Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Biasanya.....

 

Rusli adalah seorang pelajar tahun satu di sebuah sekolah rendah. Terdapat 5 kelas tahun satu di sekolah Rusli iaitu; Satu Baht, Satu Dollar, Satu Rupiah, Satu Peso dan Rusli belajar di dalam kelas Satu Ringgit. Rusli sangat rajin ke sekolah. Walaupun rumah Rusli sangat jauh dari sekolahnya(5 kilometer-agak jauh bagi pelajar tahun satu), Rusli tetap pergi ke sekolahnya itu. Setiap hari Rusli akan berjalan kaki selama lima jam dari rumahnya untuk sampai ke pintu pagar sekolah. Setiap hari juga Rusli perlu bangun seawal jam 4 pagi. Biasanya selepas bersiap, Rusli akan keluar rumah jam 5 pagi. Rusli akan berhenti di tengah jalan setiap jam 6 setengah pagi untuk solat subuh. Namun begitu, biasanya Rusli akan terlambat sampai ke sekolah. Hampir setiap hari Rusli akan dihukum oleh pengawas kerana sampai di pintu pagar sekolah jam 10 setengah pagi. Ini kerana, biasanya selepas solat subuh di pertengahan jalan, Rusli akan tidur sebentar(lebih kurang satu jam sahaja) di tepi jalan tempat dia bersolat subuh. Biasanya juga, selepas terjaga, Rusli akan membuat senaman pagi sebentar(selama satu jam lagi). Biasanya juga, Rusli akan menamatkan senaman paginya dengan lompat bintang sebanyak 300 kali. Selepas itu, biasanya juga, Rusli akan makan sarapan yang dibekalkan oleh bapanya setiap hari –‘ nasi goreng boring’. Selepas itu, barulah Rusli akan berlari-lari anak untuk bergegas ke pintu pagar sekolahnya. Biasanya, jarang kita temui pelajar yang gigih dan rajin seperti Rusli.

Biasanya, sesampai di depan pintu pagar sekolah, pengawas pagar(biasanya Mustapa Dahalan, pelajar tahun 3 Rupiah) akan sedia menunggu Rusli. Rusli dah hafal sangat apa yang biasanya akan terkeluar dari mulut Mustapa Dahalan yang berbau asam pedas itu. “..Lewat lagi ye?!” Mustapa sering berkata begini sambil menjegilkan biji mata kirinya. Mata kanan Mustapa Dahalan sepet dan bertahi. Biasanya, Rusli akan mendengar dialog cliché Mustapa Dahalan dalam keadaan tercungap-cungap akibat berlari dan bergegas. Tangan kiri Rusli biasanya akan memegang pagar, dan tangan kanannya biasanya akan menekan bahagian apendiks. Sambil tercungap-cungap biasanya Rusli akan menjawab, “..minta maaf!”. Biasanya juga, Mustapa Dahalan akan menyanggah, “..oh! menjawab kau ye!...dah! pegi mencangkung kat sana!”. Begitulah biasanya setiap pagi(pukul 10 setengah), Rusli menerima hukuman mencangkung sambil memegang bakul sampah yang penuh di atas kepalanya. Mustapa Dahalan tak pernah bagi chance langsung! Kesian Rusli.

Selepas setengah jam(biasanya la..) cikgu besar sekolah Rusli iaitu Cikgu Gapar Faizuddin akan lalu di depan Rusli. Biasanya juga, cikgu Gapar Faizuddin akan mencangkung di depan Rusli dan memandang tepat ke mata Rusli sambil berkata. “..kamu lagi.., hmmm, dah! pegi kantin, makan, lepas tu masuk kelas!”. Rusli akan melompat dan terus berlari ke kantin sekolah(biasanya macam tu la...) dan melaksanakan arahan cikgu Gapar Faizuddin. Biasanya cikgu Gapar Faizuddin dapat mengelak dari tertimpa tong sampah yang dicampakkan oleh Rusli. Biasanya juga, cikgu Gapar Faizuddin akan mengarahkan pengawas pagar untuk membersihkan sampah yang terburai dari tong sampah yang dilambung Rusli itu. Biasanya Mustapa Dahalan la... .

......................................................

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun “Aku Machio el Diablo” :

Himpunan cerpen tulisan Kurusawa yang memuatkan 10 buah cerpen.


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) haha..rusli2..patutlah 5jam smpi skolah..aku igt umah jauh..
  • 2) kelakarlah citer nie..bile nak sambung,wat yg 'luarbiasanya..'
    nice..=)

  • (Penulis)
    3) siap pernah main lawan spider?? jawab!!

  • (Penulis)
    4) rasyidah: bacalah cerita saya yang lain seperti "jangan curi buku ini" atau "dongeng waktu maghrib" yang saya kategorikan dalam ekspermental-mungkin agak tak biasa.
  • 5) aha...setiap perkara diceritakan dgn teliti. seolah-olah menonton film
  • 6) Keistimewaan Kurusawa.
  • 7) saudara kurusawa memang punya gaya penulisan yang tersendiri...
  • 8) hehehe..
    penat betul fikir kenapela si rusli ni gi sekolah sampai 5 jam..
  • 9) menurut kepahaman hamba, 5 jam jalan kaki xtmasuk lain2...
    emmmm...rusli2..

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa