Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Aku bukan alas kaki kau

 

‘ Nita,’

  Ah, sudah. Datang pulak mamat ni. Semalam Haji Usop cakap mamat ni datang jugak kat sini. Tapi tak pula dia bertanya pasal aku. Mungkin dia tak tau yang aku baik dengan Haji Usop.

  Tanpa dijemput, pemilik suara tersebut melabuhkan punggungnya di kerusi yang terletak di hadapan aku. Sekalipun pandangan aku terus tertancap ke arah udang yang menghuni bihun sup aku, aku pasti punggung itu bersalut jeans Levi’s bewarna biru pekat, seperti biasa. Apa yang tidak biasa adalah kehadiran pemilik suara itu tidak aku jemput pada petang ini. Tidak seperti dulu atau secara tepatnya, tiga bulan yang lalu.

   ‘ Far,’ aku cuba lontarkan suara sekalipun sudu mengekang bukaan mulut.

  ‘ Azfar,’ tenang sahaja suara itu membetulkan sebutan namanya.

  Sejak bila pula pandai berkira? Tetapi persoalan itu hanya tinggal di benak, tidak terlontar lebih daripada perimeter kranium kerana aku cuak kalau-kalau perbuatan aku itu bakal buatkan Azfar mengamuk di kedai Haji Usop.

  ‘ Azfar.’ Aku betulkan sebutan namanya. Pandangan aku halakan ke arah wajah Azfar. Wajah yang sudah lama tidak aku lihat. Kurang lebih sudah empat bulan.

  Tetapi petang ini wajah itu begitu serius. Kalau aku tidak kenal betul dengan Azfar, pasti aku akan mengatakan Azfar ini orangnya garang. Padahal Azfar tidak begitu. Aku tahu dia kurang senang tentang sesuatu. Dan sesuatu itu sangat-sangat aku ketahui.

  Mata kami masih bertentang. Sebetulnya aku tidak begitu nampak matanya kerana cermin mata aku letakkan di sebelah mangkuk bihun sup untuk memudahkan aku menikmati hidangan kegemaran aku itu. Jadi, tiada langsung rasa malu ataupun janggal  sekalipun apa yang bersarang dalam hati aku kini adalah perasaan campur, meluat dan culas untuk berhadapan dengan Azfar.

  ‘ Kita makin jauh, Nita.’

  Ayat itu buat aku tersentak. Sudu yang sudah setengah jalan ke mulut, tergantung di udara. Bagaikan babak di dalam filem, angin pun bertiup ke arah kami, menutup wajah aku dengan rambut separas bahu. Dan ayat itu sendiri macam skrip filem murahan. Aku hampir tergelak juga memikirkan hal tersebut.

  Aku tidak tahu apa jawapan yang patut aku berikan terhadap kenyataan tersebut. Malah, aku tidak pasti jika kenyataan tersebut memerlukan sebarang komentar. Entah, aku jadi serba tidak kena. Duduk aku di atas kerusi plastik bewarna biru itu jadi menggelisah. Titik-titik kecil mula menjengah dari dalam epidermis di bahagian dahi. Sekalipun demikian, selera makan aku masih belum tertutup.

  ‘Buat kerja biar habis,’ itu pesan abah. Maka dengan itu, akan aku kerjakan bihun ini sehingga habis!

  ‘ Bos! Milo ais satu.’

  Ah biar benar Azfar. Takkanlah kau mahu duduk di sini minum bersama aku? Tak malu, datang kau tidak berjemput.

  ‘ Minum je?’ Kenapa itu yang aku tanya? Mulut aku memang pembelot. Lain yang terlintas di benak, lain pula yang terluncur dari bibir aku.

  Azfar tersenyum tetapi jelas, senyuman itu tidak sampai ke mata. Nyata, senyuman tersebut sekadar mengisi ruang kosong yang sepi di antara kami dan tidak ikhlas. Aku nampak kerana cermin mata telah aku sangkutkan semula ke batang hidung.

  Astaghfirullah. Aku berburuk sangka.

 Lama ditenungnya aku, seolah-olah ingin memastikan samada aku bergurau dengan pelawaan tersebut. Aku pula sengaja ingin melawan bertentang mata dengan dia. Entah di mana aku dapat keberanian itu hari ini, aku tidak pasti. Tiba-tiba aku tersedar maka aku larikan pandangan condong sedikit ke sebelah kanan. Aku tidak mahu dia menyangka aku rindukan dia juga.

  ‘ Mana kau hilang, Nita?’ soalan aku tidak berjawab sebaliknya Azfar melontarkan soalan lain pula.

  ‘ Ade je kat sini,’ tangan aku sibuk memintal tisu di tangan. Lunyai jadinya. Aku hanya ingin mengisi masa lapang kerana teh o ais limau aku masih belum bersentuh sekalipun aku tidak mahu mengadap wajah Azfar tika ini. Rsanya aku mahu lari sahaja kerana wajah itu, aura dan tenaganya buat aku rasa jelak.

  ‘ Kau faham apa maksud aku kan?’ tangan kanan Azfar diletakkan ke atas meja. Aku lihat ada sebentuk cicin di jari hantunya. Aku hampir tersenyum mengenangkan yang Azfar sudah berubah. Dulu, dia tidak akan mengenakan cincin sebegitu. Biarlah, sedangkan pantai pun berubah inikan pula manusia. Lihat saja aku sendiri, petang ini berjalan seorang diri ke kedai Haji Usop dengan rambut separas bahu dibiar sahaja, tidak seperti selalu. Berikat kemas gaya ekor kuda. Sebaik sahaja bangun daripada tidur, hati berbisik hari ini adalah hari gembira buat aku maka aku ubah sedikit penampilan yang sedia selekeh. Cuma aku agak musykil samada kata hati aku itu akan terus-menerus jadi kenyataan dengan kehadiran Azfar kini. Kehadiran Azfar yang sebenarnya begitu merimaskan.

   ‘ So, what’s up?’ sengaja aku lontarkan soalan dalam bentuk bahasa asing. Aku masih lagi terpengaruh dengan drama siri Friends yang aku tonton tanpa henti dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari tadi.

  ‘ Kau mengelak dari aku Nita.’ Sekali lagi aku diibebani dengan kenyataan dari mulutnya. Aku tidak suka keadaan ini kerana ia tidak memberi aku sebarang ruang untuk mempertahankan diri aku.

  ‘ Kenapa?’ Akhirnya Azfar, akhirnya! Akhirnya kau tanya juga soalan itu. Tanpa sedar, aku mengulum senyum. ‘ Kenapa kau senyum?’

  Tiba-tiba aku rasa darah aku mendidih. Jangan tanya bagaimana dan kenapa tetapi tiba-tiba aku terasa ingin dibenamkan sahaja garfu di tangan aku ke leher Azfar sebaik sahaja terdengar soalan itu.

  ‘ Ouh sekarang aku dah tak boleh senyum la? Kenapa? Bakal mendatangkan bahaya kepada negara ke?’

  ‘ Bukanlah maksud aku begitu?-‘

  ‘ Bagus. Ha baik kau cakap je apa yang kau nak,’ lancar sahaja ayat itu keluar dari mulut aku. Marah yang aku simpan selama ini tiba-tiba sahaja meletus. Seperti cendawan selepas hujan, seperti pemeras ugut yang bersembunyi di balik lorong sunyi, menjerkah mangsa yang tidak tahu-menahu apa-apa. OK mungkin itu tidak berkaitan tetapi orang yang marah, jarang rasional.

  ‘ Aku rindu kau, Nita’

   Aku pasang muka tidak berperasaan.

  ‘ Apa sebenarnya yang tak kena, Nita?’ aku rasa janggal kerana aku seperti dapat mendengar nama aku diselitkan dalam setiap baris ayat yang keluar dari mulut Azfar. Ouh kecuali apabila dia memesan minuman.

  ‘ Banyak Azfar. Sebagai contoh, pemanasan global,’ aku angkat tangan sedikit ke atas. Sengaja mahu mengalih perhatiannya.

  ‘ Nita.’ Nada memberi amaran.

  ‘ Mereka tidak jumpa lagi penawar untuk kanser.’

  ‘ Ni-‘

  ‘..dan juga AIDS.’ Aku sengaja ingin dia marah. Aku sengaja mahu lihat sejauh mana dia boleh bersabar.

  Keluhan keluar dari mulutnya. ‘ Nita…’ suara itu kendur.

  Aku ambil penyedut minuman dan aku biarkan ia hinggap di bibir aku. Sengaja aku buat begitu sedangkan tidak setitis pun air menjengah ruang kerongkong. Itu tanda aku tidak mahu berbicara dengan Azfar.

  ‘ Apa yang-‘

  ‘ Aku rimas Azfar. Aku rimas bila dengan kau. Aku rimas dengan kau yang asyik-asyik menganggu, mencabul ruang peribadi aku. Kau ingat aku ni tempat kau hilangkan bosan ke?’

  Azfar terpelongo dengan pendedahan itu. Aku kira, lori 18 treler boleh membuat pusingan U dalam mulutnya.

 ‘ Apa perasaan kau kalau aku telefon kau, ajak kau keluar lepas tu tak sampai lima minit kau telefon cakap tak jadi jumpa? Entah berapa kali kau buat macam tu sebab kau ada janji dengan orang lain. Janji yang kau buat selepas kau janji dengan aku’

  ‘ Aku mintak maaf-‘

  ‘ Berapa kali kau nak ulang? Taik telinga aku ni dah naik cair dengan ‘maaf’ kau yang tak bermakna. Kalau sekali dua, aku boleh terima lagi tapi ini dah tak tau kali keberapa.’

  ‘ Serius-‘

  ‘ Aku tak peduli kau serius atau tak. Sebelum kau buat, kau sepatutnya fikir. Kau kata kau rapat dengan aku tapi ini adalah kali pertama kawan-kawan aku buat aku macam alas kaki. Nak ambik, tak nak letak tepi.’

  ‘ Sampai begitu sekali kau rasa, Nita?’

  ‘ Habis Azfar? Kau nak suruh aku rasa macam mana?’

  ‘ Tapi kau tak marah-‘

  ‘ Azfar, kau nak suruh aku mengamuk masa tu, di saat itu juga? Memang kau tak kenal aku sebenarnya. Aku sendiri dah cakap yang kesabaran aku makin tipis. Takkan kau nak suruh aku cakap banyak-banyak kali?’

  Senyap.
 
  ‘ Ouh maaf. Aku tak cakap sebaliknya aku taip. Tapi, takkan lah itu pun kau tak boleh faham?’

  ‘ Aku tak sangka yang-‘

  ‘ Yang apa? Yang hati aku sekeras ini? Yang aku sedegil ini? Selama berapa tahun ini, sila kira berapa kali kau buat taik macam ni dan apa tindakan aku? Kau lupa agaknya, orang yang paling senyap itu la yang paling serik kalau terkena.’ .

  ‘ Kau ingat kau boleh lepas dengan semua tindakan kau sebab kita kenal dari sekolah sampai sekarang? Kau tau tak sakit hati aku bila kau tuduh aku munafik bila kita tak jadi jumpa, bila aku sibuk dengan mesyuarat? Baik, kalau begitu, fikir balik samada kau munafik atau tak masa kau cancel janji kita itu hari.’

  Aku ingat lagi hari itu. Hari yang istimewa untuk aku. Hari lahir aku yang ke 22. Azfar berjanji untuk bawa aku pergi ke satu tempat yang istimewa. Dua minggu sebelum tarikh tersebut dia sudah mengingatkan aku untuk melapangkan hari tersebut. Aku tolak semua ajakan teman yang lain; Elle, Razif, Fikri, Wan dan Zahir. Aku juga terpaksa minta maaf dengan Along dan Acik sebab terpaksa memaksa mereka awalkan sambutan hari itu.

  ‘ Azfar ajak keluar la eh?’ Along sekadar tersenyum, kenal benar dengan kau.

  Aku cuma mengangguk dengan mulut penuh dengan kek buatan Mak.

  Alih-alih, Azfar hantar pesanan ringkas minta maaf kerana terpaksa batalkan janji. Aku terus teringat pada cadangan Wan.

  ‘ Ala kau dah dibook ke? Kita orang baru ingat nak bawak kau pergi Cameron Highlands. Kau asyik sebut pasal strawberi je. Baru nak paksa kau ambik cuti dan pegi sana.’

  Aku rasa sakit hati. Sakit hati sebab aku terpaksa luangkan masa khas untuk Azfar dan tiba-tiba dia batalkan sahaja dengan cara tak bermaruah. Pesanan ringkas. Kenapa kau tak hantar saja surat menggunakan kihdmat Pos Malaysia?  Sakit hati sebab aku letakkan prioriti untuk Azfar tetapi apa yang aku dapat?

  Sejak daripada saat itu, aku tong sampahkan sahaja semua yang pernah Azfar katakan. Dia tidak pernah hargai persahabatan kami sedangkan bagi aku, itulah yang paling penting.

  Tidak, aku tak pernah berniat untuk mengungkit apa-apa tetapi kalau dia terus-terusan begini, aku tak mampu bersabar.

  Azfar di depan aku membatu, memandang permukaan meja.

  ‘ Tak boleh ke kau maafkan aku?’

  Aku hanya ketawa. ‘ Siapa kata aku tak maafkan kau?’

  ‘ Tapi kau tak call aku pun.’

  ‘ Aku yang kene call ke? Salah ke kalau kau yang call? Apsal pulak nak berkira? Kalau kau kawan aku, kau tak perlu setkan sistem giliran.’

  Sengaja tidak aku tamatkan ayat itu dengan pernyataan ‘kalau kau nak cakap dengan aku, kau call je la’ kerana aku tak mahu dia mengatakan aku tidak akan mengangkat panggilannya. Memang sengaja aku rancangankan supaya jadi begitu.

  ‘ OK sorry,’ suaranya mendatar. Kalau dulu, aku rasa kasihan tetapi tidak kali ini. Cukup-cukuplah aku perlu melayan sikap tamak dia.

  ‘ Nita, tak boleh ke kita kawan macam dulu?’

  ‘ Kau nak kawan macam mana ni?’ Lelaki yang seorang ini betul-betul buat aku gila. Kenapa perangainya macam perempuan? Emosional terus-menerus.

  ‘ Macam dulu. Kau maafkanlah aku Nita.’

  Letih, letih aku layan dia begini.

  ‘ Nabi pun ampunkan umat.’

  ‘ Aku bukan nabi.’ Mungkin niatnya untuk berlucu. Maaf, aku tak mahu layan.

 Jelas sekali Azfar terperanjat.

  ‘ Ada apa-apa lagi? Aku nak balik. Sekejap lagi Spongebob Squarepants nak mula kat TV9.’

  ‘ Nita, janganlah macam ni-‘

  ‘ Kau ni tak habis-habis dengan perangai tamak kau kan? Kau memang takkan sedar apa yang kau ada sampai kau hilang bende tu kan? Aku bukan tak tau haritu kau mengorat junior kau. Aku tau sebab apa kau tak datang untuk birthday aku walaupun kau dah janji. Lepas tu kau tak dapat dia, kau nak datang balik kat aku? Aku kawan kau je, weih. Aku bukan bini kau jadi ingat, kepulangan kau aku takkan sambut with arms wide open.’

  Aku seluk saku dan keluarkan not RM5. Aku sudah bersediia untuk aksi yang sungguh dramatik di mana aku akan meninggalkan dia terlopong di meja ini, bersama milo aisnya yang masih bersisa.

 ‘ Takde orang yang boleh jadi pemaaf sampai tahap tu sekali. Dan ingat, kau teruskanlah perangai kau macam ni. Aku ucapkan tahniah siap-siap sebab kau bakal terlepas apa sahaja yang berharga dalam hidup kau. Teruskan dengan sifat tamak kau ni.’

  ‘ Aku harap kau janganlah buat macam ni lagi, Azfar. Aku tau semalam, kelmarin dan hari sebelum tu kau ada datang kat sini. Get the message; aku tak nak kawan dengan kau, macam dulu.’

  ‘ Kenapa Nita?’

  ‘ Sebab takkan ada orang lain yang boleh jaga hati kita macam mana kita jaga hati kita sendiri. Kadang-kadang kita kena bertindak kejam untuk jaga hati kita sendiri.’

  ‘ Selamat tinggal. Kalau tak cukup duit ni untuk makanan aku, kau tambahkanlah.’

  Aku bangun dan letakkan wang kertas itu di atas meja. Aku pandang wajahnya dan senyum sebelum aku berlalu pergi.

  Ya, aku lega.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehe mungkin punchline di akhir ada mesej serampang dua tiga mata.
    mungkin tidak.
    mungkin hanya mungkin.

    hehe. jantan mana yg membelenggu jiwa kau ni penulis. meh sini aku sunatkan dia. kasi x nakal2 dah.

  • (Penulis)
    2) cahatomic: saya agak kurang paham akan maksud anda tapi bagaimanapun, terima kasih kerana membaca
    eh dah jadi part time tok mudim? hebat angin KT ni, boleh buatkan caha jadi tok mudim. angin KT ke penangan kepok lekor?
  • 3) dulu sayang, kini benci...ia boleh berlaku & pernah berlaku..walaupun tanpa alasan yg kukuh...
  • 4) azfar kate dia redha..
  • 5) sy mahu jadi seberani nita...
  • 6) Aku hampir tergelak juga memikirkan hal tersebut.
    Aku tidak tahu apa jawapan yang patut aku berikan terhadap kenyataan tersebut.

    dua ayat berturut2 yang berakhir dengan "tersebut" pada saya adalah janggal. hehe. tusenonli.

    maksud aku. kata2 hikmah:
    ‘ Sebab takkan ada orang lain yang boleh jaga hati kita macam mana kita jaga hati kita sendiri. Kadang-kadang kita kena bertindak kejam untuk jaga hati kita sendiri.’
    .. mungkin kau guna untuk merangkum 2 3 isu yang beraja di fikiran kau sekali.

    mungkin betul, mungkin aku salah, mungkin kau sendiri tak sedar.
    begitu.

    tak ada apa yang signifikan sangat.
  • 7) wowo..jgn marah2 ucu. tp citer yg best!
  • 8) u go gurl!!!! org mcm azfar sememangnya tak payah layan..
  • 9) HAHAHAHA. ucu..ini cerita based on real life experience ke ape? nape aku rs cm familiar je citer dan ayat2 yg digunakan ..

    contoh ayat yang amat familiar: Kadang-kadang kita kena bertindak kejam untuk jaga hati kita sendiri.’..

    Hmm.... nice!
  • 10) xpaham...betol!
  • 11) Tontonlah Spongebob dan Chowder!! yeah!(kedua2nya akan membuka kotak pemikiran dan akan menjadikan kita berfikir di luar kotak!)

    P/s: Rada-rada!
  • 12) padan muke afzar! *dush! dush!*

    kuatnya hati nita..

  • (Penulis)
    13) teja: ye la btol.manusia kan beremosi
    fai: tengs bace
    ida: mungkin kite semua patut jadi mcm dia
    caha: haha kau ni kan mcm tau-tau je kan. i hate you (sbb kantoi)
    bot: tq
    rere: eh? urm kite tak pernah bercerite. ala ni cite biasa kot sbb tu rase mcm kenal. ouh ayat yg ko quote tu penting utk di share dgn sume org
    farahdia: tengs
    kurusawa: spongebob mmg peberet. tgk perkataan chowder teringat clam chowder. nyam
    ckin: kite semua patut contohi dia kan?

  • (Penulis)
    14) aida: lesson learnt, noted
  • 15) apa lg yg dapat ku perkatakan..sebuah karya yg sempoi tp menarik!!
  • 16) ‘ Sebab takkan ada orang lain yang boleh jaga hati kita macam mana kita jaga hati kita sendiri. Kadang-kadang kita kena bertindak kejam untuk jaga hati kita sendiri.’

    saya suka ayat yang ini. karya-karya ucu selalunya santai dan bersahaja. buat hati yang rawan berubah ria...

  • (Penulis)
    17) jemmy76: time kasih sudi baca
    ridhrozai: karya ridh pun same. selalu kalau baca, mesti senyum sendiri
  • 18) Saya terhibur baca cerita ni. Walaupun dipersembahkan secara humur, tapi ada unsur-unsur kesedihan dan kepedihan yang mengalir di dalam.

    Saya hanya membaca cerita pada hari ke enam ia tersiar kerana tajuknya seolah menunjukan cerita ini akan klise seperti ceritan cinta lain. Namun saya tersilap. Mungkin tajuk cerita perlu diusik sedikit.
  • 19) fuhhh!tabek spring la kat nita!

  • (Penulis)
    20) abang sham: tade idea la nak ubah tajuk jadi ape. heee
    nurcahaya; time kaseh sudi bace
  • 21) ucu kalo menulis mmg mampu membuat hati2 manusia jd menggelabah
  • 22) aha...saya lega sbb nita sudah tinggalkan azfar itu! har! har! har!

  • (Penulis)
    23) kamalia: ya. lega juga sbb dia ade kekuatan utk buat mcm tu
  • 24) eh rasa dh komen.nape tade lg nih?? *muke xpueh ati*

    btw ucu. nk buang alas kaki kena dengan tanpa rasa bersalah but y i always feel guilty? sungguhpun org tu xheran langsung dgn kite?

    oh lantaklah.kan?
  • 25) sumpah best citer nih.

  • (Penulis)
    26) syud: pedulik. lantakkan je *tumbuh tanduk
    WaLLaWaLLa: time kaseh sudi bace
  • 27) Ucu, maaf baru baca. Cerita ni macam kisah benar sebab ayat-ayat Nita sangat bersahaja & natural. Good job.
    • bee
    • 15 years ago

  • (Penulis)
    28) bee: tengs bee
  • 29) nice one. sempoi..girl power!

  • (Penulis)
    30) masmot: tq! dah sehat?

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer