Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

LEMANG MERCUN PART II

Cerpen sebelumnya:
LEMANG MERCUN PART I (Drama Radio)
Cerpen selanjutnya:
Tercipta Untukku

Episod 5:       Di rumah Mak Leha

 

Peah:             Mak, Kuih karipap ni nak  bagi kat siapa  banyak-banyak ni? Dah siap dalam pinggan pulak?

 

Mak Leha:     Haa…peah, tolong hantar kuih tu kat Pak Leman, eh! Silap. Ke rumah  Bidin!

 

Peah:             Apasal pulak?

 

Mak Leha:     Kamu ni, tak pandai langsung nak mengorat. Kan mak cakap nak kirakan kamu dengan Bidin anak pak Leman tu….

 

Peah:             Apa ni mak,,,,Peah tak mau ! tak mau la…alaa macam la mak tak tau……ooohh!!! Peah tahu!  mak  dah jatuh cintan kat Pak Leman ye?!!

 

Mak Leha:     Takdelah! Pegi ajelah hantar! Jangan banyak songeh!

 

( Peah pun pergi menuju  ke rumah Pak Leman )

 

NARRATOR:            Tiba-tiba datang Cik Farra secara berlari ke rumah Mak Leha. Tanpa menghilangkan penat, terus dia berkata:

 

Cik Farra:     Kak Leha! Kak Leha! ( tercungap-cungap   )…

 

Mak Leha:     Eh! Farra! Apa kena kamu ni? Apahal? Apa dah jadi? Tarik nafas dulu, tarik nafas!

 

Cik Farra:      ( tarik nafas panjang ). Kak, saya dengar Pak Leman…, Pak Leman sukakan akak! Betul ke?

Mak Leha:     Hah! Apa yang kau merepek ni? Mana kau dengar ni?

 

Cik Farra:      Dari mulut Pak Leman sendiri lah! Saya ni kan reporter!

 

Mak Leha:    Ye ke?! ( seronok kejap ) Takdelah! Aku tak tau pun! Yang engkau nak takut pulak ni apahal?! Hairan jugak aku?!

 

Cik Farra:      Oo…dia belum bagitau kat Kak lagi lah… saya bukan apa, saya risaukan akak aje…

 

Mak Leha:     Kenapa pulak? Pak Leman tu penjenayah ke?

 

Cik Farra:      Takdelah penjenayah cuma….

 

NARRATOR:            Maka diburuk-burukkan pulak Pak Leman. Dia kata Pak Leman bela hantu polong lah, hantu pocong dekat Puchong lah, hantu raya lah, hantu puasa lah dan lain-lain hantu lagi, tanpa menyedari yang dialah hantu yang sebenar!

 

Sementara itu di Tengah jalan , Bidin yang hendak menuju ke rumah Mak Leha tadi terserempak dengan Peah yang hendak menuju ke rumahnya…

 

Bidin:             Assalamualaikum Peah! Kebetulan, ni haa ada lemang untuk Peah dengan Mak Peah, bapak abang bagi.

 

Peah:             Waalaikumsalam bang Bidin! Memang betul, Peah pun ada juadah untuk abang dan bapak abang! Karipap!

 

( selesai bertukar juadah )

 

Bidin:             Err..Peah, abang nak cakap sikit la dengan Peah. Boleh? Ada hal penting ni! Hidup mati ni!

Peah:             Hah! Ye ke? Peah pun sama jugak! Abang cakap la dulu.!

 

Bidin:             Bapak abang nak abang mengorat Peah, katanya nak jadikan Peah menantu…tapi abang tak mau, sebab abang dah berpunye…

 

Peah:             Sama lah bang! Mak Peah pun nak Peah ngorat abang! Peah pun tak setuju jugak!    Kenapa  yek?!

 

Bidin:             Abang rasa bapak abang yang dah jatuh cinta dengan mak Peah!

 

Peah:             Peah pun teka macam tu jugak. Sebab, bila sebut nama PaK Leman aje mesti pipi mak Peah jadi merah-merah! Dia jadi malu-malu!!

 

Bidin:             Macam ni la Peah…

 

NARRATOR:            Mereka berdua pun berpakat untuk mengahwinkan kedua orang tua mereka.

 

………………………………………………………………………………………………

 

Episod 6:      Di Surau waktu solat Tarawih seminggu kemudian.

 

NARRATOR:            orang kampung sedang bersolat tarawih di dalam surau. Di luar surau, di belakang pokok kelapa sebelah belakang surau, kelihatan Cik Farra sedang bercakap sesuatu dengan Mamat.

 

Cik Farra:      Mamat, nah! mercun yang kau nak! Tapi ingat, buat macam yang mak ngah suruh! Kalau kau buat betul, mak ngah tambah lagi mercun.

 

Mamat:           Mamat dah lupa la mak ngah, nak buat macam mana ha?

 

Cik Farra:      Kau ikat mercun tarik ni kat selipar Pak Leman. Lepas tu kau tunggu orang keluar surau. Bila kau nampak Mak Leha je..( berfikir sebentar ) eh! Kau kenal Mak Leha kan?

 

Mamat:          Kenal!!

 

Cik Farra:      Ha..bagus! bila Mak Leha keluar aje, kau bakar mercun katak ni, pastu kau baling kat dia! O.k, paham tak?

 

Mamat:          Paham! Tapi apasal nak baling kat dia pulak?

 

Cik Farra:      Dia yang suruh!

 

Mamat:           O.k! tapi jangan lupa janji mak ngah! Mamat nak mercun ketupat!

 

NARRATOR:            Mamat pun mengikat mercun tarik pada selipar Pak Leman              ( agaknye lah, kan banyak selipar kat surau ). Lepas tu dia tunggu kat depan surau. Lepas beberapa minit, orang ramai pun keluar dari surau. Orang ramai sangat, Mamat jadi kelam kabut, pulak tu semua orang menuju ke arahnya. Dalam kelam kabut, Mamat bakar mercun katak dan baling! Mercun meletup! Semua orang bertempiaran lari dari mercun..

 

Cik Farra:     Aduh! Aduih! Ahh!! Tolong!! Tolong!!

 

NARRATOR:            Rupa-rupanya mercun tu terkena Cik Farra! dari celah-celah orang ramai, datang dua orang menyelamatkan Cik Farra.

 

Mak Leha:     Farra!

 

Pak Leman:  Cik Farra!!

 

NARRATOR: Dua orang tersebut adalah Pak Leman dan Mak Leha. Mereka bertungkus lumus memadamkan api mercun yang dah membakar sedikit pakaian Cik Farra. Cik Farra mulai pengsan. Tiba-tiba…

 

Mak Leha:    Farra ! kau o.k tak? Farra!! ( memegang tangan Cik Farra )

 

Pak Leman: Cik Farra! Cik Farra!

 

NARRATOR:            Mak Leha dan Pak Leman tiba-tiba terdiam dan berhenti menggoyangkan Cik Farra. Rupa-rupanya bukannya tangan Cik Farra yang dipegang oleh Mak Leha, tapi tangan Pak Leman!! Terpegang! Tak sengaja..Apa lagi..mata bertentang mata, dari mata turun ke hati. Tiba-tiba mereka tersentak.

 

Tok Imam:    Ha ! apasal ni! Dah! Bawak dia ke klinik! Cepat!

NARRATOR:            Cik Farra pun dibawa ke klinik untuk rawatan segera. Orang ramai pun bersurai. Mak Leha mengikut ke klinik. Pak Leman pulang ke rumahnya.

………………………………………………………………………………………………

Episod 7: Di klinik

 

NARRATOR:            Esoknya di klinik. Mak Leha duduk di sebelah katil Cik Farra. begitu jugak Mamat. Seluruh badan Cik Farra berbalut bandage. Tiba-tiba masuk Pak Leman dengan membawa sejambak bunga.

 

Pak Leman:  Assalamualaikum…Eh! Leha pun ada sini? Peah mana?

 

NARRATOR:            Pak Leman jadi kelam kabut. Dari jambak bunga yang dibawanya dicabut sekuntum bunga. Bunga sekuntum tu di masukkan ke dalam pasu bunga tepi katil Cik Farra. Jambak bunga tadi diberikan kepada Mak Leha.

 

Mak Leha:     Terima kasih bang Leman…

 

NARRATOR:            Mak Leha bangun dan terus keluar dari situ. Tinggal Pak Leman dan Mamat mengadap Cik Farra yang berbalut macam mumia.

 

Pak Leman:  Heh..heh..sorry, Cik Farra! apa khabar?

 

Cik Farra:     ( geram tapi tak boleh bersuara ) Hmmpkh!! Hmmmpkh!!

 

Pak Leman:  Apa dia?? Tapi terima kasih banyak la Cik Farra!! sebab peristiwa semalamlah aku dapat ngorat Leha tau! Thank you! ( ketawa kecil )

 

Cik Farra:     Hmmpkh! Hmmmmmmmpkkkkkh!!

 

Pak Leman:  Eh! Aku balik dulu lah ye! Nanti tak sempat nak jual lemang pulak! O.k.            Assalamualaikum! Babai  Mamat!!

 

Mamat:          Waalaikumsalam!  ( diam sekejap ) Itulah mak ngah! Orang dah kata…jangan main mercun, bahaya….

 

Cik Farra:      ( menangis )…Hmmmmmmmmmmpppppppkkkhhhhhh!!!!.....

 

 

NARRATOR: Di talian telefon, Bidin bercakap dengan Peah tentang masalah kedua orang tua mereka.

 

Bidin:             Macamana ni Peah? Kita tak buat apa-apa lagi diorang dah jiwang ni..!

 

Peah:             Laaa,, baguslah! Tak payah kita nak susah-susah!

 

Bidin:             Tapi abang risau jugak. Biasanya bapak abang, tak pernah mandi pagi. Tapi semenjak dah bercinta ni, tiap-tiap pagi mandi!

 

Peah:             Baguslah tu! Kan benda baik tu! Peah lagi risau, biasanya mak Peah tidur berdengkur bunyi Kroh! Kroh! Tapi semenjak bercinta ni, bunyi dia; Bang Leman! Bang Leman!Bang Leman!

 

Bidin:             Isyy! Teruk jugak! Entahlah…Peah, kita doakan ajelah diorang bahagia!

 

Peah:             Betul tu bang Bidin. Kita sama-samalah berdoa ye! O.k bye!

 

Bidin:             Bye!

 

………………………………………………………………………………………………

Episod 8:      Di rumah Pak Leman.

 

NARRATOR:Hari ni Pak Leman tak berniaga, cuti.

 

Pak Leman:  Kaaaaaaamu seperti hantu….( Lagu: Kosong,  Dewa )

 

Bidin:             Hantu mana pulak pak?

 

Pak Leman:  Teeeeeruuss, menghantuiku, kemana pun tubuhku pergi,

 

Bidin:             Dah menyanyi pulak…

 

Pak Leman:  Kauuuuuuuu  terus membayangi aku…

 

Bidin:             Pak! Dah pukul 4 setengah ni.! Jomlah masak! Nanti tak berbuka kang!! Pak!!

 

Pak Leman:  Saaalahku…membiarkanmu, beeermain dengan hatikuuu, aku tak bisa memusnahkannnnnnnnnn kauuuuuuuuu…

 

Bidin:             Parah macam ni..Pak!!!!!!!!!!

 

Pak Leman:  ( terperanjat ) Leha!!!!  Apa la kau ni Bidin! Potong stim betullah! Aku nak jiwang sikit pun tak boleh!

 

Bidin:             Bukan tak boleh! Tapi jomlah kita masak! Nak makan ke tak waktu berbuka nanti?!!

 

Pak Leman;  O.k! o.k jom masak! Hari ni nak makan kari ke kuah lemak?

 

Bidin:             Kari pun boleh! Lemak pun boleh! Tapi satu je tak boleh!

 

Pak Leman:  Amende yang tak boleh?

 

Bidin:             Nyanyi sambil masak! Nanti kawin dengan orang tua!!( ketawa )

 

Pak Leman:  Memang dah tua pun Leha tu……..( ketawa )

 

( sama-sama memasak sambil bernyanyi )

 

Pak Leman dan Bidin:       asereje ! reje! Leher-leher-leher-leher!!!!..( Asereje, The Ketchup Song, Las Ketchup )

 

NARRATOR: Di rumah Mak Leha pulak…

 

Mak Leha:     Wahai pujangga cinta!! Biar membelai indah!! Ada apa dengan cinta!! ( Ada Apa Dengan Cinta, Melly Goeslow&Eric )

 

Peah:             Apalah mak ni!! Kalau nak nyanyi pun biarlah betul liriknya!!

 

Mak Leha:     Abis tu apa yang betulnya??

 

Peah:             Saya pun tak tau jugak! ( ketawa ) alah…apa susah..nyanyilah lagu lain…

 

Mak Leha:     Hei.. Peah! Kamu rasa sesuai tak aku dengan Pak Leman tu?

 

Peah:             Huuii!!! Sesuai sangat mak! Macam pinang dibelah dua, macam kelapa ditakik kapak, macam kerbau dengan burung gembala kerbau!! Padan sangat!!

 

Mak leha:      Betul ke Peah?? ( ketawa kecil ) Andai bumi terbelah lapan..biar kita tetap saling bertumbuk..eh! berpeluk!!!!

 

Mak Leha dan Peah: Ada apa dengan cinta! Ada apa dengan lemang!!!               ( ketawa )

………………………………………………………………………………………………

Episod 9:      Di rumah Pak Leman. Pagi raya.

 

NARRATOR:            Suasana pagi raya, suara takbir hari raya berkumandang di udara. Bidin baru selesai mandi sunat Aidilfitri dan baru hendak berpakaian. Bidin terdengar suara Pak Leman seperti sedang bercakap dengan seseorang di depan pintu.

 

Pak Leman:  Kau buat macam yang pakcik suruh tau! Nah! Duit raya!

 

Bidin:             Bapak cakap dengan siapa tu? ( bergerak ke ruang tamu )

 

Pak Leman:  Ada…lah..hah! kamu dah siap belum? Cepatlah ! kita nak ke masjid kan?

 

Bidin:             Nak siap dah ni.. o.k jom!

 

NARRATOR:            Mereka pun pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selesai solat, mereka berjumpa dengan sahabat handai mereka yang juga orang kampung Berangin Sebadan di luar masjid. Tiba-tiba, telefon Bidin berdering…

 

Bidin:             Ya..hello, siapa tu?

 

Peah:             Peah ni bang!! Cepat bang! Datang rumah Peah! Sekarang!

 

Bidin:             Apasal! O.klah abang datang ni!! Pak! Jom gi rumah Mak Leha! Ada emergency!

 

Pak Leman:  Hah!!? Jom!!

 

NARRATOR:            Mereka terus menunggang motor kapchai menuju ke rumah Mak Leha. Sesampai di sana…

 

Peah:             Abang Bidin! Pak Leman! Tengokkan  Mak Peah! Pagi tadi, masa kami nak bersiap-siap ke masjid, datang si Mamat, dia bagi lemang yang berikat reben merah ni kat Mak! Lepas tu tiba-tiba mak pengsan! ( cemas)

 

Bidin:             Lemang! Ini lemang kita ni pak! Nanti kejap!

 

NARRATOR:            Bidin membongkok menghampiri Mak Leha. Dia mendapati sepucuk surat berada di dalam genggaman Mak Leha. Bidin terus mengambil surat tersebut.

 

Bidin:              Mesti ada kaitan dengan surat ni.. ( membaca isi surat ). “ Kapada: Leha, SUDIKAH KAU MENJADI…..

 

Pak Leman:  Leha, SUDIKAH KAU MENJADI ISTERIKU?

 

NARRATOR:            Tiba-tiba Mak Leha bangun dan berkata:

 

Mak Leha:    SUDI BANG LEMAN!!!

 

NARRATOR: Mak Leha terus bangun dan lari masuk ke dalam biliknya. Bidin dan Peah terpinga-pinga. Pak Leman mengangkat lemang yang be’reben’ dan berkata:

Pak Leman:  YAHOOOOOOOOO!!!!!!!!!

 

………………………………………………………………………………………………

Tamat.

 

harap semua terhibur!! TQ!!

I.Kurusawa.

 

 

Cerpen sebelumnya:
LEMANG MERCUN PART I (Drama Radio)
Cerpen selanjutnya:
Tercipta Untukku

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
5 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3231 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3111 bacaan
Min patah hati. | 2589 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9638 bacaan
Misi penting | 8990 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9637 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2447 bacaan
Mak! dah bulat! | 2919 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4520 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2826 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

8 Komen dalam karya LEMANG MERCUN PART II
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik