Senyum

 

Intan suka Karim. Dia jatuh cinta pada Karim masa pertama kali Karim senyum padanya. Padahal Karim memang suka senyum. Tak kiralah pada Intan, Adik Intan, Mak Intan, mahupun jiran Intan. Sejak lahir Karim memang suka senyum. Sebab tu Intan suka Karim. Setiap kali Intan terserempak dengan Karim, Karim pasti tersenyum padanya. Tak kisahlah masa Intan mahu ke kedai membeli susu, masa Intan siram pokok bunga jiran, meneman adik di padang, hampir setiap waktu, Karim pasti tersenyum padanya. Intan memang benar-benar jatuh cinta dengan senyuman Karim.

Bagi Intan, Karim memang hensem. Lagi hensem dari Tomok yang popular dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang masa tu. Tambah-tambah bila dia senyum. Intan boleh jatuh pengsan. Hari-hari Intan akan tunggu pukul lima petang. Intan akan duduk di atas kerusi depan rumah. Duduk menghadap padang bola. Depan rumah Intan ada padang bola. Hari-hari Karim akan bermain bola di situ. Hari-hari Intan akan duduk di situ. Setiap jam lima. Melihat Karim bermain bola. Dan Intan akan senyum sepanjang waktu di situ. Walaupun Karim bukan pemain feveret di taman itu. Tapi Karim pemain #1 dalam hati Intan.

Satu hari di padang bola itu diadakan pertandingan bola sepak. Awal-awal Intan sudah di situ. Dia mahu melihat Karim bermain. Intan bersemangat bersorak dari tepi padang. Sikit pun dia tak heran dengan pandangan orang. Hanya dia seorang perempuan yang berada di situ. Intan butakan matanya. Dia tak mahu orang lain menganggu masa dia dan Karim. Setelah sejam yang petama, pasukan Karim masih tidak mendapat mata. Bukan sekali percubaan yang dilakukan, terlalu banyak sampaikan pasukan Karim sudah lembik untuk menyerang pasukan lawan. Tapi Karim masih tak berputus asa. Dia terus menyerang. Walaupun setiapkali tendangannya akan tersasar jauh dari jaring gol. Intan juga tak pernah berputus asa. Setiap kali itulah dia menjerit memberi sokongan.

Tiba-tiba Intan terhenti menjerit. Dia lihat orang kerumun Karim. Entah kenapa Intan tengok mereka semua menumbuk muka Karim. Intan terkaku sekejap. Ranap hatinya melihat Karim dilakukan sebegitu. Dengan sepenuh tenaga, Intan berlari ke arah Karim yang dah terlampau lembik dilanyak kawan-kawannya. Intan naik darah. Mahu saja ditumbuk sekor-sekor makhluk yang menumbuk jejaka pujaannya itu. Habis disepaknya Dogol, lelaki yang paling banyak menumbuk Karim.

"Apa hal ni?" Dogol terdiam, mengusap pipi yang bercap lima jari Intan. Berbekas pipinya kemerahan. Mahu menangis rasanya, tapi ditahan. Malu dia kalau menangis di situ.

"Apasal korang pukul Karim?" Entah mana kekuatan itu yang disoalnya dulu. Karim yang terlentang di tengah padang, didekat cepat. Habis berdarah hidung dan mulut Karim. Intan menangis di situ. Sakit hatinya melihat Karim dilakukan sebegitu. Kepala Katrm diangkat, dirangkul dalam pelukan ribanya. Habis meleleh air liur dan darah bersatu mengalir di kain kembang biru Intan. "Korang ni memang gila!" tersentap hatinya.

"Kau tu yang gila!" marah Dogol yang berlalu pergi. Mahu bergegar bumi dengan hentakan kakinya. Mata-mata yang lain hanya diam. "Karim ni degil!" keluar salah seorang dari mereka melawan dan berlalu mengikut jejak Dogol. Intan diam membisu. Teresak-esak dia di sisi Karim yang menahan kesakitan. "Korang ni takde hati perut ke?" marah Intan lagi. Hatinya benar-benar geram. Mana mahunya hanya kerana Karim degil, dia dipukul seteruk itu!

Intan menyumpah seranah semua yang ada disitu. Habis semua caci maki keluar dari mulutnya yang tak pernah mencarut. Mereka yang ada disitu tegak jer merelakan. Seakan mengiyakan saja carutan Intan yang entah apa bunyinya. Setelah hampir sejam memaki hamun, Intan terdiam. Dia tak tahu nak memaki apa lagi jenis makian. Dan seorang demi seorang kawan-kawan Karim beredar dari situ. Sampailah tinggal seorang budak dalam lingkungan sepuluh tahun. Ajim namanya. Intan kenal budak tuh, anak Mak Cik yang banyak bunga depan rumahnya. Ajim hanya diam melihat Intan mengusap-usap rambut Karim. Karim masih mengerang kesakitan. Intan pandang Ajim. Ajim pandang Intan. Ajim tunduk sedikit dan berbisik sesuatu ke telinga Intan. Habis saja dia berbisik, Ajim terus berlari menaiki basikal coppernya yang berwarna kuning susu.

Intan tarik nafas. Dia terus bangun berdiri. Terhempas terus kepala Karim ke tanah. Relai lansung dari rangkulan Intan. Intan diam membisu. Dia terus jalan meluru. Pantas saja meninggalkan Karim yang terpingga-pingga. Yang Karim sempat dengar adalah, cacian dan makian Intan yang kembali bergema di sepanjang langkah Intan yang laju.

*****

Lepas seminggu terdengar khabar Intan membunuh diri. Khabarnya, dia tak boleh menerima kebenaran yang Karim sebenarnya bermata juling itik!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) experimen
    sedang cuba mengembalikan mood untuk menulis
  • 2) congrats robot.
    nice story..
    memang mengembalikan mood untuk membaca...
    kelakar... hehehe

    saper2 yang membaca dan tak ketawa, memang sah le dia juling itik gak mcm si karim tu... hehe
  • 3) juling itik tu macam mana?
  • 4) ha ha ha.
    comel je cerpen ni.
    keji nye intan! sebab juling itik tinggalkan karim begitu? hihi.

    selamat kembali menulis robiatulbot! rindu dengan buah tangan bobot.
  • 5) ahahaha... saya juga senyum membacanya...
    nice one cik robot...
  • 6) mmg tersenyum..

  • (Penulis)
    7) kak adreena::
    mekacih kak. bot dh lm tak menulis ni. saja tulis cerita yg ringan2 mcm ni dulu

    fahd::
    juling itik tuh tak ketara sgt julingnyer, kalau tgk dkt2 baru nampak. matanya sebelah lain, sebelah lain. (eh macam tuh ker?)

    caha::
    mekacih caha. ni mmg peminat setia ni. novel bot pun tak sambung2 lg nih. ampun caha. hehe. nnt bot blaje. (kalau jumpa )

    ridh&paktam::
    bot pun tersenyum baca komen kamu
    sila bagi tunjuk ajar yer. dua2 ni mmg berbakat besar ni. (sifu!)

    terima kasih semua sebab baca sila tunjuk ajar! ketuk je kalau salah

  • 8) juling itik??
    leh guna lam karangan x??
    huhuhu...
  • 9) Tak best la robot...

  • (Penulis)
    10) wf1234::
    boleh kot. tp kalau salah jgn slhkn bot. *ape punye cekgu lah nih *

    abg sham::
    yeay! ni suka. i like ur comment tau! jujur
    abg sham komenlah lebih sikit. ape yg tak best? ape yg kurg?
    mungkin sbb tak skema mcm cerpen bot yg lain kot. hehe.
    idea spontan, dan tulis tak sampai sejam mungkin juga tak cukup peram
    sila tunjuk ajar
  • 11) tak beriman betul intan ni.
  • 12) hahaha... saya baca gelak2! hahahahah... okeh, nak sambung gelak lagi ni! hehehe...
  • 13) Meh aku tolong sambungkan orang yang ke-12 gelak. ha ha ha ha...
  • 14) juling itik tu same ke dengan juling air?
    ke lain?
  • 15) chait! apeda..haha!
    juling itik tu..kau tengok kan mata itik bagaimana?
    di belah sisi kepala, bukan di depan.
    jadi
    juling itik tu mata kanan pandang tepi kanan mata kiri pandang tepi kiri.
    aku sebut andang-perlis-pandang-johor-nampak-kl
    harap korg fhm
    haha
  • 16) sy juling itik. patutkah sy berkecik ati ngan cerpen ni?
    oh x yah kot sbb sy acah2 je yg sy ni juling itik huhu

    btw, story telling best n sgt klakar at d beginning pastu cam tawar sket in d middle n ending.
    tp x clear asal dorg pukul karim?marah ni marah ni

  • (Penulis)
    17) kurusawa:
    hahhaa, manusia biaselah, hanya memandang luaran sahaja.

    dayya:
    jom gelak same2.hehe. dayya, bot jelesh gn puisi2 kamu skg.hehehe

    zhfr:
    biler mau buat cerita cool lagi? sgt suke style kamu.

    miss as:
    tuh, miss clarks dah kasik jwpan.hehe

    miss clarks:
    hish, buat susah2 je jwap kan. ;p nnt bot poskan aiskrim ;p

    sufi:
    hahha. lawaklah komen kamu.hehehe

Cerpen-cerpen lain nukilan rObOt

Read all stories by rObOt