Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Andai itu Takdirnya

Cerpen sebelumnya:
Dia yang tergoda, Dia yang terkecewa..
Cerpen selanjutnya:
Kedai runcit Junaidah dan Warung Pak Saman

 

              Aku memandang Alia di sisiku, kata-katanya benar, tapi kerana rasa ego yang merajai hatiku lalu kutepis semua yang keluar dari mulutnya,bukan kerana Alia adalah sepupu Hariz, tapi hanya kerana aku benci mengenangkan kata-katanya tentang Hariz,Bagiku nama Tengku Hariz telah lama ku buang jauh dari kamus hidupku.Sesungguhnya aku tidak mahu lagi Hariz wujud dalam segenap ruang di dalam hatiku ini..Kerana aku bukan Laila Atira yang dulu, yang bisa di permainkan oleh sang pujangga yang bergelar lelaki.

            ‘Alia..maafkan aku’ Bisikku padanya,lalu ku tinggalkan Alia tanpa sebarang ulasan lanjut tentang Hariz.Alia memandangku mohon aku menimbangkan semula hukuman yang kujatuhkan pada Hariz. Tapi semuanya tidak mungkin berlaku…tidak Alia….tidak.. Belum sempatku memulas tombol pintu bilik kami.Alia bersuara kembali.

            “ Kau masih sayangkan Reez kan Atira?”

            “Tidak!” Tegasku pada Alia. Alia diam saat ku meluahkan kata-kata keramat itu. Ada manik-manik halus mula terjun dari tubir mataku.

“Tapi Atira..tolonglah dia..kau maafkan dia..sanggup kau tengok dia macam tu?Tira….aku merayu pada kau….tolong Tira..maafkan dia dan datang melawat dia..dia memang bersalah..tapi semua orangpun buat salah..Tira..aku merayu….”

Aku cepat-cepat memulas tombol pintu,saat itu aku mahu cepat pergi dari Alia,aku tidak sanggup mendengar Alia terus bercerita tentang Hariz,Setiap kata-kata yang terucap dari bibirnya tentang Hariz adalah umpama pisau yang menghiris-hiris hatiku. Langkah ku atur laju terus ke perpustakaan. Walaupun hari ini aku tiada kelas,aku memilih untuk berada di perpustakaan,bagiku berada disini adalah lebih aman daripada berada di antara mereka semua.

Ku buka laptop yang sentiasa ada bersama-samaku. Tempat yang kutuju adalah sama ,setelah log in ke laman blog aku, Jari-jemariku laju menari mencoretkan kisah-kisah pedih yang terjadi antara aku dan Hariz,ku kawal air mataku dari terus mengalir..kerana aku tidak mahu menjadi lemah lagi.

Kewujudan blogku ini tidak langsung di ketahui oleh sesiapa termasuk Alia sendiri.Aku memilih untuk merahsiakan semuanya.Blog ini aku cipta untuk mencoretkan segala kegilaanku terhadap Hariz sejak aku di bangku sekolah lagi.Semuanya tentang Hariz…betapa sejak dulu lagi aku mencintai Hariz.Segenap ruang dalam hatiku cuma ada nama Hariz.

“Hai Atira…kau buat apa kat sini?” Sapa Ashraff.

“Saja cari ilham..”Balas ku acuh tak acuh

“Cari ilham?erm..kau nak tulis novel ke?..” Aku memandang Ashraff dengan pandangan tajam,Ashraff yang faham makna pandangan aku, senyap tiba-tiba.

“Aku baru lepas bergaduh dengan Alia,semuanya tentang Hariz..” Ashraff menangkat kening,tanda tidak faham dengan sikap aku.

“Atira..aku bukan nak sebelahkan kau,Alia mahupun Hariz,tapi Tira…Hariz dah menyesal,dia rasa berdosa sangat pada kau,Tira…maafkan dia….aku mungkin tak banyak tahu episode kisah kau dengan Hariz.Tapi setiap kali aku jumpa dia,aku rasa sebak sangat…dia dah terima balasan dia,kalau kau terus begini bermakna kau pun sama kejam dengan dia dan tiada beza antara kau dan Hariz..percayalah kata-kata aku ni Atira..!” Aku memandang Ashraff, ada kebenaran dalam kata-katanya.Semuanya buat aku keliru.Perlukah aku maafkan dia?.Aku bermonolog sendiri.

“Aku pergi dulu…fikirkan Atira!...sebelum kau menyesal!”

Menyesal?.Aku terkedu..Ashraff meninggalkan aku sebelum sempat menerangkan makna Menyesal itu..aku mula rasa bersalah.

                                                          ****

“Laila Atira?”

Aku memandang kepada suara yang cukup aku kenal itu.Aku mengangkat kening tanda keliru…dalam hatiku penuh bunga-bunga cinta.

“Awak ni kawan Tengku Alia? Betul tak?..”Aku mengangguk.

“Saya Hariz.tolong sampaikan ni pada Alia…boleh tak?”Mata aku tidak lepas dari memandang wajah yang  menjadi pujaan ku  sejak dari bangku sekolah lagi.

“Awak..?” Aku terkejut tatkala mendengar suaranya.

“Tolong bagi ni pada dia ya”. Hariz menghulurkan bungkusan itu kepadaku.

“Thanks…eh…kejap…saya macam kenal je awak ni..kita pernah kenal ke?” Tanya Hariz.

Aku yang bagai terpaku melihat Hariz saat itu.

                                                                         ****

Itulah kali pertama Hariz menegurku. Saat itu terjadi pada tahun pertama aku berada di kolej. Kisah paling berbunga-bunga yang ku coret indah di blogku.Semuanya kerana aku amat mencintai Hariz.

Sesungguhnya hubungan persahabatan aku bersama Alia memberikan aku jalan untuk merapati Hariz.walaupun ketika itu aku tahu untuk memiliki Hariz adalah suatu yang tidak mungkin terjadi untukku.

Suatu hari,kegilaanku terhadap Hariz di ketahui oleh Alia,semuanya kerana gambar Hariz yang menjadi screen sever laptop aku. Saat Alia mengetahuinya,bertubi-tubi Alia mengajukan soalan kepadaku.

Kerana Alia sahabatku dari bangku sekolah lagi,aku memilih untuk berterus-terang segalanya kepada Alia. Airmata Alia gugur tatkala mendengar cerita betapa aku mencintai Hariz.

Mulai saat itu,Alia beriya-iya untuk merapatkan aku dengan Hariz. Kadang-kadang aku jadi malu untuk bertemu dengan Hariz.Alia selalu meminta aku menemaninya ke tempat-tempat mewah bersama Hariz,paling tidak Alia akan membawa aku bertemu Hariz di Starbuck Coffee ataupun cukup sekadar di Secret Recepies.Kata Alia,Hariz jenis yang cerewet,tak mudah untuk kita mengetahui citarasa dia yang sebenarnya.

Suatu hari, pada tanggal hari jadiku yang ke-19. Alia telah memberitahu Hariz tentang perasaanku kepadanya. Mula dari tanggal itu, Hariz mula menjauhkan diri dariku,pelbagai alasan yang diciptanya apabila Alia mempelawanya keluar bersamaku. Sebulan selepas hari jadiku aku menerima satu SMS daripada Hariz.

‘Laila Atira..saya nak jumpa awak di tepi Tasik pukul 5.00 petang ni. Tolong Datang..Penting!!!’

Perasaanku gembira bercampur takut mengenangkan SMS yang aku terima itu.

            Tepat pukul 5.00 petang,aku telah berada di tepi tasik seperti yang telah dijanjikan.Dari kejauhan aku lihat kelibat Hariz dengan seorang gadis yang cukup cantik..dan menjadi pujaan hampir seluruh pelajar di Kolej kami.Hariz memperkenalkan gadis itu sebagai Hanis merangkap sebagai teman wanitanya. Ku lihat mereka berdua memandang sinis kepadaku. Pandangan mereka menghantar sejumlah kesedihan ke hatiku,tiba-tiba aku rasa terlalu kerdil di hadapan mereka.

            “Laila Atira?” Tanya Hanis kepadaku

            “Bee..ni ke perempuan yang terhegeh-hegeh pada awak ni? Tanya Hanis kepada Hariz. Hatiku mula tidak keruan. Haris memandang aku dengan penuh sinis.Haris menganggukkan kepala.Aku menghimpunkan kekuatan untuk menerima segala cemuhan mereka.

            “Bee…tolonglah faham…dia ni?” Hanis menujah-nujah bahuku sambil sebelah tangan lagi menutup hidungnya seraya menghidu sesuatu yang busuk.

            “Kampung…kolot!!!!” Sambung Hanis.Aku hanya membisu,megharap Hariz tidak sama turut memperlekehkan aku.

            Sangkaanku jauh meleset tatkala Hariz mula bersuara.

            “Laila Atira…untuk pengetahuan kau, Sharifah Hanis ni seribu kali lebih cantik dari kau!..setakat

             Muka macam kau ni berlambak aku boleh jumpa. Kalau jual selonggok RM 5.00 pun..belum tentu aku nak    

             beli..!kau ni Atira..cukup semua pakej ye..tak cantik..gemuk..kampung..kolot…”

Air mataku jatuh juga..aku tidak pernah menyangka begitu rendahnya nilai diriku di mata Hariz.

Ku tatap lama wajah Hariz., ternyata dia berkata benar,bukan sekadar gurauan.

“Hariz..memang aku tak cukup sempurna kalau kau nak bandingkan aku dengan Hanis,aku sedar    betapa rendahnya pandangan kau kepada aku,tapi..akupun manusia Hariz…kalau Allah  nak tarik balik kesempurnaan kamu berdua,percayalah..sekarangpun boleh terjadi…Tengku Hariz..aku bersumpah kau tak akan pernah bahagia selagi aku tak maafkan kau..terima kasih di atas penghinaan ini..!”

Saat aku meluahkan semuanya..aku lihat Hariz tiba-tiba terdiam,aku juga tidak tahu darimana aku mendapat kekuatan untuk meluahkan segalanya.Sesungguhnya saat itu,hati aku betul-betul terluka. Setelah meluahkan segalanya, aku terus berlalu pergi,aku sudah tidak sanggup menatap wajah Hariz dengan lebih lama lagi.

Sampai di bilik,aku terus membenamkan mukaku ke bantal tak sanggup untuk aku berhadapan dengan Alia,hatiku terdetik mungkinkah Alia mempunyai mentality yang sama dengan Hariz.. Segala pertanyaan Alia aku biarkan tanpa jawapan. Alia turut membisu tatkala aku tidak mengendahkan lagi kata-katanya.

Aku tidak sedar bila waktunya aku tertidur,apabila aku tersedar ku lihat jam sudah mengarahkan ke angka 9.00 malam.Alia pula sedang teresak-esak di hujung katilku, aku memandangnya dengan pandangan yang kosong.Tiba-tiba Alia bersuara.

“Atira..aku nak bagitahu kau ni..Hariz accident..sejam yang lalu..Hariz tak ada apa-apa.. Cuma dia terima kecederaan di kepala dan tangan dia patah..tapi..girlfriend dia Sharifah Hanis sekarang di tahan di ICU..kau nak pergi jenguk dia tak?”

Aku Cuma tersenyum sinis mendengar kata-kata Alia. Melihat aku yang tidak memberi sebarang respon, Alia meneruskan kata-katanya.

            “ Aku rasa kau macam tak nak pergi..Aku pergi dulu ye,malam ni aku tak balik,aku jaga Hariz kat hospital,Parents dia pagi esok baru sampai dari Brunei.kau nak aku kirim salam pada dia?” Tanya Alia.

Aku hanya menggelengkan kepala.untuk apa aku harus melihat dan mendengar khabar dari dia?...dia lelaki ego!bisik hati kecilku.

Tiba-tiba hatiku jadi tak keruan,antara kasihan,benci dan gembira silih berganti.Ada riak penyesalan di hatiku,jika tidak kerana keceluparan mulutku mungkin Hariz tidak akan mengalami kemalangan,namun begitu di suatu sisi aku menganggap ianya sebagai takdir untuk Hariz dan Hanis.

Ini semua kehendak Tuhan..bisik hati kecilku.

Tiba-tiba telifon bimbitku berbunyi,tanda SMS mula menujah di skrinnya.Apabila melihat nama Alia,barulah aku berani membacanya.

Atira..Hariz mengingau..tiba-tiba dia sebut nama kau dan minta maaf…kenapa Tira?Apa Hariz dah lakukan pada kau..?’

              Aku terkedu membaca SMS Alia,Namun begitu ku biarkan pertanyaan Alia ternoktah begitu sahaja.Aku tidak sanggup melihat Alia menangis keranaku.

                                                        ****

            “Laila…Laila..!!..kau ni kenapa Laila? Dari tadi termenung je..Encik Nadim panggil kau lah..

            Ingat kat buah hati ke?..hish..agak-agaklah..ni masa kerja..kerjalah mak cik..kau…”

Belum sempat Azhar meneruskan kata-katanya,aku bangun lalu mencubit lengannya..Azhar terdiam menahan sakit..Aku berlalu ke bilik Encik Nadim. Sambil berlalu, sempat juga aku menjeling tajam kepada Azhar.

     Sampai di bilik Encik Nadim,aku lihat encik Nadim tersenyum padaku.Aku tersenyum kembali kepadanya.

            “Saya minta maaf Encik Nadim” Aku memulakan bicara.

            “ Taka apa Laila..saya Cuma nak beri awak surat ni..”

Aku mengangkat kening tanda tidak faham. Aku mencapai surat yang di hulurkan oleh Encik Nadim. Aku membuka surat itu sambil mataku tepat memandang Encik Nadim. Encik Nadim hanya tersenyum.

Aku meneruskan pembacaanku hingga ke titik akhir surat itu, kemudian aku tersenyum.

            “Terima Kasih Encik Nadim..” ucapku

            “Sama-sama..itu semua usaha awak Laila..tahniah..”

Aku menyambut huluran salam dari Encik Nadim. Jauh di sudut hatiku,aku amat bersyukur dengan kenaikan pangkatku ini.

“Ketua Jurutera, bermakna tanggungjawab awak semakin besar Laila..Tahniah…dan saya harap awak tak akan kecewakan saya!”

Aku hanya tersenyum kepada Encik Nadim.

            “InsyaAllah Encik..Terima Kasih sekali lagi kerana Encik beri saya kepercayaan ini.”

Aku bersyukur kerana berkat usaha aku selama ini aku ditawarkan jawatan ketua jurutera seperti yang aku idam-idamkan selama ini.

Petang itu , aku memulakan tugas baru ku dengan penuh keyakinan,rakan-rakan sepejabat turut bangga dengan diriku. Tugas pertamaku pada hari itu mengubah segala-galanya dalam hidup aku.

Petang itu aku memulakan tugasku dengan mengadakan mesyuarat dengan wakil sebuah Syarikat Korparat dari Kuala Lumpur.

            Aku menanti wakil syarikat tersebut di bilik mesyuarat. Hatiku mula tidak keruan, tidak pasti adakah kerana ini adalah tugas pertamaku atau sebaliknya.

            Tiba-tiba terdengar pintu di buka, mataku tertumpu pada satu wajah yang begitu aku kenal.Mataku terus tertumpu padanya hinggalah dia berada betul-betul didepanku.

            “Saya Tengku Hariz dari Salju Semiconductor”  Hariz menghulurkan salam.

Aku jadi terkedu.Hariz memandang tajam kepadaku.

            “Cik..?” Sapa Hariz..

            “Maaf..saya..saya..Maaf..nama saya Laila Atira, Encik boleh panggil saya Laila” jawabku sambil tersenyum. Aku lihat ada tanda-tanya di wajahnya.Aku mula tidak keruan.Lalu aku meminta untuk memulakan mesyuarat dengan lebih awal.

“Okey Cik Laila..nanti saya telifon cik untuk beri keputusan tentang mesyuarat hari ini..Terima Kasih di atas kerjasama Cik..sebelum saya terlupa….wajah Cik Laila mengingatkan saya pada seseorang… erm…mungkin saya tersalah orang..”

Aku hanya tersenyum memandang Hariz saat itu..Andai dia tahu aku adalah Atira yang dia hina lima tahun dulu..apakah reaksi dia saat itu?..Aku bermonolog sendirian.

            “Selamat berkenalan Cik Laila” Hariz menghulurkan salam padaku.Aku menyambut tangannya. Waktu itu hilang semua amarahku kepadanya..Aku menghantar kepulangannya dengan ekor mataku.

Mengharapkan dia bukan Hariz yang dulu..semoga masa telah mendewasa dan mematangkannya..bisik hatiku.

            Seminggu kemudian aku menerima panggilan daripada Hariz,topic perbualan kami pada mulanya hanya menyentuh tentang keputusan mesyuarat ,lama kelamaan Hariz mula bertanya tentang diriku.Aku hanya menjawab mana yang perlu sahaja. Aku takut untuk menyulam perasaanku pada Hariz. Terdengar-dengar lagi sindiran Hariz padaku lima tahun dulu,rasanya bagai baru semalam Hariz menuturkan ayat-ayat itu.

            Hari berganti hari,minggu berganti minggu,perhubunganku dengan Hariz semakin rapat. Namun aku memilih untuk tidak keluar bersamanya.Puas Hariz memujukku,namun aku tetap tidak mahu berganjak dari keputusanku.Aku perlukan kekuatan untuk melupakan kata-kata Hariz dulu.

            Suatu pagi aku terkejut melihat ada patung seekor beruang berwarna biru di atas mejaku.Aku mendekati beruang itu dan mengambil sekeping kad yang tersisip rapi pada beruang itu.

“ Si comot ni namanya Cik Yumi,Hariz beli khas untuk Laila..Hariz nak Laila tahu..Hariz sayang pada Laila,Kalau Laila rindu pada Hariz..Laila boleh cakap pada Cik Yumi..”

Salam- Hariz

Aku rasa teramat di hargai. Rasa bersalah mula merajai hatiku.patutkah aku mengecewakan Hariz? Atau perlukah aku membiarkan hatiku di kecewakan oleh Hariz untuk kali kedua?.Sedang aku memikirkan keputusanku..tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.Aku cepat-cepat menjawab panggilannya setelah melihat nama Hariz tertera pada skrin telefonku.

“Laila?” Tanyanya

“Ya..Laila di sini..Hariz..terima kasih untuk Cik Yumi..” Ada ketawa kecil di hujung talian,aku tahu dia gembira dengan responku.

“Sama-sama…Hariz hantar Cik Yumi untuk jaga Laila masa Hariz tak ada nanti..”

Jawab Hariz.Hatiku mula berdegup kencang.

            “Hariz nak pergi mana?” Tanyaku

            “Hariz nak pergi London..ada kerja..dua hari lagi Hariz berangkat..Laila…Hariz nak mohon 

            Sesuatu ni..boleh tak?..tolong jangan kecewakan Hariz?”

            “Apa dia?” Tanyaku lagi

            “Hariz nak ajak Laila keluar…kali ni je..boleh tak?”

            “Boleh”Tanpa berfikir panjang, aku memberikan keputusanku.

            “ Terima kasih Laila..nanti Hariz jemput Laila..Bye..”

            “Bye..”

Perbualanku bersama Hariz terhenti di situ.

            Malam itu,seperti di janjikan,Hariz datang menjemputku di rumah sewaku. Hariz membawaku ke sebuah restoran berhampiran pantai. Malam itu kami makan Nasi putih bersama ikan bakar.Aku jadi pelik..kemanakah Hariz yang dulu?Hariz yang membanggakan makanan barat seperti kami mula-mula berkenalan di kolej dahulu.Mungkin masa telah mengubah Hariz.

            Sebelum pulang,Hariz menghulurkan sebentuk cincin kepadaku.Aku menolak..namun Hariz memaksaku, Hariz menyarungkan cincin itu di jari manisku.Cincin perak itu terlihat terlalu biasa namun bagiku punya banyak keistimewaan.

            “Cincin ni Hariz bagi pada Laila sebagai tanda perkenalan dan persahabatan..Hariz sayang Laila..

            Laila jangan lupakan Hariz ye..Kalau Hariz ada buat sesuatu yang menyinggung perasaan Laila,

            Hariz minta maaf..sudi tak Laila maafkan Hariz?” Tanya Hariz kepadaku.

            “Hariz tak ada salah pada Laila…”Jawabku tenang.

            “Terima kasih Laila..”

            Setelah pulang ke rumah,aku rasakan bagai ada satu perasaan aneh yang wujud dalam hatiku. Aku mula risaukan Hariz.Jika Hariz telah berubah,adakah dia tahu siapa aku sebenarnya? Ku peluk Cik Yumi erat,aku ingin menjaga Cik Yumi sebaiknya..sebagaimana aku menjaga cintaku pada Hariz sejak empat belas tahun dulu.Malam itu tidurku nyenyak di samping Cik Yumi.Aku hanya terjaga apabila terdengar Azan Subuh berkumandang.

            Pagi itu aku ke pejabat seperti biasa, Sekuntum mawar putih bersama sekeping kad kecil menyambut kehadiranku.Aku membaca kad itu dengan hati-hati.

 

Laila…mawar putih ini khas untuk Laila..doakanlah semoga ini bukanlah mawar putih terakhir Hariz untuk Laila..Hariz sayangkan Laila…”

            Sayang- Hariz

            Aku jadi terkedu pada baris-baris ayat di dalam kad kecil itu..aku memandang cincin di jari manisku.Apa makna semua ini?.Hariz..apa semua ini..kenapa ketika pintu hatiku mula terbuka untuk mu,kau mula pergi jauh dariku?..hatiku berbisik sendiri.Lamunanku terhenti tatkala telefon bimbitku berbunyi.Menyangka panggilan dari Hariz,aku cepat-cepat menjawab panggilan itu.

            “Hariz..?”Tanyaku

            “Salam….” Balas suara di hujung talian.

            “Waalaikumsalam..” Balasku.

            “Atira?..Ni Laila Atira?Betul tak?” Tanya suara di hujung sana,aku mula jadi keliru.

            “Ya..ni Laila Atira..siapa di sana?” Tanyaku pula.

            “Tira..ni Lia lah..”balas suara itu.

            “Lia?..Tengku Natalia?”Tanyaku pula.

            “Ya..ni Alia…Tira sihat?Tira kat mana sekarang?Alia nak jumpa Tira…”

            “Alia..syukur kau call aku..Aku sekarang kat ipoh..kau kat mana Lia?” Balasku dengan nada gembira

            “Aku sekarang di Ipoh juga..kau bagi alamat,nanti aku datang jumpa kau..sekarang juga..okey?”

Balas Alia.

            “Okey..aku SMS kau sekarang..janji kau datang ye..aku tunggu..bye” .

            Petang itu aku menanti kehadiran Alia di pejabatku seperti yang di janjikan.Aku bagai tidak sabar untuk melihat wajah terbaru sahabatku itu. Tiba-tiba pintu bilikku di ketuk. Aku lihat wajah di sebalik pintu.Setelah pasti dia adalah orangnya,aku berlari ke arahnya.

            “Alia..” Jeritku sambil memeluk Alia.

            “Atira?..betul ke ni Atira?..cantiknya..” Balas Alia.

            “Biasa-biasa je Alia..” Jawabku merendah diri.

“Patutlah masa aku tanya tentang Cik Atira kat luar tadi,seorangpun tak kenal…rupa-rupanya Cik Laila..kau dah banyak berubah Tira..sebab Reez  ke Tira?” Tanya Alia. Aku biarkan pertanyaan Alia tanpa jawapan.

“Atira..aku dah penat fikirkan tentang kau..sekarang dah tiba masanya kau kena ceritakan pada aku tentang kau,Reez dan ke mana kau menghilang selama ini..” Alia mula mengajukan soalan.

            Lama aku terdiam sebelum segala persoalan Alia aku jawab.Aku cuba mengumpulkan kekuatan untuk megimbas kembali episode duka yang aku alami suatu aku di hina oleh Hariz dan Hanis di Tasik lima tahun dulu.

“Alia..kau tahukan aku mula menaruh hati pada Reez semenjak kita sama-sama di tingkatan  satu lagi?”

Tanyaku pada Alia. Alia hanya mengangguk tanda mengerti.Aku meneruskan bicaraku.

“Hari Reez accident ,petang tu Reez SMS aku,dia nak jumpa aku kat Tasik.Masa tu aku teramat gembira ,sampai di tasik..Reez dan Hanis hina aku..mereka kata aku gadis busuk,kolot,kotor dan

Gemuk..aku sedih..itulah hadiah paling ‘mahal’ aku terima pada Hari jadiku Alia..hari itu juga aku pernah bersumpah bahawa aku tak akan pernah maafkan dia..Alia..salah ke kalau aku menyayangi dan mencintai dia?”

Tanyaku pada Alia lagi,Alia hanya menggelengkan kepala..ada manik halus terjun dari kelopak matanya. Aku meneruskan kata-kataku.

“Malam kau jaga Reez tu..puas aku fikir..entah kenapa aku ni bodoh sangat nak menunggu dia membalas cinta aku..malam tu juga aku ambil keputusan untuk berhenti belajar kat kolej..Aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung. Sebulan kemudian,aku dapat tawaran sambung belajar di IPTA dalam bidang engineering ..Aku nekad untuk lupakan segalanya..sebab tu aku tukar nombor telefon, aku malu pada kau..Aku pernah call Azhar sekali..masa tu dia cakap kau dah berhenti belajar juga,dia kata kau sambung belajar di London..ambil Law..Betul?”

            Aku memandang Alia,Alia hanya mengangguk mengiyakan segala kata-kataku.Aku menyambung kembali kata-kata ku.

“Mungkin kerana takdir…bulan lepas,selepas kenaikan pangkatku..aku bertemu Reez dalam satu mesyuarat. Aku terkejut..tapi..aku yakin Reez tak kenal dan ingat aku lagi..semenjak bulan lepas juga aku semakin rapat dengan Reez..hinggalah saat malam semalam dia memberikan cincin ini pada aku”

Aku menghulurkan tanganku untuk menunjukkan cincin itu kepada Alia.Alia memegang jemariku untuk melihat cincin itu. Aku meneruskan kata-kataku..

“Dan..pagi tadi..aku dapat sekuntum mawar putih dari Reez..Reez cakap doakan semoga mawar putih tu bukan yang terakhir dari dia..aku jadi keliru Alia..aku betul-betul keliru..saat ni..mungkin Reez dalam penerbangan ke London..betul tak…?Mungkin dia hadir Cuma untuk mohon maaf pada aku…betul tak Alia…?”

            Tanyaku pada Alia.Tanpa sedar,ada air mata yang turun dari tubir mataku,Alia hanya menggelengkan kepala.Aku lihat air mata Alia semakin deras turun dari tubir matanya.Aku biarkan Alia melayan perasaannya ketika itu. Tiba-tiba Alia mula bersuara

“Tira..sekarang aku pula nak berterus-terang dengan kau..aku harap,kau tabah dan aku mohon..tolong maafkan segala kesalahan dia..tolong…”

            Tiba-tiba aku terasa bagai ada sesuatu yang bakal terjadi.Sesuatu yang bakal menyentap perasaanku,aku menghimpunkan kekuatan untuk mendengar segala kata-kata yang keluar dari mulut Alia.

“Tira..malam Reez accident tu..dia mengingau..dia panggil nama kau dan minta maaf..pada mulanya,aku menyangka dia cuma cedera ringan sahaja..dua hari selepas kemalangan,Reez tiba-tiba pengsan..Doktor sahkan ada darah beku di kepalanya..selepas darah beku tu di keluarkan..Reez yang aku kenal dulu..bukan lagi Reez..Reez berubah 360 darjah..Doktor bagitahu dia hilang memori masa silamnya..antara percaya dengan tidak..satu-satunya insan yang dia ingat selepas pembedahan tu adalah kau…dia tak henti-henti sebut nama kau..dia minta maaf..selepas dia sembuh..keluarga dia dan keluarga aku menghantar kami ke London, mereka mahu Reez mulakan hidup baru..dan sebagai sepupu yang paling rapat,aku di beri tugas untuk menjaga Reez.”

            Aku hanya tunduk mendengar kata-kata Alia.Saat itu,lidahku kelu untuk berkata-kata. Aku biarkan Alia meneruskan kata-katanya.

“Untuk pengetahuan kau,Sharifah Hanis dah tinggalkan Reez..keluarga Hanis kata Reez dah gila..sekarang Hanis dah kahwin dengan lelaki dari Amerika..aku tak tahu dia di mana sekarang..mungkin dia dah bahagia..perkara paling penting yang kau perlu tahu Tira...Reez dah jumpa blog kau..dia dah baca semua luahan kata-kata kau..kerana blog itu juga dia mahu pulang ke Malaysia..dia nak cari kau..sebenarnya..perjumpaan kau dengan Hariz bulan lepas..semuanya telah dirancang..Cuma masa tu Hariz terkejut kerana kau memegang jawatan Ketua Jurutera..dia cakap pada aku..dia baru nak merisik-risik jawatan kau dalam syarikat itu…”

Aku hanya tersenyum..tetapi tidak bagi Alia..aku hanya menanti Alia meneruskan kata-katanya

“Dan…Salju Semiconductor tu..milik Reez..nama syarikat ni di ambil sempena nama blog kau..

‘Salju Kasih.com’..”

            Aku memandang Alia tajam..bagai tidak percaya kata-katanya..Alia hanya mengangguk..mengiyakan segala kata-katanya..aku jadi serba-salah..perlukah aku percaya kata-kata Alia?aku bermonolog sendiri…Alia meneruskan kata-katanya..

“Tira..sebenarnya..Reez bukan ke London..Reez berangkat ke Makkah..Reez pergi buat umrah..Tira,mungkin umur Reez dah tak panjang..”

            Aku tersentak mendengar kata-kata Alia..jantungku mula berdegup kencang..namun ku biarkan juga Alia meneruskan kata-katanya.

“Reez menghidap kerosakan Hati akibat kemalangan tu..akupun baru tahu tiga bulan lepas..Reez tak dapat jalani pembedahan Hati..tak ada penderma yang sesuai dengan tubuhnya..Reez mungkin tak akan hidup lama lagi..Tira..maafkan Reez ye...aku merayu…biarkan dia pergi dengan tenang”

            Jika tadi Alia yang teresak-esak bila aku menceritakan tentang Hariz..kini giliran aku pula..terungkailah makna kata-kata Reez  tentang Mawar Putih itu..Oh Tuhan..apa perlu aku lakukan..bisik hatiku.

            Tiba-tiba Alia menghulurkan sekeping Kad kepadaku..aku mengambil tanpa bertanya sepatahpun..

“Tira..ni kad Doktor yang merawat Reez..kalau kau nak tahu tentang keadaan Reez..kau boleh hubungi dia,aku dah bagitahu dia tentang kau..jangan risau..dia ni kawan baik Reez masa di London..Syed Fariz..”

            Aku hanya mengagguk..mengiyakan kata-kata Alia..ku cuba menahan air mataku dari gugur lagi.Pertemuan kami berakhir di situ sahaja kerana Alia perlu pulang ke Kuala Lumpur kerana ada urusan penting..

            Pulang ke rumah,aku terus mendapatkan Cik Yumi..ku peluk erat Cik Yumi..mencurahkan segala perasaanku padanya..apakah nasib Hariz sekarang..dapatkah aku temui Hariz lagi?.Sesungguhnya..aku telah memaafkan Hariz..Aku terdiam di sisi cik yumi..aku mengingati kembali segala kata-kata Alia..aku buntu untuk mencari jalan penyelesaian terhadap penyakit Hariz..Aku mencapai telefon bimbitku untuk menghubungi Hariz..usahaku gagal..telefon bimbitnya tidak aktif..aku mengambil keputusan untuk menghantar SMS sahaja kepadanya.

            “Hariz..Laila dah tahu semuanya..Laila tunggu Hariz”

            Pagi itu,unsai solat Subuh,aku terus bergerak ke Kuala Lumpur..niatku hanya ingin bertemu Doktor Fariz.tepat jam 10.00 pagi aku sampai di Pusat Perubatan Universiti Malaya,ketika itu Doktor Fariz telah menunggu aku di biliknya.

            Aku menghulurkan tangan memperkenalkan diri, pagi itu aku mohon pada Doktor Fariz untuk menjadi penderma untuk Hariz.Doktor Fariz terkejut,aku mengiyakan dengan jujur kata-kataku.Tengahari itu aku menjalani ujian darah dan beberapa prosedur lain untuk melayakkan aku menjadi penderma,di hatiku berdoa agar hatiku sesuai untuk tubuh Hariz.Petang itu Doktor Fariz menghulurkan keputusan ujian itu kepadaku..aku bersyukur kerana Hatiku sesuai untuk tubuh Hariz.Aku betul-betul bersyukur..aku berharap agar aku dapat membantu Hariz.

            “Atira..awak yakin dengan keputusan awak?” Tanya Doktor Fariz. Aku hanya menanggukkan kepala.Doktor Fariz hanya menggelengkan kepala.

            “Atira..?” Aku memandang ke arah suara itu.

            “Alia..macam mana kau tahu aku kat sini?” Tanyaku..

            “Fariz call aku..”Jawab Alia.

            Aku memandang Alia tanda tidak faham.

            “Dia tunang aku..”Balas Alia.

            Aku hanya mengagguk tanda faham.

            “Tira..kau yakin dengan keputusan kau?” Tanya Alia.

“Aku yakin..rasanya.tak ada lagi orang mati kerana dermakan sebahagian hatinyakan?..Betul tak Doktor Fariz” Tanyaku.Doktor Fariz dan Alia sama-sama tersenyum.

“Cuma..aku pinta..tolong jangan bagitahu Hariz tentang semua ni..boleh tak?” Tanyaku lagi

“InsyaAllah Tira..” Balas Alia.

“Kalau Tira pasti dengan keputusan Tira..bila Hariz pulang dari Makkah nanti,kita boleh mulakan operation ..okey Atira?” Tanya Doktor Fariz.

            Aku hanya mengangguk tanda faham,aku berdoa semoga Hariz sempat untuk menjalani pemindahan hati itu.

            Malam itu,aku bermalam di rumah Alia.Tiba-tiba handfone Alia berbunyi. Aku lihat Alia tiba-tiba jadi tidak keruan.Ku pandang wajah Alia dalam-dalam,menunggu Alia bersuara.

“Atira..Hariz pengsan..Mak Engku dan Pak Engku dalam penerbangan nak bawa Hariz pulang ke Malaysia..pagi esok Hariz  tiba di hospital..aku takut Tira..” Luah Alia.

            Aku juga tiba-tiba di buru ketakutan.Ku pujuk hatiku untuk bertenang,ku peluk erat cik yumi yang menjadi teman karibku.Ku cium Cik Yumi bertubi-tubi..’Hariz..tolonglah bertahan’..Bisik hati kecilku.

            “Alia..aku sanggup menjalani operation esok..demi Hariz..tolong beritahu Fariz ye..”

            Alia memandangku minta kepastian,aku hanya mengangguk.Alia turut mengangguk dan terus menghubungi Doktor Fariz.

            Pagi itu Hariz tiba di hospital,aku lihat Hariz terlalu lemah.atas bantuan Alia.aku dapat melawat Hariz sebelum operation. Aku pegang tangan Hariz. Tangannya sejuk..Aku tergamam tatkala mataku tertumpu kepada cincin di jemarinya.

            “Cincin tu memang sepasang” Alia bersuara

            “Terima Kasih Hariz..Laila dah maafkan Hariz..dunia akhirat” Bisik ku ke telinga Hariz.

            Tengahari itu,aku di bawa masuk ke bilik bedah.Aku sempat berdoa semoga semuanya berjalan lancar.

            Malam itu aku tersedar kira-kira jam 11.00 malam.Alia setia di sisiku.Ku tatap wajah Alia lama-lama.Aku tidak mampu bersuara ketika itu.Alia yang bagai faham tentang perasaanku mula bersuara.

            “Tira..terima kasih..Hariz dah selamat..Tira kena rehat ye..Hariz okey..betul..” Jawab Alia

            Aku mengangguk tanda mengerti.Aku tersenyum dan memejamkan mataku kembali.Aku tidak sabar untuk melihat Hariz kembali tersenyum.Aku mahu Hariz kembali bahagia. ‘Hariz..’ bisik hatiku.Hari berganti hari.Minggu berganti minggu,akhirnya aku di benarkan untuk keluar dari hospital.Sebelum pulang,aku meminta untuk bertemu Hariz.Alia menunaikan permintaanku. Ketika aku sampai di bilik Hariz,sayu hatiku melihat Hariz masih belum sedarkan diri.

            Tiga minggu berlalu,aku mengambil keputusan untuk pulang ke Ipoh.Dalam perjalanan pulang ke Ipoh,aku singgah melawat Hariz di hospital.Hariz  masih lagi belum sedar. Menurut Doktor Fariz,keadaan Hariz bertambah baik,jika tiada jangkitan kuman, kemungkinan Hariz akan sedar dalam masa terdekat ini.Ku genggam tangan Hariz.

            “Hariz..Laila pergi dulu..semoga Hariz cepat sembuh”

            Aku melepaskan tangan Hariz.’Hariz…hati ini memang milik Hariz semenjak empat belas tahun dulu..jagalah dia..sebagaimana Laila menjaga cinta Laila pada Hariz’.Aku bermonolog sendiri.

            Sebulan berlalu,aku sudah tidak menerima sebarang berita tentang Hariz,aku tidak menyalahkan Hariz,aku redhakan sebahagian hatiku yang subur dalam tubuh Hariz. Petang itu,hatiku tergerak untuk menghubungi Alia. Menurut Alia,Hariz akan berangkat ke Makkah minggu depan,dan hanya akan kembali dua bulan kemudian.Aku bersyukur kerana Hariz benar-benar telah sembuh.

            Hari berganti hari,minggu berganti minggu,tidak sedar telah dua bulan Hariz ke Makkah,sepanjang tempoh itu,tiada sebarang khabar berita Hariz sampai ke telingaku.Petang itu, aku menerima panggilan daripada Abah,menurut Abah,ada rombongan besar datang untuk meminangku. Aku agak terkejut,menurut abah lelaki itu bernama Amirul Nur Rashid. Abah serba-salah untuk menolaknya.Aku memilih hanya untuk menyerahkannya pada keputusan Abah dan Mak.Mulai hari itu,sah lah aku menjadi tunangan kepada Amirul Nur Rashid itu.Aku redha..Berita pertunanganku itu,aku sampaikan kepada Alia,Alia gembira kerana akhirnya aku menjadi tunangan orang .

            Malam itu,ketika di kampong,aku menerima panggilan daripada Hariz.Aku agak terkejut dengan panggilan itu.

            “Salam..Laila?”

            “Waalaikumsalam..Hariz sihat?kenapa tiba-tiba Hariz telifon Laila?” Tanyaku

            “Entahlah..Hariz tiba-tiba rasa lain sangat..Laila sihat?Hariz dengar Laila dah bertunang?betul?”

            Aku tiba-tiba jadi terkejut..

            “Alia yang beritahu Hariz ye?” Teka ku..

            “ye..okeylah Laila..tiba-tiba hati Hariz ni jadi pedih..Nanti Hariz call lagi..selamat bertunang”

            Aku jadi bersalah dengan Hariz.’Mungkin tiada jodoh aku bersamanya.’.Bisik hati kecilku.

            Setelah empat minggu bertunang..akhirnya hari ini aku akan bergelar isteri kepada Amirul Nur Rashid itu.Aku meminta supaya pada majlis perkahwinanku hari ini tiada acara persandingan.Abah dan Mak menurut sahaja permintaanku.Untuk majlis pernikahanku petang itu,aku hanya mengenakan sepasang baju kurung Pahang rona putih,itupun atas pilihan Alia. Aku hanya menuruti pilihan Alia,di hatiku masih wujud cinta untuk Hariz,tapi aku memilih untuk menerima sahaja pilihan abah dan mak.Petang itu,seluruh kampungku gempar tatkala kehadiran rombongan pihak lelaki membawa 10000 kuntum bunga Mawar putih.Suasana ketika itu membuatkan halaman rumahku menjadi sebuah taman impian.Aku tidak mengambil pusing tentang keadaan itu.

             Sehinggalah waktu akad nikah,tidak sekalipun aku memandang Amirul Nur Rashid itu.Alia di sebelahku  meminta aku untuk memandang bakal suamiku,namun aku berkeras.Semuanya terungkai tatkala Tok Kadi menyebut nama Tengku Hariz Amirul Nur Rashid,mendengar nama Hariz,aku memandang wajah Alia..Alia Cuma tersenyum. Ketika Hariz menerima akad itu,serta-merta air mataku jatuh.Kini aku sah menjadi milik Hariz.

Ketika upacara membatalkan air sembahyang,air mataku tiba-tiba gugur.Kini terunsailah kisah cintaku pada Hariz.

“Terima Kasih Laila..terima kasih kerana sudi terima Hariz” Bisik Hariz ke telingaku.

“10000 mawar putih kat luar tu khas untuk Laila..mawar-mawar tu tak dapat gantikan hati laila untuk Hariz ni..jasa Laila pada Hariz terlalu besar..” Bisik Hariz lagi sambil memegang dadanya.

Saat itu hanya air mataku tanda jawapan kepada semua kata-kata Hariz.Aku amat bersyukur kerana hari ini,lelaki yang bernama Hariz telah ditakdirkan menjadi Adamku.

Cerpen sebelumnya:
Dia yang tergoda, Dia yang terkecewa..
Cerpen selanjutnya:
Kedai runcit Junaidah dan Warung Pak Saman

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.2
6 Penilai

Info penulis

cyda yusof

i\m back.. fewh.. baru jumpa password. sangat banyak makan semut.. password blh lupa.. :)    
rasyidah | Jadikan rasyidah rakan anda | Hantar Mesej kepada rasyidah

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya rasyidah
HIKAYAT CINTA | 3140 bacaan
Encik Satria VS Cik Tomato | 13259 bacaan
Tak mungkin melepaskan mu | 3533 bacaan
Cinta Milik Fariza. | 5270 bacaan
Puteri Indera Loka Ku. | 2321 bacaan
Tercipta Untukku | 3044 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

12 Komen dalam karya Andai itu Takdirnya
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik