Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Emily

Cerpen sebelumnya:
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam)
Cerpen selanjutnya:
SAMAR 1.0

"Nanti!..tunggu jap! tunggu la kejap!!"

Aku pun berhenti melangkah. Aku pusing dan menoleh ke arah suara yang memanggilku tadi. Suaranya macam ku kenal. Tapi aku tak berapa pasti. Milik siapakah suara yang serak-serak kambing ini.

"laa...Mail ke.." terkeluar secara spontan dari bibirku yang pecah-pecah dek puasa yang yok.

" ye lah..aku la ni.." jawab Mail setelah kami berdua betul-betul mengadap muka satu sama yang lain.

Kami berdiri di tepi jalanraya yang baru di tar semalam. Aku sebenarnya baru nak menuju balik ke rumah. Tiba-tiba je si Mail ni panggil aku. Apa yang Mail ni nak? Tak silap aku, aku dah bayar semua hutang guli aku kat dia dulu. Berdebar jugak jantung aku. Seingat aku, takde pulak aku ada kacau adik perempuan dia si Emily tu.

" Apasal laju sangat kau jalan ni.." tiba-tiba Mail bersuara.

" jom duduk kat situ, ada benda aku nak cakap dengan kau ni" tambah Mail lagi. Kali ni dia tersengih macam Hyena gatal pulak.

Kami pun terus duduk di tepi jalan, atas batang kelapa yang dah hampir nak reput. Selepas mengibas-ngibas sekumpulan anai-anai dari memanjat pahanya, Mail pun cakap,

" Nanti, kau kena tolong aku"

"tolong apa pulak ni Mail?" tanyaku sambil mengorek lubang hidung kanan dengan hujung jari telunjuk tangan kiri.

Mail tak terus menerangkan. Dia seluk kocek di dada baju kemeja lusuhnya. Di keluarkannya seikat rokok daun dan seberkas tembakau yang diikat bersama. Selesai menggulung seurat tembakau di dalam sehelai rokok daun, Mail tunduk menggaru buku lali kaki kanannya. Rokok daun yang sudah siap di gulung di selitkan di antara jari telunjuk dan jari hantu tangan kirinya.

"aduih! celaka punya nyamuk!" jerkah Mail.

"kau nak apa Mail?" tanyaku lagi. Aku dah mula gelisah.

Mail keluarkan mancis dari poket kanan depan seluarnya. Selepas membetulkan duduknya, Mail terus menyalakan rokok daun yang sudah tersedia di kemam pada bibirnya yang semakin berkarat.

"macam ni..."

Macam nak tercabut semua bulu hidung dan bulu dada aku bila Mail terangkan apa yang terbuku di kepalanya.

"kau biar betul Mail?!" tanyaku lagi seraya bangkit dan bercekak pinggang.

"bagi rokok sebatang!" kataku pada Mail.

Macam tak percaya, Mail tergesa-gesa menyerahkan kesemua isi kocek bajunya kepadaku.

"rileks la...bukannya buruk sangat adik aku tu.." terang Mail secara sukarela. Di garunya lagi buku lalinya yang masih bengkak.

Aku terus mencucuh rokok daun di tangan dengan terketar-ketar.

Emily. Kenapa aku?

..................................

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun “Aku Machio el Diablo” :

Himpunan cerpen tulisan Kurusawa yang memuatkan 10 buah cerpen.

Cerpen sebelumnya:
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam)
Cerpen selanjutnya:
SAMAR 1.0

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
3 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3231 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3112 bacaan
Min patah hati. | 2590 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9641 bacaan
Misi penting | 8993 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9639 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2448 bacaan
Mak! dah bulat! | 2920 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4521 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2826 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya Emily
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik