Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pelabuhan Jitu

 

Di rumah..

"Malam ni abg balik lewat sket. Ada mesyuarat la. Skang tgh rehat jap.. lepas maghrib sambung balik. Awak mkn la dulu ye. tak payah tunggu abg. takut abg balik lambat, awak plak yg lapar. jaga kesihatan tu..Awak dgr tak ni?"

"Alaa... mesyuarat lagi ke? Asyik mesyuarat..mesyuarat..mesyuarat.. Geram la dgn abg ni. Semalam ckp nk mkn sesama kan.. Mi dah masak utk abg ni... Tak pe lah. Mi tunggu abg. Tak selera nk mkn sengsorang..Tension la mcm ni.."

"Hehehee.. iye, abg tau. Salah abg. Jgn marah key.. Last minute Jamil bagitau. Abg tak leh nk ckp per dah.. Rileks k. Mkn jer dulu.. "

Jamil ni.. Potong stim betul la. Agaknya kepala dia tu makin botak sebab ingat nak majukan bisnes la tu. Patut la sampai sekarang tak kawin-kawin lagi.. Kalo dah kawin, mau mengamuk isteri dia. Apa taknya, asyik kena tinggal jugak mcm aku.. Hehehee..

"Hello.. hello.. Ummi? Ada lagi tak ni?.." Isteri aku ni biar betul. Jangan-jangan dah tidur.. Bukan boleh percaya dia ni.

"Ada, ok la. Mi mkn dulu.. Jgn lik lewat sgt.. " Kacau jer orang tengah mengelamun. Harap-harap aku tak tunggu lama lagi macam semalam dan hari-hari yang sebelumnya… Ya Allah, penantian yang kau uji sebentar untukku amat berat kurasakan..

Tapi bagus juga abg takde ni. Boleh aku tonton TV. Kalau tak asyik berebut je dengan abg. Tapi biasanya aku juga yang menang. Yang penting abg dpt tengok berita. Alamak, cerita Korea lah.. Lama dah start ni. Siannya watak heroin ni.. Kenapa dia pilih nak jadi isteri kontrak? Ehmm.. mungkin dia terdesak sgt kot nk jadi chef.. Ok, takpe. Suami dia pon bos dia jgk.. handsome pulak hero ni. Layan je la citer ni…


********************************************

Di sofa. Ruang tamu….

“Ya Allah… Nape awak tido sini? Dah makan blom?..” suara itu mengganggu mimpi.

“Ehmm… ape awak-awak? Ingat burung wak-wak ke?.. Ngantuk. Nk tido.. Jgn kaco.. ”

“Uikss… nape plak ni?!.. Awak, kan abg balik jgk ni. Walaupun lewat tapi balik jugak..” dia bangun dan mengikuti.

“Nape ni? Tak sihat ke? Jom makan, abg lapar la. Awak nk mkn kat mana?”

“Taknak makan. Kenyang. Dh makan tadi..”

“Makan apa? Kosong je dapur tu..”

“Makan angin. Nape? Nk mkn jugak ke?.. “ menyampah.

“Ok.. ok.. abg salah ok. Abg lewat sket jer.. Jom la. Pegi bersiap.. Abg tunggu kat sini.. Jgn lelama.. Bosan tunggu.. “ makan angin? apa-apa jer la. Org tgh marah. Layankan aje.

“Amboi! Yang saya tunggu awak lelama tak pe. Jgn nk mengada. Tunggu kejap..”

Penatnya badan.. “Dah siap.. Jom..” Wanita ini memang cantik. Secantik nama dan tubuh badannya. Dia yang kugilai ini.. Aku amat menyintainya. “Ya Allah, benarkah tindakan aku ni…”

“Jom.” Bahagianya perasaan tika ini.. Bersamanya membuatkan hatiku dibuai indah.. Lupa sekejap pada kerja pejabat yang melambak-lambak. Dan, seperti biasa.. Aku terlupakan isteriku di rumah. Isteri? Ya, isteri. Isteri yang setia menungguku..

“Ummi, tunggu ye. Nanti abg pulang. Abg ada hal sket kat site. Nk kirim apa-apa ke?....”

Macam-macam alasan kuberi pada Ummi tapi dia tak pernah nak melawan dan bertanya lebih. Kenapa? Tak de rasa cemburu ke? Kenapa? Atau, dia sengaja menduga kejujuranku? Ummi, maafkan abg.

Adakah aku yang ingin menduga cintanya? Tapi dia kan isteri pilihanku. Susah payah ku rebut hati dan cintanya. Walau perlu berebut dengan rakan baikku sendiri. Akhirnya dia dalam pelukanku. Tapi, hatinya? Adakah hatinya untukku? Entah-entah dia masih teringatkan Farhan. Arghh.. Farhan. Kecewa betul kulihat mukanya ketika Nabila memilihku. Hahaha.. Nabila kini milikku Farhan. Bukan milik kau..

“Zana, sekejap ye. Abg ke tandas. Amik order dulu.. Abg nya mcm biasa k..”


************************************

“Abang : Salam. Buat per tu? Dah makan? Jap lagi abg balik. Meeting nak abis dah ni..”
“Nabila : Salam. Tengok tv. Bosan la. Mi dah makan tadi. Jgn lewat ye. Mi tunggu abg...”
“Abang : Ok. Take care..”
Nabila : Ok.. You too..”


*************************************

“Abg buat apa lama sgt kt tandas tu? Dah sejuk makanan ni..” getus Zana.

“Sakit perut la, wak. Tak makan dari tengah hari tadi.. Dah masuk angin ni.. Makan jom. Lapar gila ni..”. Nasib baik la minah ni tak mengamuk. Kalau tak, malu aku dibuatnya. Kenapa ye? Susah aku nak kawal dia. Mood selalu berubah. Tengah hangat romantis layanannya, tiba-tiba boleh jadi puting beliung. Risau aku. Memang jauh beza dgn Nabila, isteriku. Kotak fikirku terus menerawang dan mencari-cari wajah Nabila. Apa sedang dibuatnya ketika ini? Sudah tidurkah? Atau, sedang mengingati Farhan? Oh, tidak.. Tak mungkin. Jahat betul aku ni. Masakan Nabila sanggup berbuat sesuatu yang tidak aku redha.. Dia isteri yang baik. Isteri yang jujur dan setia. Aku tau, seluruh jiwa dan perasaannya hanya untukku. Malah, aku benar-benar pasti.. hatinya telah kutakluki seluruhnya.

Seketika aku terlupakan kehadiran si cantik manis..

“Abang.. lepas ni kita pegi shopping ya. Zana nk beli handbag la.. Ada sale sekarang ni..”

“Mmmm...” Nabila, tunggu ya. Jap lagi abg balik. Sabar ye...

“Lepas tu Zana nak ajak abg pergi tgk midnight tau. Cerita best malam ni. Ehmm, malam ni abg tidur umah Zana kan?..”

“Mmmm...” . Kenapa bosan tetiba je dengan minah ni. Bosan sangat. Selalunya hatiku dibuai indah dan teringin mendengar suara dan keletahnya. Tapi malam ni.. entahlah.
“Tak dapat la, Zana. Abg kena balik. Esok nak outstation. Lagipun, mana abg berani tidur dekat rumah Zana. Bahaya tau! Kena tangkap nanti. Takut..”

Idea gila Zana kutolak mentah-mentah. Buang tebiat apa ajak aku tidur rumah dia. Kena tangkap nanti, apa aku nak jawab kat Nabila? Takkan aku nk jadi macam hero drama Melayu tu! Kena tangkap dengan kekasih gelapnya.. Minta dijauhkan.. Belum tergamak aku menduakan Nabila sampai begitu sekali.. Jahat aku biarlah setakat ini dan tidak sekali-kali hingga ke ranjang. Imanku masih tebal. Namun, aku tau.. Apa yang kulakukan ini pun sudah jauh tersasar daripada jangkaanku. Entahlah..

“Alaaa... Kali ni je. Bukan selalu pun. Pleaseee... abang.. Zana rindu tau kat abg. Malam ni ikut Zana ye.. Bagitau la parent abg tu.. Tidur rumah kawan.. Esok kan abg nk out station.. Bolehlah... pleaseee....”. Geramnya.. Susah la mamat ni.. Puas aku ajak tidur kat rumah, ada saja alasannya.. Macam mana aku nak ikat dia.. jgn terbang jauh..usah dicapai tangan yang lain..

“Zana, tak dapat la. Zana tau kan masalah abg?! Jangan desak abg.. Abg tak suka dan tak akan tidur di rumah Zana selagi kita tak nikah.. Jangan cuba paksa abg.. Muktamad! Faham tu.. Abg sayangkan Zana tapi bukan ke arah itu, jika itu yang Zana fikirkan.. Ingat kata-kata abg.. “.
Fuuhh... di luar jangkaan.. Aku menuturkan kata-kata yang keras terhadapnya. Aku terus berjalan ke kaunter tanpa memandangnya. Dan, dia kulihat sedang berlari-lari anak ke arahku.. Terasa kemenangan milikku..

“Sori... Maaf bang.. Zana tak buat lagi key... “ Menyampah!

“Dah, jom balik..Abg hantar..” Lega. Baru dia tau perangai aku.. Jatuhlah maruah aku kalau asyik mengikut telunjuk dia. Sesekali aku rasa tak salah jika aku berkeras tanda menunjukkan kelelakian aku.. Lagipun, dia sekadar persinggahan di danau impian ini. Jika berlabuh, mungkin banyak onak dan duri harus dilalui.. Dan jika gagal berlabuh, itu bukan kerana aku tewas tapi meletakkan situasi selesa kepada pelabuhan jitu ini. Betul ke bidalan ku ini? Entah, yang pasti masih jauh untuk kulabuhkan kapal layar ini. Biar masa dan keadaan yang menentukannya..

Namun kupasti, pelabuhan jitu yang kuabaikan masih setia dan pasrah menanti kepulanganku..

************************************************** **

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wah..cerita pasal suami yang curang ya..kalau diolah lebih lg, citer ini akan jadi lebih menarik..teruskan menulis..
  • 2) selamat datang ke kapasitor!
    selamat mula menulis!

    hm hm. ceritanya menarik. tapi mcm takde penamat. tergantung camtu aje? ehe
    agak loose.

    oh, kalau hannasuha boleh eja dengan ejaan penuh kan. sure lagi menarik dibaca
    sekadar pendapat
  • 3) salam dan selamat datang ke ruangan cerpen saudari hanna suha.

    sewajarnya, sebelum menghantar cerpen ini, anda rujuk dan baca cerpen-cerpen yang dikirimkan terlebih dahulu di sini.

    terdapat banyak kecelaruan dalam cerita ini. banyak yang perlu anda perbaiki. teruskan menulis dan selamat berkarya.

    p/s: ummi, zana, nabila... siapa nama sebenar watak perempuan di dalam cerita ini?
  • 4) erm..setuju dgn riri n caha..ni 1st cerpen ek hanna nasuha(hannasuha)..am i right?..leh baiki lagi ni..nmpk ideanya n konflik yg cuba disampaikan..cuma olahannya tak brapa mencarik mood pembaca..kipidap!

  • (Penulis)
    5)

  • (Penulis)
    6) salam. tima kasih sudi baca citer ummi (hannasuha).. sebenarnya citer ni stok utk novel tapi saje test market value dulu..

  • (Penulis)
    7) utk makluman ridhrohzai.. ummi dan nabila ialah org yg sama. panggilan nabila oleh suaminya ialah ummi. biasalah kan org dah kawin ni kdg2 bkn panggil anje, ayang. sekadar nk tukar kebiasaan. Zana pula wanita yang dijadikan perempuan simpanan oleh suami Nabila.
  • 8) teruskan usaha anda..
    setuju dengan caha, mungkin anda hanna perlu taip dengan lebih penuh..
    ini bukan dalam handphone dik pakai shortform..
    hehehehe..

  • (Penulis)
    9) tima kasih...
    itu salah silap saya tu..
    heheheee...
    Insya Allah akan diperbetulkan..

Cerpen-cerpen lain nukilan hannasuha

Read all stories by hannasuha
No stories.