Merinduimu

 

RINDU di dalam hati sudah amat sarat. Tidak mampu lagi dibendung. Ingin sahaja diri ini berlari menemui lelaki yang telah mencuri hati dan perasaanku saat itu juga. Betapa aku rindukan untuk menatap wajah mulus itu. Betapa aku rindu untuk mendengar suaranya yang serak-serak basah itu. Betapa aku rindu akan renungan matanya yang redup itu. Ah, aku lemas bergelumang dengan rindu yang menyesakkan dada ini.

Bintang-bintang yang menghiasi dada langit tidak mampu untuk mengsirnakan rasa rindu dalam hati ini. Rembulan yang bersinar terang tidak berdaya mengusir wajah lelaki itu dari ruang mata ini. Sapaan bayu yang dingin tidak dapat melupuskan kepedihan hati yang membelit kala ini.

Aku rindu! Sungguh aku rindu! Bagaimana harus kusampaikan rindu yang membelenggu ini padanya? Hendak menghantar mesej ringkas, aku takut dia tidak membalas. Hendak menelefon, aku takut tidak berjawab. Hendak pergi berjumpanya, aku takut menganggu. Justeru, apa yang perlu aku lakukan untuk menyingkirkan rindu yang semakin sarat menghempap jiwa?

Oh, sesiapa, tolong aku! Tolong khabarkan padanya yang aku sedang dilamun rindu. Biar dia tahu yang setiap saat dia sentiasa berada dalam jiwaku. Biar dia tahu setiap detik dia tidak jauh dari hatiku. Biar dia tahu setiap ketika dia tidak lekang dari ingatanku.

Apa agaknya yang sedang kau lakukan kala ini duhai pujaan hati? Sedang merinduiku sebagaimana aku merinduimu? Atau kau sedang enak diulit mimpi indah? Pernahkah aku muncul dalam lenamu saban malam?  Atau kau ada fikirkan tentang diriku walau sekejap cuma?

Oh, seseorang, tolong aku! Tolong nyatakan padanya aku tidak mahu lagi menangung beban perasaan yang kian menghimpit. Aku tidak kuat untuk terus memikul rindu ini. Aku perlu segera menguraikan rindu ini agar tidak menghadirkan luka di hati. Biarlah rindu ini disiat-siat jadi cebisan agar aku bisa mengawal diriku dari terus merindu.

Aku mahu dia mengerti betapa mendalam rasa rindu ini padanya. Aku mahu dia memahami betapa pentingnya dia dalam hidupku. Tetapi bagaimana untuk memberitahu padanya segala apa yang aku rasa ini?

Oh, bintang... tunjukkan padanya yang aku sedang rindu dengan cahaya kerdipanmu yang cerah. Oh, bulan... sampaikan padanya yang aku sedang rindu dengan sinarmu yang penuh pesona. Oh, bayu... khabarkan padanya yang aku sedang rindu dengan hembusanmu yang mengasyikkan. Oh, awan... beritahu padanya yang aku sedang rindu dengan menurunkan hujan yang dingin.

 

Oh, seseorang, sesiapa sahaja... tolong aku nyatakan rindu ini walau aku hanya memandang dirinya dari jauh...

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) cerkon ini ditulis di dalam mood beta + gamma dan selebihnya sekadar ingin melepaskan apa yang terbuku di hati...
  • 2) Jangan marah sebab akak tersenyum di awal pagi ini:
    1)Pertama : ia memang cerkon, cerkon yang indah dan sampai pada maksudnya.
    2)Kedua: nampaknya memang Beta dan Gamma, bahkan mungkin ditulis di awal pagi atau lewat malam yang sunyi. Kalau di dalam waktu yang sibuk,hai nampaknya benar-benar Gamma rindu ni.
    3)Ketiga : gembira kerana ada hati yang kembali merindu dan bila menulis melepaskan perasaan ia patut dijadikan rujukan kelak bila mahu digunakan dalam cerpen/novel sebab hasil penulisan waktu ini sangat telus,jujur dan indah.
    *pemerhatian akak terhadap cerkon kan, Ridh dan Nad mempunyai kelebihan menulis Cerkon yang 'tepat' walau berlainan gaya. Ridh berupaya mengindahkan penerangan, Nad pula berupaya memperincikan perasaan (dia tak berbunga).Satu persamaan yang menarik iaitu keduanya lelaki..hmm.Jika ada masa cuba lihat cerkon Nad yang bertajuk 'Dendam' di Kapasitor dia dan juga 'Ektasi' di blog dia.
    Keupayaan menulis cerkon dengan tepat, menunjukkan anda berada paras ABA yang tinggi walau permulaannya munkin Gamma. Hasil yang baik dan terasa lebih matang.
  • 3) ehehem
    hehe.
    membuak2 benar rindu watak cerita ni.
    tanda2 harus kawin lekas. ha ha.
  • 4) wei... elegi rindu buat teruna mana lak ni, ridh?
    terkejut beruk lak akak nanti hehehe...

    emosi yang mampu mencengkam orang lain untuk menghayatinya..
    nice dik
    congrats

  • (Penulis)
    5) mr_kajiwa: hehehe... em, ada saya baca cerkon abang nad tu dan mencatit apa yang perlu untuk rujukan. terima kasih kak untuk ulasan itu...

    cahatomic: bagaimana mahu kahwin sedangkan hantarannya tinggi melangit... hehehe...

    adreena: inspirasi dari elergi rindu buat teruna yang akak nukilkan tulah. hehehe...

    terima kasih sudi singgah membaca...
  • 6) adeh....ni tulisan ni mcm luahan hati je. rasa-rasanya mcm fhm perasaan ni...

  • (Penulis)
    7) kamalia: luahan hati siapalah tu...
    seaakan memahami perasaan ini? wah, siapa agaknya yang sedang dirindu sekarang ni?

    terima kasih sudi singgah membaca...
  • 8) luahan hati?
    amboi..
    siapela yang bertuah tu ekk?
    )

  • (Penulis)
    9) mizz_aszni: boleh juga dikira luahan hati tetapi bukan luahan hati saya...

    terima kaish sudi singgah membaca...

Cerpen-cerpen lain nukilan ridhrohzai

Read all stories by ridhrohzai