi terutamanya persaingan ekonomi rumah tangga(ERT) masing-masing,
perkara ini akan mengagalkan satu gagasan 1Sang-Sang Binatang.
saya ada terdengar beberapa  kes yang  didengar tentang perasaan hasad dengki ini sesetengah ahli-ahli persidangan organisasi kita yang sekian lama telah merosakkan perpaduan antara ahli persidangan organisasi, jangan jadi seperti taksrukin

“Setelah sekian lama kita menubuhkan organisasi ini melalui persidangan yang jarang-jarang bersidang, jika perasaan ini masih menghantui ahli-ahli persidangan organisasi akan jadi  akhirnya porak – peranda organisasi kita ini. Ini sungguh memalukan.Tetapi jika sebaliknya organisasi ini maju dalam menghadapi cabaran glokal barangkali”

 

Selepas merasmikan persidangan binatang Raja Sang Singa terus meninggalkan persidangan tersebut, terus hilang dari mata memandang. Akhirnya persidangan itu berakhir dengan kekecohan yang amat luar biasa tidak berlaku dalam sejarah kebinatangan, ada yang terkoyak-kayuk busana-busana, kerusi tunggang-langgang, kertas-kertas berterbangan, meja-kerusi pecah ranah, lampu terpandam, pembesar suara.mikrofon entah hilang kemana perginya. Masing-masing mahu menegakkan benang yang basah. Masing-masing menegakkan keadilan, kebenaran dan keberanian, masing-masing mengunakan kekuatan sendiri. Tercalit titisan-titisan yang terpaksa berkunjung oleh dunia binatang yang lain, terpaksa memplastikkan budaya organisasi lain. Amat sadis-tragis sekali sidang kebinatangan yang sememang tiga suku.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
MAAF BUAT AYAH
Cerpen selanjutnya:
Penyata Perasan Saya

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
2.8
4 Penilai

Info penulis

Teratak

Kapasitor rocks!
Teratak | Jadikan Teratak rakan anda | Hantar Mesej kepada Teratak

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Teratak
Membongkar Sedetik Makna | 1768 bacaan
Konspirasi | 91 bacaan
Kerana Ringgit | 2182 bacaan
Di Suatu Hari Kuala Lumpur | 2378 bacaan
Cinta Makrifah | 3531 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

9 Komen dalam karya Sidang Binatang Yang Memang Tiga Suku
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik