Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cinta Milik Fariza.

 

CINTA MILIK FARIZA

Oleh: NOOR RASYIDAH BINTI YUSOF

 

                “Aduh!..hei! tak nampak orang ke?” Bentak Fariza sambil memegang  kepalanya. Lelaki disebelahnya hanya memandang sekilas tanpa mengucapkan  perkataan ‘maaf ‘.Fariza memandang sinis lelaki itu.Rasa pedih lantaran terkena siku si pemuda tadi masih terasa namun pedihnya kerana lelaki itu tidak mahu mengucapkan perkataan ‘maaf’ lebih berbekas di hatinya.

            Lima belas minit kemudian,komuter itu berhenti di stesen KL Sentral. Fariza dan Si Lelaki berhenti di destinasi yang sama.Lantaran geram dengan sikap tidak berbudi bahasa lelaki tersebut,ketika lelaki itu keluar melepasi pintu komuter Fariza menarik tangan lelaki tersebut dengan kasar.Lelaki itu agak terkejut lalu berpaling pada Fariza.

            “Encik..budi bahasa budaya kita!.Saya tak tahulah encik ni sombong ataupun bisu,Assallammualaikum!” Unsai menuturkan kata-katanya,Fariza terus berlalu,lelaki itu terkesima dengan kata-kata Fariza. Semasa berjalan ke arah tangga,sempat lagi Fariza berpaling kepada lelaki itu. ‘Kacak juga dia ni!’ bisik hati kecil Fariza.

                                                                       ****

            Pagi itu adalah hari pertama Fariza memulakan tugasnya sebagai Penolong Jurutera di Syarikat itu.Pagi tadi dia telah di perkenalkan dengan hampir semua rakan sekerjanya.Petang itu,sedang Fariza kusyuk melukis dengan menggunakan Auto-CAD di komputernya,dia di kejutkan oleh kehadiran ketuanya.

            “Fariza,let me introduce  you someone..come!” Fariza menggangguk dan bangun membuntuti Encik Wahab ke bilik mesyuarat.Hampir terduduk Fariza melihat lelaki di hadapannya ketika itu. Ada riak malu bercampur gembira di wajahnya.

            “Fariza,ini Rizwan Adha,our senior engineer and the best engineer in our company!

            “Iz..ini Nurul Fariza..your assistant!” .Fariza agak tergamam bila mendengar perkataan ‘your assistant’ terkeluar dari mulut Encik Wahab.Rizwan hanya tersenyum memandang Fariza.

            “Fariza, awak boleh teruskan kerja awak!”

            “Baik Encik Wahab..Terima kasih” Fariza berlalu ke mejanya sambil tersenyum. ‘Rizwan Adha’Bisik hati kecil Fariza.Petang itu Fariza dapat merasakan bahawa dia telah ‘terjatuh hati’ pada Rizwan Adha.

Esoknya Fariza memulakan harinya seperti biasa.Sedang Fariza menyiapkan kerja-kerjanya,telifon di sisi berdering.

            “Hello!” Fariza memulakan bicara.

            “Masuk bilik saya sekarang!” Fariza terkejut mendengar arahan tegas itu,tanpa berlengah dia terus ke bilik yang telah di arahkan oleh suara itu.

            “What are you doing this? Macam ni ke kerja awak?tak professional..!” Bentak Rizwan kepada Fariza sambil menghempaskan sebuah fail di depan Fariza. Fariza terkesima.

            “Maaf  Encik Rizwan,saya buat semula dengan lebih professional” Balas Fariza tidak mahu kalah. “Terima Kasih..” Tambah Fariza sebelum keluar dari bilik Rizwan.

Rizwan hanya memandang Fariza,sehinggalah  kelibat Fariza hilang di antara rak-rak fail. Ada rasa asing yang wujud dalam hatinya tatkala memandang wajah gadis itu.

                                                      ****

            “Cerewet betul orang tua ni..!sakit hati aku..Rizwan,nasiblah aku ni seorang penyabar..argh!geramnya aku!” Bebel Fariza di mejanya.Saat itu dia mahu melepaskan segala kemarahannya kepada Rizwan.

            “Oi makcik! Apa kau membebel ni?” Tanya Wani,rakan sebelah mejanya.

            “Bos kesayangan kau tu lah! Cerewet macam nenek aku..geram aku!.Aku benci betul dengan dia..kau tau dia…”

            “Nurul Fariza…”Belum sempat Fariza meneruskan kata-katanya,terdengar Rizwan menjerit memanggil namanya.

            “Kau dengar tu Wani..apalagilah dia tak puas hati dengan aku,argh!” Fariza merungut lagi.

            “Awak ni kenapa?Lembab!Lambat!”Rizwan memulakan kata-katanya.                               

           Fariza terasa telinganya panas dikatakan sedemikian.Dia cuba bersabar dengan sikap Rizwan saat itu.                                                                                                                                                

            “Tengok Auto-CAD awak ni,serabut!.Awak ingat awk melukis untuk SPM ke?”Bentak Rizwan sambil memandang sinis kepada Fariza.

            “Terima Kasih banyak-banyak,kalau begini caranya encik mengajar saya!” Fariza berlalu meninggalkan bilik Rizwan.Hatinya sayu kerana hampir setiap hari Rizwan sengaja mencari kesilapannya.

            Rizwan tersenyum puas melihat Fariza menangis.Niat hatinya hanya untuk melihat sejauh mana kesabaran yang di miliki oleh Fariza.Tidak dapat dinafikan lagi,Rizwan sudah mula menaruh hati kepada Fariza semenjak pertama kali Fariza memarahinya di dalam komuter empat bulan lepas.’Fariza..i’m so sorry!’ bisik hati kecil Rizwan.

            Fariza menyeka titisan mutiara yang terjun dari tubir matanya,tidak mahu sesiapa perasan perubahan wajahnya.Namun,usahanya sia-sia apabila Wani dapat mengesan perubahan riak wajahnya,mahu tidak mahu Fariza menceritakan semua herdikan yang dia terima dari Rizwan sebelum itu.Wani geleng kepala mendengar cerita Fariza.

            “Sabar Iza,dia tak pernah berubah..kisah silam dia membuatkan dia semakin ego!” Ucap Wani.Fariza hanya diam mendengar kata-kata Wani.

            “Kau perlu bertahan dengan sikap dia..Jangan resign ye?.Tambah Wani.

            Fariza cuma tersenyum tawar,mana mungkin dia meninggalkan cita-citanya hanya kerana seorang lelaki bernama Rizwan!.Fariza bermonolog.

                                                 ***

            “Fariza,masuk bilik saya sebentar!”. Arah Encik Wahab lewat telefon. Tanpa berlengah,Fariza menurut sahaja arahan ketuanya itu. Di hadapan muka pintu bilik Encik Wahab, Fariza berselisih dengan Rizwan yang baru keluar dari bilik Encik Wahab.

            “Ya Encik?.”

            “Fariza,hari Isnin ini saya tugaskan awak ikut Rizwan melawat tapak project di Pulau Pangkor,hari ahad awak dah boleh bertolak.”

            “Pulau Pangkor?dengan Kebayan Murai?” Fariza seakan terkejut.

            “Kebayan Murai?”Tanya Encik Wahab. Fariza hanya menganggukkan kepala,Encik Wahab tersenyum melihatkan perubahan wajah Fariza ketika itu.

            “Awak ada masalah dengan dia?”Tanya Encik Wahab.

            “Em..dia tak sukakan saya,dia kata saya tak professional.Apa yang saya buat,semua tak kena pada mata dia.Boleh Encik gantikan tempat saya dengan orang lain?”

            “Fariza,saya rasa tak ada orang lain lagi yang sanggup berkerja dengan dia.”

            “Tapi Encik…” Fariza kehilangan kata-kata.

            “Anggaplah ini semua cabaran untuk awak,saya tahu bukan senang untuk awak bekerja dengan dia,jika tidak sabar,awak mungkin menjadi assistant ke empat dia yang berhenti dalam tahun ni!”

            “Ke empat?” Tanya Fariza.Encik Wahab mengangguk.

                                                            ****

            Petang itu,selepas check-in di hotel, Fariza terus ke pantai. Niatnya hanya mahu melihat matahari melabuhkan tirai petang itu,sedang Fariza khusyuk melihat panorama petang,tiba-tiba dia di kejutkan oleh kehadiran seseorang.

            “Cantikkan matahari tu?”. Fariza yang agak tergamam,memandang kearah suara itu.

            “Kenapa?”. Tanya Rizwan  lagi. Fariza hanya menggelengkan kepala.

            “Saya mengganggu awak ke?”.Tanya Rizwan lagi.

            “ Tak..saya Cuma terkejut Encik sedang berada di sebelah saya sekarang ni!” Balas Fariza. Rizwan tersenyum.Senyuman Rizwan saat itu amat menggegarkan hati wanita Fariza. Andai di ikutkan hatinya,mahu saja Fariza menyatakan perasaannya kepada Rizwan saat itu.

            “Em..awak pernah jatuh cinta dan bercinta?”. Rizwan memulakan bicaranya.

            “Tak,saya tak pernah”. Balas Fariza gugup.

            “ Tak pernah?. Bertuahnya awak,sebab awak tak perlu nak simpan kenangan bersama si dia,tak perlu nak jadi antagonis pada diri sendiri!”

            “Maksud encik?”

            “Saya pernah bercinta,dan hampir berkahwin tiga tahun lepas. Tapi tunang saya memilih untuk berpisah.Semenjak itu,saya tak pernah percayakan cinta,apalagi nak bercinta,sehinggalah…” Tiba-tiba Rizwan kehilangan kata-kata.

           “Sehinggalah?” Fariza mula tertarik mendengar cerita Rizwan.Lama Rizwan terdiam sebelum memulakan bicaranya lagi.

           “Sehinggalah saya bertemu dengan seorang gadis empat bulan lepas,kehadiran dia yang secara tak sengaja tu telah mengubah persepsi saya tentang cinta.Sepatah kata-kata dia telah mampu menggetarkan hati saya!”.

           “Wah!bahagianya gadis tu..” Jawab Fariza.

           “Dan,gadis itu adalah awak!” Balas Rizwan sambil memandang wajah Fariza. Fariza terkejut mendengar kata-kata terakhir Rizwan itu.

           “Fariza,awak sudi terima saya dalam hidup awak?”.Fariza menatap lama wajah Rizwan, mencari keikhlasan pada wajah itu.

           “Saya tak salah dengar ke?.Atau encik yang tersalah cakap?” Tanya Fariza gugup.

           “Tak,saya benar-benar telah jatuh hati pada awak!” Balas Rizwan.

           Fariza kehilangan kata-kata,antara terkejut dan gembira dengan kata-kata Rizwan.Perbualan mereka terhenti disitu tatkala azan maghrib berkumandang.Fariza meminta izin untuk pulang ke bilik.Rizwan pula mengatur langkah ke masjid berhampiran.

Malam itu,unsai solat Isya’ handfone Fariza tiba-tiba berbunyi,melihat nama Rizwan tertera pada skrinnya,Fariza cepat-cepat menjawab panggilan itu.

            “Fariza, turun ke lobi sekarang.Adahal penting ni!..bye..” Panggilan di tamatkan.

Fariza turun ke lobi hotel dengan segera. Di satu penjuru yang agak jauh dari pandangan umum,terlihat Rizwan sedang menantikan kehadiran Fariza,Fariza mempercepatkan langkah ke arah Rizwan.

           “ Ya Encik?” Tanya Fariza.

           “Fariza, saya Rizwan Adha,awak boleh panggil saya Iz,berumur 27 tahun,selamat berkenalan,sudi tak awak berkawan dengan saya?”. Rizwan menhulurkan tangan untuk berjabat. Fariza agak kaget dengan situasi saat itu.

          “Saya Nurul Fariza,panggil saja Iza,berumur 22 tahun,selamat berkenalan” .Fariza tersenyum sambil menghulurkan tangannya berjabat dengan Rizwan.

          “Ni bunga untuk awak..” Rizwan menghulurkan sekuntum mawar plastik kepada Fariza.

          “Mawar plastik?” Fariza pelik dengan pemberian Rizwan ketika itu.

          “Mawar plastik..saya mencintai awak sekukuh mawar tu,mawar plastik  takkan pernah layu,ianya akan sentiasa mekar,begitu jugalah cinta saya pada awak”. Fariza terharu mendengar kata-kata Rizwan saat itu.

          “Terima kasih..” Balas Fariza.

          “Fariza,cinta saya semuanya milik awak.Kehadiran awak telah membuka lembaran baru dalam kamus hidup saya”.Ucap Rizwan.

          Malam itu, Rizwan rasa amat bahagia kerana cintanya pada Fariza berbalas. Ternyata empat bulan sudah cukup untuk dia mengenali hati budi Fariza.Sesungguhnya,kehadiran Fariza secara tidak sengaja empat bulan lepas telah berjaya melepaskan hati Rizwan dari penjara cinta ciptaannya sendiri.

****

           Fariza memandang si kembar permata hatinya yang baru dua bulan di lahirkan. Bayi kembar yang di beri nama Mohd Qayyim dan Qaseh Farhana itu adalah lambang kasih antara mereka.Fariza bersyukur kerana ternyata Rizwan adalah jodoh yang telah di tetapkan untuknya.

           “Sayang..kenapa ni?” Tanya Rizwan. Fariza hanya tersenyum,

           “Sayang,selamat ulang tahun..ni untuk sayang” Rizwan menghulurkan sekeping kad berwarna pink dan sebuah kotak baldu berbentuk hati kepada Fariza. Fariza membuka kotak baldu itu,hampir menitis air mata Fariza melihat loket pemberian Rizwan yang berukir perkataan ‘Iz&Iza’ pada buah loketnya.

          “Terima Kasih abang..kesudian abang menerima Iza dah cukup bermakna buat Iza”. Jawab Fariza.

           “Kehadiran Iza,Qayyim dan Qaseh dalam hidup abang lebih bermakna,abang percaya Iza adalah Hawa yang telah di ciptakan  untuk abang,abang berjanji,selamanya cinta abang milik Iza.Terima kasih untuk semuanya Iza.”

Unsai menuturkan kata-kata itu,Rizwan mencium ubun-ubun Fariza.Seikhlasnya,dia tidak mahu kehilangan Fariza.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) cerita yg lurus n senang phm..teruskan ya asy..
  • 2) hmmm ...
    tata bercerita mungkin bukan masalah bagi asy.
    mungkin asy patut mula berani mengorak sesuatu yang baru.
    jalan cerita yang lebih radikal sebagai permulaan?
    dialog yang lebih mengancam, atau mungkin... stail penceritaan yang lebih beralun temponya.
    sekadar cadangan

  • (Penulis)
    3) paktam85:thanks sudi singgah

    Cahatomic: cadangan di terima,asy pun ngah cube skrg.. insyaAllah,Asy cube buat improvement..
  • 4) not bad...nice.. ;-)

  • (Penulis)
    5) Thanks pinkygul sudi bace..=)
  • 6) Adakah ini karya pertama Shidah? Kalau ya, ianya tidak memeranjatkan saya. jadikan ia detik mula mengembara ke dalam dunia penulisan.

    Tulis dan teruslah menulis. Sepanjang perjalanan itu naanti, banyak perubahan akan berlaku tanpa kita sedar.

    Sekali bermula jangan berhenti.
  • 7) Rasyidah sebenarnya berbakat..saya dah baca hampir semua karya syidah..aw masih boleh terus maju...
  • 8) saudari rasyidah, (ah, saya dah mula lagi... )

    pertama, terlalu banyak perkataan 'itu' digunakan pada peringkat eksposisi.

    kedua, berhati-hati dengan tanda baca, terutama tanda seruan. tanda baca akan mempengaruhi intonasi ayat yang anda gunakan.

    ketiga, perkataan 'unsai', saya rasa ia sepatutnya 'usai' yang memberi makna selesai. mungkin saya silap (malas nak rujuk kamus )

    keempat, ada nada 'jujur' dalam penceritaan awak. harap ia boleh dikekalkan.

    kelima, anda memang berbakat. saya kagum dengan kegigihan awak menulis. teruskan menulis dan yakinlah apa yang anda tulis, ada pembacanya dan titplah segala ulasan yang dicatat oleh rakan pembaca sebagi pemangkin semangat untuk menghasilkan yang lebih baik.

    terus berusaha dan selamat berkarya!


  • (Penulis)
    9) Upenyu :Ya..ni karya yg 'agak' pertama juga bagi saya..trime kasih sudi singgah dan membaca.

    Rain: Trime kasih ye sudi membaca!

  • (Penulis)
    10) saudara Ridh: [xpe..suka bace komen dr saudara Ridh.]

    1.Em..btol,mmg agak bnyk perkataan 'itu'.tu masalahnye,mase taip xperasan.

    2.Tanda bace..em,dah lupe..dh lame di tinggalakn,dulu mse skolah,ade cekgu yang tolong
    rejectkn karya saya yg bermasalah ngan tanda baca,skrg sye sedang blaja semula ttg penggunaan tanda baca[malunye]

    3.Usai..em..mmg Usai,sye yang silap..hehehe

    4.Nada 'jujur'..jujur dr persepsi mane ye..keliru..

    5.Terima kasih atas sokongan saudara..

    komen saudara dalam setiap karya2 saya amat di alu-alukan..

    Terima kasih..

    slmt ari raya
  • 11) 'jujur' di sini boleh didefinisikan dengan pelbagai, bergantung pada persepsi anda. bagi saya, saya nampak keikhlasan dalam cerita ini.
  • 12) wow..
    penceritaan yang semakin baik..
    teruskan!

Cerpen-cerpen lain nukilan rasyidah

Read all stories by rasyidah