Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kepulangan Yang Dinanti

 

Sha leka menghadap design-design yang dihantar pereka untuk projek terbaru mereka. Sesekali, matanya melihat ke arah jam di tangannya. Masih awal! Hatinya berdebar-debar. Terasa kerinduan, sayu dan bahagia menyelubungi jauh sudut hatinya. Dia tersenyum.

Sha kembali tekun menghadap kerja-kerjanya. Selaku ketua projek “War Stimulator System” untuk Kementerian Pertahanan, dia harus teliti dalam menentukan design seperti yang telah dipersetujui bersama ketika mesyuarat perbentangan kertas kerja yang lalu. Sedang beliau kusyuk menghadap lukisan-lukisan perincian itu, interkom diatas mejanya berbunyi.

“Cik Shahira, Encik Azrin outside,” maklum setiausahanya.

“Okeh,suruh dia masuk,” balas Sha sambil tersengih.

Tanpa diketuk,pintu biliknya dibuka. Terpancul sahabat baiknya itu.

“uit…awak kerja ke rini? Ingatkan off,” Azrin tersengih mengusik Sha sambil mengambil tempat dihadapan Sha.

“kerja ar…Kalau tak sapa nak bagi aku makan,” Shasha ketawa biarpun mukanya mula merona kemerahan memahami usikkan Azrin.

“Manalah nak tahu..buah hati pengarang jantung nak balik hari ni,” Azrin masih lagi mahu mengusik gadis dihadapannya itu.

“aku nak settlekan sikit je design ni, pastu aku baliklah. Aku dah bgtau Luke, rini aku half day je, “terang Sha. “Eh, malam ni jangan pulak kau tak datang. Aku masak special tau rini!”tambahnya lagi.

“Pergh! Iya ke? Ni yang aku tak sabar ni. Awak kalau masak..memang best! Calon mak mentua lalu pun tak perasan! Untung Shafiq dapat kau”

“Dah…dah..tak payah engkau nak bodek aku! Takde maknanya! Tu la…dulu aku nak tackle kau, jual mahal,” Sha pula membalas usikan Azrin. Terburai ketawa mereka.

“Kau ni datang cari aku kenapa, Rin?” tanya Sha kembali sesudah tawa mereka reda.

“Saja je! Terkejut dengar awak masuk office hari ini,” balas Azrin bersahaja.

“Oh saja la ni?!?!!! Dah tu….tak reti-reti lagi?!!!! Balik la bilik kau. Aku nak settlekan kerja aku cepat-cepat!” tingkah Sha separuh mengusik.

“Baik,mem!” jawab Azrin sambil tabik sepeti askar pencen dengan hasat mahu mengusik. Sha tertawa. Kemudian dia pun berlalu meninggalkan Sha kembali berseorangan menyambung kerjanya.

Sha hanya melihat rakannya itu berlalu sambil tersenyum. Terlalu pantas masa berlalu. Rasanya bagai baru semalam mereka berkenalan.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - -  - - -

 

“Awak ni budak baru dalam kelas kitaorang kan?”

 

Pertanyaan itu membuatkan Sha mendongak ke arah dua budak lelaki tu. Seawal begini dia sudah disapa. Dia mengganguk kemudian terus melangkah menuju ke kelas 3 cempaka. Hari ini,hari kedua Sha menjadi warga di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit  Sentosa. Ayahnya baru dinaikkan pangkat dan ditukarkan mengajar ke sekolah ini dari Kuala Terengganu. Walaupun Sha tidak suka dengan suasana di sekolah baru  itu, dia terpaksa juga mematuhi kata-kata ayahnya. Dia rindukan kawan-kawannya di sekolah lamanya. Di sekolah baru itu, tiada siapa yang mahu menegurnya, biarpun dia cuba mendekati sekumpulan budak-budak perempuan di dalam kelasnya itu.

 

“sombong! Takyah layan la Rin!”  kawan kepada budak lelaki yang menegurnya tadi pula bersuara.

 

Sha pekakan saja telinga. Rasa ingin menangis pun ada.Tapi dia harus kuat. Dahulu, dia bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Tuanku Zahirah. Dia tidak biasa berkawan dengan lelaki. Dia jadi kekok. Di rumahnya juga, ayah ngan along sahaja lelaki. Jadi, bagaimana dia mampu berkawan dengan lelaki kalau dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

 

Sesi pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa. Mujur Kirana, budak perempuan yang duduk di sebelahnya sudi berkongsi buku dengannya memandangkan dia masih belum mempunyai buku teks lagi.

 

Tengahari itu, Sha pulang ke rumah menaiki basikal. Walaupun satu sekolah dengan bapanya, tapi bapanya pulang agak lewat ke rumah memandangkan banyak urusan sekolah yang perlu diselesaikan sebelum pulang. Pelajar berpusu-pusu pulang.Ada yang menaiki basikal, ada yang menaiki motorsikal dan ada juga yang dijemput oleh ibubapa atau pemandu mereka. Ketika melewati kawasan garaj basikal, Sha perasaan rantai basikalnya terkeluar. Dia menarik keluar basikalnya dan cuba untuk membetulkan tali rantai itu tapi masih gagal. Jarinya sudah berkehitaman kerana minyak rantai itu. Dia mengeluh keseorangan.

 

“Boleh saya tolong awak?” satu suara menyapa dari sisi kanannya. Sha mendongak untuk melihat. Budak lelaki yang mengatakan dia sombong berdiri di sisinya. Seperti biasa, budak lelaki yang bernama Azrin itu tersengih disebelah lelaki itu.

 

Sha tiada pilihan lain, lalu dianggukkan kepalanya. Budak lelaki itu mengambil tempat di tepi Sha, lalu Sha bangun untuk membuka ruang kepada lelaki itu membetulkan basikalnya. Sekejap sahaja, rantai basikalnya sudah seperti sediakala. Sha tersenyum.

“Terima Kasih” kata Sha sambil menghulurkan sekeping tisu untuk budak lelaki itu mengesat kotoran di jarinya kerana minyak rantai basikal Sha.

 

“Sama-sama. Jom Azrin,” budak lelaki itu menyahut ucapan terima kasih Sha dan ingin terus berlalu.

 

“Nanti!” Sha hampir menjerit bila lelaki itu bagaikan tidak memperdulikannya.

 

“Saya minta maaf pasal pagi tadi. Nama saya Shahira, panggil Sha je,” muka Sha merona merah.

 

“oh..tak mengapa. Nama saya Azrin Hadi. Panggil Azrin pun boleh..Rin pun boleh. Mana-mana cik Sha sukalah,” jawab lelaki sambil tersengih. Kemudian dia menyiku lelaki kawan baiknya itu.

 

Dengan muka tanpa segaris senyuman,dia memperkenalkan dirinya,” Saya Shafiq”

 

Bermula saat itu, mereka menjadi kawan baik. Menjadi teman mengulangkaji pelajaran. Antara mereka, Shafiq yan paling pintar dan aktif dalam sukan. Shafiq juga merupakan  ketua pengawas sekolah. Mengikut kata Azrin,biarpun dia sibuk dengan urusan sekolah dan kegiatan sukan, namun Shafiq masih mampu menjadi pelajar terbaik setiap tahun. Shafiq dan Azrin pada pandangan mata Sha, dua-dua mempunyai tarikan tersendiri. Jadi tidak hairanlah jika mereka berdua mempunyai ramai peminat di sekolah.

 

Ibubapa Sha juga sangat menyenangi Azrin dan Shafiq. Justeru itu, hubungan persahatan itu semakin utuh terbina.  Setiap hari mereka ke sekolah bersama-sama,mengulangkaji pelajaran bersama di kala petang dan ujung minggu pula mereka bertiga akan bersama-sama berbasikal atau bermain badminton di taman permainan berdekatan rumah.

 

Sehinggalah keputusan SPM diumumkan, mereka bertiga diumumkan menjadi pelajar terbaik sekolah dan ketiga-tiga mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sha dan Azrin ditawarkan melanjutkan pelajaran di universiti di Philadelphia di US, manakala Shafiq  pula terpisah agak jauh dari mereka iatu di Ukraine.  Sha ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan sistem, Azrin dalam bidang pengurusan perniagaan dan Shafiq dalam bidang perubatan. Antara Sha, Azrin dan Shafiq, tempoh pengajian Shafiq agak lama iaitu 6 tahun manakala Sha dan Azrin masing-masing hanya 4 tahun sahaja.

 

Di Philadephia, Sha sangat rapat dengan Azrin memandangkan Shafiq jauh dari mereka. Shafiq pula walaupun berjauhan, bila Shafiq mempunyai masa terluang, dia pasti akan datang ke Philadephia untuk melawat Azrin dan Sha. Bahkan, sikap dan layanan Shafiq  terhadap Sha juga sedikit berbeza berbanding ketika waktu sekolah dahulu. Hinggalah suatu hari ketika Shafiq datang ke Philadephia pada semester akhir pengajian Sha, dia mengajak Sha keluar berjalan-jalan sekitar Philadephia. Memandangkan Azrin mempunyai urusan di schoolnya, maka mereka hanya keluar berdua. Ketika itulah, Shafiq melamar Sha untuk menjadi permaisuri hatinya.

 

Biarpun Sha terkejut, namun Sha sangat gembira kerana sebenarnya dalam diam-diam Sha juga menyukai Shafiq. Malam itu, Sha menerima panggilan dari Malaysia memaklumkan tentang risikan dari keluarga Shafiq.

 

Sha sangat gembira mengingatkan saat itu.

 

Setelah Sha selesai pengajian dan pulang ke Malaysia, mereka ditunangkan dan diraikan dalam satu majlis serba sederhana. Tapi, Shafiq pula perlu pulang semula ke Ukraine semula untuk menyambung pengajiannya. Sha berjanji pada Shafiq untuk menunggu tunangnya,Shafiq pulang.

 

--- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - -

 

Lamunan Sya lenyap bila jam di dinding berdeting menunjukkan pukul 12 tengahari. Terlalu pantas masa itu berlalu, dan hatinya semakin berdebar-debar. Lalu dikemas segala fail-fail dan kertas di atas mejanya untuk segera pulang. Dia perlu masak hidangan kesukaan Shafiq. Menurut kata Shafiq semalam, dia akan terus ke rumah Sha dahulu untuk bertemu dan makan malam dengan Sha dan Azrin sebelum pulang ke Bukit Sentosa. Shafiq juga pesan yang Sha mahupun Azrin tidak perlu menjemputnya di lapangan terbang.

 

Sha capai kunci kereta dan sebelum pulang ke rumah, Sha singgah di bilik Azrin yang kini telah menjadi rakan sekerjanya.

 

“Rin, aku nak balik dah ni. Kau jangan lupa datang rumah aku malam ni tau! Pukul 8.00 malam, insyaallah Shafiq kata dia sampai,” Sha memperingatkan Azrin.

 

“Okeh!  Betul ke Shafiq cakap tak perlu jemput?” Azrin sedikit kerisauan.

 

“Betullah tu. Ala..dia dah besar. Pandailah dia. Bukan dia tak pernah datang rumah sewa aku. Jangan lupa tau!!” sekali lagi Sha mengingatkan Azrin, kemudian terus berlalu pergi.

 

Sha tidak terus pulang ke rumah, dia singgah di pasar raya berdekatan untuk membeli barang-barangan keperluan untuk dia memasak. Malam itu, akan disajikan makanan kegemaran Shafiq. Dah lama dia belajar dengan bakal mak mentuanya untuk meyediakan makanan kegemaran tunangnya itu, malam ini dia ingin Shafiq rasa.

 

 - - - - - - - - -- - - - - -- - -- - -- - - -- - - - - -- - -- - -- - - - -- - -  -- -  - - - - -- - - - - - -- - - -- - -  - -- - - - - - - -- -

 

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam, namun kelibat Shafiq masih juga tidak kelihatan. Sha semakin risau. Mujur kehadiran Azrin sedikit melegakan hati Sha yang gusar. Barangkali susah dapat cab! Bisik hati Sha. Beberapa kali juga dia cuba menghubungi  Shafiq namun masih gagal.

 

Lauk pauk telah lama terhidang dan hampir kesejukan. Shafiq masih belum tiba. Jarum jam semakin berganjak detik demi detik.  Hinggalah jam hampir mencecah pukul 9.25 malam, pintu rumah Sha diketuk perlahan.

Sha segera membuka pintu, dan kelihatan Shafiq yang sedikit pucat.

“Fiq…” Sha terus memeluk Shafiq yang kelihatan pucat dan tidak sihat itu. Muka dan badan Shafiq sejuk sekali.

“sayang..maaf buat sayang lama menanti Fiq!” katanya sedikit lemah. Sha merangkul tunangnya sambil membantu Shafiq yang pucat itu ke ruang tamu.

“Rin…” jerit Sha.

Azrin segera mendapatkan Sha dan membantu Sha memapah Shafiq  ke dalam.

Shafiq tersenyum sambil memegang bahu Azrin.

“Kau ok tak ni Fiq?” tanya azrin juga risaukan Shafiq.

“Aku ok. Jangan risau lah. Aku penat sikit ni” Shafiq tersenyum melihat Azrin.

“Fiq, tangan Fiq ni sejuk. Fiq tak sihat ke?” tanya Sha yang duduk di sebelah Shafiq. Jari-jemarinya membelai perlahan jari Shafiq.

“Fiq sihatlah sayang. Sayang ni risau sangat. Mungkin sejuk sangat cab tadi kot,” Shafiq tenang menjawab.

“Fiq duduk.. jap borak ngan Rin. Sha nak panaskan makanan k? “Sha meninggalkan Shafiq dengan Azrin.

Azrin dan Shafiq berborak perlahan sepeninggalan Sha. Macam-macam yang dibualkan. Kenangan mereka di sekolah,saat mereka melanjutkan pelajaran dan juga saat Shafiq ditunangkan. Sekali-sekala, Shafiq mengurut-urut dadanya yang seolah-olah terlalu sakit dan ditahannya.

Azrin sedikit curiga melihat kawannya, namun dipendamkan rasa itu.

Selesai memanaskan lauk dan menghidang makanan, Sha menjemput Shafiq dan Azrin untuk makan. Walaupun makanan kegemaran Shafiq terhidang, namun dia tidak menjamah sedikit pun. Hanya bermain-main dengan nasi. Azrin makan dengan berselera namun Sha hanya memandang Shafiq sambil menyuap perlahan nasi ke mulutnya. Seleranya sedikit terganggu bila melihat wajah Shafiq semakin pucat-lesi.

Selesai makan, Azrin menawarkan diri untuk berkemas manakala Sha disuruh Azrin menemani Shafiq yang semakin pucat itu.

Sha duduk disebelah Shafiq. Entah kenapa, hatinya bagaikan ingin memeluk tunangnya itu, Perlahan, diletakkan kepalanya di dada Shafiq. Shafiq hanya tersenyum sambil membelai lembut rambut panjangnya. Tubuh Shafiq semakin dingin membeku menyentuh kulit Sha. Sha mendongak melihat Shafiq. Seperti biasa, Shafiq hanya tersenyum.

Sha terbuai dalam pelukan Shafiq.

“Sha sayang.., walau apa pun terjadi, Fiq nak sayang tahu, Fiq  cintakan sayang hingga ke akhir hayat Fiq. Maafkan Fiq,sayang!”

Sha terkejut mendengar kata-kata tunangnya lalu diuraikan pelukan Shafiq. Dia lihat mata Fiq kemerah-merahan, dadanya berombak bagaikan sukar bernafas dan kelihatan darah menitis dari hidung tunangnya. Sha benar-benar terkejut.

“Fiq, napa hidung Fiq berdarah ni? Apa jadi ni?” tanya Sha kelam-kabut.

“Azrin!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Sha sekuat hati tanpa menunggu jawapan Shafiq. Azrin datang kelam-kabut mendengar jeritan Sha.

“Fiq, napa hidung kau berdarah ni? Jom aku bawa ke hospital,” Azrin mencapai tangan Shafiq untuk membantu Shafiq.

Shafiq hanya tersenyum .

“Azrin, aku ok. Tak perlu pergi hospital. Rin, duduk sebelah aku Rin,”pinta Shafiq pada Azrin. Azrin duduk disebelah kiri Shafiq manakala Sha masih di sisi kanan tunangnya. Tangan Sha digenggam erat Shafiq.

“Rin, aku nak kau janji ngan aku Rin. Apa pun terjadi pada aku, aku nak kau jaga Sha untuk aku. Hanya kau sahaja yang aku percaya untuk jaga Sha. Janjilah Rin, kau akan jaga amanah aku?” Perlahan Shafiq tuturkan sambil sebelah tanganya memegang tangan Azrin.

“Fiq?”Sha hampir menjerit.

“sayang..kalau apa terjadi kat Fiq, Fiq harap sayang terima dengan redha. Fiq cintakan sayang, tapi kalau apa terjadi pada Fiq, Fiq yakin Rin saja yang boleh jaga sayang,” Shafiq cuba menenangkan Sha.

Sha mula menangis. Tangisan Sha mula kuat bila melihat darah semakin banyak mengalir dari hidung tunangnya. Tangan Shafiq juga semakin kuat.

“Fiq, tolong jangan cakap bukan-bukan. Aku janji aku akan jaga Sha. Kau jangan fikir banyak-banyak sangat,”Azrin panik tapi cuba menenangkan Shafiq dan Sha.

“Fiq makin sejuk ni. Sha amikan selimut,”Sha cuba berlalu ke bilik untuk mengambil selimut, tapi tangannya ditarik Shafiq . Shafiq menggelengkan kepala.

“Fiq nak habiskan waktu dengan Sha sebelum balik sekejap lagi,” kata Shafiq sambil merenung Sha.

“Takpe Sha, kau duduk dengan Shafiq. Aku ambilkan. Kat mana kau letak?” Azrin mengantikan Sha untuk mengambil selimut.

“kau ambil je dalam bilik aku. Bilik sebelah kanan tepi tangga. Carilah dalam almari kat situ,”terang Sha. Azrin berlalu mengambil selimut di dalam bilik Sha.

“Rin,kau memang sahabat yang baik!” kata Shafiq perlahan namun cukup kuat menyapa gegendang telinga Azrin.

“Apa saja untuk kau Fiq!” perlahan Azrin bersuara sambil berlalu. Shafiq hanya terdiam.

Bila Azrin berlalu, Shafiq peluk Sha erat. Seketika, hilang segala rindu dendam di hati mereka. Hampir setahun mereka berpisah selepas mereka bertunang. Walaupun Sha kerisauan, namun pelukan Shafiq itu membuatkan dia lupa seketika kegusaran hatinya. Dia tahu Shafiq cintakan dia.Dia juga cintakan Shafiq seikhlas hati.

“sayang, fiq hauslah. Boleh ambilkan segelas air suam?” kata Shafiq sambil tersenyum. Sha mengganguk lalu berlalu ke dapur.

Ketika dia ingin berlalu, jam di dinding di dinding berdenting dua belas kali menunjukkan sudah pukul 12 tengahmalam. Sha memanaskan sedikit air di dalam cerek dan berasakan sedikit suam, lalu dihidangkan ke dalam gelas sederhana tinggi. Dengan segera, dia ke ruang tamu. Tapi dia tidak melihat kelibat Shafiq.

“sha?” tegur Azrin.

“huh? Rin…mana Fiq?” tanya Sha buntu.

“ Bukan dengan Sha kat ruang tamu?” tanya Azrin kepelikan. Di tangannya tedapat selimut tebal berwarna hijau.

Mereka berdua kehairanan. Sha letakkan gelas mengandungi air suam itu diatas meja.

“Rin cuba tengok kat bilik air tingkat atas, kot-kot Fiq pergi bilik air kat atas,”pinta Sha. Azrin mengganguk.

ketika mereka ingin mencari Shafiq, telefon bimbit Sha berbunyi di atas almari berdekatan TV. Sha segera mencapai telefon lalu di jawabnya panggilan itu. Azrin hanya memandangnya,kehairanan.

“Assalamualaikum…Sha, umi ni,”

“waalaikumsalam,ye umi,” Sha menyambut salam dari bakal ibu mentuanya yang dipanggil umi.

“Sha..umi harap Sha sabar ye nak dengan apa yang umi nak beritahu ni,”

“kenapa ni umi?” Sha kepelikan apabila uminya berkata sedemikian. Serak suara umi seperti baru sudah menangis.

“Sha, Shafiq…Shafiq terlibat dalam kemalangan. Kapal terbangnya terhempas ketika hendak mendarat. Tadi polis datang ke rumah maklumkan tentang ini,” suara ibu mula esak dengan tangisan.

Sha terlopong terus terduduk.

Azrin segera mendapatkan Sha. Telefon di tangan Sha berganti tangan. Sha dalam keadan terkejut.

“umi? Ni Rin ni,” Azrin memperkenalkan diri kepada ibu Shafiq yang juga dipanggilnya umi sejak mereka bersekolah lagi.

“Innalilah..”hanya itu yang mampu dikatakan setelah mendengarkan apa yang dikatakan ibu Shafiq.

Terkejut!

Dirinya betul-betul terkejut.

Kalau Shafiq meninggal dunia dalam kemalangan kapal terbang seperti yang dikatakan uminya, siapa pula yang datang sebentar tadi? Yang minta dia berjanji untuk menjaga Sha sekiranya sesuatu terjadi? Adakah itu roh Shafiq yang datang meminta dia untuk menjaga Sha?

Astafirullahalzim..

Ya Allah…Azrin buntu. Sha terjelopok diam di atas lantai tanpa sebarang suara. Sha benar-benar mengalami tamparan.

Azrin benar-benar mati akal. Hanya satu sahaja yang mampu dilakukan..

Beristighfar!

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wow!
    menarik sungguh..
    banyak saya dengar cerita2 yg mcmni..
    tp sejauh mn kebenarannya saya xtau..
    hmm, betul ke ni cik alya?
  • 2) singgah datang membaca. cerita yang menarik kak alya cuma, kak alya seperti tergesa-gesa menghantar cerpen ini. ada beberapa kesalahan ejaan yang mengubah struktur ayat sekaligus boleh mengelirukan pembaca.

    p/s: seram juga bila tahu yang datang tu bukan shafiq yang benar. huhu...

    salam karya...
  • 3) pace terlalu laju~

    tapi satu percubaan yang baik lya!!
  • 4) wahhhhhhhhhh..takutnyer..n menyedihkn
  • 5) huhu..hantu ker...
  • 6) boleh diagk endingnyer lya, klu boleh diolah lg, mesti lg saspen!

    common lya, cerita best! nak lagi! hehe...

    *cerita lya kan, mesti mcm menakutkan..mcm cerita bunuh2 hr tuh..hehe*
  • 7) Tema cerita puteri alya kali agak hilang ketulenannya. Harap dapat idea yang lagi segar. Cabaran untuk Puteri_alya.
  • 8) lya mmg suka nama 'syafiq' ek..?

Cerpen-cerpen lain nukilan putri_alya

Read all stories by putri_alya