Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Puteri Indera Loka Ku.

Cerpen sebelumnya:
Tercipta Untukku
Cerpen selanjutnya:
"Dan sebenarnya...."versi edit

 

            “Saya mahukan tujuh dulang hantaran dari pihak kamu!”

          “Tujuh dulang sahaja?..Kamu mahukan hantaran apa?,hati nyamuk?,hati kuman?,air mata dara?”

          “ Ini ada senarai barangan yang saya mahukan. Bawa kepada Raja kamu!”

          Panglima Naruto menyambut sehelai sampul surat berukuran A4 yang bertaip ayat ‘URUSAN RASMI NEGERI INDERA LOKA’ itu. Niat di hati mahu sahaja Panglima Naruto membuka sampul surat itu,Namun di halang oleh Panglima Korusuki. Setelah mendengar segala arahan daripada Puteri Indera Loka , rombongan Panglima Naruto meminta izin untuk pulang ke negerinya.

          Setelah setengah jam menaiki Shuttle Bas yang menjadi penghubung antara Negeri Indera Loka dan Negeri Indera Sakti,akhirnya mereka berlapan tiba di hentian bas perkarangan istana Raja Daniel.Tanpa berlengah,Panglima Naruto terus menghadap Raja Daniel untuk menyerahkan sampul surat itu. Raja Daniel yang sedang menikmati Nasi lemak Kukus berlauk Ayam goreng berempah hampir tercekik melihat sampul surat dari gadis pujaannya yang sedang berada kejap dalam genggaman Panglima Naruto. Dengan begitu rakus, Raja Daniel terus membuka sampul surat tersebut. Dahinya berkerut seribu melihat segala permintaan daripada Puteri Indera Loka. Panglima Naruto yang sedang mencuri-curi makan ayam goreng berempah milik Raja Daniel hampir tersedak melihat Raja Daniel memandang tajam ke arahnya.

           “Nah! Cuba kau baca ni..” Raja Daniel menghulurkan sekeping kertas berwarna pink di hadapan Panglima Naruto.

           “Ehem..” Panglima Naruto membetulkan suaranya.Kemudian sengaja menguatkan suaranya seakan-akan  ingin memberitahu seisi istana permintaan Puteri Indera Loka itu.

           “ Saya Puteri Indera Loka mahukan tujuh dulang hantaran dari pihak Raja Daniel.. Sila beri perhatian. Tujuh dulang perlu terisi sebentuk cincin belah rotan, Bendahara Doraemon, Panglima Korusuki,Laksamana Conan, Biskut Almond London, Senaskah diari milik Raja Daniel tanpa di edit dan dodol buatan tangan Raja Daniel yang di kacau dalam kawah selama sehari semalam” Panglima Naruto turut mengerutkan dahinya,seterusnya dia menyambung semula isi surat itu.

           “Tawaran terbuka sehingga minggu depan,maklumat lanjut sila emailkan ke puteriinderaloka@yahoo.com. P.S Kalau tak sudi,saya tak kisah.”

            Panglima Naruto memandang Raja Daniel. Raja Daniel hanya membisu memandang ke luar jendela,berkira-kira mahu menunaikan permintaan Puteri Indera Loka yang tiada tandingannya daripada permintaan Puteri Gunung Ledang kepada Nenda datuknya suatu ketika dahulu.

            “Daniel!..Daniel!..Daniel.. cepatlah bangun..Daniel!” Tiba-tiba Daniel merasakan pedih di hujung telinganya.Daniel membuka mata ,melihat uminya yang sedang menyinga di tepi katil,Daniel terus bangun dan terpisat-pisat ke bilik air.

            “Mimpi rupanya..” Bisik Daniel perlahan. Di dalam bilik air,Daniel tersenyum sendirian mengenangkan watak-watak kartun yang menjelma di dalam mimpinya.

*****

             Amira memandang sinis lelaki disebelahnya.’Bisinglah!’. Jeritnya perlahan. Lelaki di sebelahnya buat-buat tidak faham. Ruang dalam cyber café itu gamat dengan suara-suara pengunjung lelaki yang khusyuk bermain game online ‘counter strike’. Amoi penjaga kauter juga geleng kepala dengan telatah pengunjung-pengunjungnya. Tiba-tiba lelaki di sebelah Amira menjerit keriangan.

             “Ala..game je..taklah hebat sangat!” Balas Amira perlahan.

             “Cik adik sayang..game pun gamelah..ade aku kisah?” Balas lelaki itu.

             “Poyo!” Balas Amira.

             “Biarlah..daripada kau,datang cc just nak layan Facebook,Myspace je..bye..layanlah Myspace

              kau tu,abang tak layan benda-benda ni!bye sayang..” Balas lelaki itu.

             “Sibuk!” Balas Amira. Amira memandang lelaki itu sehinggalah kelibat lelaki itu hilang di sebalik pintu cyber café.

            Sedang Amira khusyuk melayan Facebooknya,tiba-tiba telinganya tertangkap bunyi handfone,cepat-cepat Amira melihat handfonenye. Sangkaannya meleset apabila matanya terarah pada sebuah iPhone di kerusi sebelahnya. ‘Eh..ni mesti budak poyo tu punye!’ Bisik Amira pada dirinya.

            Setelah menunggu hampir sejam,mengharapkan pemilik iPhone itu kembali, Amira mengambil keputusan untuk beredar setelah kelibat yang di tunggu tidak juga kunjung tiba.Malam itu,sedang Amira melihat-lihat kecanggihan iPhone tersebut,tak semena-mena iPhone itu bergegar memberitahu satu panggilan menujah skrinnya.

            “Hello!” Amira memulakan bicara.

            “Hello!..siapa ni?. Pulang balik phone akulah!”

            “Laa..dahlah tak bagi salam!,kau nie mamat yang teruja main counter strike tu kan?” Tanye Amira.

            “Ha?..ooo..kau ni minah yang membebel sebelah aku tu ye?” Balas lelaki itu.

           “Iyelah!..kalau tak di sebabkan hati aku yang mulia ni,iPhone kau ni dah selamat dah..kau nak aku pulangkan ke iPhone ni?tak pun kau nak bagi aku terus?”. Amira menduga.

            “Gila kau..sebulan aku tak makan nak dapatkan benda tu!”.Balas lelaki itu.

            “Nama kau apa?” Tambah lelaki itu lagi.

            “Amira,kau?” Tanya Amira pula.

            “Daniel!” Balas Lelaki itu.

            “Bila kau nak iPhone kau ni?” Tanya Amira.

            “Esok petang,kat cc tadi..aku tunggu kau ye..”

            “Okey..” Balas Amira.

            “Mira..sayang kau!..bye”

            “Gila!” Balas Amira. Sejurus itu panggilan di tamatkan.

             Petang itu,seperti yang di janjikan Daniel bertemu dengan Amira di tempat  yang di janjikan. Daniel kagum melihat wajah ayu milik Amira seakan-akan wajah Nyemah Mulya yang menjadi cover novel 1515 karya Faisal Tehrani itu.

            “Daniel?” Tanya Amira. Daniel hanya mengangguk seraya mengiyakan kata-kata Amira itu. ‘ Semalam tak cantik macam hari ni’. Bisik Daniel dalam hati.

            “Ni,ambil balik iPhone kau ni.” Amira menghulurkan iPhone milik Daniel itu.

            “Terima Kasih ye.” Balas Daniel.

            “Jom aku belanja kau makan KFC,nak?” Daniel mempelawa.Dalam hati mengharapkan Amira setuju. Amira terdiam sambil mengangkat keningnya ala-ala The Rock. ‘setujulah..setujulah…’ Jerit Daniel dalam hati.

            “Tak naklah!,aku tak kenal kau..nanti kau jual aku pula..” Balas Amira.

            “Apa?..muka aku ada macam bapak ayam ke?” Balas Daniel hampir menjerit.Dalam hati Daniel..kecewa!. Tiba-tiba Daniel teringatkan dua tin minuman yang masih berada dalam bungkusan di tangan kirinya. Tanpa berfikir panjang,Daniel menghulurkan setin minuman milo kepada Amira. Amira buat muka seposen.

            “Ambillah! Aku tak ada jampi apa-apalah..Nah!” Daniel menghulurkan air tin itu kepada Amira. Untuk menjaga hati Daniel,Amira menyambut air tin yang di hulurkan. Tanpa segan, Daniel terus melabuhkan punggungnya di tepi longkang di hadapan cyber café itu. Amira yang pada mulanya agak kaget, terus melabuhkan punggungnya di sebelah Daniel.

           “ Aku ajak kau makan kat KFC,tak nak..tepi longkang nak pula..bagus betul..saving!” Aju Daniel sambil tersenyum. Amira hanya menjeling manja kearah Daniel. ‘Yes! Amira..sudi tak jadi girlfriend saya?’ Bisik Daniel dalam hati.

           “Apa?” Tanya Amira tiba-tiba.

           “Ha?Apa dia?” Balas Daniel pula.

           “Tadi kau cakap apa?” Tanya Amira lagi.

           “Tak ada apa..”Balas Daniel.

           “Kau buat apa sekarang?” Tanya Amira.

           “Aku tengah bercakap dengan kau lah!” Balas Daniel. ‘Ah..sengal mamat ni!’.Bisik Amira.Jika Daniel adalah adiknya,mahu di tariknya telinga Daniel saat itu juga.

           “Oh..maaf..Aku sekarang penganggur terhormat,baru selesai Degree dalam Electronic Engineering dari UM, kau?” Balas Daniel sambil menatap wajah Amira.

          “Aku baru sahaja tamat HND in Electronic Engineering dari KKTMPJ” Jawab Amira.

          “KKTMPJ?..bermakna selama ni kita berjiranlah ye!” Tanya Daniel teruja.Amira hanya menganggukkan kepala.

          Setelah hampir setengah jam berbual dengan Amira bersaksikan longkang di hadapan cyber café itu, Daniel minta diri untuk pulang. Tiba di rumah,Daniel terus menghantar pesanan ke nombor handfone milik Amira,mahu meminta email untuk YM, taipnya di skrin iPhonenya. Namun di hati, ‘Aku mahu kamu!’ bisik Daniel.

         “Tet..tet..”

Satu sms menujah skrin iPhone Daniel,dengan penuh semangat Daniel membaca segala isi sms itu,hinggalah matanya terarah pada satu alamat email.

            puteriinderaloka@yahoo.com. Mata Daniel membutang melihatkan alamat email itu.

*****

          Lima bulan berlalu,kini hubungan Daniel dan Amira semakin akrab,keakraban mereka semakin terserlah semenjak mereka mendapat pekerjaan di tempat yang sama. Secara kebetulan,mereka juga di letakkan di tempat yang sama dan pada shift yang sama.

          “Sekejap!” Arah Daniel kepada Amira sambil berlari kearah sebuah kedai yang terdapat di dalam kilang itu.Tidak lama kemudian, Daniel kembali dengan membawa dua tin minuman.

          “Nah!” Daniel menghulurkan setin air milo kepada Amira.

          “Thanks!..nie aku sayang  kau ni..” Jawab Amira ringkas. Perkataan ‘sayang’ yang membuatkan Daniel bagai di awangan. ‘ Aku sayang kau juga Amira!’ Jawab Daniel dalam hati.

          “Jomlah..” Ajak Amira tatkala melihat Daniel terpaku di tempatnya berdiri. Daniel yang bagai baru terjaga dari mimpi, berlari-lari anak kearah Amira.

*****

            Suatu petang yang sibuk,tiba-tiba Daniel di panggil ke Human Resources Department. Amira mengekori langkah Daniel dengan ekor mata. ‘ Kenapa ya? Apa mamat ni dah buat.’ Bisik hati kecil Amira. Sejam kemudian, Daniel kembali, tangan kirinya kejap memegang satu sampul surat bersaiz A4. Tatkala Daniel melihat Amira,serta –merta Daniel cuba menyembunyikan sampul surat yang berada di tangan kirinya di belakang jaket birunya. Amira yang berasa curiga dengan sikap Daniel saat itu,memandang Daniel tajam,mengharap Daniel berterus – terang.

            “Kenapa? “ Tanya Amira.

            “ Tak ada apa..aku biasa-biasa je” balas Daniel.

            “Daniel…” Amira seraya memujuk. ‘ Ni yang aku cair ni!’ Bisik hati kecil Daniel.

            “ Jom punch kad..nanti aku belanja kau air tin!” . Daniel pula memujuk. Amira membuntuti Daniel.Sampai saja di tempat parking, Amira mula bertanya semula.

            “Oh!..aku lupa..kejap ye”. Daniel berlalu masuk semula ke kawasan kilang. Di pekakkannya sahaja telinga mendengar Amira memanggil namanya. Sepuluh minit kemudian, Daniel kembali ke tempat parking sambil membimbit beg plastik yang mengandungi dua tin milo.

            “Nah!” Daniel menghulurkan setin air milo kepada Amira seperti lazimnya. Amira mengambil air tin itu,buat-buat merajuk!. Melihat wajah Amira yang mencuka,Daniel mula sebal.‘Nak aku pujuklah ni?’ Bisik Daniel .

            Seperti biasa, Daniel melabuhkan punggungnya di tepi longkang berhampiran keretanya. Amira yang sudah masak dengan  sikap Daniel,turut melabuhkan punggung di sisi Daniel. Menunggu Daniel memulakan bicara.

            “ Aku di tugaskan ke Jepun!”. Ringkas jawapan Daniel.

            “Jepun?.wah..Tahniah!..aku bangga dengan kau.” Jawab Amira.

            “Bangga je?..kau tak sedih nak berpisah dengan aku?” Daniel mula kecewa. Amira mengerutkan dahinya.Buat-buat tidak faham. ‘ dia ni..batu betul!’. Bisik Daniel.

            “Banggalah..takkan aku nak berkabung pula!” Balas Amira seakan tiada perasaan.

 

*****

            Sebulan telah berlalu selepas Daniel bertolak ke Jepun. Amira rasa bagai ada yang hilang separuh dari hidupnya. ‘Amira rindukan Daniel!’ Bisik hati kecil Amira. Amira memandang air tin milo ditangannya,tiba-tiba air mata Amira gugur, ‘Daniel!’. Ulang Amira berkali-kali di dalam hatinya.

            “ Kau ni Amira ye? “ Tanya satu suara. Amira terkejut dengan sapaan itu. Amira menganggukkan kepala.

            “ Aku Ashraff,kawan dia..air tin milo?” Ashraff melihat air tin milo ditangan Amira. Amira hanya mengangguk .

            “Kau tahu kenapa dia selalu belikan kau setin air milo?”. Amira hanya menggelengkan kepala.


            “Sebab,setiap kali dia memberikan air tin tu,makna tersiratnya ‘Do you love me?’,dan  apabila   

             kau menerimanya,pada Daniel itu bermakna kau menjawab ‘ I do!’,kau tak perasan selama ini?”.

Amira agak tersentak mendengar kata-kata Ashraff itu.

            “Aku tahu kau rindukan dia!. Esok dia balik sini..aku tak tahu flight pukul berapa..tapi rasanya  

             petang..kalau kau nak,petang esok kau boleh tunggu dia di KLIA.Esok aku nak ambil 

             dia..mungkin kau boleh ikut?”. Pelawa Ashraff.

Kata-kata Ashraff bagai komet helly melintas di hadapan Amira,dia amat teruja mendengar perkhabaran itu.

            Petang itu di KLIA, Amira setia menanti Daniel di pintu balai ketibaan. Hampir sejam Amira setia berdiri di tepi pintu itu, Namun kelibat insan  yang di nantinya tidak juga kunjung tiba. ‘ Daniel..mana Daniel ni,Daniel..hari ni 15 September,birthday Amira! Daniel kat mana?’. Bisik hati kecil Amira.

            “ Milo?”. Tiba-tiba terlihat tangan memegang setin milo muncul di hadapannya. Amira berpaling ke belakang,memastikan pemilik tangan itu. Amira tersenyum melihat Daniel di belakangnya. Amira kehilangan kata-kata.

            “Nah!”. Daniel menghulurkan tin berwarna hijau itu. Amira menyambut dengan tersenyum.

            “Happy Birthday ke 23!” Daniel menghulurkan pula patung Doraemon kepada Amira.

            “Doraemon?”. Amira memandang Daniel pelik bercampur terharu.

            “Kerana kau Puteri Indera Loka aku!”. Jawab Daniel.

** RASYIDAH(15 september 2009)

Cerpen sebelumnya:
Tercipta Untukku
Cerpen selanjutnya:
"Dan sebenarnya...."versi edit

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.2
5 Penilai

Info penulis

cyda yusof

i\m back.. fewh.. baru jumpa password. sangat banyak makan semut.. password blh lupa.. :)    
rasyidah | Jadikan rasyidah rakan anda | Hantar Mesej kepada rasyidah

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya rasyidah
HIKAYAT CINTA | 3098 bacaan
Encik Satria VS Cik Tomato | 13203 bacaan
Tak mungkin melepaskan mu | 3517 bacaan
Cinta Milik Fariza. | 5224 bacaan
Tercipta Untukku | 3023 bacaan
Andai itu Takdirnya | 6076 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

9 Komen dalam karya Puteri Indera Loka Ku.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik