Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Rembesan Perjuangan

Cerpen sebelumnya:
Baju Raya Adik
Cerpen selanjutnya:
Drama : Bidai Senja

 

“Yassin…”

Sekujur tubuh diselimuti kain batik lepas dibaringkan di tengah-tengah ruang tamu. Para tetamu masing-masing berwajah sugul. Keadaan ketika itu amat hiba. Esak tangis anak-anak kecil bergema. Jenazah tersebut dikerumuni ahli-ahli keluarga terdekat yang khusyuk membaca Surah Yassin. Sebaik imam sampai, upacara memandikan jenazah dijalankan sehinggalah proses pengebumian jenazah. Segalanya berjalan lancar. Hujan turun renyai-renyai sebaik saja jemaah yang mengikuti upacara pengebumian pergi meninggalkan kawasan perkuburan Islam Kg. Sepri.

….

Amir melangkah longlai menyusuri bukit yang berada tidak jauh dari kawasan rumahnya. Kawasan bukit ini adalah peninggalan arwah bapanya. Setiap hari selepas pulang dari sekolah dia akan terus menuju ke sini. Entah kenapa hatinya seperti tertarik dengan suasana di atas bukit ini.

“Mir, bukit ni adalah emas putih. Harta yang tidak ternilai.”

Pesan bapanya seminggu sebelum berlaku kemalangan yang meragut nyawa dan mengakibatkan ibunya kehilangan deria penglihatan. Dia yakin disebalik kata-kata itu tersirat sesuatu. Ahh..Amir menepuk dahi. Hampir terlupa untuk membaiki  pagar kebunnya. Entah bila masa babi hutan datang menceroboh. Habis rosak sayur-sayur yang ditanam untuk menampung kehidupan keluarga. Ini bukan kali pertama kebunnya diserang oleh babi hutan tersebut. Kalau dapat ditangkapnya babi hutan itu nahaslah dikerjakan. Dia menggumpal jari-jemarinya. Mendengus.

….

 

Disapu peluh yang memercik di dahi menggunakan tuala kecil. Akhirnya siap juga pagar buluh mengelilingi kebun. Esok dia akan membaiki pula batas-batas yang telah hancur dipijak oleh babi-babi hutan yang pastinya muncul dari hutan belakang rumah. Dia menyuakan muncung botol ke mulut. Selepas menghirup air dia memerhati keadaan sekeliling kebunnya. Dia mengeluh. Menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia menyandar di perdu pohon melepaskan lelah.

“Mir..sebelum nak tanam sayur ni kita kena buat batasnya dulu,” ujar Pak Samad sambil mencangkul tanah. Tangannya gagah menghayunkan cangkul.

“Pak..kalau kita tak buat batas,terus saja tanam sayur tak boleh ke pak?“ soal Amir ingin tahu.

“Apa kamu punya soalan ni Amir? Dah dari dulu lagi orang tanam sayur kena buat batas.” Jawab Pak Samad ringkas sambil menyapu muka dengan tuala kecil.

“Tapi pak, kat sekolah Amir tu boleh je tanam sayur tanpa batas. Tak perlu guna tanah pun pak. Cikgu Azhar cakap tu teknologi hidroponik”.

Pak Samad tersenyum. Anaknya memang petah dan pintar. Dia tidak mampu berkata apa, sekadar menganggukkan kepala mengiyakan kata-kata Amir. Tangannya mengusap lembut kepala Amir. Pak Samad menggapai bakul yang penuh berisi pucuk ubi dan kacang panjang. Ada juga satu plastik cili padi dan terung telunjuk. Esok, selepas subuh dia akan ke pasar untuk menjual sayur-sayur tersebut. Duit hasil jualan itu akan digunakan untuk membeli barang dapur.

“Abang Mir…Abang Mir.” Bayangan ayahnya terus hilang dari tubir mata. Dia menoleh ke arah empunya suara. Seorang budak lelaki dalam lingkungan 10 tahun berdiri tegak di hadapannya.

“Oh Azri..” Amir mencapai peralatannya lalu bingkas berdiri di hadapan adiknya. Dia mengibas-ngibas bahagian punggung seluar dengan tangan kirinya.

“Mak panggil Abang balik. Dah lewat petang,” ujar Azri sambil mencapai peralatan yang berada di tangan abangnya.”

“Ayuh kita pulang” ajak Amir. Azri membontoti dari belakang.

….

Amir tekun menelaah pelajaran ditemani cahaya lilin yang malap. Adik-adiknya sudah lena terbaring di ruang tamu. Dia masih tega bersengkang mata. Baginya untuk berjaya perlukan usaha yang berterusan. Tidak boleh dilakukan pada saat akhir dan tidak boleh secara hangat-hangat tahi ayam. Oleh itu, setiap malam dia akan meluangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Keadaan rumah sungguh sunyi. Hanya kedengaran suara unggas dan cengkerik menyanyi menghiburkan malam. Amir meletakkan pensil. Diurut-urutnya belakang leher. Lenguh.

“Mir tak abis lagi ke ulangkaji? Dah lewat malam ni.” Mak Timah muncul dari arah dapur. Meraba-raba mencari Amir. Sebelah tangan kanannya membawa secawan kopi.

“Sikit lagi mak. Kenapa mak tak tidur lagi ni?” tanya Amir sambil mendapatkan ibunya yang nampak payah mencarinya.

“Mir, mak kesian tengok kamu nak. Siang ke sekolah, petang ke kebun, malam pula ulangkaji. Amir tak ada masa macam remaja lain. Mak tak nak Amir lepaskan zaman remaja Amir kerana keadaan kita.” Nasihat Mak Timah.

“Mak..Amir tak kisah semua tu. Amir nak tolong mak dan adik-adik. Nanti kalau Amir berjaya kita tak kan dipandang rendah orang lain mak. Mak boleh tak Amir nak bekerja di bandar? Sedikit sebanyak boleh menampung perbelanjaan adik-adik.” Mak Timah menggelengkan kepala lalu berusaha untuk berdiri. Tiada sepatah perkataan berbutir dari mulutnya.

….

 

 

 

 

Amir mengeluarkan bekalan yang dibawanya dari rumah. Ubi rebus cecah dengan gula adalah kegemaran Amir dan merupakan bekalan setiap hari ke sekolah. Dia tak jemu malah amat gembira dapat makan seenak itu waktu rehat. Dia menyandarkan badannya ke dinding. Kawasan belakang sekolah yang menghadap kolam ikan ini amat menenangkan fikirannya. Daun pokok yang menghijau,bunyi-bunyi unggas dan anak-anak ikan yang bermain di tali air. Segalanya bagaikan teman yang menghiburkan hatinya di kala sepi.

“Mir, bukit ni adalah emas putih. Harta yang tidak ternilai.”

Pesanan ayahnya bermain di ruang legar fikiran. Kenapa ayahnya mengaitkan bukit di belakang rumah yang penuh semak samun tersebut sebagai emas putih. Bukit itu ada emas putih ke? Dia pening mencari jawapan. Puas di fikirkannya setiap hari dan setiap masa.

“Amir..” jerit satu suara. Amir memalingkan wajahnya ke arah seorang pelajar perempuan yang sedang berlari menghampirinya. Rambut yang diikatnya terhayun-hayun mengikut rentak lariannya.

“Linda..?”

“Amir, Cikgu Azhar nak jumpa awak kat bilik guru. Sekarang juga,” ujar Linda tercungap-cungap  sambil memegang kedua belah lututnya. Amir kaget. Dia yang tadinya sedang menyandar di dinding bangunan dengan kaki di dalam longkang terus bangun. Pandangan matanya di tumpahkan pada raut wajah Linda. “Apa yang berlaku?” itulah yang dimaksudkan oleh pandangannya. Matanya mencari jawapan dari riak wajah Linda gadis kacukan Melayu Cina yang merah menahan keletihan.

….

 

 

 

 

            Amir menguis-nguis tanah dengan kayu. Ditolak daun-daun kering yang berwarna coklat dan berlubang. Tiada apa yang bermain di fikirannya. Kosong. Sesekali dia mencungkil tanah dengan kayu yang panjangnya lebih kurang sejengkal itu. Dia duduk mencangkung. Memandang sekitar bukit yang dipenuhi semak samun dan pohon yang tumbuh meliar. Kadang-kadang dia menampar tubuh yang dihinggapi nyamuk. Sejak ayahnya meninggal dunia, tiada siapa yang membersihkan kawasan bukit ini. Kudratnya sedikit sahaja. Harapkan adik-adiknya mereka masih kecil. Mahu tak mahu dia tetap akan bersihkan sekali sekala. Ayahnya dah berpesan supaya menjaga bukit ini sebaik-baiknya. Apa yang istemewanya bukit ini? Dia tidak pernah tahu melainkan bukit ini adalah emas putih.

“Amir..” suatu suara menyapanya. Amir mendongak melihat pemilik suara. Diperhatikan susuk badan yang sedang berdiri di hadapannya dari atas ke bawah. Lelaki tersebut berpakaian kemas dengan kemeja berkolar lengan panjang warna biru, seluar slack berwarna hitam dan bertali leher polka dot merah. Lelaki tersebut tersenyum melihat Amir yang sedang menelitinya. Amir tidak membalas senyuman sebaliknya memalingkan pandangannya ke arah lain.

“Amir..” sekali lagi lelaki tersebut memanggilnya. Lelaki tersebut memandang Amir yang hanya berseluar pendek koyak dan baju t-shirt hitam yang lusuh. Amir membuat tidak endah. Memakukan pandangannya ke tanah. Dikuis-kuis tanah dengan kayu.

“Amir, kamu dah 2 bulan tak ke sekolah. SPM hanya tinggal 3 minggu saja lagi.”

“Cikgu Azhar..saya,” Amir tidak menghabiskan kata-katanya. Wajahnya sayu.

“Amir, usahlah dikenang yang sudah tiada. Arwah ibu dan ayah kamu pasti inginkan anaknya berjaya. Jangan mudah putus asa” pujuk Cikgu Azhar guru kelas Amir.

Dia tahu Amir tidak dapat terima hakikat kehilangan kedua-dua orang tua. Ibunya pergi menyahut seruan Ilahi sebulan selepas bapanya meninggal dunia. Cikgu Azhar yang mendapat panggilan telefon dari pihak hospital menyuruh Linda untuk memanggil Amir waktu rehat. Ibu Amir meninggal dunia selepas jatuh dari tangga rumah. Waktu itu tiada siapa di rumah. Adik-adiknya semuanya ke sekolah. Jiran-jiran tidak pernah mengambil peduli susah senang mereka. Setelah adik bongsunya pulang dari tadika barulah perkara itu disedari.

”Amir kamu perlu ke sekolah. Itu masa depan kamu Amir.” nasihat Cikgu Azhar sambil kedua tangannya diletakkan di atas bahu Amir.

”Cikgu… saya tak ada wang untuk bayar yuran peperiksaan SPM. Saya hendak berhenti sekolah. Kalau saya ke sekolah, siapa nak sara kehidupan kami adik-beradik?” suara Amir tersekat-sekat. Dia menyeka air matanya yang tidak terbendung lagi.

”Amir kamu tak perlu risau. Saya dah uruskan segala-galanya untuk kamu. Yuran kamu ditanggung oleh PIBG. Setiap bulan Badan Kebajikan Kampung Sepri akan menghulurkan sebanyak RM 500 untuk perbelanjaan kamu adik-beradik.” jelas Cikgu Azhar.

Amir membetulkan duduknya. Air matanya sesekali menitis ke lurah pipi dibiarkan saja. Badannya terhenjut-henjut.

”Cikgu, cikgu tak perlu bersusah payah kerana saya. Saya tak nak terhutang budi pada sesiapa” Amir kini sudah tenang sedikit. Dia menguatkan semangat untuk bercakap dengan lelaki yang berusia 20 tahun lebih tua dari umurnya.

”Lagipun cikgu, saya gembira bekerja di kebun dan membersihkan kawasan bukit peninggalan ayah saya ni,” Amir menyambung kata-katanya selepas melihat Cikgu Azhar seakan terkejut dengan jawapan Amir. Amir menguis-nguis tanah. Kali ini dengan jari telunjuknya. Diambilnya segumpal tanah yang berwarna putih itu lalu digenggam seolah-olah mengenggam sebuah harapan. Cikgu Azhar hanya memerhatikan apa yang sedang dilakukan Amir. Dia kehilangan kata-kata.

”Cikgu... ayah saya kata, bukit ni emas putih. Harta yang tak ternilai. Kalau ini emas putih bermakna saya bukan seorang yang miskin cikgu.” kata Amir sambil matanya bulat memandang wajah cikgunya yang sedari tadi memandangnya. Amir menunjukkan tanah putih yang digenggamnya sebentar tadi kepada Cikgu Azhar.

 

”Ini emas putih cikgu. Emas putih!!Saya kaya!!!” Amir ketawa. Dia seperti orang yang hilang akal. Cikgu Azhar kehairanan melihat tingkah laku Amir yang berubah secara tiba-tiba. Dia memerhatikan tanah tersebut. Diambilnya segumpal lalu ditelitinya bersungguh-sungguh.

”Amir... benar kata ayah awak. Ini emas putih. Emas putih yang ayah awak maksudkan ialah batu kapur. Kemungkinan bukit ni adalah bukit batu kapur,” jelas Cikgu Azhar sambil tersenyum memandang Amir. Amir kebingungan. Dia cuba memahami apa yang terbutir dari mulut Cikgu Azhar.

”Emas putih... Batu kapur?” Dahi Amir berkerut.

Cikgu Azhar sekadar mengangguk.

            ....

            Amir tersenyum bangga sambil tangannya mencekak pinggang. Dia memerhatikan jentolak yang sedang mengorek tanah. Kawasan bukit peninggalan ayahnya kini sudah menjadi kawasan perusahaan batu kapur. Dia juga telah membuka sebuah kilang untuk membuat simen kapur di Perak dan sebuah lagi kilang di Langkawi untuk memotong marmar yang kini diuruskan oleh adik-adiknya. Dia menanggalkan topi berwarna putih yang kebiasaanya akan dipakai ketika melawat kawasan perusahaan ini. Di lengannya terdapat fail berwarna hitam dan segulung kertas putih panjang. Lagaknya seperti seorang jurutera. Ya, memang dia seorang jurutera dan dia juga adalah seorang pengurus besar syarikat Rembesan Perjuangan Sdn Bhd. Dia tersenyum lagi. Menyeringai, menampakkan giginya yang putih. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.

”Cikgu Azhar..” Amir memeluk Cikgu Azhar erat serat-eratnya.

”Tuan Amir... gembira nampak hari ni. Ada apa-apa ke?” tanya Cikgu Azhar selepas Amir melepaskan pelukannya. Rambutnya sudah putih menandakan usianya semakin senja.

”Ala cikgu tak payahlah bertuan-tuan dengan saya ni.”

”Mana boleh, saya sekarang berkerja menjadi penasihat Tuan Ir. Amir bin Samad . So, kenalah  saya panggil tuan.” seloroh Cikgu Azhar. Mereka berdua saling ketawa.

Cerpen sebelumnya:
Baju Raya Adik
Cerpen selanjutnya:
Drama : Bidai Senja

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
4 Penilai

Info penulis

Tabir Khaizuran

orangnya hapyy go lucky, jujur, rendah diri,pemalu, suka senyum, suka borak-borak(megarut)...dress biasa-biasa, xde ciri islamic, tak ada ciri-ciri seorang pendita, tak ada ciri-ciri seorang ulat buku... suka baca karya yang mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, paling digemari tema kemasyarakatan dan kehidupan. kalau salah eja satu dua ok lg..kalau 4,5 ,6 memang minta pelangkung la tuh!  
paktam85 | Jadikan paktam85 rakan anda | Hantar Mesej kepada paktam85

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya paktam85
Gerimis Salju The Cerpen(.ost Jawapan Cinta) | 3255 bacaan
Qurratul Ain Episod Akhir | 4302 bacaan
Qurratul Ain 2 | 3174 bacaan
Qurratul Ain | 5505 bacaan
Drama: Naik Lagi? | 1648 bacaan
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) 2 | 2269 bacaan
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) | 9287 bacaan
Stanza Terakhir | 4277 bacaan
Kerusi Kepunyaan Lembu("Cow" bkn kau!!) | 2585 bacaan
Drama : Bidai Senja | 3316 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

7 Komen dalam karya Rembesan Perjuangan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik