Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Stanza Terakhir

 

P/s : Ini adalah sebuah ceringkas...diselitkan motif secara tersirat..harap anda semua dapat sesuatu dari ceringkas ini..

Sinaran bulan terang melimpah ke bumi seakan ingin menelan Naz. Naz berjalan keseorangan melalui denai-denai bukit. Langkahnya terus dipercepatkan. Bunyi riang-riang dan cengkerik berselang-seli,lontong turut tidak terkecuali memeriahkan suasana malam yang semakin berembun. Di dalam hati Naz hanya ingin segera sampai ke rumahnya. Rumah Naz terletak di atas bukit yang sering orang kampung panggil "Bukit Hantu". Setiap bibir orang kampung memperkatakan tentang hantu bukit yang sejak akhir-akhir ini acap kali muncul mengganggu mereka yang pulang lewat ke rumah. Naz tidak percaya kata-kata orang kampung yang menasihati Naz supaya jangan selalu pulang lewat. Takut-takut nanti Naz pula diserang hantu bukit tersebut. Mana ada hantu zaman moden ini! bentak hati Naz. Dia masih lagi melangkah meniti lereng bukit yang berbatu-bata. Kedinginan malam semakin menusuk kulit. Naz memeluk tubuhnya, sweater yang dipakainya tidak langsung memberi kesan. Dinginnya lain sekali malam ini. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Sesekali bayu malam menghembus sayup-sayup singgah ke pipi Naz yang tembam. Mata Naz membulat, melihat kiri kanan bukit yang dipenuhi pokok-pokok getah bergoyang-goyang ditiup angin. Kawasan pokok getah tersebut seluas satu hektar diusahakan bapanya dengan Pak Cik Hamzah. Dengan hasil titik peluh bapanya menoreh getah, dia dapat ke sekolah dan akhirnya berjaya melangkah ke universiti.

Cuti yang agak tergesa-gesa di berikan universitinya selama seminggu digunakan untuk pulang ke kampung. Baru sahaja minggu lepas dia pulang. Minggu ini pulang lagi. Gembira hatinya bukan kepalang. Bagus juga dia balik, boleh teman bapanya di rumah dan tolong sikit-sikit apa yang perlu. Naz seboleh-bolehnya tidak ingin meninggalkan bapanya keseorangan di rumah. Ibunya sudah meninggal ketika melahirkannya. Kalau boleh biarlah dia duduk saja di rumah menolong bapanya. Malam semakin larut. Cahaya bulan semakin suram. Bulan perlahan-lahan menyembunyikan dirinya di balik awan kumulus hitam. Naz masih lagi melangkah ditemani suara burung hantu. Bulu roma Naz meremang. Suara burung hantu membuatkan dia seriau. Telinganya menangkap bunyi yang seakan derapan kaki manusia. 

"Pap ... pap ... pap "  
 
 "Pap ... pap ... pap.." semakin dekat ke arah dirinya. Naz tidak berani memalingkan mukanya. Walau hatinya tidak percaya ada hantu di dunia ini. Matanya dipejam serapat-rapat yang boleh. Badannya sudah menjadi batu. Langkah menjadi berat untuk melangkah lagi. Dirinya seakan dikawal oleh seseorang.

"Assalamualaikum..." suara dari belakang memberi salam. Naz tidak terus menjawab. Dirinya masih diselubungi ketakutan.

"Pap... pap..." bunyi tersebut berhenti di sebelahnya. Naz menekup telinga. Lututnya terasa lemah. Dia terduduk. Matanya masih terpejam.

"Jangan kacau aku, jangan kacau aku, pergi! Pergi aku kata! " Naz membuka selimut ketakutannya. Dia harus begitu. Sebagai seorang lelaki tidak boleh menjadi penakut.
 
 "Naz... " lembut suara itu memanggil. Bahu Naz ditepuk.
"Naz... Naz..." sekali lagi suara tersebut memanggil Naz.

"Buka mata Naz, ni Pak Cik Hamzah lah." Naz perlahan-lahan membuka matanya. Memandang susuk tubuh yang berdiri di hadapannya dari bawah ke atas. Pandangannya terhenti pada seraut wajah yang berseri-seri bagai cahaya bulan malam tadi.
 
 "Oh, Pak Cik Hamzah. Buat orang takut je." Naz menguntum senyum lalu bingkas bangun.

"Baru pulang dari masjid tadi ni. Naz dari kota, ya? Mahu pulang ke rumah?" tanya Pak Cik Hamzah yang lengkap dengan jubah putih dan ketayap putih. Janggutnya panjang sampai ke dada.
 
"Ya Pak Cik..marilah singgah ke rumah. Kita boleh berbual panjang." ajak Naz bersungguh. Pak Cik Hamzah sekadar mengangguk.
 
 Malam itu Naz pulang ke rumah sambil ditemani Pak Cik Hamzah. Ketakutan yang menyelubunginya tiada lagi. Sesampai saja di rumah. Dia lihat rumahnya gelap. Tiada lampu yang terpasang. Kebiasaannya, bapanya akan pasang lampu halaman rumah. Dia menaiki anak tangga.

"Pak Cik Hamzah..jemputlah naik. Pak Cik? Pak Cik?" Naz bingung. Ke mana menghilang Pak Cik Hamzah? Baru saja tadi Pak Cik Hamzah menemaninya. Tak mungkin sudah pulang? Pak Cik Hamzah kan nak singgah di rumahnya.

Naz ke belakang rumah mencari Pak Cik Hamzah mana tahu Pak Cik Hamzah ke baruh berjumpa bapanya. Tetiba bunyi guruh berdentum. Naz melompat terkejut. Tangannya menekup dada yang berombak kencang. Jantung Naz  bagai ingin tercampak keluar. Terkejutnya bukan kepalang. Matanya meliar mencari-cari Pak Cik Hamzah. Namun tidak ketemui hanya yang ada bumbung baruh yang tercabut melambai-lambai ditiup angin kencang. dan tikus-tikus yang berlari-lari mencari tempat perlindungan.  Naz memajukan langkah ke tangga rumah. Tali yang mengikat kasut diurai perlahan-lahan. Dada pintu diketuk beberapa kali.

“Assalamualaikum…” Naz memberi salam sambil mengetuk pintu. Tiada jawapan dari dalam rumah. Naz mengetuk selagi lagi. Kali ini lebih kuat sehingga hampir tercabut pintu rumahnya. Hujan semakin lebat. Guruh dan petir bagai kejar-mengejar antara satu sama lain. Tempias-tempias air hujan memercik ke muka Naz. Naz boleh mati kesejukan sekiranya terus berada di luar rumah. Fikiran Naz lelah memikir ke mana bapanya pergi. Selalunya, masa-masa begini bapanya akan duduk di ruang tamu rumah membaca kitab-kitab agama. Naz mencari-cari anak kunci di atas para pintu. Tangannya meraba-raba. Ah… ada pun. Dia menguntum senyum.

*****

Pelik menyelubungi firasat Naz. Baru seminggu dia tidak pulang tetapi bagaikan sebulan lamanya. Keadaan rumahnya tidak terurus. Debu-debu memenuhi meja makan, ruang tamu dan lantai rumah. Ke mana bapanya pergi? Naz mencari dalam kamar bapanya. Tiada. Di bilik mandi pun tiada. Tidak mungkin bapanya ke rumah Pak Cik Hamzah kerana sebelah malam bapanya lebih gemar rehat-rehat sahaja di rumah. Pagi selepas solat subuh akan ke ladang getah pula. Naz keletihan. Dia terbaring di ruang tamu beralaskan tikar mengkuang. Bajunya masih belum ditukar. Sarung kaki pun masih belum ditanggalkan. Beg galas dijadikan bantal sementara.

 “Malasnya mandi.” Dia melihat jam di dinding. “Dah pukul satu pagi. Esoklah aku mandi.” Matanya dilelapkan. Seketika kemudian dengkurannya memecah kesunyian malam.”

“Naz.. bangun nak” suatu suara bergema di ruang tamu. Naz yang tertidur tersentak. Dia menenyeh-neyeh matanya yang bundar.  Tahi mata dipesek pada tikar mengkuang. Matanya dibuka perlahan-lahan. Imej kabur-kabur seorang lelaki berdiri dihadapannya.

“Naz… Kenapa tidur kat sini? Kan tidak elok tidur di laluan malaikat ni. Tidurlah di dalam bilik ” ujar lelaki tersebut. Dia kini sudah berada di sebelah Naz yang masih mamai terbaring.

“Bapak…” Naz membuntangkan mata. Melihat bersungguh-sungguh susuk tubuh yang sedang duduk di sebelahnya. Wajah lelaki tersebut mirip bapanya tapi lebih berseri-seri. Berkumis nipis dan berjanggut sejemput. Memakai jubah berwarna putih kapas berserta serban sedondon dengan jubahnya. Ditangannya terdapat tasbih biji zam-zam berwarna coklat. Lelaki tersebut mengukir senyum.

“Naz… Bapak datang sementara saja. Rumah dan ladang getah bapak serahkan kepada kamu. Kamu jagalah sebaiknya.” Pak Mail memberi pesan. Senyumannya tidak pernah lekang. Tanngannya mengusap-usap lembut ubun-ubun Naz. Harum kasturi menyelinap ke hidung Naz.

 

“Bapak… bapak pergi mana? Puas Naz cari” cebir Naz seperti anak kecil. Kepalanya diletakkan di atas peha bapaknya. Seminggu berjauhan dengan bapanya bagai ingin tercabut jiwa nalurinya.

“Naz… dalam bilik bapak ada sebuah kotak warna hitam. Naz simpanlah” suara Pak Mail semakin sayup dibawa angin malam. Soalan Naz dibiarkan tanpa jawapan. Perlahan-lahan bayangannya hilang dari penglihatan Naz. Naz terkebil-kebil. Seakan tidak percaya apa yang berlaku. Ke mana bapanya?

“ Dum!!” bagaikan nangka busuk Naz terjatuh dari katilnya. Entah bila dia terbaring di atas katil. Seingatnya semalam dia terlelap di ruang tamu. Dia melempang pipi. “Adoii!!”.. merona kemerahan pipi kanan ditamparnya. “ Mimpi ke aku ni? Naz menggaru kepala.

Naz bangun perlahan-lahan membuka langkah menuju bilik bapanya. Bilik bapanya bertentangan dengan biliknya. Jarak bilik tersebut hanya beberapa langkah sahaja. Naz menyalakan lampu bilik. Seketika kemudian bilik tersebut terang disirami cahaya lampu kalimantang. Keadaan bilik itu sangat kemas seperti ada orang yang menjaganya. Naz memandang sekeliling bilik. Di sebelah birai katil terdapat satu meja kayu kecil. Di atas meja kayu tersebut terdapat sebuah kotak hitam berukir kalimah suci. Naz merapati meja tersebut. Hatinya berdebar-debar memikirkan isi di dalam kotak tersebut. Perlahan-lahan Naz melabuhkan punggungnya di atas katil. Kotak tersebut dicapai kemudian diteliti bersungguh-sungguh. Terdetik rasa kagum di hati Naz melihat kecantikan ukiran kayu melayu yang terpahat di tepi kotak tersebut. Pasti bapanya telah lama menyimpan kotak tersebut. Tanpa berfikir panjang Naz membuka kotak tersebut. Cahaya dari dalam kotak memancar. Naz terkesima. Cahaya tersebut datangnya dari kulit kambing. Di atas kulit kambing tersebut tercatit tulisan dalam tulisan jawi.

“Nazrullah anakku… ketika engkau membaca catitan ini. Bapakmu ini sudah pun pergi menyambut seruan Ilahi. Usahlah engkau menitiskan air mata hatta bergenang pun jangan.

Nazrullah anakku… jangan dicari punca kematian bapakmu ini. Kelak engkau akan tahu sendiri. Apabila engkau ketahuan usahlah membalas dendam kerana dendam itu tiada kesudahannya.

Nazrullah anakku… harta yang tidak ternilai. Terimalah peninggalan bapakmu yang tidak seberapa. Rumah dan ladang getah sekangkang kera ini engkau usahakanlah. Namun, diabai jangan pelajaranmu.

Nazrullah anakku… titipkanlah doa buat orang tuamu. Ibadah jangan diabai, hidupmu usah dipersiakan.

Nazrullah anakku… ini stanza terakhirku. Yang hidup pasti kan mati. Yang mati akan dihidupkan semula. Saat itu, harta sudah tidak bermakna. Ingatlah Nazrullah anakku, harta yang tidak ternilai.”

Naz menggulung catitan tersebut lalu disimpan semula ke dalam kotak. Dia menghela nafas panjang. Matanya berair.

 

Tamat..

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sayang...
    cerpen kalau boleh jangan bersambung ya...
    namanya pun cerita pendek..

    lho koq harus menanti lagi kesudahannya... hehe

    ada getar tak teratur penulis dalam membuat karya... jiwa yang resah gelisah..
    pak tam ada gusar ya?

  • (Penulis)
    2) bukan kak..sebab xda masa untuk menaip..ms dicuri org...huhu..jln cerita sudah ada..cuma tinggal ayat-ayat nak dibaiki saja..
  • 3) nt bad....igtkan cite seram...huhu..rupa2nya lain lak jadi nya... mcm ada unsur2 pengajaran dlm cite..huh...
  • 4) wehh
    macam best!
    buat la panjang lagi.
    kemon.
  • 5) rasa nak gelak sebab Naz tu penakut sangat. siap melompat lepas tu pegang dada dengar bunyi guruh. scene ni menyebabkan kepala hotakku membayangkan si Naz ni lelaki lembut. adakah itu yang cuba paktam tonjolkan? jika tidak, mungkin dia boleh cuma tersentak. ataupun nak melompat boleh, tapi elakkan pegang dada. mungkin dia terlompat selepas tu dia malu sendiri dan tengok kiri kanan takut2 orang nampak (walaupun dia tau mmg takde orang kat situ) kerana itu menunjukkan si Naz itu berperwatakan spontaneous (sebab perwatakan spontaneous ini yang saya lihat paktam tonjolkan pada si Naz - dari segi percakapan dan tingkah lakunya).

    cerita ada unsur misterius... menarik!

    opss.. panjang sangat. sori.. huhu...

  • (Penulis)
    6) xpe..tp mmg itu yg cuba kutonjolkan pada watak Naz..lembut n penakut,tembam/berisi..
  • 7) membaca cerita ini, entah mengapa saya mengesan riak gelisah dalam penulisan anda. seperti kata kak adreena, ada getar yang tak teratur.

    seakan anda cuba menarik pembaca menyelami perasaan watak tetapi tali yang mengikat tidak dipegang dengan kuat. mungkin perasaan anda tidak tenteram ketika menulis cerita ini sehingga alunan iramanya jadi agak pincang.

    namun dari segi mesejnya, ia sampai. mudah dan jelas.
  • 8) Saya rasa cerita ni seolah percubaan paktam untuk menghasilkan karya berunsur thriller dan suspen. Oleh kerana cerita ini ringkas, unsur-unsur thrill & suspen tu hanya berjaya jadi prop sahaja.

    Apa pun, gud try!

  • (Penulis)
    9) mmg eksperimen untuk karya saspens..jln citernya sudah ada..cuma sedikit sukar sy nak olah dlm entuk saspens ni..maybe nanti sy akan retouch blk untuk jd benar-benar saspens..tgu ek...

Cerpen-cerpen lain nukilan paktam85

Read all stories by paktam85