Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KAU RATUKU

 

Tajuk Cerpen: Kau Ratuku

Penulis: Zaitun Zamri


Bisikan yang pertama membawa erti untuk selamanya Ku bagaikan tak percaya apa yang telah pun ku rasa Engkau bagaikan oh permataku engkau pun jua ratuku

Engkaulah segalanya engkaulah hanya untuk diriku Aku hanya untukmu itulah janjiku padamu Kita bagaikan ombak dan pantai tidakkan terpisah lagi Walaupun pasangnya walau pun surutnya laut

Ratap bernaluri memanggilkan namamu Kerana pertemuan ini akan ku abadikan Segala memori ku lewati waktu itu Di dalam pelukkanku gugurnya pemisah Di antara kita terbinanya satu mercu tanda Cinta yang setia meredahi masa meniti usia Hingga ke akhirnya ku abadi cinta di hati ini


Elisa mengikuti setiap bait lagu Awie yang dimainkan di komputer ribanya sambil menguntum senyuman, namun tiba-tiba sahaja senyum itu mati. Setitik, dua titik, air matanya gugur. Memorinya tiba-tiba menerjah jauh mengingati kenangan hampir 4 tahun lalu. Rindunya pada pemuda itu menggamit kembali, namun cepat-cepat dihapuskan. Mana mungkin dia menyintai lelaki yang kini mungkin sudah menjadi milik orang lain.


****

“Saya tujukan lagu ni khas buat awak. Awak dengar betul-betul tau!” Luah Harriz pada suatu hari. Ketika itu mereka sama-sama sedang menyusuri taman indah di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Harriz mengambil tempat duduk di suatu sudut yang agak terpencil, Elisa hanya mengikuti jejak jejaka itu. Harriz mula memetik gitarnya sambil mengalunkan irama lagu ratuku dendangan Awie. Elisa berasa bahagia saat itu. Harriz menguntum senyuman manis membuatkan Elisa dibuai kedamaian, Elisa turut membalas senyuman itu.


Harriz meletakkan gitarnya di sisi dan diraih tangan Elisa ke dalam genggamannya. Betapa dia bahagia bila wanita itu ada di sisinya. Tidak dapat digambarkan betapa dia menyintai gadis itu dengan sepenuh hatinya.


“Elisa, saya menyintai awak dengan sepenuh hati saya. Saya harap awak juga begitu. Saya tak sanggup untuk berpisah dengan awak”, Akui Harriz dengan sejujur-jujur perasaannya. Biarlah gadis itu tahu betapa dia menyintai gadis itu sejak dulu lagi, sejak mereka sama-sama menuntut di bangku sekolah menengah. Mungkin sudah takdir, mereka juga ditempatkan di universiti yang sama setelah berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.


“Untuk pengetahuan awak Mohd Harriz bin Hasyim, saya juga menyintai awak dengan sepenuh hati saya”, balas Elisa jujur. Dia juga mahu Harriz tahu yang dia tak mampu untuk melupakan jejaka yang telah mencuri hatinya sejak dulu lagi. Harriz tersenyum bahagia.


****

Dari kejauhan, Amy hanya memerhatikan Elisa dengan perasaan simpati. Amy tahu yang Elisa menderita setelah berpisah dengan Harriz, lelaki yang betul-betul dicintainya. Secara kebetulan, Amy adalah salah seorang penuntut di universiti yang sama dengan Elisa dan Harriz, jadi dia tahu apa yang terjadi kepada gadis ini. Di universiti, mereka memang terkenal dengan jolokan pasangan paling ideal. Bukan sahaja kerana rupa paras yang begitu mempersona, bahkan mereka juga hebat dalam pelajaran.

Tapi bila tiba di tahun akhir, berita perpisahan Harriz dan Elisa tersebar secara meluas di universiti. Ramai yang terkejut mendengar khabar itu, begitu juga dirinya. Sejak hari itu, kelibat Harriz tidak lagi kelihatan. Elisa tetap meneruskan pengajiannya disitu. Bagai tiada apa yang berlaku, Elisa tenang menghadapi peperiksaan akhir dan lulus dengan cemerlang dan di tawarkan meneruskan pengajian di luar negara. Sampai di London ini, baru Amy tahu betapa menderitanya gadis yang bernama Elisa ini. Segala-segalanya yang terbuku diluahkan kepadanya membuatkan mereka menjadi rapat.


“Hei, termenung pe?”, sapa Amy apabila dilihatnya Elisa semakin tenang. Elisa menguntum senyuman hambar. Amy mengusap-usap bahu gadis yang sedari tadi duduk menghadap jendela. Salji yang mula turun membuatkan mereka terpaksa berkurung di dalam rumah.


“Tak ada ape, tak sabar rasanya nak balik Malaysia semula. Tak sangka dah 4 tahun kita kat sini, tup tup dah nak balik. Tak sangka masa berjalan dengan pantaskan?”, ujarnya. Matanya ligat memerhati sepasang kanak-kanak yang sedang asyik bermain salji di luar jendela. Umurnya dalam lingkungan 4 tahun. Mungkin Anak Harriz juga sebesar ini sekarang.


****

“Kenapa dah berapa hari saya tak nampak awak?”, soal Elisa petang itu, setelah mereka tamat kuliah. Wajah Harriz petang itu tak seceria selalu membuatkan Elisa tertanya-tanya. Mungkinkah Harriz berkecil hati dengan pergaduhan yang tercetus antara mereka tempoh hari? Tapi Elisa tidak sengaja. Dia cuma kurang selesa apabila Harriz mengutarakan soal rumahtangga, baginya masa itu belum tiba lagi dan dia masih belum bersedia.


“Saya minta maaf kalau saya mengecewakan awak. Saya masih belum bersedia untuk itu”, Ujar Elisa setelah agak lama dia dan Harriz mendiamkan diri. Harriz sedikit mengeluh membuatkan Elisa dihimpit rasa bersalah. Harriz bangun lalu menghamparkan pandangan pada tasik yang jernih di hadapannya. Elisa hanya menanti tindakan Harriz seterusnya.


“Saya ada sesuatu nak beritahu awak”, ujar Harriz sambil membelakangi Elisa.


“Cakaplah”, balas Elisa. Dia membetulkan duduknya, bersedia kalau Harriz ingin menghukumnya. Sesungguhnya, dia terlalu sayangkan Harriz, namun masih terlalu awal untuk dia mengikat perhubungan kekeluargaan bersama Harriz.


“Kita tak patut teruskan hubungan ni lagi”. Sepatah ayat yang terkeluar dari mulut Harriz betul-betul mengugut jantungnya. Dirasakan tubuhnya seakan-akan ringan untuk jatuh ke bumi, namun di tahankan juga. Air mata deras mengalir dibiarkan membasahi pipinya. Adakah dia bermimpi?


“Tapi kenapa?” dalam kekalutan itu, Elisa menguatkan semangatnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Semudah itu Harriz melupakan semuanya, itu tak mungkin. Dia kenal benar perwatakan jejaka berbaju hitam di hadapannya itu.


“Family saya tak merestui hubungan kita ini, jadi buat apa kita nak tunggu lagi? Kita tak mungkin dapat bersama Elisa”, balas Harriz, sekali lagi menghiris perasaannya. Begitu mudah dia ditolak ke tepi oleh lelaki bernama Harriz setelah bertahun dia menghulurkan cinta yang abadi untuk lelaki ini.


“Tak mungkin Harriz, saya kenal awak dari dulu lagi, ada sesuatu awak cuba sembunyikan dari saya. Awak berjanji pada saya untuk pertahankan cinta kita walau apa pun yang berlaku. Tapi kenapa sekarang jadi macam ni? Mana janji-janji awak?”, Elisa masih menagih janji-janji yang pernah dilafazkan Harriz. Harriz masih membelakangi Elisa.


“Maafkan sebab saya tak dapat nak kotakan janji-janji tu. Sebenarnya, family saya dah ada calon untuk saya. Saya terpaksa menurut dan terpaksa tinggalkan awak. Saya tak mahu di katakan anak derhaka demi sebuah cinta yang tak direstui keluarga. Sekuat manapun cinta kita, kita terpaksa lupakannya Elisa. Anggaplah selama ini kita tak pernah kenal dan tolong lupakan saya”, ujar Harriz. Elisa cuba menguatkan semangatnya. Dia memang tak bermimpi kenyataan buruk itu. Harriz betul-betul dah berubah. Dalam jangka masa sesingkat itu dia sudah membuat perancangan lain. ‘Aku akan kuatkan semangat Harriz, kalau itu yang kau nak’, bisik hatinya. Elisa mengesat sisa-sisa air mata yang masih berbaki. Tak guna dia menderita sedangkan Harriz bakal melalui saat-saat bahagia akan datang.

“Kalau itu yang awak mahu, terpulang. Kita tak dapat buat apa-apa. Anggaplah kita tak ada jodoh dan kita tak pernah kenal, itu yang awak mahukan? Saya akan lupakan awak untuk selama-lamanya. Selamat tinggal Harriz”, ucapan terakhir Elisa dan terus meninggalkan Harriz keseorangan di situ.


****

“Kau ni asyik termenung aje? Aku cakap dengan tunggul agaknya”, ujur Amy geram. Penat dia berceloteh tapi Elisa buat tak tahu. Elisa tersenyum hampar. Kini sudah hampir 4 tahun dia di negara orang, namun dia gagal untuk melupakan jejaka itu. Harriz mungkin sudah mempunyai keluarga sendiri sekarang, sedangkan dia masih terkapai-kapai di situ mengejar lagi segulung ijazah.


“Dahlah tu Elisa, yang dah lepas tak payah di kenang lagi. Dia bukan milik kau lagi. Makin kau kenang, makin bertambah luka pada hati kau tu. Anggaplah kau dan dia memang tak ada jodoh”, ujar Amy mententeramkan gadis itu. Walaupun Elisa sentiasa menunjukkan sikap riang pada riak wajahnya namun dia tahu batinnya menderita hebat. Mana mungkin dapat dia melupakan kenangan yang indah bersama Harriz dulu. Amy pun tahu Harriz tidaklah sekejam ini, namun dia tidak tahu apa yang terjadi sampai membawa mereka ke jalan perpisahan ini.


“Aku tak mampu Amy,sesungguhnya seribu tahun pun tak mungkin dapat ubat luka di hati aku ni. Betapa sayangnya aku pada dia, akhirnya kitaorang terpaksa bawa haluan masing-masing. Kejam Harriz”, luah Elisa sambil terhenjut-henjut menahan tangis. Amy meraih Elisa ke dalam pelukannya, berharap dapat meringankan penderitaan yang ditanggung Elisa. Amy berdoa agar Elisa tabah menghadapi semua ini. Dia tidak mahu Elisa terus kecundang dalam soal percintaan.


Elisa dan Amy sudah sampai di lapangan terbang Kuala Lumpur. Saat-saat yang di nantikan sekian lama akhirnya tiba jua. Setelah bersalaman, mereka membawa haluan masing-masing. Elisa berjalan membawa bagasinya ke arah kaum keluarganya yang sedari tadi menunggu.


“Assalamualaikum mak, abah”, ucap Elisa berpelukan dengan ayah dan ibunya sambil tersedu-sedan menahan tangisan. Dia melepaskan segala kerinduan yang selama ini bermukim dalam hatinya. Kaum keluarga yang menyaksikan adegan itu turut dihambat rasa pilu.


“Sudahlah tu, balik nanti kita borak panjang-panjang. Elisa mesti penat tu”, ujur ayahnya setelah Elisa sedikit tenang. Yang lain mengiyakan sambil mengangkat bagasi milik Elisa ke dalam kereta. Tanpa disedari, sepasang mata memerhati dari jauh dengan perasaan rindu yang sarat dijiwa. Harriz terasa ingin berlari mendapatkan Elisa saat itu dan memeluk wanita itu kuat-kuat dan tak ingin dilepaskannya. Sesungguhnya dia terasa menderita setelah kehilangan Elisa dahulu. Dia terpaksa meninggalkan Elisa kerana penyakit yang dideritainya. Doktor mengesahkan dia menghidapi penyakit kanser paru-paru pada peringkat kritikal dan disahkan mempunyai jangka masa selama setahun sahaja untuk hidup. Pada saat itu, jantungnya bagai terhenti berdegup. Terbayang Elisa yang bakal kehilangannya. Dia akhirnya memutuskan untuk membuat percaturan hidup yang begitu susah. Dia terpaksa mencipta pembohongan yang tak pernah di bayangkan. Dia terpaksa menyakiti hati gadis kesayangannya demi penderitaannya ketika itu. Akhirnya mereka terpisah jauh.


Namun tuhan itu maha berkuasa, setelah berubat hampir setahun lamanya di sebuah kampung yang agak terpencil di Pahang, penyakit Harriz makin beransur pulih. Dia bertekad untuk mengejar cinta Elisa semula namun gadis itu sudah jauh meninggalkannya. Dia akur dan tetap menunggu dan hari ini dia dapat menatap wajah gadis itu di kejauhan. Dia berjanji untuk mendapatkan Elisa semula, itu janjinya.


Setelah hampir sebulan merehatkan diri di rumah, Elisa bercadang untuk mencari kerja. Telefon yang berdering di angkat.


“Elisa, ada satu syarikat perlukan pekerja sekarang. Aku rasa baik kau pergi temuduga dekat situ, mana tahu dapat. Jawatan pun ok, sesuai dengan kau”, cadang Amy di hujung talian. Amy kini sibuk menguruskan perniagaan keluarganya.Amy pernah beberapa kali mengajaknya bekerja di syarikat papanya tapi Elisa keberatan. Dia tidak mahu dikatakan menumpang di atas kemewahan orang lain, akhirnya Amy akur dengan prinsip Elisa itu.


“Insyaallah, kalau tak ada apa-apa, aku pergi temuduga tu ok?”, balas Elisa.


“Ok”, Amy mematikan talian.


Elisa lega setelah selesai temuduga di syarikat yang di cadangkan Amy. Dia tidak berharap sangat pada jawatan yang ditawarkan kerana calon yang hadir tidak kurang hebatnya tapi kalau dapat apa salahnya,kira rezekilah tu.


Setelah seminggu menunggu, akhirnya Elisa berjaya mendapatkan kerja di syarikat yang ditawarkan oleh Amy. Gembiranya bukan kepalang apabila dihubungi wakil syarikat itu. Elisa bakal memulakan kerjanya keesokan hari. Dia mula mencari pakaian yang sesuai untuk dikenakan pada hari pertama dia bekerja. Akhirnya, dia memutuskan untuk memakai blaus rona biru dipadankan dengan seluar panjang, menyerlahkan tubuhnya yang tinggi lampai.

Elisa melangkah penuh berhati-hati, supaya langkahnya nampak sopan. Banyak mata memerhati tapi Elisa tidak ambil pusing, dia sudah biasa begitu. Elisa menemui setiausaha syarikat dan memperkenalkan dirinya lalu dibawa ke satu bilik, mungkin bilik pengarah syarikat itu. Dia melontarkan pandangan ke arah pemandangan Kula Lumpur yang begitu sayup pada pandangan matanya.

“Cik Elisa...”, satu suara yang tidak asing baginya suatu ketika dahulu menyapa,Elisa segera memalingkan wajahnya. Jantungnya seakan berhenti berdegup, wajah yang begitu dibencinya mungkin juga dirinduinya sedang berdiri segak dihadapannya. Benarkah dia tidak bermimpi? wajahnya seakan-akan tidak menunjukkan riak terkejut melihatnya di situ. Elisa tergamam. Pertemuan setelah hampir setengah dekad ini begitu membuatkan jiwanya sebak, tidak menyangka akan bertemu Harriz di situ, betapa kecilnya dunia ini. Dia segera memalingkan wajahnya semula, tak sanggup untuk menatap wajah pemuda yang dirinduinya selama ini. ‘Ya Allah, tabahkan hati hambamu ini’,gumam hati kecil Elisa.

“Cik Elisa, awak tak apa-apa?” soal Harriz lagi apabila Elisa masih membelakanginya. Harriz sendiri tidak kuat untuk menghadapi saat getir ini, namun di tabahkan hatinya. Dia tidak boleh lemah di hadapan gadis ini. Dia akan cuba mendapatkan hati Elisa semula. Elisa cuba mencari cebisan semangatnya yang kian berselerakan, Elisa harus kuat. Sedangkan Harriz mampu untuk melupakannya, takkan dia terpaksa terus menderita?

“Sorry, saya tak sengaja. Actually, saya Elisa binti Mahmod”, Elisa memperkenalkan dirinya. Dia mahu mengikuti rentak Harriz. Dia mahu berlagak tidak mengenali jejaka itu, itukan adalah lebih bagus? Mana mungkin dia dapat memiliki jiwa lelaki itu semula yang kini mungkin sudah dimiliki wanita lain.

“Awak orang baru di sinikan? Awak dah baca polisi syarikat ini?”, soal Harriz sambil mengambil tempat duduk di sofa yang disediakan. Elisa hanya menuruti langkah Harriz. Tak disangka, Harriz sebenarnya pewaris tunggal Syarikat Bumi Emas ini. Tak di sangka jejaka yang pernah dicintai sebelum ini adalah anak tokoh korporat yang sangat berjaya, Dato Hasyim. Selama 7 tahun dia mengenali Harriz, dia tidak mengetahui latar belakang jejaka ini. Apa yang dia tahu, Harriz adalah anak tunggal dan keluarganya menguruskan perniagaan sendiri. Baru hari ini Elisa tahu kedudukan sebenar Harriz yang selama ini banyak berahsia darinya. Patutlah keluarga menghalang Harriz dari mengahwininya, kerana dia bukan datang dari golongan yang setaraf dengan Harriz. Tiba-tiba Elisa dirundum perasaan pilu, betapa kerdilnya dia di situ, bakal bekerja di bawah satu bumbung dengan Harriz. Terasa ingin pergi dari situ namun Elisa cuba bersikap matang. Dia tidak mahu lari dan dikatakan penecut menghadapi masalah. Yang sudah lepas biarlah ia berlalu, masih ternginga nasihat Amy di telinganya.

“Cik Elisa, awak dengar tak apa saya cakap? tolong berikan perhatian apabila saya sedang bercakap”, ujar Harriz sedikit kuat apabila di lihatnya gadis itu seperti mengelamun sendirian.

“Ma..maafkan saya Encik Harriz”, pinta Elisa menyedari kealpaannya. Elisa tertunduk membuatkan Harriz diburu rasa bersalah. Dia tidak sepatutnya meninggikan suara pada wanita itu, dia tahu Elisa masih kekok dengan pertemuan ini. Wajah yang begitu dirinduinya itu ditatap lama, seakan hilang sedikit rindu yang sarat di benaknya. Kalau boleh, ingin sahaja dia mendapatkan tubuh Elisa saat itu dan dirangkul kemas dalam pelukannya. Betapa dia rindukan saat-saat manis bersama wanita itu, saat mereka meniti taman indah di sekitar Kuala Lumpur sambil mendendangkan lagu ratuku untuk gadis kesayangannya ini, ah! Dia rindukan saat itu.

“Sekarang awak boleh ambil tempat awak, saya dah suruh Rina uruskan”, ujar Harriz kepada Elisa. Wanitan itu lantas bangun dan meninggalkan Harriz. Pemuda itu memerhatikan dengan perasaan pilu. Benarkah kau betul-betul menderita Elisa? Pertemuan dengan Amy hampir sebulan lalu menjelma semula di ruang ingatannya.

****

Harriz segera mencapai tas tangan dan segera memandu keretanya ke Damansara. Dia mempunyai temujanji dengan pemilik Syarikat Nusajaya. Khabarnya, anak pemilik syarikat itu yang baru pulang dari London yang akan menguruskan projek mereka kali ini.

Harriz melangkah masuk ke Restoren Bistro seperti yang dijanjikan. Dia menghampiri meja pelanggannya, dilihat seorang wanita sedang menunggu di situ. Amy terkejut seketika, dia begitu mengenali wajah lelaki tinggi lampai ini.

“Hai, saya Harriz. Awak anak Dato’ Kamal? Orang yang akan menguruskan projek bersama saya”, sapa Harriz. Dia seakan pernah melihat gadis ini tapi dia kurang pasti. Amy menyambut huluran salam Harriz.

“saya orang yang akan menguruskan projek ini. Actually, saya Amy”, balas Amy berlagak seperti tiada apa-apa. Sepanjang perbincangan, Amy hanya banyak mendengar perkara yang dibincangkan, sesekali dia turut memberi idea. Setelah selesai perbincangan, Harriz meminta diri untuk beredar.

“Encik Harriz, boleh kita berjumpa sekejap?”, pinta Amy apabila dilihatnya Harriz melangkah ingin pergi. Langkah Harriz terhenti dan dia memusingkan badannya sambil mengangguk.

“Kalau tak silap, awak ni Harrizkan? Student Business Management di Universiti Malaya”, soal Amy inginkan kepastian. Kalau betul dugaannya, inilah dia bekas teman lelaki teman baiknya, Elisa. Lelaki yang telah membuatkan Elisa menderita. Tiba-tiba Api kemarahannya meluap,rasa ingin di tampar muka lelaki ini bagi pihak Elisa.

“Macam mana awak tahu?”, Harriz menyoal pula. Amy sudah menjangkakan takaannya pasti tepat.

“O.. jadi awaklah lelaki kejam yang dah membuat Elisa menderita selama ini? Awak tahu tak dia menderita begitu hebat selama ini? Awak memang pandai memainkan perasaan perempuan. Saya tak sangka orang kaya seperti awak ni mempunyai hati yang busuk. Sanggup tinggalkan perempuan yang betul-betul menyintai awak sepenuh hati untuk mengejar cinta perempuan lain. Jenis lelaki apa awak ni?” marah Amy. Dia tidak peduli jika orang sekeliling hendak berkata apa, janji dia dapat memuaskan sedikit penderitaan Elisa. Harriz mula teringatkan gadis itu, gadis yang sama-sama menuntut di unuversiti yang sama dengannya dahulu, dan merupakan rakan baik Elisa.

“Cakaplah apa yang awak nak, tapi saya punya alasan yang kukuh untuk buat semua itu. Saya tak mahu menyusahkan Elisa dan saya tak mahu Elisa sedih melihat keadaan saya ketika itu. Semua yang saya beritahu adalah pembohongan semata-mata demi menyembunyikan penyakit saya yang sebenarnya. Saya terpaksa buat semua itu”, luah Harriz dalam nada pilu. Amy mula mendiamkan diri, terasa bersalah meninggikan suara pada lelaki itu. Tapi betulkah apa yang di katakan lelaki itu? Amy seakan-akan tidak percaya.

“Saya terpaksa tinggalkan dia masa tu demi penyakit yang saya alami. Doktor mengesahkan saya hanya mampu bertahan selama setahun lagi untuk hidup. Saya tak takut menghadapi kematian tapi saya takut untuk membuat Elisa menderita. Lalu saya mencipta satu pembohongan supaya Elisa membenci saya. Saya tak mahu ada lagi rindu di hati dia untuk saya. Tapi tuhan itu maha penyayang, setahun saya menjalani rawatan tradisional dan akhirnya penyakit saya beransur pulih dan saya bertekad untuk mencari Elisa semula tapi sayang dia dah jauh di negara orang. Jadi saya mengambil keputusan untuk menunggu kepulangan dia. Saya tak sanggup berpisah dengan dia lagi sekarang”,terang Harriz panjang lebar. Amy terpana mendengar luahan hati Harriz, sangkanya selama ini Harriz betul-betul seorang lelaki yang kejam namun sebenarnya dia adalah lelaki yang begitu baik. Dia sanggup manderita seorang diri.

“Maafkan saya Harriz, saya tak sangka semuanya begini”, pinta Amy. Harriz hanya tersenyum. Peluangnya untuk mendapatkan kembali Elisa kian bersirna.

“Kalau awak rasa bersalah, boleh awak tolong saya?”, pinta Harriz dan berharap agar Amy sudi membantunya kali ini. Amy hanya tersenyum sambil mengangguk.

****

Harriz sedang menyiapkan tugasan namun terhenti apabila telefon di ata meja berdering. Terdengar suara Rina di hujung talian.

“Encik Harriz, petang ni ada meeting dengan Cik Amy tentang projek kita di Bangsar pukul 2 petang”.

“Baiklah. Em.. suruh Elisa masuk ke bilik saya sekejap”.

“Ok”. Talian di putuskan. Harriz mahu Elisa tahu segala-galanya hari ini. Dia akan menerangkan segala-galanya, dan dia mahu Elisa tahu yang cintanya hanya untuk gadis itu seorang. Dia tidak peduli apa yang akan berlaku, yang penting dia mesti memiliki Elisa semula.

“Masuk”, pelawa Harriz apabila terdengar bunyi ketukan di pintu. Elisa masuk dengan perasaan berdebar, namun cepat-cepat dibuang perasaan itu.

“Ada apa Encik Harriz panggil saya?”, soal Elisa. Harriz hanya memerhati tanpa berkata sepatah pun, membuatkan Elisa kurang selesa. Betapa pilu hatinya melihat wajah yang kelihatan seakan sudah hilang seri, tidak seperti dulu. Kemana hilang senyuman manis itu Elisa?

“Encik Harriz..?’, tegur Elisa. Dia tidak mahu berlama-lamaan di situ. Antara dia dan Harriz tiada apa-apa lagi, jadi dia harus bertindak secara profesional. Dia tidak mahu mencampur adukkan soal perasaan dan kerjaya. Baginya sekarang Harriz adalah majikan dan dia pekerja. Harriz menyedari kealpaannya.

“Silakan duduk dulu Cik Elisa”, pelawa Harriz. Elisa mengambil tempat duduk di hadapan pemuda itu.

“Petang ni, saya nak awak jumpa client kita pasal projek syarikat ni di Bangsar. Pukul 2 petang di Restoren Bistro Damansara”, arah Harriz. Dia sengaja berbuat begitu. Dia mahu Amy menerangkan segala-galanya. Dia tidak mahu berpura-pura lagi, cukuplah sampai di sini.

“Tapi Encik Harriz...”, belum habis Elisa berkata, Harriz sudah mencelah. Dia tidak mahu rancangannya itu gagal, dia tak sanggup lagi menunggu.

“Tak ada tapi-tapi lagi. Saya nak awak uruskan kerana petang ni saya meeting penting dengan client dari Singapura”, balas Harriz. Elisa mengeluh kecil lalu meminta izin untuk keluar. Harriz tersenyum. Dia mahu Elia tahu segala-galanya. Harriz segera menghubungi Amy.

Elia segera melangkah keluar dari syarikat untuk menemui client syarikat. Kalau ikutkan hati, tidak mahu dia pergi tapi mengenangkan dia hanya pekerja terpaksa diturutkan. Elisa melangkah masuk kedalam Restoren Bistro dan dia dapati restoren itu begitu lengang. Tiada orang di situ, namun matanya tertumpu pada seorang wanita yang sedang duduk di satu sudut terpencil. Amy! Elisa lantas mendapatkan sahabatnya itu.

“Amy, kau buat apa dekat sini?” soal Elisa setelah mengambil tempat duduk di hadapan Amy.

“Tunggu kau lah”, balas Amy. Elisa pelik.

“Aku datang sini nak jumpa client akulah, bukan kau. Mimpi ke? Kau tak kerja ke hari ni?”, soal Elisa sambil tersenyum geli hati melihat sahabatnya itu.

“Akulah client kau tu Elisa, aku tak mimpi pun. Aku ada perkara penting untuk beritahu kau dan kau harus tahu semuanya”,balas Amy bersungguh-sungguh. Elisa semakin pelik..

“Apa maksud kau?”, soal Elisa mahukan kepastian. Amy bangun dan duduk di sebelah Elisa. Amy menerangkan segala-galanya. Dia mahu Elisa tahu hakikat sebenarnya. Harriz tidak bersalah dan mereka harus bersatu semula.

“Tipu..! semuanya tipu. Aku tak percaya semuanya.Kenapa kau sanggup tolong lelaki yang dah musnahkan impian aku selama ni?kenapa Amy?”, Elisa masih tidak dapat menerima kenyataan. Baginya cerita itu semua tipu belaka. Lelaki seperti Harriz mampu berbuat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingininya tapi bukan maruahnya. Dia tidak mahu diperkotak katikkan lagi oleh Harriz.

“Elisa, Harriz betul-betul jujur menyintai kau selama ini. Dia terpaksa buat semua ni demi sayangkan kau, dia tak nak kau menderita akan kehilangan dia buat selama-lamanya. Terimalah dia kembali Elisa, dia dah puas tunggu kau”, pujuk Amy, berharap Elisa dapat menerimanya.

“Dahlah Amy, Tak guna kau buat semua ni, aku tak mungkin ubah keputusan aku. Aku tak cintakan dia lagi. Aku dah lama buang perasaan cinta tu”, balas Elisa. Airmata yang di tahan sejak tadi berguguran membasahi pipinya yang sedikit cengkung.

“Kau tak payah berselindung lagi Elisa, aku tahu segala-galanya. Aku tahu kau masih cintakan Harriz dan kau tak pernah buang perasaan sayang kau tu. Kalau kau tak sayangkan Harriz, kenapa kau tolak semua pinangan yang datang? Kau sendiri kata, tak ada lelaki lain yang dapat menggantikan tempat Harriz. Mengakulah Elisa yang kau masih sayangkan Harriz. Jangan kau nak seksa lagi jiwa kau tu”,Amy masih cuba meyakinkan Elisa . Wanita itu tersedu sedan menahan tangis, sesungguhnya memang dia terlampau sayangkan lelaki itu, namun dia sering memendamkan perasaan itu. Apa guna dia menyintai lelaki yang telah menjadi milik orang lain. Namun pembohongan itu baru sahaja terbongkar sebentar tada dan Elisa dapat rasakan Api cintanya seakan menyala kembali. Namun dia takut untuk menerima kenyataan itu kerana dia tak sanggup untuk berdepan kedukaan buat kali kedua.

Amy dan Elisa terpana apabila lagu Ratuku dendangan Awie berkumandang di setiap sudut restoran. Amy mengundurkan diri meninggalkan Elisa keseorangan di situ. Elisa begitu merindukan setiap bait lirik lagu itu. Air matanya tidak henti mengalir, dia tahu Harriz ada di situ. Elisa tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika itu.

Harriz muncul dari satu ruang di restoran itu. Elisa masih menahan sebaknya, dia tidak sanggup menatap wajah yang sekian lama dirinduinya itu. Benarlah kata Amy, tak ada lelaki yang boleh menggantikan tempat Harriz dalam hatinya. Hanya mulutnya berkata dia bencikan lelaki itu, tapi dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu betapa dia memerlukan jejaka itu.

“Elisa, saya minta maaf atas segalanya. Saya tahu, seribu tahun takan dapat menggantikan luka dalam hati awak. Tapi izinkan saya untuk mengubati luka itu. Saya betul-betul ikhlas menyintai awak selama ni. Saya terpaksa buat semua tu demi tak mahu melihat awak menderita. Tapi tuhan tu maha mengetahui. Dia masih nak kita bersama semula. Janganlah sia-siakan peluang yang ada ni Elisa”.

“Saya masih cintakan awak Harriz, tapi saya takut menghadapi perpisahan kali kedua. Saya tak sanggup lagi”, akui Elisa jujur. Sungguh dia tak mampu menanggung beban yang begitu sarat dalam jiwanya. Harriz tersenyum sambil menggapai tangan Elisa yang sudah lama tidak digenggamnya. Elisa hanya membiarkan tingkah laku Harriz itu. Harriz menyeka sisa air mata di pipi gadis kesayangannya itu. Dia tidak mahu Elisa bersedih lagi.

“Saya berjanji tak kan tinggalkan awak lagi Elisa. Sudikah awak menjadi suri dalam hidup saya?”, Harriz melamar Elisa sambil mengeluarkan sebentuk cincin berlian dari sakunya. Dia menyemat cincin itu ke jari manis Elisa membuatkan dia tersipu malu. Elisa menangguk dan Harriz tersenyum bahgia. Dia mengharapkan hubungannya terus di warnai kebahgiaan, itu doanya...




Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Salam Cik Zailan.

    Selamat datang dan selamat memeriahkan arena penulisan dalam kapasitor ini. Salam perkenalan dari saya, Ridh.

    Pertama kali, saya ingin memohon maaf kerana saya telah membesarkan sedikit saiz tulisan cerpen anda ini agar selesa untuk dibaca oleh semua.

    Kedua, saya dapat ada beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca. Sila betulkan bila anda punya masa. Boleh klik pada butang edit.

    Ketiga, bila berbicara soal cinta, tidak dinafikan, cerita sebegini sering dipersembah. Dalam erti kata lain, klise. Namun saya tidak salahkan anda kerana ini adalah kisah cinta dan semua orang faham akannya. Cuma, anda boleh jadikan ia sebuah kisah cinta yang lain dari yang lain.

    Keempat, susunan ayat anda ada yang membuai rasa. Tetapi, ada beberapa perkataan yang kurang sesuai digunakan. Sebagai contoh, 'perasaannya terasa hampar' mungkin anda tersilap ejaan kerana saya fikir 'hampar' elok digantikan dengan 'hambar'.

    Kelima, seharusnya anda meletakan tanda pembahagi iaitu "*****" KENA pada tempatnya kerana ada plot anda yang bercampur-baur. Ini akan mengurangkan mood pembaca.

    Keenam, anda menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas dan teknik imbas kembali dengan memuaskan.

    Akhir kata, maaf saya berbicara panjang. Sebuah karya yang memuaskan. Saya melihat anda punya bakat untuk lebih maju. Terus berusaha dan selamat berkarya.

    Salam hormat,
    ridhrohzai

    p/s: tunggu pak penyu/caha mengulas lebih lanjut. saya terangkan yang asas sedikit-sedikit bolehlah. yang lebih rumit, mohon tunjuk ajar dari pakar.
  • 2) hai hai
    tahniah kerana memulakan langkah pertama! - dengan menghantar cerpen ini.

    karyanya kemas dan teratur. nampak kesungguhan dan niat ingin maju.
    ada beberapa plot yang mengelirukan. tapi itu semua akan terbaiki sendiri dengan latihan. rajin-rajinlah baca semula karya selepas menulis ya! eram betul-betul

    dari segi penceritaaan, hmm.
    "Harriz mengambil tempat duduk di suatu sudut yang agak terpencil, Elisa hanya mengikuti jejak jejaka itu. Harriz mula memetik gitarnya sambil mengalunkan irama lagu ratuku dendangan Awie. Elisa berasa bahagia saat itu. Harriz menguntum senyuman manis membuatkan Elisa dibuai kedamaian, Elisa turut membalas senyuman itu."

    Hee .. rasa macam baca skrip drama. ehe. struktur ayatnya tiada variasi. tak apa. nanti cubalah tengok-tengokkan ya di tulisan yang lain

    p/s jemputlah menulis 10 pkr tentang diri di blog.
  • 3) Salam.

    Siapa lagi yang paling sesuai untuk memberi ulasan hasil karya sebegini kalau bukan Ridhrohzai. Maka sewajarnya Ridhrohzai (Adra juga) akan dapat membimbing penulis-penulis baru yang berminat menghasilkan karya-karya sebegini. Cuma yang merisaukan apakan Zailan akan konsisten dalam berkarya.

    Secara peribadi, saya sendiri agak sukar menelan cerpen-cerpen sebegini, mungkin atas faktor umur barangkali.Seperti kata Ridhrohzai, cerita sebegini sememangnya klise, saya telah mula dapat menjangkakan kesudahan cerita ini sebaik membaca beberapa perenggan.

    Namun begitu, bolehklah saya katakan cara penceritaan cerita ini memuaskan dan tidak mengecewakan kerana saya dapat menghabiskan bacaan saya tanpa ada rasa keterpaksaan.

    Saya harap Zailan akan terus konsistan berkarya.

  • 4) assalamualaikum zailan...

    di sini saya ada beberapa pendapat. harap zailan terima pendapat saya dengan hati yang terbuka. kita kat sini masih belajar dan terus belajar.

    baiklah...pada pandangan saya, ayat zailan sudah tersusun elok.
    tapi masih boleh dibaiki supaya lebih mantap.

    kisahnya biasa. tp awak ada gaya tersendiri untuk menyampaikannya. percubaan pertama yang memuaskan.

  • 5) saya harap cik zailan berpuas hati dengan beberapa pandangan di atas. apa yang ingin ditekankan, perlu ada konsistensi dalam menghasilkan karya. anda sudah punya bakat, justeru teruskan! good luck!
  • 6) datang membaca
  • 7) salam berkarya

    permulaan yg bagus, masih boleh diperbaiki. teruskan menulis

  • (Penulis)
    8) terima kasih untuk semua pujian atas karya sulung saya ok? harap kamu semua pun boleh terus menghasilkan karya yang bermutu jagak.chayok!chayok!aja,aja fighting!
  • 9) hurmmm..
    tak pandai nk komen mcm mereka di atas uhu...

    besh!tu jela yg boleh saya komen
  • 10) wah..teruja bc komen kat sini..apa lagi zailan chaiyoklah!! erm..yg len dah komen sy xtau la nk komen ape..just maybe leh kemaskan sket..try taip kat word lu..dah puas ati then br paste kat sini k..elakkan pembaca menghadapi skt mata..

Cerpen-cerpen lain nukilan zailan

Read all stories by zailan