Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Penyata Perasan Saya

Cerpen sebelumnya:
Sidang Binatang Yang Memang Tiga Suku
Cerpen selanjutnya:
KISAH 'CANTIK' SAYA

Bulan ini, Singapore Telecommunication atau SingTel akan mengeluarkan penyata kewangan untuk suku kedua berakhir 31 Jun 2009. Bulan ini juga, awak carik-carik hati saya, sama seperti apa yang awak lakukan semasa syarikat telekomunikasi tersebut mengeluarkan penyata kewangan bagi suke pertama berakhir 31 Mac 2009.

  Kenapa SingTel? Baiklah, kalau awak suka, awak juga boleh sertakan nama untuk MobileOne atau StarHub. Kenapa semua syarikat telekomunikasi? Eh suka hati sayalah. Kalau awak nak sangat pilih syarikat lain, apa kata awak buat cerita awak sendiri.

  Ouh maaf, sedikit emosi.

  Awak tau tak saya terasa seperti saya bukan diri saya lagi? Ya, saya masih lagi bernama Anis tetapi saya rasa personaliti saya bukan lagi milik Anis. Seperti mobile number portability; nama dan rupa masih sama tetapi identiti sudah berubah. Dulu, mungkin saya bisa tunggu awak sehingga jam 1 untuk makan tengahari. Sekarang tidak lagi. Seperti yang saya katakan, saya sudah berubah.

  Kadar kegembiraan saya sudah jatuh merudum, mungkin sama seperti keadaan ABC Learning Centre di Australia. Ia telah terpaksa dijual kerana keadaannya yang tidak memberangsangkan. Media melaporkan pusat pembelajaran milik syarikat yang beribu pejabat di Australia itu terpaksa dijual pada harga AUD 1. Tetapi, jangan pula awak tafsirkan kenyataan ini sebagai kebenaran untuk awak menjual saya. Tidak. Saya cuma ingin menggambarkan betapa hancurnya hati saya ketika ini. Seperti dicarik-carik. Menggunakan mesin pembuat pasta. Kemudian digelek dengan penguli tepung. Dicincang pula dengan pisau pemotong daging. Seterusnya, dimasukkan pula ke dalam alat pengisar.

  Awak takkan paham.

  Saya berasakan seolah-seolah semua kegembiraan yang pernah ada dalam hari saya sudah hilang. Saya berasakan saya adalah ahli keluarga kepada pekerja WalMart yang kemalangan ketika peristiwa Black Friday itu. Saya sedih mengenangkan ahli keluarga saya yang terbunuh dipijak pelanggan yang berebut untuk mendapatkan televisyen pada harga yang murah. Malang sekali kerana saudara saya bekerja pada hari tersebut sedangkan saudara saya sebenarnya cuma pekerja sambilan sahaja. Malang sungguh nasib beliau.

  Begitulah juga dengan perasaan dan hati ini. Semasa awak cuba membida hati saya, awak bersungguh-sungguh melobi perasaan saya. Awak seperti firma-firma besar yang cuba untuk mengambil-alih sesebuah institusi; berjanji yang pelbagai pada pekerja mereka. Sememangnya saya tidak menafikan, ada kalanya itulah terbaik. Kita ambil sahaja contoh syarikat insurans American Insurance Group (AIG). Nasib unit-unit kecil syarikat tersebut agak baik kerana hanya nama dan logo sahaja yang ditukar seperti operasinya di Korea Selatan yang telah ditukar. Tetapi pekerjanya masih boleh bernafas selesa.

  Tetapi tidak seperti saya. Saya terasa tertipu, sama seperti keadaan negara yang dijanjikan untuk menerima pelbagai jenis pelaburan tetapi ternyata ia semua penipuan belaka. Tetapi apa yang mampu saya lakukan selain daripada menerima sahaja akan kenyataan yang pahit ini.

  Awak tahu tidak hati saya hancur luluh? Sama seperti hati para pembeli Lehman Minibonds yang bakal kehilangan wang mereka kerana Minibonds mereka tidak akan dapat memberikan mereka sebarang pulangan kerana bank tersebut telahpun bankrap. Dan saya juga merasakan inilah juga perasan pemilik Chrysler, General Motors dan pastinya para pekerja SsangYong juga merasakan yang sama. Kenapa tidak? Mereka menghadapi tamparan yang hebat apabila syarikat pembuat kereta mengumumkan yang hampir 3,000 orang akan diberhentikan.

  Tetapi, tidak. Saya tidak akan membunuh diri kerana kekecewaan ini. Saya tidak akan meniru tindakan David B. Kellermann. Saya tidak akan membiarkan kekecewaan dan tekanan daripada krisis ekonomi ini membuatkan saya menggantung diri. Sekalipun saya berasa kasihan kepada Kellermann yang baru sahaja menggalas tugas sebagai Chief Financiial Officer di bank Freddie Mac.

  Apa kan daya? Krisis ekonomi sering menyebabkan kadar jenayah, bunuh diri dan pesakit psikiatri meningkat. Begitu juga dengan permasalahan cinta. Orang sanggup membunuh kerana cinta, mencuri, menipu dan pelbagai lagi. Tetapi tidak saya. Kalau awak merasakan awak mahu pergi, pergilah. Kalau anda mahu menipu saya, silalah. Kalau kamu berasakan saya ini bukan seseorang yang sesuai untuk kamu, tidak, saya tidak halang kamu dari pergi jauh dari saya.
 
  Saya bukan angkuh, saya cuma ingin membuktikan saya mampu berdiri di atas kaki saya sendiri. Saya mahu membuktikan yang saya juga merupakan seorang yang kuat semangat seperti Sir Richard Branson yang kini merupakan pemilik pelbagai syarikat. Antaranya Virgin Air dan V-Blue. Kedua-duanya merupakan syarikat penerbangan ternama.

  Eh, mungkin saya silap. Itu mungkin bukan contoh yang sesuai.

  Awak mahu tahu mengapa saya sedih benar dengan perbuatan awak ini? Awak, sudah dua kali saya pesan mahu makan sata dari kampung awak. Awak tahu yang saya sukakan makanan tersebut, yang dibuat oleh mak awak. Tetapi kenapa awak tak nak tunaikan janji awak?

  Konon saya intan payung, pujaan hati awak. Tapi, takkanlah kerana sata sekeping awak tak boleh bawakan untuk saya?

 Sampai hati awak…

Cerpen sebelumnya:
Sidang Binatang Yang Memang Tiga Suku
Cerpen selanjutnya:
KISAH 'CANTIK' SAYA

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
11 Penilai

Info penulis

Siti Aishah Abdul Aziz

the one who loses her rose-tinted glasses, with the tendency to borrow others thinking caps. 
uculer | Jadikan uculer rakan anda | Hantar Mesej kepada uculer

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya uculer
Janji | 32599 bacaan
Ukur | 2644 bacaan
'Weih, tak mau lunch ke?' | 2408 bacaan
Satu nyamuk dalam kelambu | 2940 bacaan
Nama | 2500 bacaan
Sebuah buku, sekeping hati | 2674 bacaan
Dia: Di Tepi Lif | 2504 bacaan
Battered | 1117 bacaan
Periuk Belanga | 2850 bacaan
Hati | 480 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

21 Komen dalam karya Penyata Perasan Saya
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik