Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

LEMANG MERCUN PART I (Drama Radio)

Cerpen sebelumnya:
Masih ada cinta
Cerpen selanjutnya:
LEMANG MERCUN PART II

SEMPENA BULAN RAMADHAN TAHUN 1430 INI DAN HARI RAYA AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELANG, SAYA PERSEMBAHKAN SEBUAH SKRIP DRAMA RADIO YANG SAYA TULIS PADA TAHUN 2002 UNTUK DI HANTAR KE SEBUAH STESEN RADIO TEMPATAN, TAPI TERKANTOI(TAK SAMPAI) DISEBABKAN TRAFFIC DALAM TALIAN(HANTAR MELALUI E-MAIL)(KALU SAMPAI KAT DIORANG PUN, BELUM TENTU DI TERIMA!! HU HU!)

SAYA TERPAKSA BAHAGIKAN KEPADA 2 BAHAGIAN, KERANA AGAK PANJANG(DALAM BENTUK SKRIP). SIAPA2 YANG BERMINAT, BOLEHLAH KITA BUAT DRAMA RADIO KALU ADA BUDGET DAN MASA. TQ! ENJOY!!

 

“ lemang mercun “ Karya: I. Kurusawa.

Watak-watak

 

1.Pak Leman

 Umur 58 tahun. Penjual lemang di bazaar Ramadhan, Kg. Berangin Sebadan. Seorang duda beranak satu. Isterinya mati tercekik lemang, raya 5 tahun lalu. Peramah, suka berjenaka, baik hati.

 

2. Bidin

Anak lelaki Pak Leman. Umur 25 tahun. Baru tamat pengajian dari universiti. Sedang menunggu panggilan  kerja. Menolong Pak Leman berniaga.

 

3. Mak Leha

Umur 50 tahun. Penjual kuih tradisional di bazaar Ramadhan, Kg. Berangin Sebadan. Seorang janda beranak satu. Suaminya mati tercekik tepung gomak, 6 tahun yang lalu.  Baik hati. Peramah.

 

4. Peah

Anak perempuan Mak Leha. Umur 18. Baru lepas SPM. Menolong Mak Leha berniaga.

 

5. Cik Farra

Umur 48 tahun. Seorang andartu. Penjual ayam percik dan mercun ( secara sembunyi ). Sangat kecoh dan heboh. Suka mengumpat dan mereka cerita tentang orang lain. Menyintai Pak Leman.

 

6. Mamat

Anak saudara Cik Farra. Umur 10 tahun. Sangat nakal. Kuat makan.

7. Tok Imam

Tok imam di surau kampung Berangin Sebadan

Sinopsis

 

Pak Leman menyuruh Bidin memikat Peah untuk dijadikan isteri. Bidin tak mahu sebab sudah mempunyai pilihan sendiri. Mak Leha juga menyuruh Peah mengorat Bidin. Peah juga tak mahu sebab dia masih mahu belajar dan tak mahu mempunyai apa-apa komitmen lagi.Bidin dan Peah kemudiannya berpakat untuk mengahwinkan kedua orang tua mereka. Cik Farra pula sudah lama menyimpan perasaan terhadap Pak Leman. Maka….

 

Episod 10:    Epilog.

 

NARRATOR:            1 Syawal, Bidin baru pulang dari Kuala Lumpur dengan keretanya. Dia sudah bekerja dengan syarikat membuat kereta di Kuala Lumpur. Peah juga baru pulang bercuti. Dia sudah berjaya menyambung pelajarannya di dalam bidang undang-undang di universiti. Cik Farra sudah insaf dan sering membantu Mak Leha dan Pak Leman berniaga. Suasana pagi raya yang hening, tiba-tiba menjadi riuh…

 

Pak Leman:  Tepi sikit! Tepi sikit bini aku nak bersalin oiiii!!!

 

Mak Leha:     Aduhh!! Cepat bang! Nanti terberanak kat atas tangga kang!! Aduh!!

 

NARRATOR:            Mak Leha dah nak bersalin! Pak Leman, Bidin, Peah dan Cik Farra sama-sama membantu Mak Leha pergi ke kereta Bidin. Orang ramai turut membantu. Suasana menjadi meriah dan riuh!

 

Bidin:             Pak! Bawak mak masuk cepat! Peah kau duduk sebelah mak! Cik Farra duduk depan! Cepat!!

 

Pak Leman:  Bawa hati-hati Bidin! Hospital! Here we goooo!!!!!!

 

Mak Leha:     Abang! Janganlah jerit kat telinga saya! Adduh!!! Sakitnya !! budak ni dah tak sabar nak keluar lah!! Aaahhrrggg!! Jalan le Bidin!

 

Peah:             Cepat la bang Bidin ! Jalan!!!!

 

 

NARRATOR: Kereta pun berjalan laju, menuju ke hospital. Jantung Pak Leman bagai nak tercabut! Berdebar macam tak pernah dapat anak! Anak dengan isteri baru lah kan… bertambahlah lagi ahli keluarga Pak Leman! Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!!! Maaf Zahir dan Batin!!!!!!

 

Setahun sebelum itu………………………………………………

 

Episod 1: Di Bazaar Ramadhan Kg. Berangin Sebadan, jam 5.35 petang.

 

NARRATOR:Orang ramai berpusu-pusu berasak-asak mengunjungi bazaar ramadhan ini. Hujan turun renyai-renyai. Payung yang dibawa oleh orang ramai, menambahkan kesesakan pandangan. Suara mereka bercampur-baur dengan suara orang berniaga dan bunyi hujan yang menimpa payung dan sekitar.

 

Di gerai Pak Leman

 

Pak Leman: Haa…mari…mari…marii!!!! Lemang!!lemang!! murah!!murah!! 10 ringgit 3 batang! Tak mahal! Mari!! Mari!! Kakak!! Adik!!makcik!!! abang!!! Lemaang!!

 

Bidin:             Kak lemang kak! Beli la kak…murah je.. rasa dia? Huih..sedap kak! Lemak, cukup garam cukup santan! .. eh! Saya puasa…saya hari-hari berbuka dengan lemang ni!!!!..Itu sebab laa saya tahu rasa dia sedap…. Beli la kak. .tak nak cuba?

 

Pak Leman: Bidin, rehat kejap la. Kita duduk dulu. InsyaAllah, ada rezeki, ada la orang yang beli nanti.

 

Bidin:             Ye la pak!

 

Pak Leman: Bidin, kamu tak rasa ke yang kamu tu dah layak berumahtangga?

 

Bidin:             Ish bapak ni.! Cuba la bukak cerita lain. Saya kan belum bekerja lagi. Nak bagi makan apa isteri saya nanti? Takkan nak makan lemang je hari-hari?!

 

Pak Leman: Bukan aku suruh kamu kawin terus! Setidak-tidaknya, pegi le mengorat. Aku tengok kamu ni. Kesian jugak, sejak habis belajar hari-hari asyik tengok muka aku,, lemang,, aku, lemang! Aku ! lemang!

 

Bidin:             O.k lah pak! Cuba bapak bagi cadangan kat saya. Kat kampung kita ni ada ke calon menantu bapak yang sesuai? Hah cuba cakap! Cakaplah!

 

Pak Leman: Ada Bidin…ada..

 

Bidin:             Siapa pak?

 

Pak Leman: Tu.!!...........ada orang nak beli lemang tu!

 

Bidin :            Heii bapak ni, bikin terperanjat ajelah! (melayan pelanggan ) Ye kak? Tiga 10 kak! Ya! Ya! (bunyi membungkus lemang ) terima kasih, saya jual ye?Hah, berbalik kepada persoalan tadi. Siapa pak? Siapakah puteri rupawan yang dah dapat memikat hati bapak untuk dijadikan permaisuri saya tu?

 

Pak Leman: Ewah-ewah! Kamu bermadah sastera pulak! Kamu nak tau siapa? Nak tau?

 

Bidin :            Nak ! siapa?

 

Pak Leman: Mak Leha..

 

Bidin :            ( Memotong cakap Pak Leman ) Haa!! Mak Leha janda????

 

Pak Leman: Bagi la aku cakap abih.. Mak Leha punya anak!!! Anak Mak Leha…si Peah tu..

 

Bidin:             Peah? ( terdiam. Berfikir ) oohh…Peah yang badan macam badak biru tu ye?

 

Pak Leman: Isyy!!..kamu ni, tak baik cakap macam tu. Bulan puasa ni…bulan tak puasa pun tak boleh kutuk!! Takde la gemuk sangat. Sedang-sedang elok le tu….berisi sikit je. Kiut apa…kamu tak nak ke?

 

Bidin:             Bukan tak nak pak, tak hendak. Tak minat. Saya dah ada yang punya. Saya sudah dimiliki..ewah!

 

Pak Leman: Alaaa..mesti makwe kat Universiti ni.!

 

………………………………………………………………………………………………

Episod 2: Di gerai Mak Leha.

 

Peah:             Huuuiiii!!!!!! Ramainya orang mak! Biasa tak ramai macam ni….

 

Mak Leha:     Kamu ni….macam tak biasa pulak! Biasa la bulan puasa..

(  ada pelanggan membeli kuih ) ..saya jual ye…

 

Peah:             Kuih…kuih..kuih..karipap, cik mek molek, badak berendam, lompat tikam,taik itiiiiiiiiiiiiiiik! …………tepung gomak!

 

Mak Leha:     Peah! Tepung gomak jangan sebut kuat-kuat! Kamu ni saja je nak ingatkan mak kat bapak kau.. ….

 

Peah:             Takdelah macam tu mak…

 

 

Mak Leha:     Takpe lah…Karipap, che mek molek, badak berendam,lompat tikam,taik itiiiiiiiiiiiiiik!......Peahhhhhhhh!!!

 

Peah:             Eh mak, mana ada kuih nama Peah!?

 

Mak Leha:     Aku  panggil kamu lah…tu pelanggan tu.

 

Peah:             ( Sambil membungkus kuih ) Mak, Peah rasa kan, Peah nak sambung belajar lagi la…o.k tak ? ( kepada pelanggan ) Terima kasih, saya jual ye..

 

Mak Leha:     Mende ? sambung belajar?.......tak payah le..baik kamu tolong aku meniaga. Ada jugak faedah. Kamu tu mak tengok, bukannya rajin belajar. Lebih banyak baca majalah hiburan daripada baca buku pelajaran !

 

Peah:             Isyy!! Mak ni ..patut bagi sokongan moral. Ini tidak, melemahkan semangat lagi ada. Saya study mak tak nampak…….

 

Mak Leha:    Kat mana kamu study? Kalau tak baca majalah,tengok tv, tak pun tido! Itu aje yang aku nampak. Takkan kamu study dalam jamban?!

 

Peah:             Isy! Ke jamban pulak peginya…Hah! Habis tu, takkan mak nak suruh saya kawin.?

 

Mak Leha:    Memang pun!!

 

Peah:             Mak……….?!!

( senyap sekejap )

 

Mak Leha:    Kamu kenal tak  Bidin?

 

Peah:             ( berfikir ).  Haaa, anak Pak Leman Lemang,. Kenapa? Nak suruh saya kawin dengan dia ke?

 

Mak Leha:    Bukan macam tu…saje je mak tanya..

 

Peah:             Mesti ada apa-apa ni....

……………………………………………………………………………………………

Episod 3:Di gerai Pak Leman

 

NARRATOR : Sementara itu di gerai Pak Leman

 

Pak Leman: Bidin! o.k tak cadangan bapak?

 

Bidin:             O.k mendenye….Peah tu  bukan taste saya le.

 

Pak Leman: Habih tu..takkan taste kamu macam Cik Farra andartu? ( ketawa )

 

NARRATOR: Sementara itu di gerai Cik Farra pulak,

 

Cik Farra:      Haaa.....haachum!! ( bersin )

( bunyi membuang hingus dan mengesat hidung dengan tisu ).

Siapa pulak yang sebut nama aku ni? Mamat, janganlah asyik makan je..tolong kira duit kejap. Mamat!!

 

Mamat :          Ye la, ye la mak ngah.

 

Cik Farra :     Kau ni Mamat, asyik makan, makan, makan, lain takde. Nanti ayam percik aku ni bukannya habis jual,......habis kau makan !.

 

Mamat :         Mamat nak tolong kira duit la sekarang ni.. ( bunyi mengunyah ayam )

 

Cik Farra :     Pannn.....dai, pun anak sedara mak ngah ni.. , nanti mak ngah belanja bunga api, o.k?

 

Mamat :          Tak nak bunga api! Nak mercun!! Nak yang meletup 5 kali tu!! Yang bunyi Pom ! Pom ! Pom ! Pom! Pom! tu!!!

 

Cik Farra :    Yelah! Yelah!. ( diam sekejap ).( bunyi duit kertas sedang dikira oleh Mamat )Mamat, kalau mak ngah kawin dengan Pak Leman jual lemang tu o.k tak? ( senyap) Mamat?!

 

Mamat:           Ha?! Apa dia? Lemang? Mamat pun nak jugak!

 

Cik Farra :     Hai ....Mamat, Mamat, letih aje aku bercakap....

 

Mamat :          Ha ? letih ? kira duit sambil makan ayam percik memang la letih...

( bunyi duit kertas dikira berhenti )Mak ngah , Mercun mana ?

 

NARRATOR: di gerai Mak Leha,

 

Mak Leha:     Peah, betul ke kamu nak sambung belajar?

 

Peah:             Harap-haraplah mak. Tengoklah result SPM nanti. Kalau score, Peah nak masuk universiti, nak ambik kos LAW.

 

Mak Leha:    Apa? Coleslaw? Kamu nak ambik sayur campur mayonis kat universiti?

 

Peah:             Apa mak ni…bukan coleslaw.!! Peah nak belajar Law! Peah nak jadi Lawyer !

 

Mak Leha:     Apa? Lawyer?! Kamu nak jadi peguam? ( ketawa )

 

Peah:             Apasal mak gelak? Kerja peguam tu kelakar ke?

 

Mak Leha:     Tak…tak kelakar…kamu tu yang buat kelakar..,Kamu  Lawyer?…             ( ketawa kecil ) loya tekak aku!

 

Peah:             Mak ni…cuba la sokong Peah sikit! Asyik kutuk aje! Macam ni macamana bangsa kita nak maju! Takpe, nanti bila Peah dah jadi peguam, Peah dakwa mak sebab asyik lemahkan semangat orang!

 

Mak Leha:     o.k, o.k mak minta maaf! Sorry! Tuan Lawyer! Kuih tepung pelita ni sebagai bukti!!

 

Peah:             Saya tidak suka, kuih tepung pelita !( dalam pelat mat saleh celup )

 

( sama-sama ketawa )

………………………………………………………………………………………………

Episod 4: Di rumah Pak Leman

 

Pak Leman: Bidin, nah! Ambik lemang ni, kamu pegi hantar ke rumah Mak Leha! Bagi kat Peah. Untuk berbuka.

 

Bidin:             Hai, dalam banyak-banyak orang kampung, apasal pulak nak bagi kat dia?

 

Pak Leman: kan bapak cakap, bapak berkenan kat anak Mak Leha tu….untuk jadi menantu bapak.!

 

Bidin:             Macam ni la bapak, terus terang cakap, saya tak nak masuk dalam rancangan mengarut ni. Bapak kan dah tahu yang saya dah ada buah hati. Ooohh…saya tahu…jangan-jangan bapak dah jatuh hati kat Mak Leha tak?

 

Pak Leman: Betul la tu..eh! tak, tak betul. Alah apa salahnya kita nak bagi sedekah kat diorang bulan-bulan puasa ni. Esok kita bagi kat orang lain pulak. Dah! Pegi hantar!

 

( Bidin  pergi  ke rumah Mak Leha )

  Betul jugak kata si Bidin tu, Leha tu pun boleh tahan jugak orangnya..Isy, tapi takkan lah dia nak  kat aku  ?…tapi kalau dia o.k, aku o.k ajelah..        ( ketawa kecil ).

 

NARRATOR: tak berapa lama datang Cik Farra dengan lenggang-lenggok ke rumah Pak Leman, berdiri di depan serambi.

 

Cik Farra:     Assalamualaikum, bang leman….

Pak Leman: Waalaikumsalam! Eh! Cik Farra rupanya..ada apahal? Pagi-pagi lagi dah datang? Jemputlah naik. Nanti saya sediakan kopi duda kejap.

 

Cik Farra:     Eh! Tak payah susah-susahlah bang. Saya berdiri kat sini ajelah.. Ni haa..ada sikit juadah untuk abang berbuka nanti.( menyerahkan pinggan berisi juadah kepada Pak Leman )

 

Pak Leman: Laa…apa susah-susah..ni..tapi terima kasihlah.

 

Cik Farra:     Hai…termenung panjang nampak tadi. Teringatkan siapa?

 

Pak Leman: Takde siapa.

 

Cik Farra:     Isy..takkanlah..siapa yang abang pikirkan tadi, cakaplah, cakaplah..

 

Pak Leman: Ala..Cik Farra, takde siapa, takde…tak..

 

Cik Farra:     Siapa? Siapa?siapa-siapa-siapa-siapa???bang Leman oiiiiiiii!

 

Pak Leman: ( terperanjat ) Leha Janda!!

Kau ni buat aku lemah jantung ajelah!

 

Cik Farra:     Apa?!!! ( bunyi muzik terperanjat ) Abang Leman suka kat Kak Leha janda?!!

 

Pak Leman:  ye…ye!! Eh!! Tak sikit-sikit je!! Eh!! Takdelah! ( terdiam sekejap ) tapi, kalau aku minat kat dia pun apa masalahnya? Salah ke?

 

Cik Farra:      Saya ni bukan apa, Cuma nak ingatkan abang Leman aje…jangan nanti menyesal…

 

NARRATOR: Cik Farra pun apa lagi, macam-macam lah cerita yang dia reka untuk memburuk-buruk Mak Leha. Dia kata Mak Leha mulut busuk lah, kaki busuk lah, jual kuih busuk lah dan macam-macam lagi fitnah yang datang dari hatinya yang sebenarnya busuk dengan hasad dengki.

 

Pak Leman:  Betul ke apa yang kau cakapkan ni Cik Farra? Aku tak percayalah! Lagipun tak baik dengar khabar angin. Kena tengok dengan mata sendiri baru betul.

 

Cik Farra:      Suka ati bang Leman lah. Saya Cuma mengingatkan aje. Jangan menyesal….( berlalu )

 

Pak Leman:  Apahal pulak si anak dara tua ni? Tak pasal-pasal nak angin…eh! Dia suka kat aku ke? Ni yang payah jadi orang kacak ni..

………………………………………………………………………………………………

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
Masih ada cinta
Cerpen selanjutnya:
LEMANG MERCUN PART II

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
5 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 2945 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 2797 bacaan
Min patah hati. | 2340 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 8409 bacaan
Misi penting | 7798 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 8369 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2173 bacaan
Mak! dah bulat! | 2580 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4025 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2554 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya LEMANG MERCUN PART I (Drama Radio)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik