Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lokman

 

            Ok, this is not cool. Panasnya bas ni. Tak ada air-conditioner. Nak buka tingkap, nanti rosak pula rambut aku yang dah penat-penat blow tadi. Bau dalam bas ni, isk, mual perut aku! Bercampur-baur perasaan aku sekarang ni. Bergoncang macam sekuatnya goncangan bas ni. Sabar sahajalah. Kalau tak kerana nak melawat kakak si Shalina yang bersalin tu, tak kuasa aku nak naik satu-satunya kenderaan awam yang dapat menghubungkan pekan Sungai Siput dengan Felda Lasah ni. Tu lah, aku nak ambil lesen kereta dulu, abah tak kasi. Konon-kononnya kena tunggu habis sekolah supaya tak kerap sangat berjalan-jalan naik kereta. Abah memang susah sangat nak percaya dengan aku. Apa guna ada kereta dua-tiga kat rumah tu kalau jarang guna. Ni kalau Abah dengan Mama tahu aku naik bas, mesti nak marah. Bahaya lah, jadi benda buruk ke, tapi, tak reti-reti nak spend time sikit untuk drive aku ke rumah nenek Shalina. Sibuk sangat konon-kononnya hujung minggu ni.

            Apa-apa pun, walau seteruk mana pun bas ni, still, the view along the way sangat cantik. I mean, still green. Tak macam kawasan perumahan aku kat Taman Muhibbah tu. Nak tanam pokok pun tak muat dah. Nasib baik abah beli rumah tepi sekali. Boleh juga letak pasu-pasu bunga yang aku tanam dengan bunga mawar kegemaranku. Oh ya, hujung minggu depan nak ajak Shalina dengan Suraya holiday di Cameron lah. Boleh beli bunga lagi. Lepas trial ni, elok juga pergi bercuti, boleh hilangkan tension. Tapi takkan nak naik bas kot? Shalina dah ada lesen, bolehlah kebas kereta Abah satu. Huhu. Kalau dia taknak kasi, aku nak ungkit janji-janji dia dengan Mama yang konon-kononnya nak bawak aku, Angah dan Adik pergi bercuti, tapi dah dua tahun kami tak keluar dari negeri Perak ni pun. Abah dengan Mama sejak naik pangkat ni, memang tak ingat anak-anak langsung.

            Isk, aku pening-pening fikir pasal Papa dengan Mama ni kenapa? Nanti terlepas pulak rumah nenek Shalina. Erm, mana satu rumah nenek Shalina ni? Katanya lima minit lepas simpang maut tadi. Rumah warna oren ya? Eh, itu bukan Lokman ke? Lokman si pendiam. Kalau tak kerana ayahnya rakan kongsi perniagaan abah, confirm aku tak kenal dia even kami sekelas. Lokman ni, a boy in his own world. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia, actually, aku tak pernah nak ambil tahu pun. Yelah, takkanlah aku nak sibuk-sibuk dengan kisah hidup dia kan. Entah-entah, parents dia macam Mama dengan Abah jugak. Sibuk sangat dengan kerja sampai Lokman jadi senyap macam tu. Tambah-tambah dia anak tunggal, pasti tak ada sesiapa yang nak berkongsi masalah dengan dia. Tapi, persoalannya kini, kenapa Lokman pergi ke rumah yang agak usang tu. Rumah dia bukan rumah tiga tingkat di Taman Heawood tu ke? Pelik. Eh, eh, itu rumah nenek Shalina rasanya. Mana loceng ni???

 

            “Fuh, sampai juga aku ke rumah nenek kau ni, Shalina. Terseksa jiwa raga aku dalam bas tadi.”

 

            “Lah, kenapa kau tak ambil teksi tadi?”

 

            What? Teksi? Ada teksi masuk dalam felda ke?

 

            “Kenapa pandang aku camtu? Oh, ni mesti kau tak tahu ada teksi masuk felda ye? Hahaha, padan muka kau naik bas tadi,” reaksi  muka aku waktu ni memang macam nak telan si Shalina ni.

 

            “Yerla, setiap kali kau cerita kau balik kampung, mesti kau naik bas. So, aku ingat, bas je-lah the only transportation yang masuk felda!”

 

            “Kau ni, kalau tak tahu, tanya. Aku naik bas sebab murah. Aku kan selalu ulang-alik tengok opah aku yang sakit ni, mestilah nak jimat duit. Kau yang nak datang sekali je ni, tambah-tambah dengan duit dari ayah ko, naik teksi pun tak apa kan?” Yup Lina. Full marks for you. Kalau aku tahu tadi yang ada teksi, konfem aku sanggup bayar dua tiga kali ganda dari harga tiket bas tadi just untuk ambil teksi. Tapi tak apalah, benda dah jadi. Yang penting, baby comel yang dinamakan Sharifah Hanim tu, dah pun berjaya menyejukkan hati aku yang bara sebab condition bas tadi.

            “Lina, kau tahu apa-apa tak tentang kewujudan Lokman kat area kampung kau ni?” Sedapnya kopi susu ni. Mesti bukan Lina yang bancuh.

 

            “Lokman? Lokman senyap tu? Kenapa dia nak datang sini pulak? Tak ada sebabnya. Kalau aku jadi dia, baik duduk rumah. Ada air-cond.” Lina ni, lain aku tanya, lain dia jawab.

 

            “Aku rasa, aku nampak dialah tadi. Dekat sebuah rumah usang, selang lima enam rumah dari rumah nenek kau ni,” tak salah aku lah…

 

            “Erm, aku tak pasti pulak itu rumah siapa. Kau nak aku tanya pada nenek aku ke? Ko ni, mesti ada apa-apa dengan Lokman ni..? Nek, nek!!” Ada apa-apa dengan Lokman? Sempat pulak minah ni nak buat spekulasi.

            “Eh, eh Lina. Tak payahlah tanya nenek kau. Tak penting pun untuk aku tahu. Hal dia, siapalah aku nak campur,” hampeh tul Lina ni. Hilang minat aku nak tahu lebih lanjut tentang Lokman tu. Ya-lah, actually, kenapalah aku fikir sangat tentang Lokman ni pun?

 

            “Ada apanya kau menjerit-jerit tu Lina?” aiseh, nenek si Lina ni menyahutlah pulak dari dapur. Lina dah senyum-senyum jahat tu. Isk…

 

            “Tak ada apa-apa nenek. Sara kata, kopi susu yang nenek bancuh sedap.” Tepat tekaan aku, memang bukan Lina yang bancuh kopi tu.

***********************************************

            Aku tak dapat nak lelapkan mata aku terfikirkan tentang kaitan antara Lokman dan rumah usang tu. Kalau Lokman tu budak jahat, mungkinlah dia boleh gunakan rumah tu yang aku boleh assume kosong, untuk hisap dadah ke, bawak bohsia ke. Tapi aku tak yakin perangai Lokman macam tu. Eh, tapi orang pendiam ni lah yang kita tak tahu apa yang mereka fikirkan. Isk, tak baik aku fikir bukan-bukan tentang si Lokman. Tapi, what is the best reason that he’s there? Tak silap aku, parents Lokman memang dua-dua bukan berasal dari Felda Lasah tu. Melawat kawan dia? Erm, Lokman ada kawan ke? Pelik, pelik.

            Sebenarnya, aku pun baru perasan yang somehow, sifat Lokman yang senyap tu memang menimbulkan misteri ke atas dia. Dan, aku ni yang selalu sangat tengok cerita misteri dan penyiasatan, teramat-amatlah ingin merungkaikan misteri yang menyelubungi Lokman ni. Misteri ke apa yang berlaku yang sedang berlaku pada Lokman ni? Padahal tak ada apa-apa yang besar yang jadi pun. Eh tak, aku rasa, untuk nampak Lokman di kawasan yang tak kena dengan apa-apa tentang dirinya, itu satu misteri. Mungkin itu tempat dia melakukan sesuatu yang di luar dugaan aku. Atau tempat itu tempat dia bersembunyi. Persoalannya, bersembunyi dari apa? Hah, itukan satu misteri!!

            Tapi, aku rasa, misteri terbesar sekarang ini ialah, kenapa aku sibuk-sibuk sangat tentang si Lokman ni? Baik aku risau pasal SPM yang dah dekat ni. Add-Math asyik fail saja. Tak sedar-sedar lagi ke makcik oit?? Erm, tapi apa kata kalau aku asyik terfikirkan tentang Lokman ni sampai tak tumpu perhatian pada study aku? Ewah, berlebih-lebihan pulak imaginasi aku. Memandangkan esok hari Ahad, jadi sebelum aku nak tidur ni, aku decide untuk pergi ke rumah yang aku nampak Lokman tu. Mungkin dengan cara ini sahaja aku dapat selesaikan segala persoalan yang terbuku dalam perasaan aku ni. Selamat Malam, Spy Sara!

********************************************

            Ini rasanya rumah tu kan semalam? Betullah. Fuh, nasib baiklah tadi naik teksi, tak adalah sakit sangat pinggang aku ni. Skuter Moskito Lokman tak ada depan rumah ni, harap-haraplah Lokman tak ada di rumah ni. Dan harap-haraplah Lokman tak akan datang secara mengejut. Sunyinya kawasan sekeliling rumah ni. Tapi ada pokok rambutan. Ranumnya. Warna dia, merah menyala. Oh, lipstick, lupa nak pakai tadi! Tak apalah, bukan nak mengurat sesiapa pun. Isk, scary-nya aku nak masuk ke rumah ni. Tangga dia nampak macam tak tahan saja.

 

            “Assalamualaikum..” harap-haraplah ada orang di dalam. Sepi. Bunyi burung serindit saja yang aku dapat dengar.

 

            “Assalamualaikum..” ok, eventhough dalam Islam cakap lepas kasi salam tiga kali tapi orang tak menyahut, baru kita blah, tapi seriously, kalau lepas salam second aku ni, and tak ada sesiapa sahut, I’m off from here. Sepi. Ok, jom balik.

 

            Eh, sekejap, tu bunyi papan berkerut. Ada orang berjalan di dalam. Orang ke? Betul ke orang? Nak stay ke nak lari? Nak lari ke nak tunggu? Apa aku nak buat kalau di dalam orang jahat yang nak culik aku ke? Or ada perogol ke? Or memang Lokman menagih dadah dan salah seorang kawan penagih dia ada di dalam? Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini. Bunyi tapak kaki makin dekat, selak pintu terusik….

 

            “Ahhhhhhh!!!!!” siapa  tu????

 

            “Ahh!!!” Susuk tubuh kurus kering yang ada di hadapan aku tadi tampaknya lebih terkejut dari aku. Kenapa lari dari aku? Is my make-up too thick? Oh no, aku kena clear-kan hal ini. Nanti dia ingat aku orang jahat.

 

            “Assalamualaikum… saya tak berniat jahat. Saya datang nak melawat…” Oh, itu dia bersembunyi tepi meja makannya. Kenapa dia takut dengan aku?

 

            “Saya cuma nak datang melawat… makcik,” aku rasa, dengan memegang kedua-dua belah bahunya, dia akan lebih bertenang. Badan dia menggeletar betul-betul. Matanya berkaca di sebalik rambut tidak terurus yang menutup dahinya. Apa yang mampu aku lakukan untuk mententeramkan makcik ini?

 

            “Makcik, saya kawan Lokman. Nama saya Sara,” aku perlu perkenalkan diri aku rasanya. Ya, akhirnya makcik bertenang pun. Bulat mata dia dengar nama Lokman.

 

            “Bangun makcik, jangan takut. Saya kawan Lokman. Kami kawan sekelas. Duduk makcik atas kerusi ni,” walaupun rumah ni usang, tapi perabot yang ada di dalam rumah ini tampak baru. Pelbagai persoalan yang bermain di dalam fikiran aku. Apa kena-mengena makcik ini dengan Lokman? Makcik yang tampak tua… tua kerana penderitaan mungkin. Ya, sebagai seorang penyiasat berjaya, kita perlu buat inferens awal sebegini untuk mengetahui hala tuju penyiasatan kita. Aku dapat lihat satu ketakutan yang terpancar dari anak matanya, walaupun selepas berjaya menenangkan ketakutannya dari aku.

 

            “Nama makcik apa?” Kenapa makcik diam saja? Makcik takut lagi ke?

 

            “Aaaa…uuu…iiii…shuuu…,” patutlah makcik diam dari tadi. Makcik bisu rupanya.

 

            “Maafkan saya, makcik. Saya tak tahu. Beginilah makcik, mungkin makcik pun pelik kenapa saya datang ke sini secara mengejut,” Harap-haraplah dengan menceritakan tentang peristiwa semalam akan menerangkan segala kekaburan yang ada dalam fikirannya. Walaupun makcik sudah dengar segala-galanya, aku dapat lihat, dia seakan-akan masih sukar untuk menerima diri aku. Tak apalah, mungkin dia jarang menerima tetamu. Tapi, still, aku hairan, apa kaitan antara makcik bisu ini dengan Lokman? Saudara Lokmankah? Ada bekas KFC di dalam tong sampah, mungkin Lokman yang bawa sebab menurut makcik tadi bila aku tanya ada orang lain yang tinggal dalam rumah ni, makcik cuma geleng kepala sahaja. Aku rasa buat masa sekarang, tak sesuailah untuk aku suruh makcik angguk atau geleng kepalanya untuk kepastian aku tentang hubungannya dengan Lokman. Lain hari masih ada.

            “Tak apalah makcik, saya balik dulu ya. Insya-Allah, petang esok selepas sekolah saya ke sini lagi. Lokman selalu datang hujung minggu sahaja ke, atau setiap hari?” soalan ini amatlah penting untuk aku ketahui jawapannya kerana aku takut-takut akan terserempak dengan Lokman.

            “Hujung minggu?” oh, makcik angguk. Kalau macam itu, bolehlah esok aku ke sini lagi. Harap-harap, dengan ini, aku dapat tahu lebih lanjut tentang siapa sebenarnya makcik ini dalam hidup Lokman.

******************************************

            Tadi di sekolah aku teringin sangat nak bersemuka dengan Lokman dan tanya tentang perihal makcik bisu itu, tapi aku tak tahu bagaimana nak memulakan perbualan. Andai kata aku berjaya menyoalnya sekalipun, aku takut kalau Lokman akan marah secara tiba-tiba dan menuduh aku menyibuk hal tepi kainnya. Orang pendiam ni tak silap aku boleh jadi garang secara tiba-tiba. Tak apalah, dah lepas pun masa sekolah. Aku dah ada kat depan rumah makcik yang aku tak tahu namanya lagi ni.

            “Assalamualaikum.” Eh, sekali bagi salam saja dah dengar bunyi tapak kaki menuju ke pintu. Mungkin kali ini Makcik sudah tidak terlalu berhati-hati seperti semalam. Makcik sudah mengenali suara aku rasanya. Hebat bukan assumption aku? Pintu diselak dengan perlahan. Makcik sama seperti semalam. Masih dengan riak wajah yang sama. Tak apalah, aku tak mengerti pun apa yang difikirkannya.

            “Makcik tahu tak saya bawa apa hari ni? Saya ada bawa shampoo, shower foam, sikat, losyen, bedak, deodoran dan minyak wangi lagi. Lokman ni, dia datang rumah makcik bawa makanan saja, mana boleh! Makcik kan perempuan. Dia tak faham yang kita ni, perlukan semua barang-barang kecantikan. Saya siap bawa alat make-up lagi. Jom saya ajar makcik guna barang-barang ni!” aku dapat lihat riak pelik pada wajah makcik. Semalam waktu aku ke bilik air sekejap, yang aku nampak ada dalam bilik air cumalah berus gigi, ubat gigi dan sabun. Tak cukup aku rasa. So, aku pun decide nak bawa semua barang-barang ni untuk makcik.

            Kelakar pula tengok makcik nak guna barang-barang ni semua. Dia macam tak pernah guna langsung barang-barang ni. Tak apalah, aku akan ajar dia baik-baik. Lepas ni, dia mesti tahu nak guna sendiri.

 

            “Ok, makcik duduk depan saya. Mari saya sikat rambut makcik.” Rambut makcik kini lebih terurus dari sebelumnya. Lembut sedikit lepas guna conditioner. Ketegangan di wajahnya makin berkurangan. Mungkin makcik tak pernah mengalami semua ini sebelum ini.

            “Oh ya makcik, cuba makcik pakai ini.” Harap-haraplah baju kebaya berwarna merah jambu yang sudah lama tidak dipakai oleh mama ini muat dengan makcik. Lagipun saiz badan makcik lebih kurang sahaja dengan saiz badan mama.

            Lamanya juga makcik nak pakai baju kurung tu dalam bilik. Tak cantik ke baju tu? Makcik tak suka ke baju tu? Eh, makcik dah keluar dari bilik.

            “Wow, cantiknya makcik. Macam ratu  kebaya pulak Sara tengok. Haha!” makcik tampak masih janggal dalam pakaian mama. Dia nak menyesuaikan dirilah tu. Eh, makcik tersenyum mendengar kata-kataku itu. Seronoknya aku! Tak sia-sia malam semalam sebelum tidur aku asyik berfikir bagaimana untuk mengembalikan senyuman makcik. Isk, kenapa waktu ni nak sayu pun. Malunya kalau menangis depan makcik.

            Makcik pelik tengok aku menangis nampaknya.

            “Tak ada apa-apalah makcik, Sara seronok tengok makcik gembira.” Makcik peluk aku. Aku tahu, makcik seperti mengucapkan terima kasih juga pada aku. Basah bahuku. Makcik pun menangis.

            “Ok, sudahlah makcik. Nanti cair make-up yang Sara buat kat muka makcik. Tak cantik pulak nanti. Ya tak ya, tadi waktu sebelum makcik buka pintu, Sara ada cium bau masakan sedap sangat. Sara lapar ni. Makcik masak apa tadi? Cukup tak kalau Sara makan sekali dengan makcik?” Anggukan makcik tampak lebih bermaya kali ini.

            Seronok sangat makan tengah hari ini, aku dapat makan dengan seorang yang sama seperti aku, kesunyian di rumah. Walaupun makcik tak dapat membalas kata-kata aku, aku tahu, dia puas menjadi seorang pendengar, tambah-tambah mendengar perihal Lokman di sekolah. Lagipun, kalau aku duduk-duduk saja di rumah, aku pun dah jadi macam orang bisu. Tak tahu mahu berhubungan dengan siapa. Dinding? Aku gembira ada dengan Makcik, dan aku tahu, Makcik pun gembira.

******************************************

            Dah hampir seminggu aku mengenali makcik Lokman itu. Entah kenapa, mengenali dia menyebabkan aku menjadi lebih ceria. Mungkin kini adanya seseorang yang aku rasakan, ada sentiasa di sisi aku. Bukan seperti Abah dan Mama yang selalu tak ada masa untuk aku. Bila bersama dengan Makcik, aku dapat rasakan perhatian yang selama ini aku dambakan dari Mama dan Abah. Kita rasa benar-benar dihargai bila seseorang itu memandang mata kita bila kita berbicara, dan mendengar dengan semahu-semahunya setiap butir bicara kita. Walaupun hanya dibalas dengan senyuman, itupun sudah mencukupi untuk aku tahu kesedaran aku di rumah Makcik disedari dan dihargai. Dari isnin hari tu, sampai ahad semalam aku melawat makcik. Semakin hari, senyuman dan kepercayaannya pada aku bertambah. Oh ya, tapi kenapa tadi di perhimpunan pagi Lokman asyik pandang aku? Mungkin dia perasan yang aku selalu pandang dia dalam kelas sebab aku akan ceritakan setiap apa yang dia lakukan pada makcik. Atau…

            PAP! Terperanjat aku. Eh, itu jurnal aku. Lokman di depan aku? Aiseh, my jurnal is with him ke? Patutlah cari-cari tak jumpa. Matilah aku, mesti aku tertinggal jurnal ni semalam di rumah makcik. Macam manalah aku boleh cuai sangat. Lokman pandang aku tajam sangatlah, macam nak makan aku saja. Sejuk saja muka aku sekarang ni. Aku rasa, darah tak boleh nak mengalir ke sana dah.

 

            “Listen Lokman, aku berniat baik. Aku tahu aku melanggar privacy kau dengan buat apa yang aku dah buat. Aku tahu aku tak ada hak, tapi, aku just nak…”

 

            “Thank you.”

 

            “…what?”

 

            “Yup, thanks to you Sara. I can see a smile in her face now. Aku dapat tengok senyuman lebar pada wajah mak aku.”

 

            “Apa, mak kau?” Lokman serius ke ni? Jangan main-main dengan aku. Dia mengangguk. Pening kepala aku.

 

            Bisingnya kantin ni. Rasa nak menjerit saja pada budak-budak ni suruh diam. Sudahlah aku pening sebab kecut perut tadi,  nak tumpukan perhatian pada cerita yang bakal disampaikan Lokman pun susah. Lokman menarik nafas dalam-dalam sebelum dia memulakan kata-katanya.

            “Aku anak angkat sebenarnya Sara. Dari kecil lagi aku dah tahu hakikat itu. Mak dan ayah aku tak pernah cuba menyembunyikan perkara itu dari aku sebab mereka tak mahu ada jurang nanti di antara kami semua andai suatu hari aku mengetahui yang aku    anak angkat mereka. Aku terima hal ini sebaik-baiknya kerana walaupun aku cuma anak angkat, parents aku menatang aku bagai minyak yang penuh. Tambah-tambah mereka pun tak ada anak sendiri,” Tenang saja kau mengungkap perkara yang mungkin sukar untuk diterima oleh anak-anak angkat yang lain ya, Lokman.

            “Pasal mak aku, makcik Khiriah, dia memang bisu dari kecil lagi, tapi arwah ayahnya, satu-satunya ahli keluarganya yang ada waktu itu dapat juga menjodohkan dia dengan seorang lelaki bekas pesara askar yang bermastautin di felda tu. Mula-mulanya kehidupan mereka bahagia, namun semakin lama, perangai sebenar lelaki itu muncul. Dia pemabuk, kaki judi dan sering juga membawa perempuan lain balik ke rumah. Mak aku sering dipukul dan dianiaya olehnya. Mak aku tak berdaya, dan dalam masa yang sama tak dapat mengadu nasib kepada sesiapa. Mak aku hidupnya terkongkong. Suaminya asyik mengugut untuk membunuhnya seandainya dia dilihat bergaul dengan sesiapa. Hidupnya penuh dengan penderitaan. Kau dapat lihat sendirikan matanya? Mata yang penuh dengan kesayuan.” Betul kata kau Lokman. Mata itulah yang menangkap pandanganku bila melihat makcik Khiriah buat kali pertama. Kasihannya makcik Khiriah, teruk sekali penderitaan yang pernah ditanggungnya.

            “Suatu hari, mak mula sedar yang berlaku perubahan dalam dirinya. Dia mengandung. Mak makin tertekan, bukan kerana tidak mahu kandungan itu, dia risau akan masa depan bayi dalam kandungannya. Mak tak kasi tahu pun suaminya yang dia mengandung. Nasib baik juga suaminya tak ambil tahu sangat tentang perubahan yang berlaku pada mak kerana dia sibuk sangat berjudi dan berfoya-foya. Perut mak juga tak nampak besar sangat sebab fizikalnya yang kecil itu. Bila tiba waktu bersalin, mak berlari ke rumah jiran sebelahnya yang kebetulan seorang bidan. Waktu tu, suaminya tak ada di rumah. Sebaik saja mak melahirkan aku, mak terus merayu pada bidan itu agar mengambil aku dan menyerahkan kepada mana-mana keluarga angkat. Suami bidan itu pemandu parents angkat aku sekarang. Parents aku waktu itu sudah sepuluh tahun berkahwin dan tidak mempunyai cahaya mata. Bila mereka mendengar perihal mak dan aku, mereka terus bersetuju untuk mengambil aku sebagai anak angkat.” Mata Lokman berkaca. Mungkin dia terkilan mengenangkan penderitaan yang ditanggung oleh ibunya.

            “Selepas beberapa tahun kelahiran aku, suami mak aku meninggal dunia kerana dilanggar kereta sewaktu sedang berjalan kaki dalam keadaan mabuk untuk pulang ke rumah. Mak tak sedikit pun sedih akan kejadian itu. Dia meneruskan kehidupan, namun setelah bertahun-tahun terperangkap di dalam rumah itu, dia jadi pasif dan tak reti bergaul dengan sesiapa. Parents aku mengirimkan wang kepada mak aku setiap bulan untuk belanja. Sebaik sahaja parents aku tahu yang suami mak aku sudah tiada, mereka membawa aku ke rumah mak aku untuk mempertemukan kami. Waktu itu, aku baru lima tahun, tak mengerti apa-apa sangat. Detik-detik pertemuan berterusan sehingga aku mula memahami keadaan sebenar dan sejak aku sudah mula mempunyai kenderaan sendiri, aku sendiri pergi ke rumah mak aku untuk menghantarkan wang belanja untuknya. Walaupun dia tak bersuara, namun ada hubungan yang wujud dari hati kami dan kami sama-sama dapat merasainya. Aku tak kisah dia bisu, atau tak pandai, atau miskin. Dia mak kandung aku. Aku perlu menghargainya. Namun, senyuman adalah satu perkara yang paling sukar untuk aku lihat di wajahnya sepanjang aku mengenalinya, dan Sara, aku benar-benar terkejut melihat kegembiraan yang ada padanya bila aku lawat dia semalam. Terima kasih, terima kasih.” Air mata mula mengalir di pipi Lokman saat dia mengucapkan terimas kasih kepada aku. Aku terkesima seketika. Tak pernah ada mana-mana budak lelaki yang menangis di depan aku selama ini. Kecuali seorang budak gemuk yang pernah aku tumbuk waktu umur lima tahun dulu.

            “Eh, tak ada apa-apalah Lokman. Aku pun memang tak ada benda nak buat kat rumah, parents aku sibuk sangat dengan kerja. Adik beradik aku yang dua orang tu pulak tinggal di asrama penuh. Aku pun mencari teman juga, dan Tuhan temukan aku dengan mak kau. Kami sama-sama berkongsi kesunyian dan aku seronok sekali dapat menggembirakan dia.” Ikhlas dari hatiku ini, Lokman. Lokman cepat-cepat menyeka air matanya dan mengukirkan senyuman kepadaku.

            Manis wajah kau Lokman bila senyum. Senyum-senyumlah selalu. Hari ini, memang seronok sebab dapat berbual banyak dengan Lokman. Perasaan aku lain kepadanya sekarang ni. Dia lebih terbuka. Sekarang terjawablah juga kenapa dia selama ini tidak banyak bercakap dan pendiam. Banyak rahsia yang terpendam dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya kini dia sudah berkongsi perkara itu dengan seseorang, iaitu aku.

            “Sara, petang ni kau nak ikut aku ke rumah mak?” Eh, mestilah nak. Angguk sajalah. Lagipun hari ni aku dah janji nak ajar makcik Khiriah membaca.

            “Kita naik motor aku, aku ada bawa helmet lebih.” Erk, motor? Eh, aku tak pernah naik motor seumur hidup ni. Haha, Lokman senyum sinis pula. Ni mesti dia dapat agak perasaan aku. Tak apa, apa salahnya mencuba benda baru dalam hidup, kan?

            “Lokman!!! Bawak pelan-pelan sikit!” Lokman ni sengaja nak takutkan aku tau. Dari tadi goyang-goyangkan motor, ke kiri dan ke kanan. Apapun, hari ini aku telah belajar sesuatu. Makcik Khiriah, Lokman, dan parents angkatnya mengajar aku bahawa keluarga kita adalah segala-galanya, tidak kiralah bagaimanapun keadaan mereka. Mama, Abah, Sara minta maaf kerana selalu marahkan Mama dan Abah kerana seolah-olah tidak pedulikan anak-anak Mama dan Abah. Walhal Mama dan Abah sebenarnya ingin memberikan kehidupan yang baik kepada kami. Namun, Sara cuma ingin meminta sebahagian perhatian Mama dan Abah. Balik nanti, aku akan berbincang dengan mereka.

 

I want my family back!

 

 

FIN

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Menemui sedikit kesegaran membaca cerita ini, cuma di permulaannya agak 'dragging', begitu juga di bahagian 80% terakhir. Mungkin imbas kembali boleh menyelesaikan masalah ini? Maaf kerana memberi pendapat.

  • (Penulis)
    2) eyh, takkan nak minta maaf sebab beri kritikan membina kot.

    saya agak setuju, tapi terasa nak buat cerpen monolog. Maaf kerana penggunaan ayat-ayat dwibahasa yang agak banyak. Cuma nak mewujudkan feel natural dalam pemikiran watak utama.

    Saya gunakan gaya penceritaan secara terus sebab mahu satu jalan cerita yang simple. Memang cerita ni saya rasa macam selangkah satu tapak ke belakang selepas 'Kemaafan Dendam Yang Terindah' tapi memang unsur segar tu lah yang saya cuba bawakan. Thanks mr. Kajiwa sebab komen.
  • 3) wow!ceritanya lain drp yg lain w/pun bila start ke ayat “Aku anak angkatsebenarnya Sara" dan seterusnya dh boleh dijangka akhir ceritanya.

    mula-mula ingat cerita hantu ke apa...hehhe!


  • (Penulis)
    4) hahaha.. kamalia, next cerpen cerita seram

    saya janji
  • 5) salam ancalisme.

    cerita yang baik
    penceritaannya digarap menarik. mesejnya pun ada.
    cuma plot yang biasa mungkin terlebih maklumat, dan plot yg penting tidak diketatkan sangat. ehe. kekurangan fokus pada tempat-tempat penting barangkali.

    saya suka dengan usaha awak


  • (Penulis)
    6) terima kasih caha atas komen itu
  • 7) jemputlah menulis '10 perkara tentang diri saya" di entri blog.
    ehe
    selalunya org di sini cenderung berinteraksi dgn org yg mereka kenali
  • 8) ya saya yakin anda mampu buat yang lebih baik dan baik dan baik lagi.
  • 9) salam ancalime.

    saya tertarik dengan komen saudara cahatomic. benar, ada beberapa tempat yang didapati plotnya agak longgar.

    kemudian menyentuh soal latar. ada dinyatakan perihal rumah yang usang itu tetapi jika digambarkan dengan lebih terperinci tentang keadaan rumah yang usang itu, mungkin nampak lebih jelas keadaan hidup watak sampingan iaitu mak lokman.

    selebihnya, jika dipandang dari sudut hiburan, saya boleh terima penggunaan dwibahasa dan bahasa pasar yang dikarang dalam cerita ini. cuma, jika anda perbaiki sedikit penggunaan dwibahasa dan bahasa pasar itu, saya yakin cerita ini akan tampak lebih kemas dan menarik.

    keseluruhan, ia sebuah cerpen yang menarik dan seperti kata mr_kajiwa, saya juga yakin anda mampu melangkah lebih maju.

    maaf berbicara panjang. salam karya...
  • 10) ralit juga aku baca.
    Baca cerita ni, aku rasa macam tengah layan lagu Search fantasia bulan madu, tapi dinyanyikan dengan melodi lagu hujan pagi yang gelap.
    er.. cuba dengar macam aku cakap tu. haha. baru tau feelnya macam mana.
  • 11) wah, penceritaan yang baik..
    mcm drama pon ade ni..
    tahniah!
  • 12) Segar... seperti selalu..
    dpecubaan mengelodak pelbagai emosi dalam karya...
    mula-mula ada lawak dan senyum, kemudian suspen dan last jadi sendu juga...
    Plot cerita ini kalau dikembangkan ke cerpen bersiri, pasti menarik...

    namun seperti biasa
    karya yang santai...
    sesuai dengan imej ancal...

    nice..

  • (Penulis)
    13) aduh, baru perasan banyak juga komen untuk cerpen ini
    #caha
    ada ya entry tu? nanti saya buat.. insyaAllah

    #mr.kajiwa
    itulah.. saya pun sentiasa mahu memperbaiki mutu penulisan ni.

    #ridh
    terimas kasih atas komen-komen membina itu. memang saya perasan saya selalu gagal memberi perincian yang baik dalam karya saya. InsyaAllah, note taken.

    #sekopi
    kau sentiasa buat aku tersenyum bace komen ko.. hahaha

    #miss aszni
    haih.. kene jadi macam caha ke buat cerpen bersiri ;P

    #kak adreenasaya penuh dengan emosi.. haha. tapi imej santai itu mesti ada, kak. identiti katanya ;P

Cerpen-cerpen lain nukilan Ancalime

Read all stories by Ancalime