Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Zira : "Altenate Ending"

 

HAHA.

Cinta. Awan dari hujan. Bunga denga rama-rama.Bulan dengan pungguk.

HAHA.

Pelik?

Tahi di jamban.Makilah gampang, sial, celaka, bodoh. Hingus, kahak, pengotor.

HAHA.

Kau fikir macam budak tingkatan tiga. Sekarang zaman sudah berubah. Mana ada orang pakai telefon bimbit bunyi monophonic lagi.

Zaman sudah berubah.

Window 1998, Window 2000,  Window ME. Apa itu? Sejenis binatang belum kenalpastikah?

Intel pentium III? Wah, jenama kalkulator saintifik model barukah?

Zaman sudah berubah.

 Mana ada orang berak dekat jamban rakit balak lagi. Mana ada kedai pakai pintu papan sorong ada tulis nombor-nombor lagi.

Zaman sudah berubah.

Bodoh. Mana ada orang pegang dan cium keris lagi.

Zaman sudah berubah.

Kunonya. Masih pakai seluar koyak lutut. Masih dengar kaset Wings atau Search atau Iklim. Itu orang tua. Sekarang zaman milennium. Zaman orang muda yang kuat mencarut. Gampang.

Kau lahir bukan masa Memali. Bukan masa tiga belas Mei. Peristiwa reformasi itu pun kau belum berkhatan lagi. Bertuahlah kau dapat tengok Hindraf baling batu. Bersih pegang sepanduk. Atau duduk dalam lautan manusia masa perhimpunan black14 itu.

Zaman sudah berubah.

Kalau kau bercakap macam pertandingan debat ala parlimen budak tingkatan tiga. Mana ada orang mahu dengar.

Mana boleh cakap tentang tahi dalam jamban duduk. Tentang anak gampang bergelendangan di kaki lima. Tentang pelacur tua yang termenung melihat zaman sambil tarik gudang garam. Tentang mat dadah di pekeliling jual jam Rolex dua puluh ringgit.

Itu kuno. Kau cakap tentang bohsia atau rempit pun belum tentu orang suka.

Sekarang zaman rampasan kuasa. Zaman stadium runtuh. Zaman Melayu-Cina-India sudah tidak geli lagi berpegang tangan sesama sendiri.

Kau cakap pasal bunga, atau pasal murtad, atau pasal kumpulan Melissa yang mahu buat konsert reunion mungkin boleh laku.

HAHA.

Entah apa yang orang tua berpakaian seperti orang mahu ke pejabat  itu bebelkan di kaki lima. Dengan tin minuman yang dipegang seperti microfon, orang tua itu merepek entah apa-apa.

Orang-orang yang lalu lalang di kawasan kaki lima kedai itu sekadar memandang.

***

Jamil termenung jauh. Langsung tiada objek spesifik yang menjadi fokus pada mata Jamil sekarang. Dia cuma termenung. Jauh. Mungkin sudah sampai ke planet pluto atau dekat sikit, mungkin di Canada.

Ada masa dia senyum. Kemudian dia kerut dahi. Lepas itu dia ketawa. Tiba-tiba Jamil maki.

Bodoh. Gampang. Sial. Celaka.

Jamil rasa tekaknya tersumbat. Hak tuih!!! Kahak hijau dari tekak Jamil sudah berpindah tempat. Tadi dari tekaknya, sekarang melekat meleleh di dinding bercat putih. Macam orang kaya-kaya yang makan banyak. Kemudian sama-sama cheers Jack Daniel atau Chivas. Kemudian muntahkan semula makanan-makanan mahal yang banyak tadi.

Geli. Kotor. Najis. Haprak.

Bodoh!!! Jamil tiba-tiba menjerit.

Orang yang lalu lalang di depan Jamil, semua pandang dia yang tiba-tiba menjerit. Tapi mereka tidak hairan.

***

Aku kesat air mata yang tiba-tiba mengalir di pipi. Tiba-tiba. Tanpa aku sedar. Kadar degupan jantung aku juga tiba-tiba laju.

***

Jamil pandang semula kahak hijau yang dia ludah tadi. Kotornya. Kemudian dia sapu kahak itu dengan tapak kasutnya.

Jamil fikir orang tidak suka dengan kahaknya yang tertampal di dinding putih itu.

***

Bodoh!!! Rasuah itu haram hukumnya.

Bodoh!!! Riba itu haram hukumnya.

Bodoh!!! Arak itu haram hukumnya.

Bodoh!!! Zina itu haram hukumnya.

Bodoh!!! Semua bodoh.

Jamil berdiri sambil memegang tin minuman di tangannya, dia pegang macam microfon. Air itu tadi ada seorang gadis cantik yang berikan. Tadi air dalam tin itu penuh. Tapi Jamil sudah curahkan air itu dalam longkang sampai habis.

Mana boleh minum minuman orang yang tidak dikenali. Manalah tahu takut-takut ada racun santau atau racun rumpai. Orang kaya macam Jamil memang ramai yang dengki.

Mujur tiada nas atau dalil kata not ringgit malaysia yang datang dari pemerintah itu kotor atau haram. Masih belum ada. Nanti rujuk pada ustaz atau ulama yang memerintah.

Jamil berucap perlahan. Umurnya sudah hilang. Sudah tidak mampu berdiri lama-lama macam dulu. Berucap di hadapan beribu penyokong. Sekarang, menjerit baru dua tiga patah ayat, dada Jamil sudah memberontak.

***

Kereta aku besar. Rumah aku  besar. Duit aku berjuta-juta.

Tapi aku  tiada siapa. Anak. Isteri. Kawan. Kayu golf. Atau kapal terbang peribadi atau bot mewah peribadi.

Ah, bodoh punya badan. Harta benda aku itu, akulah yang punya. Engkau sibuk-sibuk mahu siasat dari mana, kenapa? Rezeki itu datang dari tuhan sebab aku berusaha. Aku yang gigih berusaha. Kau tahu apa? Bertahun aku bina empayar. Aku bina duit. Aku bina dunia aku sendiri.

Masa ini aku sepi.

Bodoh punya badan pencegah.

Si tua siap berkot, dengan briefcase di sebelahnya terus membebel-bebel.

***

Dari satu sudut lain, seorang gadis cantik mengesat air mata yang gugur di pipi. Dadanya berdebar-debar. Bersama-sama dia seorang lelaki berpakaian kemas dan segak.

***

“Assamualaikum Dato’,” Seorang lelaki berpakaian kemas menghulur salam.

“Waalaikumsalam, ya Encik ni dari mana? Minta maaf, saya tak perasan. Maklumlah dah tua-tua ni, ingatan pun sudah kurang. Mata pun tak berapa cekap,”

“Dato’.. Dato”.. Cepat sangat Dato’ lupa ni. Saya dah pesan jangan minum air ada semut,”

“hahahahaha,”

“Wah, gelak besar Dato’ lucu benarkah?”

“Rumah aku mana ada semut, kalau ada gula yang ada semut, aku terus suruh isteri aku buang,”

“Oh, Dato’ tak pulang lagi? Hari sudah petang ni,” Lelaki berpakai kemas itu menepuk-nepuk bahu dato’.

“Sebentar lagi aku pulang, kau sibuk-sibuk mahu jaga tepi kain aku kenapa? Ini kerja aku,”

“Wah, dato’ janganlah marah. Saya cuma bertanya,”

“Sekarang jam berapa dato’?” dato’ itu bertanya pada lelaki berpakaian kemas.

“Eh, saya belum jadi dato’. Jam pukul lima empat puluh lima petang,”

“Oh, sudah petang. Aku mahu pulang,”

“Singgah dulu di rumah saya dato’,”

“Tak mengapalah, nanti isteri dan anak-anak aku menunggu pula di rumah,”

“Baiklah kalau macam itu,”

Dato’ bangun dari duduknya lalu menghulur salam kepada si lelaki kemas tadi. Si lelaki tadi tiba-tiba memegang kuat tangan Dato’. Dato’ tiba-tiba tidak sedap hati.

Dato’ mahu capai breifcase di lantai. Tapi tangannya dicapai dahulu si lelaki berpakaian kemas.

Dato’ meronta-ronta. Tidak habis hidupnya dianiaya orang. Hari ini juga. Orang kaya memang ramai musuhnya. Si lelaki memegang kuat Dato’ yang meronta-ronta.

“Bodoh, kenapa tangkap aku,” Dato’ menjerit sambil meronta-ronta.

“Woi, lepaskan aku,” orang di sekeliling dato’ yang lalu lalang memandang dato’ yang meronta-ronta dipegang.

Lelaki kemas tadi masukkan dato’ ke dalam van bercermin gelap. Dato’ diam di dalam van.

***

Di satu sudut, seorang gadis dan seorang lelaki sedang melihat dato’ yang sedang ditangkap. Si gadis menangis di dada si lelaki. Si lelaki pula memeluk si gadis yang sedang teresak-esak sambil dia menggosok belakang si gadis.

“Zira sabar ya, ini ujian tuhan pada papa. Zira sabar ya.”

***

“Ya Allah!! Jun,” Dato’ Jamil tiba-tiba tersentak. Gadis-gadis yang sedang bersoronok dengan Dato’ Jamil di dalam sebuah karaoke menjauhkan diri dari dia yang tiba-tiba terkejut. Dato’ Jamil melepaskan microfon di atas meja.

Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya lalu menghidupkan telefon bimbit tersebut. Mesej masuk berturut-turut.

1,2,3,4,5,6,7,8,9... 20..

Telefon bimbit berbunyi. Di skrin telefon bimbit tertulis nama Zafari. Dato’ Jamil menekan butang jawab lalu meletak telefon di telinga. Bunyi karaoke sudah diperlahankan oleh gadis-gadis tadi.

-Papa dekat mana?

-Papa tengah kerja. Kenapa Zaf?

-Mama...

Suara Zafari tersekat.

-Kenapa Zaf?

-Mama dah tiada. Papa tutup telefon.

Dada Dato’ Jamil berdegup kencang. Dia tekan butang letak ganggang.

Junaidah.

Dato’ Jamil terus pulang kerumah. Gelap. Dia bergegas memandu pulang ke kampung Junaidah.

Sampai di rumah bapa Junaidah, masih cerah. Kereta Zafari ada disitu. Dato’ Jamil turun dari kereta dan menuju ke muka pintu rumah papan usang itu.

“Assalamualaikum,”

Daun pintu diselak. Anak gadisnya, Nurul Ain Azira terus meluru dan memeluk tubuhnya sambil teresak-esak menangis.

Anak lelakinya pula menghampirinya sambil bersuara perlahan.

“Papa kejam,”

Sejurus itu juga Dato’ Jamil menitiskan air mata. Dia mengikut Zafari masuk ke dalam kereta. Juga Nurul Ain Azira.

Zafari memandu kereta menuju ke tanah perkuburan.

***

Dato’ Jamil terus merangkul tanah yang masih merah. Jun.

***

“Papa, jom pulang. Sudah tiga hari papa di sini,” Namun tangan Zafari di tepis. Nurul Ain Azira yang berdiri di belakang Zafari masih teresak-esak. Mata bundarnya sudah berhari-hari mengalirkan air mata.

...

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) adakah sekopi ingin mencuba satu lg teknik penulisan yang baru?

  • (Penulis)
    2) iye.

    terima kasih kerana memahami.
  • 3) "Aku kesat air mata yang tiba-tiba mengalir di pipi. Tiba-tiba. Tanpa aku sedar. Kadar degupan jantung aku juga tiba-tiba laju." dalam ayat ini, 'aku' tu watak pencerita ke?

  • (Penulis)
    4) Oh. Maaf atas kekeliruan.

    soalan :'aku' tu watak pencerita ke?
    jawapan : pencerita adalah penulis cerpen ini. "Aku" itu penulis boleh bagi kepada mana-mana watak dalam cerpen ini. Boleh kan? Salah ke tatabahasanya?

    Jika diamati, (cuba amati).

    Aku ada buat pengulangan pada bahagian "air mata" itu, iaitu "zira".

    1. Aku kesat air mata yang tiba-tiba mengalir di pipi. Tiba-tiba. Tanpa aku sedar. Kadar degupan jantung aku juga tiba-tiba laju.
    2. Dari satu sudut lain, seorang gadis cantik mengesat air mata yang gugur di pipi. Dadanya berdebar-debar. Bersama-sama dia seorang lelaki berpakaian kemas dan segak.
    3. Di satu sudut, seorang gadis dan seorang lelaki sedang melihat dato’ yang sedang ditangkap. Si gadis menangis di dada si lelaki. Si lelaki pula memeluk si gadis yang sedang teresak-esak sambil dia menggosok belakang si gadis.

    “Zira sabar ya, ini ujian tuhan pada papa. Zira sabar ya.”
    4.(flashback)“Papa, jom pulang. Sudah tiga hari papa di sini,” Namun tangan Zafari di tepis. Nurul Ain Azira yang berdiri di belakang Zafari masih teresak-esak. Mata bundarnya sudah berhari-hari mengalirkan air mata.

    ***

    Kereta aku besar. Rumah aku besar. Duit aku berjuta-juta.

    Tapi aku tiada siapa. Anak. Isteri. Kawan. Kayu golf. Atau kapal terbang peribadi atau bot mewah peribadi.

    Ah, bodoh punya badan. Harta benda aku itu, akulah yang punya. Engkau sibuk-sibuk mahu siasat dari mana, kenapa? Rezeki itu datang dari tuhan sebab aku berusaha. Aku yang gigih berusaha. Kau tahu apa? Bertahun aku bina empayar. Aku bina duit. Aku bina dunia aku sendiri.

    Masa ini aku sepi.

    Bodoh punya badan pencegah.

    Si tua siap berkot, dengan briefcase di sebelahnya terus membebel-bebel.

    dan satu lagi, di bahagian "dato'" sedang ditangkap, juga ada "aku".

    penjelasan : "aku" pada bahagian ini pula, penulis berikan pada si tua gila a.k.a dato' a.k.a jamil a.k.a dato' jamil. Boleh? Atau salah tatabahasanya?

    ***

    Sekian terima kasih. Moga faham dengan penjelasan ini. harap.
  • 5) mak aih...pjgnye komen ko.
    'aku' yg lain tu tu memang saya faham. ayat yg 1 tu je, flow bacaan saya tersangkut kt situ. so 'aku' dlm ayat tu zira lah kan?

    experimental eh?
    boleh tahan dialog keras Jamil tu. sinis.
    idea kronologi plotting tu sy nampak tp cara penyampaian kurang jelas kot.

    ok serahkan pada yg pakar utk beri komen.

  • (Penulis)
    6) ya, "aku" di situ adalah zira.
  • 7) wah!
    ending yang cukup menarik utk kronologi cerpen ni..
    ke,ade alternate lg 1 dpd ancalime?
    hehehehe..
  • 8) aku suka cerita yang confusing.
    aku sangat fanatik pada cerita yang confusing.
    dan cerita kau ini adalah confusing.

  • (Penulis)
    9) confusing? er.. boleh terangkan?

Cerpen-cerpen lain nukilan Sekopi

Read all stories by Sekopi